Johor E 9170






Konfrontasi Indonesia-Malaysia

Konfrontasi Indonesia-Malaysia ialah pembangkang politik dan tentera Indonesia kepada pembentukan Malaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) dengan tanah jajahan mahkota/naungan British di Sabah dan Sarawak (secara kolektif dikenali sebagai British Borneo, Malaysia Timur) pada bulan September 1963.Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan di nusantara sebagai perang mengenai masa depan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak dan menyalakan semula semangat anti-penjajahan terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Pada 1961, Borneo dibahagikan kepada empat pentadbiran. Kalimantan, sebuah negeri milik Indonesia yang terletak di selatan Kalimantan. Di utara merupakan Kerajaan Brunei dan dua negeri dibawah pentadbiran British; Sarawak dan Borneo Utara British, yang kemudiannya diberi nama sebagai Sabah. Sebagai bahagian daripada pengunduran daripada pentadbirannya di Asia Tenggara, British cuba menggabungkan pentadbirannya di Kalimantan dengan Semenanjung Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.Rancangan ini dibantah keras oleh Presiden Indonesia; Presiden Soekarno. Beliau berpendapat bahawa Malaysia ialah sebuah rekaan British, dan penubuhan Malaysia hanya akan memberikan pihak British menguatkan lagi kuasa jajahannya di kepulauan Borneo ini, sehingga memberi ancaman besar terhadap kemerdekaan Indonesia. Filipina juga membuat dakwaan atas Sabah, dengan alasan negeri itu mempunyai hubungan sejarah dengan Filipina melalui Kesultanan Sulu.Di Brunei, Pemberontak Kalimantan Utara (TNKU) memberontak pada 8 Disember 1962. Mereka melakukan cubaan menculik Sultan Brunei, dan merampas ladang minyak dan menjadikan orang Eropah sebagai tebusan. Sultan Brunei berjaya melepaskan diri dan baginda meminta pertolongan dari British. Baginda mendapat bantuan ketenteraan British, Persekutuan Malaysia dan Gurkha dari Singapura. Pada 16 Disember, Komander Timur Jauh Inggeris (British Far Eastern Commander) menyeru bahawa seluruh pemberontakan utama telah berjaya dipatahkan, dan pada 17 April 1963, pemimpin pemberontak ditangkap dan pemberontakan tersebut berakhir.
Ganyang MalaysiaFilipina dan Indonesia secara rasminya bersetuju untuk menerima pembentukan Malaysia apabila majoriti di daerah yang menghadapi konflik membuat pilihan dalam satu pungutan suara yang dikelolakan oleh PBB. Soekarno pada mulanya mengambil pendirian menyokong penubuhan Malaysia, Menteri luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio pernah mengucapkan selamat kepada usaha Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia. Namun sikap Indonesia telah bertukar dan berusaha menentang keras penubuhan negara Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang bebas. Soekarno ternyata mempunyai ego yang kuat sehingga sanggup menghina dan mengutuk Malaysia secara terus menerus dalam Sidang Kemuncak yang diadakan di Manila. Selain daripada kritikan yang keras, beliau juga bertindak memutuskan hubungan politik, ekonomi dan sosial dengan Persekutuan Tanah Melayu.“Semenjak demonstrasi anti-Indonesia di Kuala Lumpur berlaku, para penunjuk perasaan mengepung bangunan Duta Indonesia, dan bertindak mengoyakkan gambar Soekarno dan membawa lambang negara Indonesia Garuda Pancasila di”Soekarno yang berang akibat tindakan itu mengutuk perbuatan Tunku yang memijak-mijak lambang negara Indonesia[1] dan beliau ingin membalas dendam dengan melancarkan gerakan yang terkenal dengan nama Ganyang Malaysia. Namun hal ini dinafikan oleh Tunku, malah beliau sendiri mempersoalkan tindakan segelintir penunjuk perasaan yang memijak-mijak lambang tersebut. Namun sehingga kini tiada bukti yang dapat mengukuhkan perbuatan tersebut, samada perkara tersebut benar-benar dilakukan oleh Tunku atau ada segelintir pihak yang cuba mengapi-apikan keadaan pada masa itu. [2]Pada hari Ahad 20 Januari 1963 yakni ketika suatu perhimpunan berlangsung, Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio telah mengumumkan konfrontasi terhadap Malaysia. Akibat daripada itu, Kepala Staff Strategik Angkatan Darat Indonesia, Jeneral Achmad Yani telah menasihati Presiden Sukarno agar tidak terus melancarkan konfrontasi dengan Malaysia. Konfrontasi hanya menyebabkan tentera British dan Australia terlibat langsung berdepan dengan Tentera Nasional Indonesia. Presiden Sukarno menyifatkan nasihat itu hanya membelakangi arahannya. Sebaliknya pengumuman Dr. Subandrio diangkat sebagai dasar subversif baru yang aktif dilaksanakan di Indonesia terhadap semua wilayah Malaysia.[3]

Dalam usaha Sukarno yang menentang penubuhan negara Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Sukarno telah melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’ pada awal 1963. Konfrontasi Sukarno telah berubah daripada sekadar perang kata-kata menjadi konfrontasi ketenteraan, hal ini berlaku selepas Suruhanjaya khusus PBB yang dibentuk untuk mengumpul pendapat rakyat setempat tentang pembentukan Malaysia. Sukarno menjadi semakin tersinggung apabila Tunkumengumumkan terbentuknya Malaysia sebelum Komisi PBB itu mengumumkan hasil siasatannya.Pada 12 April 1963, sukarelawan perang dan para gerila Indonesia mula bertindak menyelinap masuk ke dalam sempadan Malaysia. Ketika ini, penyelinapan dan pencerobohan masuk mula dengan menyerang Balai Polis Tebedu di Sarawak, yang terletak kira-kira 5 kilometer daripada sempadan Indonesia. Tugas peyelusupan diletakkan di bawah bahu Mejar Benny Moerdani. Namun begitu serangan berjaya dipatahkan oleh Rejimen Askar Melayu Diraja Malaya dan Askar Gurkha.Pada 29 Disember 1963, gerila perang Indonesia telah melancarkan serangan mengejut ke Pos tentera di Kalabakan, Tawau, Sabah. Serangan mengejut ini dilakukan ketika anggota tentera daripada Kompeni C, Rejimen ke-3 Askar Melayu Diraja sedang bersiap-siap untuk Solat Isyak. Serangan ini telah ditentang oleh Askar Melayu Diraja Malaya dan menyebabkan sukarelawan perang Indonesia berundur ke sempadan mereka.[4]Pada 1964, gerila Indonesia mulai menyerang wilayah di Semenanjung Malaysia. Pada bulan Ogos, enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Aktiviti tentera Indonesia di sempadan meningkat. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia termasuk Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah bersiap sedia untuk menangani ancaman ganas Indonesia, Tentera Laut Diraja Malaysia dikerah untuk mempertahankan perairan Malaysia. Keanggotaan pasukan tentera Malaysia hanya sedikit yang dikerah dan diletakkan dibahagian pos kawalan sempadan dan kawalan unit komando. Misi utama mereka adalah untuk mencegah pencerobohan gerila Indonesia ke Malaysia. Selain pasukan tentera, kerajaan Persekutuan Malaysia turut menghantar sepasukan polis dari pelbagai cawangan untuk membantu pasukan tentera mempertahankan tanahair. Cawangan Tugas Am, Sukarelawan Polis dan Polis Bantuan ditugaskan untuk mengawal dan membuat rondaan dikampung-kampung dan dikawasan bandar. Sekatan jalanraya dengan pihak tentera dijalankan dengan ketat dan pemeriksaan ke atas orang awam turut dijalankan bagi memastikan tiadanya ejen Indonesia yang menyusup masuk ke dalam bandar dan kampung-kampung dengan menyamar sebagai orang awam. Cawangan Khas ditugaskan untuk membantu Kor Risik Diraja melakukan tugas risikan terhadap kegiatan dan aktiviti subversif yang dilakukan oleh tentera Indonesia, manakala Pasukan Polis Marin membantu Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan tugas rondaan diperairan negara serta Pasukan Polis Hutan diaturgerakkan bersama tentera darat memburu gerila Indonesia yang menyusup masuk ke dalam hutan. Pada 16 Ogos, sepasukan Rejimen Askar Melayu Diraja berhadapan dengan lima puluh orang gerila Indonesia.Meskipun Filipina tidak turut serta dalam kempen tersebut, namun mereka memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Persekutuan Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963. Brunei menolak gabungan dengan Malaysia dan Singapura keluar di kemudian hari.Ketegangan berlaku di kedua belah pihak di Selat Melaka. Dua hari kemudian para perusuh membakar kedutaan Britain di Jakarta. Beratus-ratus perusuh menyerbu kedutaan Singapura di Jakarta dan juga rumah diplomat Singapura. Di Malaysia, ejen Indonesia ditangkap dan wartawan media massa menyerang kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.Di sempadan Kalimantan, telah berlakunya pertempuran dikawasan sempadan; gerila Indonesia dan pasukan separa tenteranya cuba menceroboh Sarawak dan Sabah, tetapi gagal. Sebahagian besar pihak yang terlibat konflik bersenjata dengan Indonesia ialah askar Britain dan Australia, terutama sekali pasukan khas mereka iaitu Special Air Service(SAS). Dianggarkan, seramai 2000 komando Indonesia (Kopassus) dan 200 anggota SAS British, Australia dan New Zealand terbunuh setelah bertempur di hutan Kalimantan dengan Truper James Condon daripada anggota 22 SAS British menjadi korban pertama dalam pertempuran tersebut.Pada 17 Ogos, pasukan payung terjun mendarat di pantai barat daya Johor dan cuba membentuk pasukan gerila. Pada 2 September 1964, pasukan payung terjun mendarat di Labis, Johor. Pada 29 Oktober, 52 anggota tentera mendarat Indonesia di Pontian di sempadan Johor-Melaka, tetapi ditangkap oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja dan New Zealand, manakala yang selebihnya berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Hutan di Batu 20, Muar, Johor.Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia menjadi semakin tegang apabila Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap PBB pada bulan Disember 1964. Sebagai protes kepada penyertaan Malaysia menjadi anggota PBB, Indonesia telah menarik diri daripada keanggotaan PBB pada Januari 1965.Sebagai tandingan Olimpik, Soekarno turut menyelenggarakan GANEFO (Games of the New Emerging Forces) yang diselenggarakan di Senayan, Jakarta pada 10-22 November1963. Pesta olahraga ini disertai oleh 2,250 atlet dari 48 negara di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan, serta didatangi oleh 500 orang wartawan asing.Pada Januari 1965, Australia bersetuju untuk menghantar pasukan tenteranya ke Kalimantan setelah mendapat permintaan daripada Malaysia. Tentera Australia menghantar 3 Rejimen Diraja Australia dan Rejimen Australian Special Air Service. Dianggarkan seramai empat belas ribu pasukan tentera British dan Komanwel di Australia pada ketika itu. Secara rasminya, tentera British dan Australia tidak dapat melakukan serangan melalui sempadan Indonesia. Tetapi, unit seperti Special Air Service, baik British mahupun Australia, menyusup masuk secara rahsia (lihat Operasi Claret). Australia melakukan penyusupan ini pada 1966.Pada pertengahan 1965, Indonesia mula menggunakan pasukan rasminya setelah kesemua pasukan komando dan sukarelawan yang melakukan penyusupan di Malaysia gagal. Pada 28 Jun, mereka menyeberangi sempadan ke timur Pulau Sebatik berhampiran Tawau, Sabah dan cuba melakukan serangan dan sabotaj ke atas kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Tawau, namun cubaan itu gagal kerana kem itu berhampiran dengan balai polis dan disedari oleh anggota-anggota polis di situ dan berjaya mematahkan cubaan itu.Menjelang akhir 1965, Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan Indonesia setelah berlakunya rampasan kuasa. Oleh kerana konflik dalaman negara, keinginan Indonesia untuk meneruskan konfrontasi dengan Malaysia berkurangan dan peperangan telah reda.Pada 28 Mei 1966, sebuah rundingan dilakukan di Bangkok, Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik sebagai wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua hari kemudian. Penghancuran PKI dan elemen-elemen politik kiri, dan perletakan jawatan oleh Soekarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan politik Indonesia pada tahun 1965. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrantasi terhadap Malaysia pada tahun 1967.AkibatKonfrontasi ini merupakan salah satu penyebab pendekatan Presiden Soekarno dengan Parti Komunis Indonesia, menjelaskan aktiviti ketenteraan yang menggabungkan diri dalam gerakan G30S/Gestok (Gerakan Satu Oktober), dan juga pada akhirnya menyebabkan PKI melakukan penculikan pemerintah tertinggi Tentera Darat.[1]
Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 tidak disenangi oleh Indonesia dan Filipina tetapi juga tidak diiktiraf oleh Pakistan melalui Menteri luar Pakistan, Zulfiqar Ai Bhutto .[perlu rujukan] Malaysia tidak dijemput menghadiri Sidang kemuncak Afri-Asia 1965 di Algeria. Malahan wakil Malaysia turut dihalang menghadirinya[perlu rujukan]. Rampasan kuasa Algeria 1965 dapat menjatuhkan Presiden Algeria, Ahmed Ben Bella.Sekiranya Jeneral Suharto yang ditugaskan Soekarno menggerakkan tentera Indonesia rasmi menyerang Malaysia, peperangan terbuka pasti akan berlaku. Armada British berlabuh di Laut China Selatan lengkap dengan senjata nuklear dan bersiap-sedia menyerang Jakarta jika perlu. [perlu rujukan] Tentera Amerika pula sedang terlibat dalam Perang Vietnam da tidak mahu Indonesia jatuh ke tangan komunis. CIA memberi 50 juta rupiah, walkie-talkie dan ubat-ubatan kepada Adam Malik. [perlu rujukan] Adam Malik bertemu buat pertama kali dengan Tunku sebelum solat Jumaat di Masjid Negara.Gerakan 30 September 1965 (G30S) berlaku apabila komunis PKI pimpinan Leftenan Kolonel Untung Shamsuri membunuh tujuh panglima tentera .Namun Jenderal Harris Nasutionselaku Menteri Pertahanan Indonesia terselamat. Suharto muncul sebagai orang kuat tentera yang baru.Hubungan Malaysia-Indonesia semakin kembali akrab.[5]
Konfrontasi Indonesia-Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Kalimat dari Buya Hamka yang Melegenda 
Senin, 18 Februari 2019 21:14
Foto: Kutipan Buya HamkaKIBLAT.NET, Jakarta – “Jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan.”
Kalimat legenda Buya Haji Abdul Malik Karim Amrullah di atas kembali tersiar ketika kasus penistaan agama yang dilakukan Basuki Tjahaja Purnama menimbulkan polemik pada 2016 silam.
Dalam Pameran 111 Tahun Buya Hamka yang digelar di Universitas Al Azhar Indonesia, Jakarta Selatan, kutipan itu tertuang dalam kanvas A4 yang memuat gambar Buya Hamka berlatar putih.
Kepala Sekolah Pemikiran Islam (SPI) Jakarta Chandra Yhudangkara mengungkapkan kutipan yang ditampilkan dalam pameran ini disadur dari karya literasi Buya Hamka. Tadinya ada 50 kutipan, namun oleh panitia kembali diseleksi dan dipilih yang terbaik untuk dipublikasikan.
“Banyak kutipan Buya Hamka misalnya ‘jika kerja hanya kerja, kera juga bisa bekerja’, itu tidak kita angkat disini karena menurut kami itu sudah banyak orang tau. Yang kita angkat disini ada yang saya pribadi pun baru tau,” ujar Chandra.
Panitia mengumpulkan kutipan kutipan itu secara kolektif, dari buku-buku klasik dan literasi kuno Buya Hamka. Keseluruhan kutipan yang ditampilkan, menurut Chandra, valid bersumber dari Buya Hamka. Sebelum dipublikasikan ada tim khusus untuk mengecek kembali apakah itu benar kutipan Buya Hamka.
“Kita buka literasi kuno dan kita kutip yang menurut kita bagus, dan memberi nasihat, baru kita angkat di konten pameran ini,” ujarnya.
BACA JUGA  Setelah Adakan Pameran, SPI Buat Seminar 111 Tahun Buya Hamka 
Kutipan-kutipan itu tertuang dalam berbagai medium. Ada yang dituliskan dalam kanvas bergambar dari lukisan cat air, sebagian ditulis menggunakan ilustrasi komputer. Selain kutipan, pameran juga diisi dengan timeline kehidupan Buya Hamka, pameran buku-buku lawas karya Buya Hamka.
“Kita klasifikasikan berdasarkan kutipan seperti aqidah, politis, keluarga, atau sosok ayah dari Buya Hamka,” ujar Chandra.
Sedikitnya 14 karya desain dikirimkan ilustrator dari Jakarta maupun luar jakarta. Termasuk karya ilustrator DC dan Marvel, Ardyansah.
Sebanyak 28 kutipan Buya Hamka ditampilkan dalam pamerna itu. Berikut beberapa kalimat dari Buya Hamka yang melegenda;
1. “Jangan Takut Gagal ! Karena yang tak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tak pernah melangkah”.2. “Jika hati senantiasa berniat baik, Allah akan pertemukan kita dengan hal yang biak, orang orang baik, atau setidaknya peluang dan kesempatan untuk bisa berbuat baik, maka isi hati kita dengan prasangka baik, harapan baik, keinginan baik, dan tekan untuk menjadi lebih baik”.3. “Peluang yang besar, itu datang secara tiba-tiba, datang tidak menentu masa, datang disaat kita kesusahan, nilailah dengan bijaksana, rebutlah peluang yang besar itu”.4. “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu”Baca halaman selanjutnya: 5. "Aku hanya orang kecil apa...Kalimat dari Buya Hamka yang Melegenda - Kiblat
TITIANProfilIbnul Mubarok, Menghabiskan Umur di Medan Ilmu dan Jihad 16 Februari 2019ManhajStrategi Politik Firaun 14 Februari 2019ManhajSistem Politik Jahiliyah, Sumber Kerusakan dan Penindasan 12 Februari 2019ManhajZaman Jahiliyah, Ketika Wahyu Tidak Mengatur Kehidupan Manusia 4 Februari 2019BERITA TERKAITHamka dan Penguasa Senin, 18 Februari 2019 15:17Suara Kaum Milenial tentang Buya Hamka Senin, 18 Februari 2019 12:59Adian Husaini: Buya Hamka Menjadi Inspirator di Era Revolusi Industri 4.0 Senin, 18 Februari 2019 10:07Memunculkan Tokoh Seperti Buya Hamka, Ini Rumusnya Ahad, 17 Februari 2019 19:43Konsep Pendidikan Buya Hamka Dinilai Bisa Atasi Problem Jiwa Bangsa Indonesia Ahad, 17 Februari 2019 17:45


5. “Aku hanya orang kecil apa dayaku kekayaanku hanya satu, dik hati. hati yang luas tak bertepi, cinta yang dalam tak terajuk”.
6. “Oleh sebab itu maka bertambah tinggi perjalanan akal, bertambah banyak alat pengetahuan yang dipakai, pada akhirnya bertambah tinggi pulalah martabat iman dan Islam seseorang”.
7. “Selama dua tahun empat bulan saya ditahan, saya merasa itu semua merupakan anugerah yang tiada terhingga dari Allah kepada saya, sehingga saya dapat menyelesaikan kitab tafsir Alquran 30 juz.”
8. “Tuhan menilai apa yang kita beri dengan melihat apa yang kita simpan.”Reporter: Muhammad Jundii
Editor: Imam S.Kalimat dari Buya Hamka yang Melegenda - Page 2 of 2 - Kiblat

RAJA AHMAD AL LINGGI BLOG SEJARAH SALASILAH KETURUNAN KESULTANAN JOHOR RIAU
Tuesday, July 29, 2008

PENGENALANAssalamualaikum, Blog ini adalah BLOG yang mengisahkan mengenai keturunan keluarga saya dari sebelah nasab BAPA. Dato Linggi atau nama sebenarnya RAJA AHMAD adalah sultan Johor Riau yang ke empat.Secara ringkasnya, daripada kajian sejarah yang dilakukan di dapati bahawa Kesultanan Johor Riau mempunyai nasab dari keturunan ahlulbait RSAW (Melayu Arab) dan Bugis.Ikutilah kisahnya dan kaitannya dengan sejarah NUSANTARA.Puteri NafisahFriday, July 18, 2008SALASILAH BUGISThursday, June 26, 2008SALASILAH DATO LINGGI DENGAN BENDAHARA TUN HABIB PADANG SAUJANASila KLIK pada RAJAH di bawah untuk perbesarkan gambaran rajah tersebutBAHAN RUJUKAN
Penulis telah merujuk kepada buku-buku, artikel-artikel dan jurnal
jurnal seperti berikut:-
Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji terjemahan oleh Virginia Matheson,
A History of Pahang oleh W. Linehan,
Intitusi Bendahara – Permata Melayu Yang Hilang’ oleh Tun Suzana Tun Osman,
Prince of Pirates oleh Carl A Trocki, Royal Ark of Malaysia/Johor oleh Christopher Buyers, Royal Ark of Malaysia/Pahang oleh Christopher Buyers,Royal Ark of Indonesia/Lingga oleh Christopher Buyers,Royal Ark of Indonesia/Riau oleh Christopher Buyers,
Sejarah Selangor – Bukit Malawati,
Indonesiaheritage.com/The Bugis Diaspora,
Indonesiaheritage.com/ Riau-Lingga Writers,
Rulers.org/Indonesia Traditional Polities,
Ruler.org/Malaysian states, al-manak.com/Johor & Pahang,
Warisan Kesultanan Riau Lingga/riaulingga.com,
Syair Perang Bendahara oleh Suzana M. Osman,
Warrior Princes of Sulawesi oleh Sabri Zain,
Mencari Gunung Daik Bercabang Tiga oleh A. F Yasin,
Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w dan Raja Melayu oleh Muzafar Mohamad dan Suzana M. Osman,
Koleksi Himpunan Karya Terpilih oleh Mohamas,
Salasilah Dato’ Linggi,
Koleksi cerita-cerita lisan penduduk Kampug Relong.
KESIMPULAN
Penulis membandingkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sebelum dan selepas Dato’ Ahmad @ Dato’ Linggi membuka Kampong Relong iaitu pada 1795 dengan peristiwa yang berlaku semasa pemerintahan Kesultanan Johor-Riau dan Bendahara Paduka Raja di Pahang.
Terdapat kesinambungan dari aspek tarikh dan tahun peristiwa tersebut berlaku dengan kehadiran Dato’ Linggi di Kampung Relong dan juga dari pengkisahan cerita-cerita lisan yang diperturunkan oleh generasi-genarasi terdahulu.
Terdapat persamaan nama ‘Ahmad’ diantara Dato’ Ahmad (yang lebih dikenali sebagai Dato’ Linggi) dengan Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah.
Perkataan ‘makamnya’ bawah kundang seperti yang tercatit didalam Salasilah Dato’ Linggi juga membawa maksud baginda adalah dari keturunan raja iaitu Kesultanan Johor-Riau sebagaimana cerita-cerita lisan generasi terdahulu. Penulis juga telah membuat beberapa hipotisis dengan alasan-alasan yang bersandarkan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa tersebut. 
Hasil daripada hipotisis tersebut penulis membuat kesimpulan bahawa :
Dato’ Ahmad yang dikenali Dato’ Linggi ADALAH Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah ibni al marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdul Jalil V Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Johor-Riau dan jajahan takluknya yang ditabalkan dalam tahun 1761.
[Hanya Allah yang Maha Mengetahui]PERISTIWA YG MEMBAWA PENYINGKIRAN RAJA AHMAD DARI TAKHTA. (2)
Setelah kemangkatan Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja dalam tahun 1777. Bendahara Paduka Raja Tun ‘Abdul Majid berusaha untuk memperkukuhkan pengaruhnya. Beliau telah berjaya mempengaruhi Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam dengan mengaturkan perkahwinan baginda dengan puterinya iaitu Che Engku Puan.

Terdapat pergolakan dan perebutan pengaruh dan kuasa diantara pembesar-pembesar Melayu dan Bugis didalam kesultanan Johor-Riau sehingga menyebabkan Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam terpaksa meminta pertolongan dan perlindungan daripada Belanda dari 10 November 1784 sehingga 7 Februari 1787 dimana pihak Beland telah menyerahkan kembali kuasa pemerintahan kepada baginda.

Pembesar-pembesar Bugis telah cuba untuk mempertingkatkan pengaruh mereka didalam Kerajaan Johor-Riau, bagaimana selepas kemangkatan Yamtuan Muda Riau Raja Haji Fisabillillah di Telok Ketapang pada 19 Jun 1784, pengaruh pembesar Bugis semakin merosot.

Bahawa pergeseran dan perebutan kuasa dan pengaruh diantara pembesar Melayu dan Bugis keseluruhannya banyak berpunca daripada perebutan untuk menguasai konsesi lombong bijih dan hasil mashul yang lain seperti gambir, opium, teh, lada hitam dan rempah ratus yang lain. Sultan pada kebiasaannya menyerahkan pengutipan cukai tersebut kepada para pembesar negeri, maka kehadiran pihak Belanda sedikit sebanyak telah menggugat penguasaan pembesar-pembeser negeri terutama orang Bugis untuk memonopoli hasil-hasil tersebut.

Selepas kemangkatan Bendahara Paduka Raja Tun ‘Abdul Majid dalam tahun 1802, barulah pembesar-pembesar Bugis berjaya mempengaruhi Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam iaitu dengan mengaturkan perkahwinan baginda dengan Raja Hamidah, puteri kepada Yamtuan Muda Riau Raja Haji dalam tahun 1803. Baginda telah menghadiahkan Pulau Penyengat kepada Raja Hamidah sebagai hadiah perkahwinan.

Bahawa Paduka Sri Sultan Mahmud telah menganugerahkan Pulau Penyengat kepada suku Bugis bagi mengambil hati para pembesar dan orang-orang Bugis pada masa tersebut sebagaimana baginda menganugerahkan tanah Pahang kepada Bendahara Tun Abdul Majid iaitu bagi memujuk beliau yang dipinggirkan kuasanya oleh Yamtuan Muda Riau.

Semasa hayatnya, Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam telah berkahwin (pertama) dengan Che Engku Puan binti Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid. (kedua) Inche’ Makoh binti Daeng Maturang, (ketiga) Inche’ Mariam binti Dato’ Bandar Hassan pada 1780, (keempat) Raja Hamidah binti Raja Haji (YTMRiau 4) pada 1803. Bagaimana pun perkahwinan dengan orang bukan gahara sahaja yang memperolehi putera iaitu Tengku Sulong (a/k Inche’ Makoh) dan Tengku Jumaat (a/k Inche’ Mariam).

Setelah kemangkatan Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam pada 12 Januari 1811, baginda tidak menamakan pengganti bagi mewarisi Kesultanan Johor-Riau. Perebutan kuasa telah berlaku diantara Tengku Sulong dan Tengku Jumaat dari tahun 1812 sehingga 1819 walaupun umum mengetahui bahawa kedua-dua putera sultan ini dari isteri orang bukan gahara.

Bahawa didalam tempoh peralihan tersebut tentunya pembesar-pembesar negeri tercari-cari siapakah yang paling layak untuk ditabalkan menjadi Sultan. Memandangkan kedua-dua putera Sultan tersebut adalah dari isteri orang bukan gahara maka pada waktu tersebut Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah (sekiranya masih hidup) atau putera-putera baginda menjadi waris yang paling layak untuk ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau.

Bahawa Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam mungkin sedar bahawa kekanda baginda yang dikatakan telah mangkat itu sebenarnya masih hidup. Berbagai persoalan mungkin timbul dibenak baginda, ada baik dan ada risikonya. Tindakkan baginda tidak melantik atau menamakan pengganti baginda mungkin disebabkan baginda mahu menyerahkan kembali takhta kesultanan kepada kekanda baginda atau waris-waris yang lebih layak dari keturunan raja yang sebenar?].

Bahawa Dato’ Linggi yakni Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah dan keluarga baginda tentu terdedah kepada sasaran pembunuh upahan samada daripada waris keturunan Paduka Sri Sultan Mahmud ataupun Pembesar-pembesar Melayu dan Bugis yang tamakkan harta, pengaruh dan kuasa].

Sekitar tahun 1802 Bendahara Paduka Raja Tun ‘Abdul Majid ada menghantar wakil bagi menjemput Dato’ Linggi ke Istana Pekan.

Tujuannya untuk berjumpa Dato’ Linggi kerana dalam masa tersebut beliau sedang gering.

Adakah Bendahara berasa tersangat rindu kepada Dato’ Linggi, zuriat Sultan Johor-Riau yang dizalimi yang selama ini dilindungi secara diam-diam? Intan gemala yang disingkirkan oleh Bendahara Tun Hasan dan para pembesar Melayu yang ingin memastikan kekuasaan Negeri ditangan meraka? Atau mungkin Bendahara mahu menatap wajah intan gemala yang sekian lama tidak dilihatnya untuk kali terakhir? Mungkin juga Bendahara ingin menceritakan kebenaran, memohon ampun dan maaf, merafak sembah kepada Sultan yang sebenar (‘the True King’)?.

Bendahara Paduka Raja Tun ‘Abdul Majid meninggal dunia pada tahun 1802 tanpa diketahui samada hasrat beliau tercapai atau tidak.

Walau apapun, Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah mengharungi saat-saat yang mencabar didalam penghidupannya, daripada putera raja, menjadi Sultan seketika, disingkir dari takhta kemudian menjadi rakyat biasa, hidup di tempat yang terpencil dan hanya ingin dikenali dengan nama Dato’ Ahmad (Dato’Linggi).

Dato’ Ahmad telah mangkat sekitar tahun 1812-1815 atau lebih mengikut jangka hayat manusia pada masa tersebut iaitu antara 50 – 60 tahun dan dimakamkan dibawah pohon Kundang ditempat yang dikenali sebagai Kuala Relong di Kampong Relong, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. 

Dengan huraian dan hipotisis yang dinyatakan diatas maka sedikit sebanyak persoalan-persoalan yang ditimbulkan sebelum ini telah pun terjawab

PERISTIWA YG MEMBAWA PENYINGKIRAN RAJA AHMAD DARI TAKHTA. (1)Semasa pemerintahan Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah perbalahan sering berlaku diantara para pembesar Melayu dan Bugis yang ingin berkuasa dan menguasai hasil mashul Negeri Johor. Ini disebabkan para pembesar Bugis yang diketuai oleh Yamtuan Muda Riau sangat berkuasa keatas pemerintahan Negeri Johor. Merujuk kepada persetiaan Melayu-Bugis yang dipersetujui oleh Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-Alam Shah dengan Daeng Parani semasa penyingkiran Raja Kecil Siak menyatakan “Sebelah Raja Sulaiman menjadi Yamtuan Besar (Sultan) sampailah kepada turun temurunnya dan sebelah Bugis menjadi Yantuan Muda sampailah kepada turun temurunnya juga, tiada boleh yang lain. Dan lagi Yamtuan Besar (Sultan) jadi seperti perempuan sahaja, jika diberinya makan, maka baru makan ia. Dan Yamtuan Muda jadi seperti laki-laki, dan jika datang satu-satu hal atau apa-apa juga bicara melainkan apa kata Yamtuan Muda”. Maka jawatan yang disandang oleh para pembesar Melayu seperti Bendahara dan Temenggong tidak lagi mempunyai kuasa yang besar malah peranan mereka ini sering diperkecilkan oleh para pembesar Bugis.

Penganjur bagi para pembesar Melayu yang cuba mengurangkan kuasa pihak Yantuan Muda Riau ini ialah Raja Kecil Terengganu yang bernama Sultan Mansur Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin I yang juga dikenali sebagai Tun (Raja) Dalam.

Tun Dalam merupakan sepupu kepada Paduka Sri Sultan Sulaiman yang juga menantu kepada baginda dan Daeng Chelak. Tun Dalam juga merupakan bapa saudara sepupu kepada Bendahara Tun Hassan. Bagaimana pun Bendahara, Temenggong dan Raja Indera Bongsu tentulah menjadi pendorong utama didalam perkara ini.

Para pembesar Melayu termasuk Tun Dalam dikatakan terlalu marah dengan pembesar Bugis yang memonopoli kuasa didalam kerajan Johor telah mencetuskan berbagai masalah dengan pembesar Bugis, ini memburukkan lagi perhubungan diantara para pembesar Melayu dan Bugis yang memang telah sedia tidak baik.

Pertelingkahan kedua-dua belah pihak sampai ke kemuncaknya pada tahun 1753 sehingga menyebabkan Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja memutuskan untuk meninggalkan Riau dan membuat pemerintahan di daerah Linggi. Dalam tahun 1759, Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja telah memerintahkan Raja Haji (Engku Kelana) pergi ke Riau bagi mendesak Paduka Sri Sultan Sulaiman memperbaharui persetiaan Melayu-Bugis yang telah dibuat pada tahun 1722 dahulu.

Pada tahun 1760 Paduka Sri Sultan Sulaiman telah menitahkan Tun Dalam dan Raja Haji pergi ke Linggi untuk menjemput Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja bagi menjalankan pentadbiran negeri. Rombongan tersebut telah singgah sebentar di Melaka. Semasa di Melaka Tun Dalam yang mendakwa sebagai wakil Paduka Sri Sultan Sulaiman telah berjumpa dengan Gabenor Belanda di Melaka. Tun Dalam mendakwa membawa perintah daripada baginda sultan bagi meminta pihak Belanda menyerang Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja di Linggi. Tun Dalam juga menyatakan bahawa segala perbelanjaan bagi peperangan tersebut akan ditanggung oleh Paduka Sri Sultan Sulaiman

Atas tipu helah tersebut, pihak Belanda telah menyerang Linggi dan Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja berundur ke Rembau. Bagaimana pun cerita berkenaan tindak tanduk Tun Dalam ini telah diketahui oleh Paduka Sri Sultan Sulaiman menyebabkan baginda begitu murka kepada Tun Dalam, bagaimana pun sebelum sempat baginda bertindak, Tun Dalam dan rombongannya telah melarikan diri ke Terengganu.

Paduka Sri Sultan Sulaiman telah berjumpa dengan Gabenor Belanda di Melaka dan pada mulanya baginda tidak mahu menjelaskan hutang peperangan tersebut yang berjumlah tujuh laksa, tiga ribu, empat ratus lima puluh tujuh ringgit. Bagaimana pun setelah didesak oleh Gabenor Belanda, baginda telah meminta tangguh bagi pembayaran hutang tersebut kerana mahu berjumpa dahulu dengan Tun Dalam. Baginda kemudiannya pulang ke Riau.

Semasa di Riau, Paduka Sri Sultan Sulaiman telah memerintahkan Raja di Baroh untuk menjemput Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja di Rembau. Raja di Baroh telah singgah dahulu di Selangor dimana setibanya disana baginda telah jatuh gering. Semasa pemergian Raja di Baroh ini, Paduka Sri Sultan Sulaiman telah jatuh gering dan mangkat pada 20 Ogos 1760.

Menurut ‘Tuhfat al-Nafis’ pada masa geringnya baginda Sultan inilah Tengku Puteh telah melahirkan Tengku Mahmud. Selepas pemakaman baginda, Bendahara Tun Hasan telah menyuruh orang pergi ke Selangor untuk memberitahu Raja di Baroh bahawa ayahanda banginda sudah mangkat. Setelah menerima berita tersebut, Raja di Baroh selang beberapa hari telah mangkat iaitu pada tanggal 29 Januari 1761.

Raja Selangor telah memasukkan jenazah Raja di Baroh didalam keranda dan menghantarnya ke Pedas dimana Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja berserta Raja Haji telah menunggu jenazah baginda di Pedas seterusnya membawa jenazah tersebut pulang ke Riau. Jenazah baginda dimakamkan bersebelahan dengan makam paduka ayahanda Marhum Paduka Sri Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah.

Setelah permakaman almarhum Sultan Abdul Jalil, para pembesar negeri telah menabalkan Tengku Ahmad sebagai Sultan Johor-Riau dengan gelaran Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah. Pertabalan tersebut telah dibuat oleh Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja dan bukannya oleh Bendahara Tun Hasan.

Kejadian ini telah membuatkan para pembesar melayu terutamanya Bendahara Tun Hasan sakit hati. Apatah lagi Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja telah melantik dirinya menjadi pemangku kepada sultan. Walau bagaimana pun Paduka Sri Sultan Ahmad telah dipelihara oleh Bendahara Tun Hasan dan menetap di Kampung Bulang dengan suku-suku Melayu.

Setelah mendapat berita Paduka Sri Sultan Sulaiman telah mangkat, Gabenor Belanda di Melaka telah menghantar satu rombongan ke Riau bagi menuntut hutang yang masih belum dibayar oleh Marhum baginda Sultan. ‘Tuhfat al-Nafis’ ada menceritakan peristiwa ini secara terperinci dimana Bendahara Tun Hasan dan para pembesar Melayu tidak berupaya untuk membayar hutang tersebut dan menyerahkan kepada Yamtuan Muda Daeng Kemboja untuk membuat keputusan. Pihak Belanda menuntut jika hutang tersebut gagal dibayar, pihak Belanda akan mengambil dua putera Raja di Baroh sebagai tebusan.

Maka gemparlah seluruh Riau kerana takut akan kehilangan dua orang putera dari keturunan Sultan itu.

Berkatalah Bendahara Tun Hasan (didalam Tuhfat al-Nafis) “Allah, Allah, Janganlah abang kenangkan saya semua ini, melainkan abang pandang sajalah kepada intan gemala kita, yang piatu itu daripada waris amanah pertaruhan marhum kepada abang serta saya semua ini. Adapun Johor dan Riau serta segala takluk daerahnya dipulangkan kepada abang dan abanglah memerintahnya serta kaum abang selama-lamanya dengan muafakat serta tulus ikhlas, relalah saya semua kepada abang adik beradik, anak beranak”.

Selepas bertangguh selama tiga bulan, Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja akhirnya berjaya membayar hutang tersebut yang kemudiannya berjumlah tujuh laksa, tujuh ribu tujuh ratus tujuh puluh ringgit, hasil daripada penjualan candu.

Di riwayatkan bahawa selepas beberapa hari perkara pembayaran hutang tersebut selesai Paduka Sri Sultan Ahmad dikatakan telah jatuh gering dan mangkat di Kampung Bulang. Dikatakan Bendahara Tun Hasan dan Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja sendiri telah menyempurnakan permakaman almarhum baginda sultan.

Selesai permakaman maka para pembesar negeri telah bermusyawarah dimana suku-suku Melayu mencadangkan calon daripada saudara-saudara Marhum di Baroh manakala suku-suku Bugis mancadangkan Raja Mahmud yang berdarah Melayu-Bugis. Bagaimana pun tiada keputusan daripada perjumpaan tersebut dan bertangguhlah kepada hari esoknya. Bendahara Tun Hasan telah mengarahkan suku-suku Melayu bersiap sedia dengan kelengkapan senjata untuk hadir pada perjumpaan keesokkan hari, manakala Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja sangat marah apabila mendengar berita tersebut lantas berkata ia kepada Raja Haji

“ Engku Kelana daripada perbuatan Datuk Bendahara itu, baharu semalam umpamanya ia berkata negeri Riau ini putih hitamnya terserah kepada kita. Pada ketika Kapitan kapal menunggu hutang hari itu, ini sudah lain pula tingkah lakunya seperti rupa-rupa hendak mencari jalan perkelahian, bukan jalan muafakat dan musyawarah memilih raja hanyalah seolah-olah jalan hendak menunjukkan laki-lakinya jua”.

Maka suku-suku Bugis juga telah menyediakan kelengkapan senjata pada hari tersebut.
Keesokkan harinya semasa tiba waktu pertabalan seluruh pembesar daripada kedua-dua belah pihak telah berhimpun.

Merujuk kepada ‘Tuhfat Al-Nafis’ dan artikel ‘Lingga Island - Mencari Gunung Daik Bercabang Tiga’ tulisan A. F Yasin, bahawa Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja sambil meriba Tengku Mahmud yang masih kecil telah naik ke singgahsana seterusnya menobatkan Tengku Mahmud sebagai Sultan Johor. Beliau menghunus pedangnya sambil berucap yang maksudnya
“Barang siapa diketahui kiranya suku-suku sebelah Melayu dan Bugis, bahawa sesungguhnya Raja Mahmud inilah Raja Johor dan segala jajahan takluknya yang dilantik oleh Bugis sebagaimana nindanya Sultan Sulaiman, iapun demikian jualah. Maka barang siapa yang tiada mematuhi aturan ini, maka pada hari inilah kita berhabis-habisan”.

Bendahara Tun Hasan yang terkejut dengan perlakuan Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja itu tidak dapat berbuat apa-apa melainkan berkata “Jikalau sudah patut pada abang semua Raja Mahmud ini menjadi Raja Johor, maka saya semua pun sertalah”.

Maka dengan perakuan tersebut tertaballah Paduka Sri Sultan Mahmud.

Bahawa bagi merampas kembali kuasa kesultanan Johor yang dipangku oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja, Bendahara Tun Hasan bersama Temenggong dan Raja Indera Bongsu telah membuat rancangan iaitu dengan mengisytiharkan bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad telah gering dan mangkat di Kampung Bulang. Dengan itu para pembesar Melayu berhasrat untuk menabalkan Sultan dari kalangan saudara-saudara Mahrum Sultan Abdul Jalil samada Tengku Abdul Kadir, Tengku Othman atau Tengku Buang. Sekiranya cadangan tersebut berhasil tentulah para pembesar Melayu dapat berkuasa sepenuhnya keatas Kerajaan Johor. Bagaimanapun pakatan ini tidak dapat dilaksanakan apabila Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja selagi lagi bertindak bersendirian dengan melantik Tengku Mahmud sebagai Sultan Johor-Riau.

Menurut Christopher J. Buyers didalam ‘RoyalArk/Malaysia/Johor’ Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam pada masa perlantikan tersebut baru berusia enam tahun (lahir 1755).

Manakala ‘Tuhfat al-Nafis’ menyatakan Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam pada masa perlantikan tersebut baru berusia satu tahun (lahir 1760). Maka pemerintahan Kerajaan Johor-Riau telah dipangku oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja dengan dibantu oleh penolongnya Raja Haji (Engku Kelana).

Bahawa dengan perlantikan tersebut pembesar-pembesar Bugis yang diketuai oleh Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja telah menguasai sepenuhnya pemerintahan dan memonopoli hasil kekayaan Kerajaan Johor-Riau. 

Bahawa dengan pertabalan tersebut maka gagallah rancangan Bendahara Tun Hasan dan para pembesar Melayu yang lain untuk melantik Sultan dari kalangan saudara-saudara Marhum Raja di Baroh. Bermakna gagal jugalah hasrat untuk kembali berkuasa didalam pemerintahan kerajaan Johor. Apatah lagi Sultan yang baru ditabal itu masih kecil dan bersemayam di Riau, dikelilingi oleh para pembesar Bugis. Maka yang menjadi mangsa adalah Paduka Sri Sultan Ahmad yang ‘terpaksa menjadi korban’ kepada rancangan pembesar Melayu yang tidak berjaya itu.

Terdapat percanggahan didalam kesahihan kemangkatan Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah seperti yang didakwa oleh Bendahara Tun Hasan dan Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja semasa perlantikan Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam pada 1761.

Ini berdasarkan beberapa catitan-catitan termasuk daripada Christopher J. Buyers didalam ‘RoyalArk/Malaysia/Johor’ yang menyatakan bahawa Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah masih hidup sehingga tahun 1770 sebelum baginda menghilangkan diri iaitu pada usia 18 tahun. Menurut cerita-cerita lisan yang diperturunkan dari generasi terdahulu menyatakan bahawa yang dimakamkan di Batangan tersebut hanyalah batang pisang kerana Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah dilarikan oleh orang suruhan Bendahara dari Kampung Bulang.

Bahawa dari tahun 1761 sehingga 1770, Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah telah mendalami ilmu agama islam sehingga menjadi seorang yang alim. Baginda telah menukar nama gelarannya kepada Dato’ Ahmad yang juga mahu dikenali sebagai Dato’ Linggi seperti yang dinyatakan didalam Salasilah[2] dan tidak lagi menggunakan gelaran ‘Sultan’ atau ‘Tengku’.

Pembesar Kerajaan Johor-Riau yang berpengaruh pada masa tersebut ialah Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja yang bersemayam di Riau dan Bendahara Paduka Raja Tun Hasan yang bersemayam di Kampung Bulang. Perlantikan Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam oleh Daeng Kemboja membawa maksud beliau mempunyai kata pemutus didalam perlantikan Sultan Johor-Riau.

Manakala selepas tahun 1770 pembesar Melayu yang berpengaruh ialah Bendahara Paduka Raja Tun ‘Abdul Majid yang bersemayam di Pahang yang juga dikenali sebagai Bendahara Pahang. Dimana peristiwa perlantikan Yamtuan Muda Riau Raja Haji oleh Bendahara Paduka Raja Tun ‘Abdul Majid di Pahang dalam tahun 1778 menunjukkan bahawa beliau sangat berpengaruh pada masa tersebut.

Berdasarkan ‘Tuhfat al-Nafis’, ‘Price of Pirates’ oleh Carl A Trocki dan artikel ‘Warrior Princes of Sulawesi’ tulisan Sabri Zain menyatakan bahawa Raja Haji pada masa kemangkatan Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja di Riau sekitar tahun 1777, sedang berada di Borneo kerana membantu Sultan Pontianak berperang menentang musuh-musuhnya. Raja Haji sepatutnya balik ke Riau untuk menghadiri pemakaman Yantuan Muda Riau Daeng Kemboja tetapi beliau mengambil keputusan untuk singgah di Pahang.

Raja Haji telah berjaya mendapatkan sokongan dan restu dari Bendahara Tun Abdul Majid (a prominent member of Johor-Riau house) seterusnya telah ditabalkan di Pahang sebagai Yamtuan Muda Riau ke empat pada tahun 1778.

Bendahara Pahang setelah berkuasa pada tahun 1770 telah menyembunyikan Dato’ Ahmad di wilayah pemerintahannya iaitu di Pahang. Dato’ Ahmad akhirnya mengambil keputusan untuk terus tinggal dan menetap di Kampung Relong dan tidak berhasrat untuk kembali berkuasa. Mungkin juga disebabkan oleh kewarakan baginda menyebabkan baginda tidak lagi mempunyai hasrat tersebut. Anak-anak baginda juga telah menggugurkan nama gelaran ‘Tengku’ bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa.
SEJARAH HIDUP TENGKU AHMAD @ PADUKA SRI SULTAN AHMAD I RI’AYAT SHAHTengku Tengah, juga dikenali Tengku/Raja Ahmad diputerakan didalam tahun 1752.

Putera kepada Raja di Baroh iaitu Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Sulaiman Badr ul-‘Alam Shah, Sultan Johor dengan Sultanah Tengku Puteh binti Raja Chelak, puteri ke tiga kepada Raja Chelak bin Daeng Rilaga, Yang di Pertuan Muda Riau ke 2 dengan Tengku Mandak binti al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Mu’adzam Shah puteri ke tiga Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Mu’adzam Shah bin Bendahara ‘Abdu’l Majid, Sultan Johor-Riau.

Tengku Tengah telah ditabalkan menjadi Sultan Johor-Riau di Riau pada usia baginda 9 tahun bergelar Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah setelah kemangkatan ayahanda baginda al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah pada 29 Januari 1761. 

Oleh kerana terlalu sedih atas kemangakatan Paduka Sri Sultan Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah, bonda baginda Tengku Puteh telah jatuh gering dan mangkat pada 16 Februari 1761 iaitu kurang sebulan selepas kemangkatan Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah dan dimakamkan di Batangan, Riau.

Semasa menjadi Sultan, Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah tinggal bersama Bendahara Tun Hassan di Kampung Bulang. Manakala adinda baginda Tengku Mahmud dipelihara oleh bonda saudara baginda Tengku Hitam di Riau.

Dalam tahun yang sama iaitu 1761 ‘Tuhfat Al-Nafis’ ada menyatakan bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah jatuh gering seterusnya mangkat di Kampung Bulang dan dimakamkan di Batangan, Riau. Manakala menurut ‘Institusi Bendahara – Permata Yang Hilang’ bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah mangkat akibat termakan racun.

Bagaimana pun Christopher Buyers yang menulis didalam ‘RoyalArk/Malaysia/Johor’ dan beberapa penulis lain menyatakan bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah masih hidup selepas disingkirkan sehinggalah sekitar tahun 1770 apabila baginda dikatakan telah menghilangkan diri. Menurut cerita-cerita lisan waris di Kampung Relong yang diperturunkan dari generasi terdahulu menyatakan bahawa yang dimakamkan di Batangan tersebut hanyalah batang pisang dan sebenarnya Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah dilarikan oleh orang suruhan Bendahara Tun Hasan didalam gulungan tikar mengkuang dari Kampung Bulang.

Pada tahun 1770 Bendahara Tun Hassan telah mangkat dan digantikan oleh Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majidyang juga dikenali sebagai Bendahara Pahang.

Pada masa inilah Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah menghilangkan diri dimana dipercayai Bendahara Tun Abdul Majid secara senyap-senyap telah menghantar baginda ke satu tempat yang paling terpencil didalam Negeri Pahang iaitu di Kuala Relong. 

Disinilah Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah yang menukar nama baginda kepada Dato’ Ahmad (Dato’ Linggi) telah membuka perkampongan pada tahun 1795, iaitu pada usia baginda 43 tahun.

Di sinilah juga baginda mangkat dan dimakamkan dibawah pokok kundang di Kuala Relong sekitar tahun 1812-1815

HUBUNG KAIT DIANTARA DATO’ LINGGI DENGAN KESULTANAN JOHOR-RIAU.Pencarian ini adalah berdasarkan kepada fakta tahun pembukaan Kampung Relong oleh Dato’ Linggi iaitu pada tahun 1795 dan perbandingan dibuat berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dan fakta-fakta yang terdapat didalam Sejarah Kerajaan dan Kesultanan Johor-Riau yang berlaku diantara tahun 1740an dan awal tahun 1800an.

Hipotisis yang dibuat adalah bersandarkan alasan-alasan dan keterangan-keterangan yang munasabah.

(Hipotisis bermaksud andaian yang dikemukakan berdasarkan fakta semasa dan digunakan sebagai asas kepada pencarian seterusnya yang mana berkemungkinan benar atau tidak). 

Daripada sejarah Kesultanan Johor-Riau yang dinyatakan sebelum ini, terdapat satu peristiwa penting yang berlaku iaitu pada tahun 1761 dimana Tengku Tengah (Tengku/Raja Ahmad) yang ditabalkan menggantikan ayahanda baginda bergelar Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah disingkir dari takhta pada tahun yang sama dan tampuk kesultanan diserahkan kepada adindanya iaitu Tengku (Raja) Mahmud.

Penulis merasakan terdapat persamaan diri diantara Dato’ Ahmad yang membuka Kampung Relong pada tahun 1795 dengan Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah yang disingkirkan daripada takhta Kesultanan Johor-Riau pada tahun 1761 iaitu daripada aspek nama ‘Ahmad’ itu sendiri

SULTAN JOHOR RIAU (13) : terakhirPaduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman II Mu’azzam Shah ibni al-marhum Raja Muhammad Yusuf

(Tahun 1883 – [1930])

Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman II Mu’azzam Shah ibni al-marhum Raja Muhammad Yusuf (lahir 1851) adalah putera kepada Raja Muhammad Yusuf, Yang di-Pertuan Muda Riau ke 10 dengan Tengku Fatimah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah.

Baginda dipilih oleh Belanda untuk menggantikan Paduka Sri Sultan Sulaiman II Badr ul-‘Alam Shah (datuk saudara) diantara ramai lagi waris-waris yang lebih tua yang layak. Baginda berkuasa diatas pertolongan bonda baginda sehingga berkuasa penuh pada 18 Februari 1885.

Baginda mengabungkan kekuasaan Riau dan Lingga selepas kemangkatan ayahanda baginda selain memindahkan pusat pemerintahan dari Daik, Pulau Lingga ke Pulau Penyengat di Riau. 

Baginda melarikan diri ke Singapura pada 3 Februari 1911 kerana tidak mahu tunduk kepada kehendak Belanda yang mahukan baginda menyerahkan lebih banyak kuasa.

Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman II Mu’azzam Shah mangkat di Teluk Belanga, Singapura pada 28 Disember 1930.

Maka berakhirlah pemerintahan Kesultanan Riau-Lingga dari keturunan Kesultanan Johor-Riau.
SULTAN JOHOR RIAU (12)Sultan Sulaiman II Badr ul-‘Alam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah 

Tahun (1857 – 1883)

Paduka Sri Sultan Sulaiman II Badr ul-‘Alam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah iaitu bapa saudara kepada Paduka Sri Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dengan persetujuan Belanda (NEI) telah dilantik sebagai Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Riau-Lingga dan jajahan takluknya pada 11 Oktober 1857 di Daik iaitu selepas Paduka Sri Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dibuang negeri oleh pihak Belanda (NEI).

Baginda telah mangkat di Daik pada 17 September 1883 dan dimakamkan di Bukit Chengah (Chengkeh), Lingga
SULTAN JOHOR RIAU (11)Paduka Sri Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Muhammad II Mu’azzam Shah

(Tahun 1835 – 1857)

Paduka Sri Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Muhammad II Mu’azzam Shah (lahir 1823) ditabalkan sebagai Sultan Lingga pada tahun 1835.

Baginda telah berkuasa sepenuhnya setelah kemangkatan ayahanda baginda pada 20 Julai 1841. Pada 7 Okober 1857 Baginda telah berselisih faham dengan pihak Belanda seterusnya dihalang dari berkuasa oleh pihak Belanda.

Baginda telah melarikan diri dan hidup dalam buangan ke Negeri Pahang sehingga tahun 1861 sebelum berpindah ke Bangkok untuk menjadi Gabenor Siam bagi Negeri Terengganu dan Kelantan.

Baginda mangkat di Pekan, Pahang dan di makamkan di Pahang pada 10 Julai 1864

SULTAN JOHOR RIAU (10)Paduka Sri Sultan Muhammad II Mu’azzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah 

(Tahun 1832 – 1835)

Setelah kemangkatan Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah, anakanda baginda Paduka Sri Sultan Muhammad II Mu’azzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah (lahir 1803) ditabalkan sebagai Sultan Lingga. Disebabkan keuzuran Paduka Sri Sultan Muhammad II telah menyerahkan tampuk pemerintahan kepada puteranya Tengku Mahmud pada 1835.

Paduka Sri Sultan Muhammad II Mu’azzam Shah mangkat di Kraton, Daik dan di makamkan di Bukit Chengah (Chengkeh) di Daik, Kepulauan Lingga pada 20 Julai 1841

SULTAN JOHOR RIAU (9)Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud III Alam Shah

(Tahun 1818 – 1832)

Dalam tahun 1818, Tengku Juma’at (lahir 1755) dengan sokongan Yamtuan Muda Riau Sultan Jaafar telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang di Pertuan Besar Lingga bergelar Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud III Alam Shah dan diperakui oleh pihak Belanda (NEI).

Semasa pemerintahan baginda Riau telah menjadi pusat perkembangan dan penyiaran agama Islam.

Pada 1 Syawal 1249H (1823) baginda telah mendirikan Majid Raya di Pulau Penyengat di Riau yang masih ada sehingga hari ini.

Baginda mangkat di Lingga dan dimakamkan di Bukit Chengah (Chengkeh) di Daik, Kepulauan Lingga pada 9 Ogos 1832

Perjanjian British - Belanda (Tahun 1824)British dan Belanda telah menandatangi ‘Anglo-Dutch Treaty’ di London pada tahun 1824 dimana persetujuan telah dibuat bagi menentukan garis sempadan masing-masing. Dengan perjanjian tersebut British telah menyerahkan Betawi kepada Belanda manakala Belanda menyerahkan Melaka kepada British.

Penentuan garis sempadan ini secara langsungnya telah memecahkan empayar kesultanan Johor-Riau kepada dua wilayah iaitu Johor dan Singapura dibawah jajahan British manakala Riau dan Lingga dibawah jajahan Belanda.
SULTAN JOHOR RIAU (8)Paduka Sri Sultan ‘Ali Iskandar Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah 

(Tahun 1835 – [1855]) 

Pada 5 September 1835 Paduka Sri Sultan ‘Ali Iskandar Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Johor.

Disebabkan pemerintahan baginda yang lemah pada 10 Mac 1855 manakala pengaruh Temenggong yang bersekongkol dengan pihak British telah berjaya memaksa Sultan ‘Ali Iskandar Shah menyerahkan seluruh kedaulatan Negeri Johor kecuali Kesang (Muar) kepada Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim.

Sebagai ganti baginda dibayar saguhati berupa pencen dari Kerajaan British. Bagaimana pun beberapa tahun kemudian didalam keadaan yang terdesak baginda terpaksa menyerahkah Muar kepada Temenggong Sri Maharaja Ibrahim dan berpindah ke Umbai, Melaka.

Paduka Sri Sultan ‘Ali Iskandar Shah mangkat di Umbai Melaka pada 20 Jun 1877 dan dimakamkan di perkarangan Masjid Umba

Terdapat artikel yang mengatakan bahawa disebabkan pemerintahan yang lemah serta kegagalan Paduka Sri Sultan Husain seterusnya Sultan ‘Ali Iskandar Shah membendung perpecahan dan pergeseran dikalangan pembesar-pembesar negeri disamping kecenderungan Sultan tunduk kepada pihak British.

Ini menyebabkan Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim bin Temenggong Sri Maharaja Daeng ‘Abdul Rahman mengambil keputusan untuk mengambil alih kuasa bagi kepentingan rakyat dan bangsa Melayu di Negeri Johor dan jajahan takluknya pada tahun 1855.

Manakala dua tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1853 Bendahara Sri Maharaja Tun ‘Ali yang sudah tidak kuasa melihat berbagai siasah politik yang tidak bersesudahan diantara kesultanan Johor yang telah berpecah itu telah memerintahkan anakandanya Bendahara Muda Tun Mutahir mengistiharkan Negeri Pahang berpisah dari Kerajaan Johor. 
SULTAN JOHOR RIAU (7)Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam 

(Tahun 1819 – 1835)

Tengku Sulong (lahir 1776) dengan sokongan daripada Temenggong Sri Maharaja Daeng ‘Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Sultan Johor pada 6 Januari 1819, bergelar Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam.

Pertabalan dibuat di Singapura dihadapan Sir Thomas Stamford Raffles dan diperakui oleh British.

Sebagai balasannya baginda dipaksa menyerahkan Singapura kepada British. Kebanyakkan pembesar Melayu dan rakyat jelata secara diam mempertikaikan perlantikan baginda kerana dilantik oleh orang Inggeris dan bukannya dimasyhurkan oleh pembesar yang mewakili rakyat jelata.

Walaupun Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah menjadi Sultan yang berkuasa, pemerintahan kerajaan Johor sebenarnya dikuasai oleh Temenggong Sri Maharaja Daeng ‘Abdul Rahman.

Pada 5 September 1835 Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah telah mangkat di Tranquerah, Melaka dan dimakamkan di perkarangan Masjid Tengkera, Melaka.

(Catatan : Dari sini boleh dijejak al kisah tentang Pulau Batu Putih)
Tahun 1811 – 1819 ZAMAN PERALIHAN(INTERRAGNUM, a period between the rule of two successive rulers)

Oleh yang demikian pemerintahan Sultan Abdu’l Rahman tidak diiktiraf oleh mereka. Walaupun kuasa ditangan Sultan tetapi pembesar-pembesar negeri lebih berpengaruh dikalangan rakyat jelata.

Pada masa tersebut Negeri Pahang ditadbir oleh Bendahara Sri Wak Raja Tun ‘Ali bin Tun Koris manakala Negeri Johor ditadbir oleh Temenggong Sri Maharaja Daeng ‘Abdul Rahman. 

Perebutan kuasa telah berlaku diantara Tengku Sulong dengan Tengku Juma’at berlanjutan selama 9 tahun iaitu dari tahun 1811 sehingga 1819. 

Kemuncak perbalahan tersebut telah membawa kepada perpecahan Kerajaan Johor-Riau kepada dua wilayah iaitu Johor termasuk Pahang dan Singapura dikuasai oleh orang-orang Melayu yang mendapat sokongan British manakala Riau termasuk Lingga, Karimun, Buru dan lain-lain pulau diseluruh kepulauan Riau-Lingga dikuasai oleh orang-orang Bugis yang mendapat sokongan daripada Belanda.

Perbalahan ini juga telah memberi peluang kepada British dan Belanda untuk campur tangan didalam menentukan perlantikan pemerintah Kerajaan Johor dan Riau-Lingga.
SULTAN JOHOR RIAU (6)Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud III Alam Shah 

(Tahun 1811 – 1818)

Setelah kemangkatan Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam, Yamtuan Muda Riau Sultan Jaafar telah menabalkan Tengku Juma’at sebagai Sultan Johor-Riau bergelar Paduka Sri Sultan Abdu’l Rahman I Muadzam Shah dengan membelakangkan abangnya Tengku Sulong.

Pertabalan ini telah mendapat tentangan daripada Tengku Sulong dan pembesar-pembesar Melayu kerana ianya dikira telah melanggar adat pertabalan sultan.
No comments: Links to this post 

SULTAN JOHOR RIAU (5)Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah 

(Tahun 1761 – 1811)

Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah (lahir 1755) telah ditabalkan menggantikan Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah dalam tahun 1761 di Riau.

Pertabalan tersebut telah dibuat oleh Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja. Disebabkan Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam masih muda, pemerintahan Kerajaan Johor-Riau telah dipangku oleh Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja.

Didalam masa tersebut perebutan kuasa dan pengaruh diantara pembesar Melayu dan Bugis telah melemahkan Kerajaan Johor-Riau.

Pada tahun 1778, Raja Haji bin Raja Chelak telah dilantik sebagai Yamtuan Muda Riau ke empat setelah kemangkatan Daeng Kemboja. Pada masa ini pengaruh orang-orang Bugis berada dikemuncaknya. Bagaimana pun berlaku perselisihan faham diantara Raja Haji dengan Gabenor Belanda di Melaka yang membawa kepada peperangan diantara Bugis dengan Belanda. Pada 19 Jun 1784 Raja Haji terbunuh (fisabillu’llah) di Teluk Ketapang dan orang-orang Bugis telah diusir keluar dari Riau oleh pihak Belanda.

Walaupun Sultan dan para pembesar Melayu tidak terbabit didalam permusuhan itu namun pihak Belanda telah menghukum mereka dengan memaksa Sultan menanda tangani surat pengakuan menyerah kalah iaitu pada tanggal 10 November 1784.

Dengan perakuan tersebut Negeri Johor dan jajahan takluknya telah diserahkan kepada Belanda manakala Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam diberikan perlindungan oleh Belanda.

Sehinggalah pada 7 Februari 1787 barulah pihak Belanda menyerahkan kuasa kepada Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam.

Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam telah mangkat di Lingga pada 12 Januari 1811 dan dimakamkan di perkarangan Masjid Jami’ di Daik, Kepulauan Lingga.

Baginda tidak menamakan pengganti kerana baginda hanya mempunya dua orang putera dari isteri orang bukan gahara iaitu Tengku Sulong (a/k Inche Makoh) dan Tengku Juma’at (a/k Inche Mariam)

SULTAN JOHOR RIAU (4)Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah 

(1761)

Pada tahun 1761, Tengku Tengah (lahir 1752) telah ditabalkan menjadi Sultan Johor-Riau bergelar Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah di Riau.

Pertabalan tersebut telah dibuat oleh Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja. Kebanyakan riwayat termasuk ‘Tuhfat Al-Nafis’ menyebut bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah mangkat dalam tahun 1761.

Bagaimana pun Christopher Buyers yang menulis didalam ‘RoyalArk/Malaysia/Johor’ dan beberapa penulis lain menyatakan bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah disingkirkan dan masih hidup sehinggalah sekitar tahun 1770 apabila baginda dikatakan telah menghilangkan diri

SULTAN JOHOR RIAU (3)Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah al-marhum Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah

(1760 – 1761)

Pada 20 Ogos 1760, Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah al-marhum Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah (lahir 1738) juga dikenali sebagai Raja di Baroh, telah ditabalkan selepas kemangkatan al-marhum Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah.

Pertabalan dilakukan di Selangor, bagaimana pun pada masa tersebut baginda sedang gering. Pada 29 Januari 1761, baginda telah mangkat di Selangor dan jenazah baginda dibawa ke Linggi dan dimakamkan di Batangan, Riau.

Menurut ‘Institusi Bendahara – Permata Yang Hilang’ dan ‘History of Pahang’ bahawa Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah mangkat akibat termakan racun. Baginda mempunyai dua orang putera iaitu Tengku Tengah (Raja Ahmad) dan Tengku (Raja) Mahmud hasil dari perkahwinan dengan Tengku Puteh binti Raja Chelak.
SULTAN JOHOR RIAU (2)Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah

(Tahun 1721 – 1760)

Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah (lahir 1699) telah ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau dan jajahan takluknya pada 4 Oktober 1722 di Riau selepas kemangkatan Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah bin Dato Bendahara ‘Abdul Majid.

Baginda dapat merebut kembali takhta Kesultanan Johor-Riau dengan pertolongan orang-orang Bugis dengan mengalahkan Raja Kecil Siak pada tahun 1721. Baginda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/02/johor-e-9170.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macc Arrests Former Johor Mp Over Rm230 000 In Bribes

Macc Arrests Former Johor Mp Over Rm230 000 In Bribes

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 252 hits
The MACC has arrested a former Johor MP over allegations of receiving bribes totalling RM230 000 in exchange for a Felda linked project According to a source the former lawmaker was arrested at the MACC s headquarters in Putrajaya this afte...
Osman Show Us Your Degree Or Quit Johor Umno Youth

Osman Show Us Your Degree Or Quit Johor Umno Youth

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 211 hits
Johor Umno Youth has urged state Menteri Besar Osman Sapian to either prove that he has an actual degree or resign This follows allegations that Osman had lied about having an accounting degree from Universiti Putra Malaysia We urge Osman t...
Sprm Tahan Bekas Mp Johor Kes Rasuah Rm230 000

Sprm Tahan Bekas Mp Johor Kes Rasuah Rm230 000

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 410 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan seorang bekas anggota parlimen Johor bergelar Datuk berhubung kes rasuah bernilai RM230 000 Menurut sumber anggota parlimen lelaki berusia 56 tahun itu yang juga bekas ahli lembaga pen...
Johor Umno Youth Urges Mb To Come Clean On His Degree

Johor Umno Youth Urges Mb To Come Clean On His Degree

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 336 hits
JOHOR BARU Johor Umno Youth has urged Mentri Besar Datuk Osman Sapian to show proof of his education credentials or resign from his post if allegations that he lied about it are true Its information chief Johan Azam Mohd Yasin said falsifyi...
Ijazah Palsu Ppbm Pulai Mahu Mb Johor Bela Diri

Ijazah Palsu Ppbm Pulai Mahu Mb Johor Bela Diri

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 408 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Pulai menegaskan Menteri Besar Datuk Osman Sapian perlu ada tanggungjawab mempertahankan dirinya dan nama parti berhubung dakwaan memiliki ijazah palsu Ketua BERSATU Bahagian Pulai Ya cob Atan berkata...
Mb Johor Elak Jawab Ijazah Palsu

Mb Johor Elak Jawab Ijazah Palsu

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 373 hits
KULAI Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian enggan memberi sebarang keterangan kepada media berhubung dakwaan sijil ijazah dan diploma palsu yang dimilikinya Usaha pihak media untuk mendapatkan penjelasan daripadanya juga tidak berjaya apa...
Makan Kacang Pool Haji Di Anjung Selera Larkin Johor Bahru

Makan Kacang Pool Haji Di Anjung Selera Larkin Johor Bahru

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 877 hits
Kalau korang ke JB jangan Lupa Makan Kacang Pool Haji di Anjung Selera Larkin Johor Bahru Tau Memang puas hati makan Kat sini Tempat pun senang nak cari kerana terletak bersebelahan Balai Bomba Larkin Sesiapa yang pernah Makan Kacang Pool H...
Seorang Lelaki Di Johor Dikenakan Denda Kerana Membuang Puntung Rokok Dari Tingkap Kereta

Seorang Lelaki Di Johor Dikenakan Denda Kerana Membuang Puntung Rokok Dari Tingkap Kereta

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 326 hits
Biasanya para perokok yang membuang puntung rokok merata rata di tempat awam sama ada di atas lantai atau dari kenderaan yang sedang bergerak jarang akan dikenakan tindakan tetapi kini perbuatan itu boleh menyebabkan anda terpaksa membayar ...
Johor Bahru Jom Turun Sokong Kedai Spare Part Kereta Melayu

Johor Bahru Jom Turun Sokong Kedai Spare Part Kereta Melayu

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 765 hits
Serius aku cakap susah sangat nak jumpa kedai spare part kereta kepunyaan orang Melayu jangankan kedai spare part kedai service aircond ketuk body dan cat pun susah Alhamdulillah ada saudara kita sahut jihad fardu kifayah ni orang Johor Bah...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024