Joe Jonas Tidak Lagi Sebut Nama P Diddy Dalam Lirik Lagu
PARIS: Penyanyi popular, Joe Jonas, mencuri perhatian apabila tidak lagi menyebut nama selebriti berpengaruh Hollywood, Sean Diddy Combs atau P Diddy dalam liriknya.
Menerusi konsert terbaharunya di Lyon, Perancis, Joe tidak lagi menyanyikan nama Combs yang sebelum ini tertera di bahagian korus lagu hit ‘Cake By The Ocean’.
Jonas adalah individu kedua yang melakukan tindakan itu selepas penyanyi, Kesha pada 2019.
Dalam lirik asal lagu hit Kesha bertajuk ‘TikTok’, dia mengubah ‘wake up in the morning feeling like P. Diddy’ kepada ‘Wake up in the morning like f*** P. Diddy’.
Bukan itu sahaja, Kesha turut membawakan lirik ‘TikTok’ versi baharu itu secara langsung semasa persembahannya di Coachella pada April lalu.
Tindakan dua artis popular itu dikatakan mempunyai kaitan dengan penangkapan P Diddy atas tuduhan pemerdagangan orang, serangan seksual dan aktiviti penyundalan.
Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak berusia 9 tahun menjadi antara 120 mangsa penderaan seksual oleh selebriti itu.
Peguam mewakili mangsa, Tony Buzbee mendakwa selebriti berpengaruh Hollywood itu melakukan jenayah tersebut berulang kali kepada kanak-kanak bawah umur. -UTUSAN
Source link
- 18%
Shopee.com.my
★★★★★
Brazil Santos Roasted Coffee Bean ~Fresh Roasted Daily~
RM13.02
RM16.07
BUY NOW
- 10%
Shopee.com.my
★★★★★
FRENCH ROAST ESPRESSO COFFEE ~Fresh Roast Daily~
RM13.50
RM15.00
BUY NOW
- 12%
Shopee.com.my
★★★★★
Brazil Cerrado Arabica Coffee Bean
RM14.88
RM16.91
BUY NOW
Shopee.com.my
★★★★★
COCO&JOE BARF FOR DOGS 1KG
RM32.80
BUY NOW
The post Joe Jonas tidak lagi sebut nama P Diddy dalam lirik lagu appeared first on Edisi Viral Plus.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://plus.edisiviral.com/joe-jonas-tidak-lagi-sebut-nama-p-diddy-dalam-lirik-lagu/