Jodoh Tak Lekat Salah Siapa


Soalan:
Assalamualaikum. Ustaz, saya ada satu soalan. Saya sudah mencapai umur 33 tahun dan masih belum berjumpa jodoh. Kemudian, saya diberitahu bahawa antara sebab jodoh saya lewat ialah kerana saya seorang wanita yang agak pandai berdikari dan tidak bersifat ‘bodoh-bodoh’. Tapi, bukankah jodoh ini soal takdir? Mohon pencerahan daripada pihak ustaz.
Jawapan ringkas:
Matlamat hidup kita di dunia adalah untuk mengejar reda Allah. Perkahwinan bukanlah penanda aras kualiti hidup seseorang di sisi Allah. Namun, perkahwinan boleh menjadi wasilah menggapai reda.
Hakikatnya, tiada sedikit pun ancaman atau kekurangan buat kedua-dua pihak lelaki mahupun perempuan apabila golongan perempuan menjadi semakin terpelajar atau terkedepan kerana sifat قَوَّامَة qawwamah (kepimpinan) seorang lelaki tetap mendahului wanita dalam perkahwinan.
Jodoh adalah urusan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ia tidak berkait dengan perwatakan seseorang individu. Namun, seorang hamba perlu berusaha dan berikhtiar serta tidak lekang untuk terus berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik. Dalam usaha ini juga, tidak menjadi satu kesalahan bagi seorang wanita untuk memulakan langkah dengan cara yang terhormat seperti yang dibuktikan oleh Saidatina Khadijah R.Anha ketika beliau meminang Baginda SAW.
Huraian Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Terlebih dahulu, penting untuk kita tahu bahawa perkahwinan bukanlah penanda aras kualiti hidup seseorang di sisi Allah. Ia juga bukan tujuan akhir hidup seorang wanita mahupun lelaki. Namun, perkahwinan boleh menjadi wasilah menggapai reda Allah.
Benarkah Wanita Memiliki Kerjaya Stabil Menyebabkan Jodoh Menjadi Lambat?
Isu ini berkait rapat dengan sifat قَوَّامَة qawwamah (kepimpinan) bagi seorang lelaki dan suami. Firman Allah SWT:
ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡۚ
Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”
Surah al-Nisa’ (34)
Menurut Imam al-Qurtubi (5/169) di dalam tafsirnya, perkataan qawwam (قَوَّامٌ) bermaksud mengetuai sesuatu dan memiliki kuasa penentu dalam suatu keputusan serta bertanggungjawab menjaganya dengan penuh kesungguhan. Maka, seorang lelaki atau suami memiliki sifat qawwam dalam suatu rumahtangga kerana nafkah yang telah dibelanjakan buat isterinya. [1]
Ayat ini juga menunjukkan keharmonian hubungan antara suami dan isteri dapat dikekalkan melalui pelaksanaan tanggungjawab oleh suami selaku ketua keluarga dan ketaatan daripada pihak isteri. Apabila hubungan ini dijaga sebaiknya, suatu rumahtangga akan menjadi harmoni. Ini lah yang ditekankan dalam Islam.
Namun, tiada sebarang halangan bagi wanita atau isteri untuk bekerja, mengejar cita-cita dan memiliki karier apabila dia mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan oleh syarak. Malah, gaji dan perolehan harta itu adalah milik isteri secara mutlak. Jika dia dengan ihsan berkongsi lebihan hartanya bersama suami, pastinya Allah akan menguatkan lagi kasih sayang antara mereka. Perbincangan lanjut boleh dirujuk di artikel kami bertajuk: IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-304: HUKUM WANITA BERKERJAYA.
Kita dapat lihat di sini bahawa tiada sedikit pun ancaman atau kekurangan kepada kedua-dua pihak lelaki mahupun perempuan apabila golongan wanita menjadi semakin terpelajar atau terkedepan kerana sifat qawwam seorang lelaki tetap mendahului wanita dalam perkahwinan.
Rasulullah SAW juga menegur isteri yang tidak berterima kasih kepada suami melalui sabdanya:
لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى امْرَأَةٍ لَا تَشْكُرُ لِزَوْجِهَا وَهِيَ لَا تَسْتَغْنِي عَنْهُ
Maksudnya: “Allah SWT tidak memandang kepada seorang wanita yang enggan berterima kasih kepada suaminya sedangkan dia memerlukan suaminya”
Riwayat al-Nasa’ie (9086) dan al-Baihaqi (7/294)
Jodoh Itu Takdir Atau Pilihan?
Jodoh merupakan perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ini berdasarkan hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud:
إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَبْعَثُ اللهُ مَلَكًا فَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ، وَيُقَالُ لَهُ: اكْتُبْ عَمَلَهُ وَرِزْقَهُ وَأَجَلَهُ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap dari kalian akan dihimpunkan kejadiannya di dalam perut ibunya selama 40 hari kemudian menjadi segumpal darah dalam tempoh yang sama. Kemudian menjadi segumpal daging dalam tempoh yang sama. Kemudian Allah mengutuskan malaikat dan diperintahkan (malaikat tersebut) dengan empat kalimat. Dikatakan kepada malaikat: tuliskan amalannya, rezekinya, ajalnya, adakah dia bahagia atau derita…”
Riwayat al-Bukhari (3208)
Walaubagaimanapun, kita dituntut untuk tetap berusaha dan berdoa dalam pencarian jodoh. Setiap individu mempunyai hak untuk memilih pasangan hidup dalam membina rumahtangga. Nabi SAW meraikan fitrah manusia yang memiliki kecenderungan untuk memilih menerusi sabdanya:
تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Maksudnya: “Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka peganglah dengan yang mempunyai agama. Engkau akan bahagia.”
Riwayat al-Bukhari (5090) & Muslim (3708)
Jodoh merupakan rencana Allah SWT sebagai sebaik-baik perancang. Allah SWT menetapkan waktu yang tepat bersesuaian dengan individu. Tiada yang namanya cepat atau lambat. Dalam usaha ini, tidak menjadi satu kesalahan bagi seorang wanita memulakan langkah dengan cara yang terhormat seperti yang dibuktikan oleh Saidatina Khadijah R.Anha ketika beliau meminang Baginda SAW. Sabdanya:
إنِّي قدْ رُزِقْتُ حُبَّها
Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah direzekikan dengan cinta Khadijah”
Riwayat Muslim (2435)
Informasi tambahan, rujuk pautan artikel berikut:
Sekufu dalam perkahwinan (https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3201-al-kafi-1153-maksud-sekufu-dalam-perkahwinan)
Benarkah bernikah boleh mendatangkan kekayaan (https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2258-al-kafi-696-bernikah-boleh-mendatangkan-kekayaan)
Penutup
Kesimpulannya, jodoh adalah urusan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ia tidak berkait dengan perwatakan seseorang individu. Namun, seorang hamba perlu berusaha dan berikhtiar serta tidak lekang untuk terus berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik. Buat individu yang masih dalam usaha mencari pasangan hidup, teruskanlah berusaha serta amalkanlah doa-doa berikut:
قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ ‎‏
Maksudnya: “Katanya, ‘Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan’”
Surah Ali Imran (38)
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ ‏
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”
Surah al-Anbiya’ (89)
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Surah al-Furqan (74)
Wallahu a’lam.
[1] Syamsuddin al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran (Tafsir al-Qurtubi) pentahkik: Ahmad al-Bardouni dan Ibrahim Atfisy, cetakan kedua, (1964M), Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah.
 
Sumber: muftiwp.gov.my
The post Jodoh Tak Lekat, Salah Siapa? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/jodoh-tak-lekat-salah-siapa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bongkar Ganja Hidroponik Polisi Tangkap 4 Pelaku Salah Satunya Pemodal

Bongkar Ganja Hidroponik Polisi Tangkap 4 Pelaku Salah Satunya Pemodal

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 209 hits
Ronaldo menerangkan U ditangkap di kawasan Menteng Jakarta Pusat Ronaldo belum bersedia menjelaskan lebih gamblang terkait pengungkapan ini
Hiburan Selagi Tak Salah Buat Apa Nak Dengar Orang Cakap Apa Zara Zya Minta Rakyat Buka Fikiran Lebih Luas

Hiburan Selagi Tak Salah Buat Apa Nak Dengar Orang Cakap Apa Zara Zya Minta Rakyat Buka Fikiran Lebih Luas

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 302 hits
Susulan kritikan peminat terhadap Zara Zya yang dikatakan tidak sensitif memilih iklan untuk dibuat ulasan produk di Instagram pelakon wanita itu tampil memberikan respon Ujar Zara dia berharap rakyat Malaysia lebih berfikiran terbuka terha...
Kaji Sekolah Tatap Muka Wagub Dki Tegaskan Tak Ingin Salah Ambil Kebijakan

Kaji Sekolah Tatap Muka Wagub Dki Tegaskan Tak Ingin Salah Ambil Kebijakan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 263 hits
Politikus Gerindra itu menghargai dan memahami keinginan Nadiem agar belajar kembali dilakukan di sekolah
Langkah Diperketatkan Untuk Pastikan Orang Ramai Tidak Diberi Vaksin Salah Chan Chun Sing

Langkah Diperketatkan Untuk Pastikan Orang Ramai Tidak Diberi Vaksin Salah Chan Chun Sing

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 247 hits
SINGAPURA Langkah langkah telah diperketatkan untuk memastikan orang ramai tidak diberi vaksin COVID 19 yang salah kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing pada Jumaat Ini selepas seorang pelajar berusia 16 tahun diberikan secara salah dos pe...
Supaya Nggak Salah Pilih Ini 9 Jenis Kabel Listrik Di Rumah Beserta Fungsinya

Supaya Nggak Salah Pilih Ini 9 Jenis Kabel Listrik Di Rumah Beserta Fungsinya

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 265 hits
Kabel memang jadi salah satu kebutuhan penting untuk rumah tangga ya SoHip Tapi tahukah kamu kalau kabel listrik itu punya beragam jenis dan fungsinya masing masing lo
Punya Adik Berkebutuhan Khusus Choky Sitohang Salah Satu Alasanku Berjuang Dalam Hidup

Punya Adik Berkebutuhan Khusus Choky Sitohang Salah Satu Alasanku Berjuang Dalam Hidup

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 254 hits
Setiap kali ingin menyerah dalam meniti kariernya Choky selalu diingatkan dengan sosok Chitra Dan itu kembali membuatnya kembali bersemangat
Bila Amanah Dan Kuasa Berada Di Tangan Maka Kelekaan Pun Muncul Di Hati Walaun Pula Membela Sesuka Hati Walau Salah

Bila Amanah Dan Kuasa Berada Di Tangan Maka Kelekaan Pun Muncul Di Hati Walaun Pula Membela Sesuka Hati Walau Salah

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 255 hits
MB RAPTOR DAN MB RAKYAT SAMPAHHAMDAN TAHAKes menteri pas dan menteri besar pas Kita sayang parti dan perjuangan itu Tapi mereka yang di beri amanah terleka dan cuai bila dah berkuasa Nama yang tak baik ialah islam Bila warga net sebut nama ...
Hiburan Neeta Buat Laporan Polis Selepas Tular Video Dirinya Salah Parking

Hiburan Neeta Buat Laporan Polis Selepas Tular Video Dirinya Salah Parking

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 586 hits
Penyanyi dan pengacara Neeta Manis dan syarikat rakamannya iaitu Nar Records Sdn Bhd membuat laporan polis berhubung satu video TikTok yang dikatakan menjatuhkan maruah dirinya Apa kes ni Video yang tular itu mendakwa Neeta sedang membetulk...
Kah Masuk Bab Pelaburan Dan Ekonomi Mula La Kacau Cina Dap Juga Yang Salah Bila Rega Minyak Naik

Kah Masuk Bab Pelaburan Dan Ekonomi Mula La Kacau Cina Dap Juga Yang Salah Bila Rega Minyak Naik

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 148 hits
W FAUDZIN Ingatkan sanggup jadi khianat tempah tempat dlm neraka tu dpt la memerintah dgn lebih baik dari kerajaan sebelumnya Tapi lihat la sendiri Itu baru pasal harga barang Belum cerita pasal ekonomi dan pelaburan Keselamatan negara pun ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport