Jmf 9241




29 April 2010
BIOGRAFI MD YASIN JMF
MD YASIN JMF KORBAN PEMBINAAN JOHOR MODEN 

Apabila Pertubuhan Persilatan Melayu Malaysia aktif mengumpul maklumat sejarah persilatan Melayu, nama Md Yasin JMF tiba-tiba timbul kerana dijangka sebagai orang yang mengasaskan Silat Sendeng di Johor. Dalam kajian Tun Sheikh memang ada kaitan tetapi mendapati kurang tepat jika pensejarahan silat itu hanya bermula di antara tahun 1885 hingga 1940-an. Ini adalah kerana ilmu persilatan Melayu itu telah wujud lebih awal lagi. 

Mengenai Md Yasin JMF pula, beliau bukanlah Long Md Yassin Ketua atau Persusuruhjaya Polis Muar Johor pada 1880-an kerana Md Yasin JMF lahir pada tahun 1900 dan meninggal dunia pada tahun 1979. Walaupun Md Yasin JMF juga dikenali sebagai Long Yasin tetapi mereka bukanlah orang yang sama. Long Yasin Persuruhjaya Polis Bandar Maharani memang seorang anggota polis dan rapat dengan Sultan Abu Bakar Johor. Long Md Yasin JMF rapat dengan Dato’ Onn dan Sultan Ibrahim Johor. 

Md Yasin JMF memang tidak dinafikan memang Mahaguru Silat. Beliau bersama bapa saudaranya Wak Mian bin Panglima Hj Salleh @Abdullah Teoko mengajar silat sendeng, silat harimau dan lintau kepada ahli Kumpulan Gelap Rimau dan pemuda-pemuda Kampung Bakri di gelanggangnya di Lorong(Jalan) Sakih dan Lorong Abdullah Teoko (Jalan Hj Abdullah) di Jalan Bakri sekitar 1930-an hingga 1941. Beliau juga membuka semula gelanggangnya di Lorong Sakih selepas tamat Perang Jepun pada tahun 1947 hingga 1957. Pada tahun 1965 hingga 1970, Md Yasin telah berpindah ke Bakri Batu 2 dan telah zuhud tetapi masih menunjuk ajar secara ringan mengenai buah persilatan sendeng, harimau dan lintau atau kuntau yang disatupadukan kepada pemuda terpilih di halaman rumahnya. 

Md Yasin JMF lahir pada 5 Januari 1900 di Bakri (bandar) Muar Johor. Nama lain yang pernah digunakan beliau ialah Long, Mat Baran, Mat Sakai, Pak Unggal, Mat Iblis, Kang Jati, Yasin Askar Tuanku, Yasin Tengku Tijah dan Wan atau Engku Long Bakri, Md Yasin Billiad dan Raja Wau Muar. Semua gelaran ini sinonim dengan diri dan perwatakan mahu pun pekerjaannya. 

Md Yasin dinamakan oleh datuknya Hj Md Noh bin Lebai Hj Muhamad sempena bondanya Cik Zamiah yang sering membaca surah Yasin kerana bersedih dan merindui bondanya Tuanku Khadijah bte Tuanku Muda Cik yang telah kembali meninggalkannya balik ke istana Sri Menanti Negeri Sembilan. Selepas Cik Zamiah melahirkan Md Yasin pada tahun 1900, beliau juga menjejaki bondanya balik ke istana meninggalkan anaknya Md Yasin yang baru pandai tiarap. Cik Zamiah kemudian dikahwinkan oleh pihak istana dengan Tengku Zakaria dari Mabang. 

Ketika berusia 13 tahun, Md Yasin telah ditangkap oleh Askar Tuanku dan kerana bapanya dikenali sebagai Hj Long, Md Yasin digelar Sultan Ibrahim sebagai Mat Sakai sempena nama Long yang terkenal dalam masyarakat sakai laut atau orang laut yang juga dikenali sebagai Orang Seletar. Orang asli Seletar adalah orang suku asli kesayangan kerabat Temenggong Johor. Mereka amat berjasa kepada Temenggong dalam peperangan di laut mahupun memerangi lanun perompak laut. Di kalangan istana Johor mereka dikenali sebagai Orang Kita. 

Dalam JMF (Johore Military Force) Mat Sakai kemudian digelar Sultan Ibrahim sebagai Mat Baran kerana perangai berani dan panas baran. Beliau bergaul rapat dengan Dato’ Onn, Wan Idris bin Wan Ibrahim, Wan Tahir bin Wan Abd Rahman, Engku Aziz dan lain-lain terutama orang besar Muar dan orang besar berasal Pahang. Beliau dibawa mempelajari silat lintau dan sendeng di Kampung Pahang Johor Bahru oleh bapa saudaranya Wan Tahir. 

Sekitar tahun 1924-1928 beliau menganggotai kumpulan kongsi gelap Melayu, Kumpulan Rimau Muar yang diasaskan oleh datuk sebelah ibunya, Panglima Salleh @ Abdullah Teoko. Ketika itu, Kumpulan Rimau diketuai oleh Haji Kadir bin Hj Yusof, anak Orang Kaya Bandar Maharani Muar. Kumpulan Rimau sebelum bernama diketuai oleh Abdullah Teoko (1886-1905), kemudian anaknya Wak Mian bin Hj Salleh @ Abdullah Teoko, dikenali sebagai Kongsi Gelap Rimau Muar(1905-1925), Hj Kadir Yusuf (1925-1928) dan Md Yasin JMF (1928-1948). 

Nama rimau adalah sempena silat harimau yang diajar dan diwarisi oleh Wak Mian dari bapanya Panglima Salleh dari suku Jawa Istana Negeri Sembilan. Sumber lain adalah gelaran yang diberi oleh penduduk Cina kerana lambang rimau di lengan ahli (JMF terukir seperti gambar kepala harimau), berlawan bunyi dan melompat seperti harimau dan mencakar mangsa seperti cakaran harimau. 

Semasa Md Yasin mengetui Kumpulan Rimau, namanya dikenali sebagai Mat Iblis tetapi kebanyakan orang tidak tahu siapa sebenarnya Mat Iblis. Orang hanya mengetahui Mat Iblis adalah ketua kumpulan samseng Rimau Melayu, ketua gangster Rimau Melayu atau kongsi gelap Melayu Rimau Muar yang di hormati dan juga digeruni. Puncak populariti kumpulan ini ialah semasa diketuai oleh Md Yasin JMF. 

Mengikut sejarah, panggilan kongsi gelap, gangster atau samseng ini tidak pernah digunakan sebelum itu kecuali selepas British kembali memerintah pada tahun 1946. Tetapi nama kongsi gelap telah popular pada tahun 1918 dan menjadi rasmi apabila kerajaan Johor sendiri menubuhkan Pasukan Gelap Kastam dan Pasukan Gelap Polis atau Mata-mata yang berpakaian preman (free man) atau berpakaian awam di awal tahun 1920-an bagi memudahkan penyamaran dan penyiasatan. Secara tradisional kumpulan ini lebih dikenali sebagai orang Sultan, orang suruhan raja atau anak mas raja. Mereka berbuat sesuka hati samada atas titah raja atau mereka mengambil kesempatan di bawah perlindungan payung raja. 

Di kalangan saudara mara Jawa, Md Yasin dikenali atau dipanggil Kang Jati, mengingat mereka dari keturunan Sultan Gunung Jati, Cerebon. Pak Unggal dan Long Yasin dikenali dari kalangan kaum kerabat Melayu sebelah bandar Muar. Long kerana beliau adalah anak sulong kepada Hj Long bin Hj Md Noh, peneroka Bakri Muar. Pak Unggal kerana beliau anak tunggal dari ibunya Cik Zamiah bte Hj Salleh @ Hj Abdullah Teoko. Yasin Askar Tuanku pula dikenali di kalangan saudara mara Melayu yang telah jauh iaitu dua atau tiga pupu dengannya. Dan Wan atau Engku Long Bakri dikenali di kalangan kerabatnya disebelah Pagoh dan Kampung Sungai Raya Bukit Pasir Muar. Md Yasin Askar Tuanku sebenarnya lebih popular dikenali ramai di zaman hayat beliau tetapi di kalangan pembesar atau orang kenamaan mahupun berpelajaran Johor, beliau lebih dikenali secara lisan dan tulisan sebagai Md Yasin JMF. 

Ketika beliau berkhidmat di hospital Muar pada tahun 1947 hingga 1959, Md Yasin JMF dikenali sebagai Raja Wau Muar kerana minatnya membuat wau atau layang-layang besar sehingga boleh terbang berminggu-minggu. Wau beliau pernah melarikan anak gadisnya yang berumur 8 tahun di padang Kelab Hospital Muar dan menjadi berita dalam akhbar dengan sindiran sinis. Ini adalah kerana bermain wau ketika sebelum Merdeka adalah membuang waktu, lalai dan perbuatan yang sia-sia. Md Yasin JMF juga dikenali sebagai Md Yasin Biliard kerana beliau menjadi pegawai keselamatan Kelab Hospital Muar dan jaguh bermain biliard. 

Beliau mahir bermain biliard sejak berusia muda ketika menjadi Askar Tuanku lagi. Mengikut cerita cucu sulungnya, bahawa sebahagian daerah Wood Land Singapura sebenarnya dikurniakan oleh Sultan Ibrahim kepada datuknya. Ini adalah kerana pada asalnya daerah tersebut telah tergadai dan berpindah tangan dalam taruhan Sultan Ibrahim dengan pegawai Inggeris dalam permainan billiard. Md Yasin JMF telah disyorkan oleh pegawai JMF supaya bermain dan Sultan mencabar semula pegawai Inggeris untuk mendapatkan daerah Wood Land kerana pembesar dan sahabat-sahabat Inggeris Sultan, mengganggap daerah itu amat stratejik untuk pertahanan dan khuatir akan dijual oleh pegawai Inggeris berkenaan secara peribadi. 

Sultan Johor telah mempertaruhkan seluruh estetnya di Kota Tinggi kepada orang Inggeris jika menang dan jika kalah sultan akan dapat semula daerah Wood Land yang telah terlepas tangan. Sultan berjanji mengurniakan sebahagian Wood Land kepada Md Yasin JMF jika menang tetapi jika kalah nyawanya akan melayang. Ini juga merupakan satu sebab mengapa rekod Md Yasin hilang dari perkhidmatan dengan Askar Tuanku di akhir-akhir tahun perkhidmatannya tetapi tiba-tiba muncul di Muar menganggotai dan kemudian mengetuai kumpulan gelap keluarganya yang memainkan peranan untuk kepentingan sultan juga. 

Dalam pertaruhan itu Md Yasin JMF yang masih terlalu muda rasa amat tertekan dan tidak yakin tetapi telah menang. Sultan dapat kembali daerah Wood Land Singapura tetapi titah dan janji mengurniakan sebahagiannya kepada Md Yasin JMF tidak dilaksanakan oleh pembesar dan pegawai tadbir negeri Johor. Md Yasin hanya dinaikkan pangkat menjadi ADC kepada Sultanah dan kemudian rekod perkhidmatannya gaib dan dicatat tidak dapat dikesan. Woodland kemudiannya dibangun menjadi pengkalan tentera laut British dari hasil wang hadiah daripada Sultan Johor kepada Raja England. 

Misteri ketokohan Md Yasin JMF ini menjadi begitu menarik jika dikaji kerana boleh dikatakan satu-satunya sejarah kewujudan kumpulan kongsi gelap Melayu dan peranan yang dimainkan oleh kumpulan ini berupaya membongkar fungsinya dalam pentadbiran feudal Melayu terutamanya kepada negeri Johor. Kongsi gelap biasanya sinonim dengan budaya negatif kumpulan kongsi gelap yang dibawa masuk oleh penghijrah-penghijrah dari negeri Cina. Kini lebih dikenali sebagai gangster, kongsi gelap atau kumpulan mafia jika di Eropah. Tetapi sebenarnya ikon keburukan, keganasan atau kejahatan pada Kongsi Gelap Rimau berlainan sekali seperti kongsi gelap Cina. 

Sebenarnya kerabat dan keluarga Md Yasin JMF adalah korban dasar pemodenan atau kebaratan kerajaan negeri Johor. Ini merupakan salah satu keistimewaan yang tercungkil dari tokoh Md Yasin JMF. Sebagai korban kebijaksanaan kerajaan negeri Johor, Md Yasin JMF dari keluarga terhormat dan ternama berjaya ditekan dan dihimpit sehingga menjadi orang biasa yang tiada apa-apa sehingga hampir saja boleh dituduh sebagai penjahat dan pengkhianat kerana menggerakkan kumpulan kongsi gelap atau samseng Melayu. Dalam erti kata lain keluarga Md Yasin JMF sejak datuknya sehingga dirinya sebenarnya mendapat perhatian kerabat diraja Johor dan kerana dikhuatiri berupaya mendatangkan masalah dalam usaha untuk memiliki kekuasaan Johor, maka mereka ditekan secara halus. 

Mereka senasib dengan kerabat Raja Temenggong Muar yang berdaulat, kerabat Sultan Ali yang memerintah Kesang-Muar dan ternyata, terkena juga kepada keluarga Dato’ Jaafar bin Muhamad, bapa Dato’ Onn dan terakhir ialah keluarga Dato’ Bentara Luar, Dato’ Mohd Salleh bin Perang. Mengikut catatan sejarah, pengaruh keluarga ini semuanya dikawal dan dilemahkan secara halus, psikologi dan juga dengan cara melantik wakil mereka dengan dikurniakan pangkat tinggi tetapi terikat dan tunduk kepada Sultan. 

Perbedaan nasib antara keluarga Dato’ Onn atau Dato’ Jaafar ialah mereka sempat bangun dan mempunyai pengikut dan penyokong. Mereka bangun dalam sistem permodenan dan pembaratan itu sendiri. Tetapi bagi keluarga Md Yasin JMF yang tidak banyak waris dan juga keluarga Dato’ Mohd Salleh bin Perang dan keluarga Raja Temenggong Muar kelihatan berjaya dinetral atau menjadi rakyat biasa dan hilang pengaruh dan kebesaran. Sebenarnya keluarga Dato’ Mohd Salleh, keluarga Dato’ Jaafar dan Temenggong Muar adalah dari keturunan pembesar Melayu Pahang yang lebih tinggi daulat mereka dari Temenggong Johor. Begitu juga dengan keturunan Md Yasin JMF dari Bendahara Pahang, darah keturunan Sultan Ceribon dan juga memiliki darah diraja Negeri Sembilan. 

Pada tahun 1945 selepas Jepun menyerah kalah, rampasan kuasa oleh Pasukan Bintang Tiga (komunis) tidak berlaku di bandar Maharani. Ini adalah kerana pengaruh Kumpulan Rimau yang memberi pelindungan kepada ahli-ahli kongsi gelap Cina. Ketika zaman Jepun, orang-orang Cina dibawa masuk dan tinggal sementara di kampung-kampung Melayu yang tidak dimasuki Jepun. Banyak juga yang menyertai MPAJA tetapi tidak mengganggu orang kampong dan orang-orang Melayu bandar Maharani yang sama-sama masuk kampong bersembunyi. Ketua-ketua kongsi gelap Cina bekerjasama dengan Md Yasin JMF menjalankan kilang sagu milik datuknya di Sungai Raya. Hasil sagu diedarkan kepada orang-orang kampong tidak kira bangsa Cina atau Melayu. 

Pada tahun 1947 dan 1948, Md Yasin JMF telah mengarahkan ahli-ahlinya supaya memberi perlindungan kepada Dato’ Onn yang berkempen ke serata Muar dan Tangkak memperjuangkan pembubaran Malayan Union. Sebelum itu beliau menerima arahan Kumpulan Tujuh yang diketuai oleh Dr Awang Hassan supaya menghalang dan mensabotaj Dato’ Onn yang dituduh petualang bangsa kerana memihak kepada Sultan Ibrahim Johor yang telah menyerahkan kedaulatan raja-raja Melayu kepada Inggeris. Arahan ini telah diabaikannya kerana Dato’ Onn adalah kenalan rapatnya dan begitu juga taat setia yang diberikan kepada Sultan Ibrahim. 

Setelah Dato’ Onn selesai dengan selamatnya berkempen ke seluruh Muar dan Tangkak pada tahun 1948, beliau pun membubarkan Kumpulan Rimau Muar kerana tidak suka dipergunakan oleh kepentingan politik Melayu yang telah berubah mengikut trend ketika itu. Pada tahun 1960 Md Yasin JMF telah berpindah ke Bakri Batu 2 dan beliau terus zuhud sehingga meninggal dunia pada 22 Februari 1979. Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Batu 1 ½ Jalan Bakri Muar. 

Keluarga beliau adalah korban dasar pembaratan Johor. Ini adalah kerana datuknya Hj Md Noh telah membantu mentuanya Tun Mansor untuk memberontak dan menentang Sultan Ahmad Pahang. Ketika itu Sultan Johor yang pada mulanya bermusuh dengan Sultan Ahmad dalam Perang Saudara Pahang sedang mula berbaik-baik dengan pihak Pahang setelah Sultan Ahmad berjaya dalam Perang Saudara Pahang. Datuknya juga dituduh telah menyebelahi angkatan Tengku Alam dalam Perang Jementah 1879. Secara kebetulan datuknya Hj Md Noh adalah anak angkat kepada Penghulu Kesang iaitu seorang saudagar kaya Jawa di Melaka yang telah dilantik oleh Sultan Ali menjadi Penghulu Kesang. Penghulu Kesang dengan moyangnya Lebai Haji Muhamad mempunyai pertalian darah berasal dari Jawa. 

Bonda Md Yasin JMF yang kembali ke istana Negeri Sembilan dipercayai dihasut oleh Orang Kaya Muar. Begitu juga terhadap nendanya Tuanku Khadijah yang telah kembali ke Negeri Sembilan atas pujukan Orang Kaya Muar yang menyebelahi Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim. Md Yasin JMF sendiri telah ditangkap oleh Askar Tuanku dan akhirnya ternyata wawasan pemikirannya menyebelahi Sultan Johor dan tidak seperti bapa dan datuknya. Segala jasa datuknya yang telah membuka Bakri dan Sungai Raya tiada dalam rekod rasmi kerajaan Johor dan Md Yasin JMF juga tidak dapat mewarisi apa-apa harta peninggalan datuk dan bapanya yang telah dijadikan milik kerajaan. 

Md Yasin JMF telah lama pergi dan peranan keluarga beliau mula menarik pengkaji apabila sebuah salinan syair dikesan berada dalam tangan ibu saudara kepada Timbalan Perdana Menteri di rumah pusakanya di Bakri. Terdapat fakta yang merungkai penerokaan Bakri sebenarnya bukan pada tahun 1920-an oleh keluarga TPM Tan Sri Mahyuddin Md Yasin tetapi oleh datuk Md Yasin JMF yang juga bernama Hj Md Noh bin Lebai Haji Muhamad telah membukanya atas arahan Orang Kaya Joned pada tahun 1868. 

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara 
Posted by TunSheikh at 5:41 AM 

Sejarah: April 2010
http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/04/biografi-md-yasin-jmf.html

SUMBER SEJARAH BAKRI MUAR & PESANAN SHAHAROM HUSSEIN
Apr

CIKGU SHAHAROM HUSSEIN YANG TUN SHEIKH KENALI

Mencari sumber otentik bertulis mengenai sejarah Bakri Muar amatlah sulit. Hampir tidak dapat diterima akal jika tiada rekod mengenainya kerana ketika itu adalah Zaman Permodenan Johor. Lebih-lebih lagi Bandar Maharani adalah bandar yang sengaja dibuka dan dibina oleh pembesar Melayu sebagai contoh kemajuan pentadbiran pemimpin Melayu moden. Pembukaan Bandar Maharani juga sebagai menyahut cabaran terhadap Inggeris yang mencabar kebijaksanaan dan kedaulatan Melayu


Mengingat pesanan Allahyarham ayahanda Cikgu Shaharom Hussein yang sering Tun Sheikh temui dan mendapatkan nasihat darinya ketika bekerja di Johor selama 7 tahun di awal tahun 2000, maka Tun Sheikh paparkan salah satu sumber pengkajian lisan yang terdapat di Arkib Negeri Johor. Tun Sheikh percaya sumber legenda ini menarik dan berupaya membernaskan penceritaan atau kepengarangan seterusnya kepada yang lebih pakar dan ahli. Penyelidik generasi akan datang diharap akan dapat manfaatkannya. Itulah pesanan dan nasihat Cikgu Shaharom Hussein, seorang pakar sejarah dan budayawan Johor yang tersohor. Katanya... Mursheikh tulislah apa yang didengar dan didapati. Biar fakta dan kebenarannya ditentukan orang belakang yang ahli. Jika tidak buat begitu nanti akan terkubur kerana lupa atau mati dan rugilah bangsa.
Sungguh berkesan sekali nasihat beliau. Tun Sheikh tidak lupa menghadiah Al-Fatiha setiap kali terkenangkan Ayahanda Cikgu Shaharom Hussein yang sangat dihormati. Beliau begitu gigih datang ke mesyuarat di Yayasan Warisan Johor dan Arkib Johor mahupun di Pejabat Kerajaan Negeri Johor apabila diundang. Dalam keadaan fikzikal yang semakin hari semakin uzur, beliau tetap menghadirkan diri dan apabila Tun Sheikh bertanya khabar, katanya syukur alhamdulillah kerana Tuhan mengurniakan kesihatan yang baik kepada beliau walau sudah berusia lebih 80 tahun tetapi masih boleh memandu kereta dan yang paling disyukurinya ialah kewarasan akal yang masih cerdas berfikir dan berkarya.
Katanya... apabila Cikgu nyanyok maka tidaklah perlu Cikgu hadir lagi menyumbang fikiran. Harap-harap jengok dan pastikan kesihatan minda Cikgu sebelum mengundang hadir ke mesyuarat-mesyuarat rasmi. Sungguh mendalam sekali maksud kata-kata Ayahanda Cikgu Shaharom Hussein itu. Bila ditanya mengapa menolak tawaran kerajaan Johor menghantar dan menjemput menggunakan kenderaan rasmi pada setiap kali ke majlis rasmi? Dia jawab, jika kita mula terasa tubuh badan kita terikat dan tidak bebas hendak bergerak mengikut kemahuan kita maka ketika itu kebebasan berfikir kita juga terikat dan tidak bebas sepuluh kali ganda.
Inilah kata-kata seorang sasterawan. Banyak juga buah yang manis dari pemikirannya yang dapat Tun Sheikh abadikan hasil ketika bersembang-sembang dengan beliau. Tun Sheikh memang berminat sekali dengan orang yang berilmu dan banyak pengalaman seperti beliau. Lebih-lebih lagi beliau adalah seorang tokoh yang tidak mahu dan tidak suka kepada glamour. Dalam banyak perjumpaan termasuk perjumpaan peribadi di rumahnya GAPURA SASTERA di Kempas yang berdekatan dengan rumah sewaan Tun Sheikh di Bukit Kempas banyak juga hal-hal peribadi dan yang menyayat hati diluahkan kepada Tun Sheikh. Satu daripadanya yang tidak akan dapat dilupakan ialah terhadap kerinduannya kepada isteri beliau yang tercinta.
Apabila Tun Sheikh melihat album gambar-gambarnya semasa muda dan rantaian hidupnya memang tidak dinafikan, isteri beliau yang berasal dari keluarga ternama di Muar memang seorang wanita yang sungguh hebat. Mereka berdua telah mendidik kesemua anak-anak mereka menjadi tokoh yang hebat dan terkenal. Seorang daripadanya ialah Dr Mohd Hatta . Pengorbanan isteri Cikgu Shaharom memang sangat tinggi sehingga dianggapnya seperti pelita atau juita hatinya yang mencetuskan pelbagai ilham mengarang. Tun Sheikh setia mendengar dan mesra dengan Cikgu Shaharom hingga beliau tidak lagi terasa malu menitiskan airmatanya di hadapan Tun Sheikh. Tun Sheikh juga ikut simpati. Beliau banyak menunjukkan hasil-hasil karya puisinya yang sangat halus dan mecetus perasaan berkisar dengan kenang-kenangan manis bersama isteri tercinta.
Beliau bercerita dengan tersedu-sedu sambil mencium gambar isterinya yang telah meninggal dunia mendahuluinya. Ceritanya berkisar penerimaan dan pengorbanan isterinya yang membela dan menghormati dirinya ketika datang ke rumah mertua yang mewah di Muar walau hanya dengan sehelai sepingang dan sebuah beg kotak yang hanya dipenuhi dengan buku-buku kesayangannya. Dia sangat tersentuh apabila mengenang isterinya datang dari keluarga berada sanggup mengikutnya menebang hutan dan membuat sendiri rumah GAPURA SASTERAnya dari awal hingga menghembuskan nafas terakhir. Dia sangat sayu apabila teringat isterinya mengatakan bahawa dia bukanlah memandang ketampanan rupa mahupun keturunannya yang berasal dari Jawa tetapi kepada ilmu yang ada pada dirinya.
Bayangkanlah pada masa itu suku Jawa di Muar dianggap tiada kelas atau kalau ada hanya kelas ketiga. Cikgu Shaharom berkata hanya gelaran Cikgunya sahaja yang memberi keyakinan tinggi kepadanya. Pada masa itu guru Melayu memang popular dan sangat dihormati masyarakat umum tapi bagi Cikgu Shaharom tidak kepada keluarga ternama dan elit yang terkenal di Muar seperti keluarga isterinya. Tetapi beliau tetap bersyukur kerana orang Muar yang berpelajaran memang tidak mudah menghina atau memperlekeh orang lebih-lebih lagi jika berpelajaran tinggi walau pun datang dari keluarga miskin.
Keluarga Cikgu Shaharom bukanlah miskin tetapi dia mengaku dia adalah seorang lelaki keturunan Jawa yang mempunyai pendirian dan peribadi kembara yang tersendiri. Sehingga akhir hayatnya dia adalah seorang tokoh yang benci dan anti mengampu dan anti rasuah. Kadang-kadang terbawa-bawa dalam ketegasannya yang menolak dengan baik tawaran istana Johor dan tawaran kerajaan negeri jika beliau berasa seperti hasil daripada mengampu atau rasuah.
Kenangan manisnya dengan istana Johor bukanlah terhadap tawaran-tawaran pingat kebesaran yang ingin dikurniakan kepadanya. Tetapi apa yang sering disebut adalah budi pekerti yang tinggi dan luhur Sultanah sekarang iaitu YM Raja Zarith Sopia Sultan Idris yang telah saban hari menghantar tapau nasi dan lauk istana ke GAPURA SASTERA kerana menghormati dan mengenang jasanya di dalam dunia pendidikan, kesusateraan, sejarah dan kebudayaan.


Ketika itu Cikgu Shaharom Hussein baru kematian isteri dan tinggal bersendirian. Ini berlaku beberapa lama sehingga beliau sendiri datang ke istana menghadap dan mengucapan jutaan terima kasih dan memohon YM Raja Zarith ketika itu isteri kepada YM Tengku Mahkota Johor supaya tidak lagi bersusah payah menghantar bekalan kerana beliau telah sihat dan pulih dari kedukaan. Beliau sering memuji-muji baginda kerana pada pandangannya baginda adalah seorang puteri raja yang berpendidikan tinggi dan amat menghormati ilmu.
Tun Sheikh pula amat menghormati beliau kerana memang tidak menduga bertemu beliau yang amat terkenal dalam pelbagai tulisannya sejak kecil lagi. Ketika pertama bertemu, dia bertanya adakah Tun Sheikh seorang penulis dan Tun Sheikh spontan menjawab ingin menjadi penulis seperti beliau tetapi tidak yakin kerana beliau begitu hebat. Sedikit pun beliau tidak meninggi diri tetapi terus memanggil Tun Sheikh sebagai Mursheikh dan mengingatkan supaya berlatih menulis apabila sahaja terfikir sesuatu untuk ditulis tanpa kira waktu dan tempat. Selebihnya beliau mempelawa datang ke GAPURA SASTERAnya.
Hampir sepuluh tahun berlalu dan apabila teringatkan TPM Dato' Sri Mahyuddin berasal dari Bakri lalu spontan teringat bahan sejarah lisan tentang Bakri yang terdapat di Arkib Johor dan tertulislah dengan begitu ringkas mengenai Sejarah Bakri Muar. Betullah pesanan Cikgu Shaharom Hussein, setelah menulis mengenai sejarah Bakri Muar di blog Tun Shiekh maka terilham pula mengapa tidak terdapat dokumen bertulis di Arkib Negara mengenainya. Salah satu dari sebabnya yang ada tercatat dari sumber legenda itu ialah kerana kesensitifan dan kebijaksanaan pihak berkuasa ketika itu yang bermatlamat mendaulatkan raja baru dan sebuah negara bangsa.
Oleh Tun Sheikh Engku BendaharaPosted by TunSheikh at 9:39 PM 

http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/04/sumber-sejarah-bakri-muar-pesanan.html

SEJARAH BAKRI MUAR ASALNYA KAMPUNG JAWA

POLITIK MELAYU-BUGIS TERHADAP MELAYU-JAWA

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

Tidak dapat banyak rekod dan dokumen yang dapat dikaji oleh seorang sejarawan mengenai hal kedatangan dan penempatan orang Jawa di Johor jika ingin mencari bahan atau dokumen bertulis yang terperinci mengenainya. Ini adalah kerana pada ketika itu politik istana Johor sedang terumbang-ambing memperkasa jati diri dan mengawal ketat aktiviti orang asing. Kedatangan dan kemasukan orang India dan Cina dicatat begitu rapi tetapi kemasukan orang Melayu Nusantara dari pelbagai suku seolah-olah bebas kerana dianggap serumpun atau masih warga di bawah kedaulatan empayar Melayu Johor Riau yang mewarisi kerajaan Melayu Melaka. Walaupun seolah-olah bebas tetapi sebenarnya amat ketat di kawal oleh penghulu-penghulu tempatan diatas titah pembesar Johor terutamanya terhadap penghijrah suku Jawa.

Pada abad ke 19 iaitu 1800-1900 telah berlaku peristiwa bersejarah Nusantara Melayu yang penting di mana pengaruh Barat iaitu Belanda dan Inggeris telah membuat perjanjian 1824 yang telah menetapkan sempadan kuasa masing-masing tanpa menghiraukan kedaulatan peribumi. Empayar Melayu Johor menerima tekanan yang kuat sehingga terpisah dan berpecah-pecah. Pahang di bawah kuasa Bendahara telah mengumumkan terpisah dari daulat Kesultanan Johor di Riau yang dipengaruhi oleh pembesar keturunan Bugis. Negeri-negeri Melayu Sumatera juga berkerajaan sendiri dan Johor pegangan Temenggong , yang pada mulanya mendaulatkan Sultan Husein di Singapura akhirnya mengangkat diri dengan bantuan Inggeris sebagai sultan pada tahun 1885.

Inggeris telah berjanji untuk mengiktiraf Temenggong Ibrahim dan kemudian anaknya Temenggong Abu Bakar sebagai pemerintah Johor jika berjaya memajukan Johor secara moden. Inggeris bukan sahaja berjanji untuk mengangkat Temenggong sebagai Sultan Johor tetapi juga menggula-gulakan baginda sebagai sultan Melayu yang berhak mewarisi semua jajahan takluk milik empayar Melaka yang dikuasai Inggeris seperti Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pahang.

Dalam usaha membuktikan baginda berwibawa, baginda telah coba campur tangan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang tetapi tidak diendah oleh pemerintah tempatan di atas nasihat Residen dan penasihat Inggeris yang bermuka-muka. Sehubungan itu Temenggong Johor telah mengambil nasihat pembesar-pembesar baginda dan juga Inggeris supaya menumpukan ekonomi negeri Johor dan menguatkan pengaruhnya di daerah-daerah di bawah penguasaan pemerintah feudal dan tradisional seperti Kesang, Muar dan Batu Pahat.

Temenggong Abu Bakar yang telah mengangkat dirinya sebagai Maharaja Johor pada tahun 1868 telah menitahkan pembukaan daerah-daerah baru. Pada tahun 1885 baginda bergelar Sultan Johor dengan pengiktirafan Inggeris. Ini merupakan hadiah dan menunai janji oleh Inggeris kerana Temenggong Abu Bakar berjaya memodenkan Negeri Johor sebagaimana dikehendaki Inggeris. Dalam memodenkan Johor Temenggong Abu Bakar telah meniru cara pentadbiran dan mengikut nasihat sahabat-sahabat Inggeris baginda yang berada di Singapura
Baginda telah mengadakan beberapa dasar galakan pembukaan perkebunan, perlombongan, membuka penempatan, bandar dan daerah, mewujudkan peraturan khusus seperti undang-undang kangcu, peraturan membuka kebun dan peraturan kongsi disamping menubuhkan angkatan tentera moden (Johore Military Force), pasukan mata-mata preman (freeman), menubuhkan kongsi gelap Melayu elit bagi memantau kongsi gelap Cina dan lain-lain termasuk menjaga dan mengutamakan pemimimpin tradisional Melayu-Bugis bagi memastikan perkembangan dan dasar pemodenan yang dijalankan oleh baginda berjaya dan keselamatan serta keamanan terkawal

Bandar Maharani telah dibuka pada tahun 1884, Bandar Penggaram Batu Pahat 1893 dan Endau Mersing pada tahun 1895. Sebelum baginda menitah membuka ibu negeri atau bandar sebagai pusat pentadbiran daerah tersebut sebenarnya telah ada penghulu yang bertauliah dan tidak bertauliah memerintah kampung-kampung tradisional. Mereka telah terlebih dahulu dititah supaya tunduk dibawah kuasa Temenggong dan tidak lagi di bawah Sultan di Riau atau Sultan di Singapura. Kebanyakan penghulu dan orang kaya yang diberi tauliah dan kuasa mentadbir ialah penghulu-penghulu berketurunan Melayu-Bugis kerana Temenggong Johor sendiri berdarah Melayu-Bugis.

Di Muar, kawasan yang amat maju dan terkenal ketika zaman itu ialah kawasan Padang iaitu kawasan pesisir pantai di sebelah kanan Sungai Muar membawa ke Sungai Pulai lebih kurang 30 km dari Pekan Muar menghala ke Batu Pahat iaitu di sebelah selatan. Pekan atau Bandar Muar Lama sebelum pembukaan Bandar Maharani adalah merujuk penempatan yang padat penduduk di antara Muara Bentayan dan Muara Tiram. Kini Muara atau Sungai Tiram hanya dikenali sebagai Parit Tiram sahaja. Pekan kecil yang terkenal di Padang ialah Parit Bakar dan Parit Jawa. Pekan Muar dan Padang dikuasai dan diperintah secara turun temurun oleh suku Melayu Bugis sejak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Dari Pekan Muar dan kawasan tebing sebelah kanan Sungai Muar hingga ke pedalaman di Segamat adalah di bawah kuasa pemerintahan pembesar tradisional Temenggong Muar. Manakala di sebelah kiri tebing Sungai Muar ke Sungai Rambai di kenali sebagai Negeri Kesang Muar milik Sultan Ali secara turun-temurun tetapi telah diletakkan oleh Maharaja Abu Bakar sebagai wilayah jajahan Johor selepas Perang Jementah 1879.

Sebelum berlakunya Perang Jementah 1879 atau lebih tepat lagi sebelum Maharaja Abu Bakar bergelar sultan pada tahun 1885, terdapat banyak maklumat lisan mengatakan bahawa banyak perkampungan telah dibuka oleh orang-orang Jawa di Johor tetapi tidak diuar-uarkan oleh orangkaya-orangkaya dan penghulu bertauliah kerana mengikut arahan birokrasi atau para pembesar pentadbir negeri Johor di Johor Bahru. Perkampungan dan desa-desa ini dikawal rapi oleh orangkaya dan penghulu yang ditauliah oleh Maharaja Abu Bakar. Hal ini adalah sebagai usaha pengawalan orang asing dan strateji mengawal keamanan dan keselamatan negeri kerana orang Jawa dianggap mempunyai negeri dan kerajaan sendiri di Pulau Jawa.

