Jnc Burger Sedap Teruk Dan Kenyang Betul


Ada satu hari tu encik suami makan tengahari bersama kawan sekerjanya di JNC burger. Balik rumah dia ceritalah kesedapan JNC burger yang dia makan tu. Kita pun macam teringin juga.
Nak beli untuk saya macam payah sikit kalau dia naik motor. Jauh pula tu dari Bangi ke Seremban. Kalau dekat takpe lagi. Ada hari dia bawa kereta, dapatlah dia beli untuk santapan makan malam kami berdua. 

Balik kerja dia singgah kejap membeli. Saya suruh dia ambil gambar sekali. Boleh juga buat modal untuk cerita dalam blog. 

Ini antara menu JNC Burger. Saya pesan smoke brisket burger dan encik suami pilih streaky shock wave. Dua-dua pilih ala carte. Padahal kalau beli set macam berbaloi sikit. Tapi sebab nak beli KopKen (Kopi Kenangan), kita tak jadilah belilah set.

Burger dibungkus dalam kotak. Exclusive sungguh cara pembungkusan JNC Burger ni. Terlalu kayangan ni. Yelah, kena lah tu dengan harganya


Smoke brisket burgerBurgernya tak dibungkus penuh, dibungkus separuh supaya senang nak pegang dan terus makan. Balutan pun kemas dan dikemaskan dengan selotape bawahnya. Tak ada sos menjejes masa makan


Tak nampak isinya kalau diambil gambar dalam kotak ni. Letak dalam pinggan baru lah nampak lapisan dalam burgernya. Isinya banyak sungguh, sampai melimpah ruah. Terkeluar dari landasan ibarat lebih kuah dari sudu. 
Rotinya bersaiz biasa je. Brisket dia ya ampunnnn lembut, juicy dan sedap nak mamps...Sos dia pun sedap alahaiii. Sos dia lain dari yang lain. Sedap tak terkata! Bukan typical sos burger biasa tu. Ada rasa pedas-pedas.

Tak perlu dah tambah sos cili. Selain brisket ada kepingan beef patty meat dalamnya. Tebal juga, tak kering sangat. Dalam gambar tak nampak sebab dia menyorok di belakang


Streaky shock wavePilihan encik suami jenis ayam crispy. Ada patty dan juga streaky. Sos dia menggunakan sos yang sama macam saya. Sedap! Dia punya tebal burger tak muat mulut nak masuk. Kena makan sikit-sikit


Nampak tak dia punya tinggi burger tu tinggi mana. Memang tak muatlah nak masuk mulut. Kena makan dengan berhemah


Kami kongsi makan separuh-separuh. Jadi dapatlah rasa dua jenis burger. Itupun dah kenyang betul. Rasa tak ada ruang lagi dalam perut dah. Padahal makan burger je pun. 

Kalau saya makan streaky shock wave sorang-sorang mesti tak mampu nak habiskan. Makan separuh pun dah boleh buat kenyang sangat. Inikan sebiji burger. 
Mujurlah saya punya burger smoke brisket burger tu kurang besar sikit saiznya. Kira ngam-ngam kenyanglah ni. Sendawa entah berapa kali entah. Dasyat betul penangan JNC burger ni

Pada saya, berbaloilah harga dan rasa dia tu. Macam satu jenama yang popular tu juga. Bolehlah ulang membeli lagi. Tapi dikala teringin je lah. Nak membeli selalu mahu memang taklah. Harga level kayangan ni sesekali je boleh. 

JNC ni ada di Bangi sahaja. Kot ada tempat lain saya tak tahulah. 
Lokasi JNC Burger25-G-1, jalan medan PB1A seksyen 9, bandar baru bangi, 43650 Bangi, Selangor



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/06/jnc-burger.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyang Betul Makan Nasi Ayam Gepuk Godang

Kenyang Betul Makan Nasi Ayam Gepuk Godang

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 340 hits
Entah berapa kali entah dah membeli nasi ayam gepuk godang di Dia punya sedap dan puas hati tu buat kita ulang ulang membeli Set nasi ayam gepuk godang dengan potongan ayamnya yang godang Godang tu dalam loghat Nismilan maksudnya besar Pors...
Daging Burger Masak Merah Lauk Mudah Yang Sedap Imbau Nostalgia

Daging Burger Masak Merah Lauk Mudah Yang Sedap Imbau Nostalgia

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 815 hits
Sedapnya Daging Burger Masak Merah ni Menu ini adalah antara menu yang biasa dinikmati oleh anak anak kelahiran tahun 80an dan 90an Kafe kafe di universiti memang banyak jual lauk ni Ringkas dan mudah Bagi anda yang tak ada idea nak masa ka...
Menjelang Muktamad Pas Hadi Undur Betul Atau Tidak

Menjelang Muktamad Pas Hadi Undur Betul Atau Tidak

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 182 hits
Mohsin AbdullahAdakah benar Abdul Hadi Awang mahu berundur atau kekal presiden PAS selepas dilaporkan memberi bayangan mengenai kedudukannya Banyak nama sudah timbul untuk menggantikan Abdul Hadi Awang apabila beliau mengundur diri daripada...
Jantung Pisang Besar Betul

Jantung Pisang Besar Betul

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 280 hits
Haritu masa balik kampung saya perasan pokok pisang depan rumah seberang jalan tu ada jantung pisang Bukan main besar lagi jantung pisangnya Pisang apa ek Lupa lah pula nak tanya mak Pisang tanduk kot Pisang tanduk kan besar mesti jantungny...
Pelakon Popular Bukan Jaminan 5 K Drama Ini Dipilih Sebagai Paling Teruk Pada Tahun Ini

Pelakon Popular Bukan Jaminan 5 K Drama Ini Dipilih Sebagai Paling Teruk Pada Tahun Ini

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 321 hits
Meskipun dibintangi pelakon hebat 5 naskhah ini telah dipilih sebagai K Drama paling teruk pada tahun ini Artikel Berkaitan The Potato Lab Drama comeback Kang Tae oh selepas Extraordinary Attorney Woo The Potato Lab nampaknya tersenerai dal...
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Pau Sambal

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Beli Minyak Masak Paket Dengan Ic


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku

Lapar Awal Pagi Ini

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb