Johari Abdul Speaker Baru Dewan Rakyat


malaysiakini.com
Diterbitkan: Dec 19, 2022 10:39 AM
Pemimpin PKR, Johari Abdul dipilih sebagai speaker Dewan Rakyat.
Johari, 67, dipilih selepas undian sulit dijalankan bagi usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin ketika mengumumkan keputusan itu memberitahu, Johari memperoleh sokongan 147 undi, sementara seorang lagi calon yang juga bekas Ahli Parlimen Kangar, Mohd Radzi Sheikh Ahmad memperoleh 74 undi.
Pada proses pengundian itu, setiap ahli Parlimen diberi satu kertas dan mereka perlu menulis nama calon yang disokongnya, sebelum kiraan undi dibuat.

Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin ketika mengumumkan keputusan itu memberitahu, Johari memperoleh sokongan 147 undi, sementara seorang lagi calon yang juga bekas Ahli Parlimen Kangar, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad memperoleh 74 undi.

Pada proses pengundian itu, setiap Ahli Parlimen diberi satu kertas dan mereka perlu menulis nama calon yang disokongnya, sebelum kiraan undi dibuat.
Pencalonan Johari dikemukakan oleh Anwar dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara ketua pembangkang merangkap ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin pula mencadangkan Radzi yang disokong oleh ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan.

Johari adalah bekas pengarah Biro Tatanegara Negara dan tiga penggal menjadi ahli Parlimen Sungai Petani.
Sarjana di dalam Pengajian Strategik dari University of Lancaster itu menjadi ahli Parlimen Sungai Petani sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, namun tidak bertanding pada PRU15 lalu, dengan kerusi itu kini disandang anaknya, Taufiq.

Semalam, beliau juga mengumumkan peletakan jawatannya sebaga Adun Gurun berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, Johari yang mengangkat sumpah sebaik sahaja pelantikannya oleh Setiausaha Dewan Rakyat berkata pelantikan itu adalah satu penghormatan yang amat tinggi dan amanah besar kepada negara.

“Sesungguhnya saya berikrar berusaha sedaya dan semampu untuk memenuhi amanah yang diberikan ini, segala pengalaman sebelum ini sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik, ahli pernigaan, Ahli Parlimen dan Adun akan turut membantu dalam melaksanakan tanggungjawab berat ini,” katanya.

Johari juga memohon semua ahli Parlimen menghormati kedudukannya sebagai Speaker atas dasar tanggungjawab dan bukan atas kapasiti peribadi.

Beliau juga berpesan agar ahli Parlimen menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform membina dan menyampaikan pendapat yang molek dan bernas serta menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama berbanding matlamat politik dan peribadi.

Sebaik selesai mengangkat sumpah dan berucap, Johari mempengerusikan mesyuarat dengan meneruskan agenda persidangan iaitu majlis mengangkat sumpah 222 Ahli Parlimen yang memenangi kerusi masing-masing pada Pilihan Raya ke-15 (PRU15).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/johari-abdul-speaker-baru-dewan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Johari Abdul Vacates Gurun State Seat Fuels Speculation On Dewan Rakyat Speaker Candidacy

Johari Abdul Vacates Gurun State Seat Fuels Speculation On Dewan Rakyat Speaker Candidacy

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 209 hits
Sungai Petani MP Datuk Johari Abdul is pictured at Parliament in Kuala Lumpur November 28 2019 8211 Malay Mail photo ALOR SETAR Gurun Assemblyman Datuk Johari Abdul today announced vacating the state seat with immediate effect According to
Johari Abdul Is New Dewan Rakyat Speaker

Johari Abdul Is New Dewan Rakyat Speaker

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 307 hits
Datuk Johari Abdul was today elected the new Dewan Rakyat Speaker Picture via Twitter Bernama KUALA LUMPUR Former Gurun assemblyman Datuk Johari Abdul was elected as the new Speaker of Dewan Rakyat to replace Tan Sri Azhar Azizan Harun Joha
Johari Abdul Dilantik Speaker Dewan Rakyat

Johari Abdul Dilantik Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 183 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONBekas penyandang kerusi Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat hari ini dengan 147 sokongan Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun telah melepaskan kerusinya pada sem...
Johari Confirms His Name Among Dewan Rakyat Speaker Candidates

Johari Confirms His Name Among Dewan Rakyat Speaker Candidates

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 232 hits
Former Sungai Petani MP Johari Abdul has confirmed that his name is among the candidates proposed as the Dewan Rakyat speaker There are a few names already submitted by all sorts of parties It is understood that my name is among them Maybe ...
Langsung Dewan Rakyat Bersidang Pilih Speaker Undi Percaya Pm

Langsung Dewan Rakyat Bersidang Pilih Speaker Undi Percaya Pm

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 265 hits
malaysiakini comDewan Rakyat bersidang buat pertama kali selepas pilihan raya umum ke 15 Ahli Parlimen hari ini akan memilih speaker Dewan Rakyat yang baru serta dihjangka mengundi usul percaya terhadap Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri...
Johari Abdul Sahkan Namanya Antara Calon Speaker Parlimen

Johari Abdul Sahkan Namanya Antara Calon Speaker Parlimen

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 239 hits
Ng Xiang YiBekas ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul mengesahkan namanya antara calon yang dicadangkan sebagai speaker Dewan Rakyat Ada beberapa nama sudah dikemukakan oleh pelbagai pihak Difahamkan nama saya antaranya Mungkin mungkin ...
Pn Submits Candidate For The Position Of Dewan Rakyat Speaker

Pn Submits Candidate For The Position Of Dewan Rakyat Speaker

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 318 hits
Perikatan Nasional has submitted the name of a candidate for the Dewan Rakyat speaker position today Bersatu supreme council member Rashid Hasnon said The former Dewan Rakyat deputy speaker declined to reveal their candidate though he did c...
Pencuri Rumah Imam

Academic Redirect Anger Over Preacher Pair Not At Agc

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Gubahan Hantaran Nikah

Malaysia S Leviathan Anwar S Pact For Order

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured

Lauk Gulai Ikan Tongkol Ni Buat Tambah Nasi Berkali Kali

Pm S Announcement Shows Comprehensive Effort To Address Rising Cost Of Living Says Fahmi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jellyfish Parenting Gaya Baru Ibu Bapa Muda Zaman Sekarang Lembut Tapi Tetap Tegas

Bila Anak Batuk Tak Berhenti Apa Yang Perlu Ibu Bapa Risaukan

Menu Menu Dari Bunga Kantan

Apa Saya Boleh Beli Dengan Rm100 Di Lotus S Supermarket

Petai Belalang Mengkarung Dan Timun Tikus

Bosan Menjadi Guru