Jobbie X Makna Dalam Kempen Pengumpulan Dana Pendidikan Pink Wobbly Breast Odyssey


Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Oktober Pink), jenama mentega kacang semula jadi terkenal, JOBBIE mengumumkan kerjasama dengan Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA) untuk melancarkan kempen CSR dan pendidikan khas yang diberi nama “Pink Wobbly Breast Odyssey”.





Kempen ini telah dilancarkan secara rasmi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2) dihadiri lebih daripada 100 tetamu yang terdiri daripada orang awam, tetamu VIP, kolaborator, ahli media dan pencipta kandungan, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara sambil menyokong inisiatif kesihatan payudara MAKNA. Antara nama-nama terkenal yang hadir adalah Timbalan GM MAKNA, En. Vemanna Appannah, dan pempengaruh media sosial Maryam You Narae, juga dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi.





Di pelancaran kempen, JOBBIE memperkenalkan edisi terhad 5,000 balang kaca Jobbie merah jambu yang direka khas dengan label “Pink Wobbly Breast Odyssey”. Setiap balang menampilkan maklumat kesedaran kanser payudara dengan reka bentuk berwarna merah jambu yang menarik, melambangkan perjalanan dan keberanian individu yang menghidap penyakit ini. Untuk setiap balang yang dijual, RM1 akan diderma kepada MAKNA untuk menyokong program kesihatan payudaranya, demi membantu menyediakan sumber maklumat dan rawatan bagi mereka yang terjejas oleh kanser payudara.


Nama kempen ini diilhamkan daripada dua elemen utama yang berkaitan perjalanan kanser. Perkataan “Wobbly” melambangkan kerentanan yang dihadapi ketika memerangi kanser payudara, sementara “Odyssey” mencerminkan perjalanan unik dan penuh keberanian setiap orang yang menghadapi penyakit ini. Ini selaras dengan etos JOBBIE untuk menyebarkan kegembiraan dan memperjuangkan kualiti hidup yang lebih baik.





En. Victor Chin, Ketua Pegawai Eksekutif JOBBIE menjelaskan, “Kerjasama JOBBIE dengan MAKNA merupakan peringatan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil peranan aktif dalam memahami dan mempromosi kesihatan payudara. Pengesanan awal menyelamatkan nyawa, dan 'Pink Wobbly Breast Odyssey' menggalakkan semua orang untuk menyebarkan pengetahuan, menyokong pesakit dan menyumbang kepada penyelidikan dan rawatan kanser payudara.


“Di JOBBIE, kami percaya bahawa sebagaimana mentega kacang kami menyebarkan kegembiraan, kami ingin menyebarkan sedikit harapan, semangat dan sokongan kepada pejuang dan pemandiri kanser payudara melalui inisiatif ini. Komitmen kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia hidup dengan lebih baik dan lebih sihat, dan pada masa yang sama mengilhamkan rakyat Malaysia untuk peka terhadap penyakit yang bukan sahaja memberi kesan kepada pesakit tetapi juga keluarganya. Melalui inisiatif ini, kami ingin menggalakkan komuniti dan penjaga pesakit untuk menyokong satu sama lain dan mengambil kesihatan payudara dengan serius.”





Acara pelancaran menampilkan pelbagai aktiviti kesihatan yang menyarankan rejim holistik untuk penjagaan kesihatan payudara. Para tetamu menikmati sesi yoga yang menegaskan kepentingan kesihatan mental bagi mereka yang hidup dengan kanser. Pameran Wobbly Breast Hall of Fame turut menampilkan maklumat tentang kempen serta karya seni yang diilhamkan oleh Reka Bentuk Wobby Breast. Peserta-peserta juga diberi peluang untuk menghasilkan karya seni mereka sendiri dan menerima saringan kanser payudara percuma, disediakan oleh penaja kami, Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2).







Kanser payudara merupakan bentuk kanser nombor satu di kalangan wanita di Malaysia, sebanyak 32% daripada semua kanser yang dikesan dalam wanita. Risiko menghidap kanser payudara meningkat dengan usia, dan berlaku dengan lebih kerap di kalangan individu berusia 50 tahun ke atas.


Malangnya, kebanyakan kes dikesan lewat, dengan hampir separuh kes dikesan pada Tahap 3 atau Tahap 4, apabila pilihan rawatan lebih terhad dan peluang untuk bertahan hidup menurun. Statistik ini menekankan kepentingan pengesanan awal dan saringan berkala, terutamanya bagi wanita berumur 40 tahun ke atas, demi meningkatkan peluang rawatan dan mengurangkan kadar kematian yang berkaitan dengan penyakit ini.


Acara pelancaran kempen turut menampilkan pakar kesihatan dan pemandiri kanser untuk berkongsi pandangan praktikal tentang penjagaan dan pengurusan kanser.





Dr. Haliza Kamarudin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), membincangkan hal kesihatan wanita, menekankan kepentingan saringan awal seperti mamogram dan pemeriksaan payudara diri pada pelbagai peringkat kehidupan.



“Pengalaman hidup wanita dipengaruhi oleh pelbagai risiko dan implikasi kesihatan melalui pelbagai peringkat kehidupan mereka. Ini termasuk perubahan hormon, menopaus dan yang terutamanya kanser payudara. Dalam peranan kami dalam ginekologi, kami menekankan kesihatan umum wanita, kebersihan dan kesejahteraan, dan dalam kes kanser payudara, menasihati cara-cara tertentu untuk mengurusnya dengan rawatan, terapi hormon dan rancangan pengurusan kesihatan wanita secara keseluruhan. Adalah penting bagi wanita untuk mendapat maklumat tentang kesihatan payudara dan memantau risiko dan perubahan kepada tubuh mereka dan mengamalkan rejim gaya hidup sihat. Saringan berkala dan pengesanan awal adalah penting bagi mencegah kanser payudara atau menjalani rawatan pada peringkat awal,” kata Dr Haliza.





Pengacara, pemandiri kanser dan aktivis Choo Mei Sze berkongsi pengalaman dan kejayaannya sendiri mengharungi kanser, memberi dorongan kepada mereka yang menghadapi cabaran yang sama. “Perjuangan menentang kanser merupakan perjalanan yang sunyi dipenuhi dengan suka duka terutamanya pada usia muda, jadi menerima sokongan dari keluarga dan orang tersayang sangat penting. Kuncinya adalah untuk bersemangat dan berfikiran positif serta mengambil langkah untuk mengurus penyakit dengan maklumat yang betul serta rawatan. Saya amat berbesar hati untuk menyertai inisiatif ini dan berkongsi perjalanan peribadi saya dengan harapan dapat mengilhamkan mereka yang sedang memerangi pertarungan mereka sendiri.”



Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif “Pink Wobbly Breast Odyssey” Jobbie, sila lawati www.jobbienutbutter.com.





JOBBIE Nut ButterJOBBIE merupakan syarikat sapuan gourmet premium yang berpusat di Malaysia dan terkenal kerana mencipta produk makanan yang sihat dan semula jadi, tanpa menggunakan bahan tiruan dan pengawet. Produk terkemukanya terdiri daripada mentega kacang semula jadi yang bangganya disahkan Halal oleh JAKIM dan 100% dihasilkan di Malaysia. 





Fokus JOBBIE adalah untuk mencipta jenama Malaysia yang diiktiraf secara global dengan menawarkan produk semula jadi berkualiti tinggi. JOBBIE percaya dalam mengekalkan identitinya yang penuh keunikan, keriangan, dan sentiasa mencabar norma dengan memberikan nilai kepada pelanggan kami. Maklumat lanjut boleh didapati di www.jobbienutbutter.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.atiehilmi.com/2024/11/jobbie-x-makna-dalam-kempen-pengumpulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 132 hits
Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara jenama mentega kacang semula jadi terkenal JOBBIE mengumumkan kerjasama dengan Majlis Kanser Nasional Malaysia untuk melancarkan kempen CSR dan pendidikan khas yang diberi nama Pink Wobbly B...
Karnival Pendidikan Digital Bersama Rakan Strategik Kem

Karnival Pendidikan Digital Bersama Rakan Strategik Kem

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 78 hits
3 HARI LAGI Jangan lupa Karnival Pendidikan Digital bakal berlangsung dari 22 hingga 24 November 2024 bermula dari 9 00 pagi hingga 10 00 malam di Pusat Transformasi Luar Bandar FAMA Gopeng Acara ini diadakan bersama rakan strategik Kemente...
Pegawai Pendidikan Daerah Kulai

Pegawai Pendidikan Daerah Kulai

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 56 hits
Pegawai Pendidikan Daerah Kulai Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada Tuan Haji Razali Bin Tamadi atas pelantikan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Kulai Semoga amanah dan tanggungjawab ini dapat dipikul dengan penuh dedikasi serta me...
Ai Dalam Pendidikan Perlu Seimbang Dengan Nilai Ta Lim Dan Ta Dib Ahli Akademik

Ai Dalam Pendidikan Perlu Seimbang Dengan Nilai Ta Lim Dan Ta Dib Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 116 hits
Institut Kefahaman Islam Malaysia baru baru ini menganjurkan Seminar Kecerdasan Buatan Dalam Teknologi Pendidikan pada 11 dan 12 November yang menyatukan ahli akademik pendidik dan pakar teknologi bagi membincangkan peranan AI dalam pengaja
Photos A Visual Odyssey Of The Malaysia Ultra Trail Utmb In Taiping Embracing Rain And Moonlight

Photos A Visual Odyssey Of The Malaysia Ultra Trail Utmb In Taiping Embracing Rain And Moonlight

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 152 hits
In the pre dawn darkness of Taiping Perak where Malaysia s oldest rain trees whisper tales of bygone eras something extraordinary is stirring The Malaysia Ultra Trail by Ultra Trail du Mont Blanc isn t just another race it s a pilgrimage th...
Platform Universitas Indonesia Publikasi Gratis Untuk Semua Lembaga Pendidikan

Platform Universitas Indonesia Publikasi Gratis Untuk Semua Lembaga Pendidikan

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 90 hits
BloggerBorneo com Dalam era digital saat ini platform online menjadi salah satu alat utama untuk menyebarkan informasi secara luas dan cepat Salah satu platform yang mendukung hal ini adalah UniversitasIndonesia com sebuah situs gratis yang...
Mengoptimalkan Digital Marketing Lembaga Pendidikan Untuk Meningkatkan Daya Saing

Mengoptimalkan Digital Marketing Lembaga Pendidikan Untuk Meningkatkan Daya Saing

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 168 hits
BloggerBorneo com Dalam persaingan yang semakin ketat lembaga pendidikan kini membutuhkan lebih dari sekadar kualitas kurikulum dan fasilitas fisik untuk menarik minat calon siswa atau mahasiswa Menghadapi perubahan pola perilaku masyarakat...
Cop29 Dana Ikhtiar Iklim Rendah Us 250 Bilion Setiap Tahun Menjelang 2035 Menurut Draf Iklim

Cop29 Dana Ikhtiar Iklim Rendah Us 250 Bilion Setiap Tahun Menjelang 2035 Menurut Draf Iklim

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 80 hits
COP29 Baku Azerbaijian Hari terakhir COP29 di Baku menyaksikan peluncuran draf kewangan iklim yang menggembirakan di mana negara negara maju disasar untuk menyumbang US 250 billion setiap tahun menjelang 2035 Namun ada suara yang kurang sen...
Melaka International Halal Festival

2 Lelaki Ditahan Curi Nasi Sandwich Duit Di Kedai Serbaneka

Disember 2024

Sultan Pahang Titah Metmalaysia Agensi Terbabit Lebih Kerap Kemas Kini Data Ramalan Cuaca Dan Banjir

Are You Waiting For The Genesis Hypercar Here Is All We Know So Far

Man Suspected To Have Started Fire That Affected 5 Homes Arrested

Cara Aktivasi Windows Dan Office Dengan Mudah Bisa Secara Offline Dan Online

Sistema Por Gest O Exclusivo De Modo A Ticas Ssotica


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan

Mengapa Individu Pandai Lebih Sedih dan Tertekan Dalam Hidup

5 Faktor Utama Yang Membuatkan Harga Kereta Elektrik China Murah


Ppim Kemuka Syor Lindungi Pengguna Sinar Ahad 01 12 2024

Lirik Lagu Benar Aku Cinta Ronnie Hussein

Cangkul Dahlan

Akhirnya Kezaliman Ke Atas Ds Najib Terbukti Di Mahkamah

Sambal Telur Rebus Sedap Resipi Ringkas Mudah Kegemaran Ramai

Resipi Puding Roti Kastard