Johor Benar Solat Sunat Tarawih Majlis Iftar Di Masjid


Athirah Huda ZalheKeutamaan kepada jemaah lelaki, kanak-kanak 7 tahun ke atas BANGI – Johor membenarkan program Ihya’ Ramadan yang merangkumi solat sunat tarawih dan kegiatan pengimarahan masjid serta surau dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kebenaran itu setelah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Ketua Agama Islam Negeri sebagaimana peruntukan Fasal 57(A) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.
Menerusi kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pelaksanaan solat sunat tarawih diberi keutamaan kepada jemaah lelaki dewasa serta kanak-kanak yang berumur 7 tahun dan ke atas.
Selain itu, solat sunat tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat diikuti solat sunat witir sebanyak tiga rakaat.
“Imam bertugas bagi solat sunat tarawih hendaklah membaca surah-surah lazim sahaja pada setiap rakaat selepas bacaan sural Al-Fatihah.
“Imam dan para jemaah hendaklah sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.
Katanya lagi, kebenaran itu berkuat kuasa sepanjang bulan Ramadan iaitu mulai 13 April 2021 sehingga ketetapan lain yang akan ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor setelah mendapat nasihat daripada MKN dan KKM.
Pada masa sama, semua kegiatan pengimarahan masjid dan surau khususnya di bulan Ramadan juga dibenarkan, termasuk program tadarus serta majlis khatam al-Quran.
“Program kuliah dan ceramah dibenarkan dalam tempoh tidak melebihi satu jam, bagaimanapun kuliah sebelum atau selepas tarawih tidak dibenarkan.
“Majlis berbuka puasa, sahur dan moreh di dalam masjid dan surau dibenarkan untuk dilaksanakan di kawasan yang dikhususkan serta juadah hendaklah dibungkus. Tidak dibenarkan secara bufet atau layan diri,” katanya.
Bagi majlis-majlis tertentu dengan jamuan secara berhidang adalah dibenarkan, dengan hanya untuk bilangan 50 jemaah di ruang yang ditetapkan, katanya.
Bagaimanapun, kenyataan itu berkata, kegiatan memasak di dalam kawasan masjid serta surau tidak dibenarkan.
“Program agihan bubur lambuk di dalam kawasan masjid dan surau adalah dibenarkan.
“Majlis Qiamullail di masjid dan surau adalah dibenarkan untuk tempoh dua jam sebelum masuk waktu Subuh, namun jemaah tidak dibenarkan tidur bermalam di dalam masjid dan surau,” katanya.
Menurut kenyataan itu, semua arahan dan garis panduan berkaitan kebenaran boleh didapati melalui Pekeliling Bilangan 28 Tahun 2021 Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Bahagian Pengurussan Masjid dan Surau): Pekeliling Ihya’ Ramadan 1442H dan Aktiviti Pengimarahan Masjid dan Surau Negeri Johor dalam tempoh PKPB bagi memutuskan rantaian COVID-19.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/johor-benar-solat-sunat-tarawih-majlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umat Islam Di Pahang Di Benar Tunaikan Solat Sunat Tarawih 20 Rakaat Berserta Tiga Witir

Umat Islam Di Pahang Di Benar Tunaikan Solat Sunat Tarawih 20 Rakaat Berserta Tiga Witir

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 232 hits
KUANTAN Umat Islam di Pahang dibenarkan menunaikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat serta tiga witir di semua masjid dan surau sepanjang Ramadan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata kebenaran itu dibuat berdasarkan keput...
Perlis Benarkan Solat Tarawih Di Masjid Surau Sepanjang Ramadan

Perlis Benarkan Solat Tarawih Di Masjid Surau Sepanjang Ramadan

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 353 hits
Pelaksanaan semua aktiviti tersebut akan berkuat kuasa 1 Ramadan depan Aktiviti di masjid dan surau perlu mematuhi SOP ketat seperti penjarakan fizikal sejak PKP dilaksanakan dalam negara Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis m...
Lepas Rindu Solat Tarawih Di Surau Masjid

Lepas Rindu Solat Tarawih Di Surau Masjid

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 453 hits
JOHOR BAHRU Kira kira 250 jemaah menunaikan solat sunat tarawih di Surau Raudhatul Jannah Taman Sierra Perdana Masai di sini malam ini Kedatangan bulan Ramadan tahun ini ibarat melepaskan rindu umat Islam seluruh negara selepas tidak dapat ...
Kakitangan Dan Relawan Masjid Giat Buat Persiapan Sambut Jemaah Solat Tarawih

Kakitangan Dan Relawan Masjid Giat Buat Persiapan Sambut Jemaah Solat Tarawih

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 412 hits
BERITAmediacorp Pada hujung minggu terakhir menjelang Ramadan masjid masjid sibuk membuat persiapan bagi menyambut para jemaah untuk solat tarawih Di tengah tengah pandemik COVID 19 tugas ini turut disokong oleh para sukarelawan dan Duta Pe...
Solat Tarawih Di Sabah 8 Rakaat Saja

Solat Tarawih Di Sabah 8 Rakaat Saja

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 193 hits
KOTA KINABALU Umat Islam di Sabah dibenarkan menunaikan solat sunat Tarawih yang dihadkan kepada lapan rakaat sepanjang Ramadan yang dijangka bermula 12 April ini Jurucakap perkembangan harian COVID 19 Sabah Datuk Masidi Manjun dalam kenyat...
Selangor Benarkan Tarawih Sop Sama Solat Jumaat

Selangor Benarkan Tarawih Sop Sama Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 276 hits
BH ONLINE SHAH ALAM Selangor membenarkan umat Islam solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat di masjid dan surau sepanjang Ramadan tahun ini kata EXCO Hal Ehwal Agama Islam Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni...
Setiap Waktu Berjemaah Di Masjid Pakcik Meninggal Dunia Ketika Solat Isyak

Setiap Waktu Berjemaah Di Masjid Pakcik Meninggal Dunia Ketika Solat Isyak

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 442 hits
Seorang warga emas meninggal dunia ketika sedang solat Isyak berjemaah di Masjid Bandar Seri Putra di sini malam tadi Pengerusi Masjid Dr Mohd Farid Ravi Abdullah berkata ketika kejadian Abdul Latif Salleh 75 tiba tiba jatuh ketika sedang s...
Pulau Pinang Benar Aktiviti Imarah Masjid Surau Pada Bulan Ramadan

Pulau Pinang Benar Aktiviti Imarah Masjid Surau Pada Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 475 hits
Aktiviti mengimarahkan masjid dan surau termasuk solat tarawih dan moreh di Pulau Pinang dibenarkan sepanjang Ramadan yang akan disambut tidak lama lagi Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang Mohd Zakuan Zakaria bagaiman...
Elak Kluster Solat Tarawih

Elak Kluster Solat Tarawih

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 279 hits
Foto hiasan RAMADAN sekali lagi tiba dan umat Islam masih menyambut bulan mulai ini dalam suasana pandemik masih tidak menentu Jika dilihat punca kenaikan kes jangkitan COVID 19 disebabkan kelalaian kita sendiri yang tidak mematuhi prosedur...
Understand Your Target Audience

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Tema Hijau Menjadi Pilihan

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sma Car Rental Perkhidmatan Kereta Sewa Profesional Di Kuantan Pahang

Tips Santai Untuk Mengatasi Tekanan Kerja Dan Kehidupan

Miniatur Bus Jetliner Tronton

Miniatur Bus Rosalia Indah Scorpion King

Falsafah Kaca Kosong

Digital Assets Vault Backup Step By Step