Kepada pendatang Melayu dari suku selain Jawa dibenar membuka desa dan perkampungan dan diberi tauliah sebagai penghulu di atas sokongan orangkaya yang memerintah. Contoh penghulu Melayu yang diberi tauliah dengan mudah ialah penghulu Kampung Serkam Muar yang berasal dari Melaka dan Penghulu Pinang Seribu yang berasal dari Melayu Sumatera. Manakala ketua orang Jawa iaitu Penghulu Haji Jabar di Parit Bakar Darat pada tahun 1865 dan Haji Md Noh di Kampung Jawa (Bakri) pada tahun 1868 tidak diberikan tauliah.

Haji Jabar telah sampai ke Muar mengikut kumpulan 65 perahu dari Cerebon atau Pualau Jawa. Kumpulan ini diketuai oleh Juragan Lebai Muhamad seorang saudagar raja kepada raja Cerebon. Lebai Muhamad ialah bapa kepada Haji Md Noh yang telah datang ke Muar pada tahun 1865 mencari penempatan dan tanah baru untuk bercucuk tanam. Haji Jabar telah berlabuh di Muar dan tertarik kepada daerah Padang. Kemudian beliau ke Parit Bakar dan di benarkan oleh Orang Kaya Joned untuk membuka kebun di Parit Bakar Darat. Haji Jabar telah berjaya membuka penempatan di Parit Bakar Darat dan berkembang ke arah laut tetapi di sekat kerana kepentingan politik. Haji Jabar memberi alasan bahawa beliau memerlukan kawasan yang boleh dibuat pelabuhan kerana beliau sendiri adalah seorang nakhoda atau juragan dan saudagar yang mempunyai beberapa perahu besar. Perdebatan itu akhirnya diselesaikan dengan beliau dibenarkan membuka Parit Jawa pada 1868 setelah bersumpah akan setia kepada raja Melayu iaitu Maharaja Abu Bakar. Kampung yang dibuka diberi nama Melayu sebagai Kampung Baru.

Beliau ditauliah sebagai penghulu Parit Jawa Padang pada tahun 1870. Pada tahun 1871 Haji Jabar memindahkan Pekan Kampung Baru, 3 km ke darat bagi mengelak banjir yang selalu melanda. Mulai 1871 kampung beliau dikenali sebagai Kampung Parit Jawa kerana di popularkan oleh Ibrahim Munshi yang melihat orang-orang Jawa sedang bergotong royong menggali sebatang parit yang amat besar seperti taliair bagi mengeringkan kebun-kebun mereka dari banjir ketika datang melawat Padang. Parit besar ini merentas dari pantai ke kaki Bukit Mor dikenali sebagai Parit Jawa.

Haji Md Noh pula sampai ke Muar mengikut kumpulan perahu Jawa berikutnya, yang juga diketuai oleh bapanya pada tahun 1868. Beliau, adiknya Haji Sulaiman dan adik perempuannya Hajah Fatimah telah ditinggalkan oleh bapa mereka untuk menetap di Muar. Oleh kerana Lebai Muhamad biasa datang ke Muar dengan jongnya dan mempunyai perniagaan, keluarganya dibenarkan tinggal di dalam pekan Muar. Haji Md Noh telah diarah membuka kebun dan penempatan di hulu Bentayan dan Ulu Tiram. Kawasan itu didapatinya berpaya dan hanya didiami oleh beberapa keluarga sakai laut. Manakala jauh ke darat didiami oleh orang asli yang dikenali sebagai Jakun.

Haji Md Noh berjaya membuka penempatan dengan menebas paya dan menggali serta meluruskan aliran Sungai Bentayan pada tahun 1871. Beliau telah dibantu oleh orang-orang Jawa yang dibekalkan oleh bapa angkatnya Penghulu Jabar dari Parit Jawa dan Penghulu Kesang. Penghulu Kesang ialah saudagar Jawa dari Melaka yang diangkat menjadi penghulu oleh Sultan Ali ibni Sultan Hussein. Penghulu Kesang juga mempunyai pertalian darah dengan bapa Haji Md Noh. Disebabkan hubungan yang rapat ini, Haji Md Noh walaupun telah berjasa membuka Kampung Jawa dari Pekan Muar hingga lima batu ke hulu Sungai Bentayan dan Parit Tiram tetapi hanya dilantik sebagai naib-penghulu yang tidak bertauliah kepada Orangkaya Haji Joned.

Maklumat lisan dari saudara mara Haji Md Noh iaitu orang-orang tua Jawa di Parit Jawa, Bukit Bakri, Bukit Gambir dan di Pagoh bercerita bahawa hal itu berlaku kerana Haji Md Noh menolak saranan jodoh dengan keluarga Orangkaya Joned. Beliau telah mengikut saranan bapa angkatnya, Penghulu Kesang supaya berkahwin dengan Tun Zainab, adik kepada Tun Hassan Penghulu Diraja Pagoh iaitu anak kepada Engku Muda Tun Mansor bin Bendahara tun Ali Pahang. Dengan perkahwinan itu beliau telah dikurnia Kampung Sungai Raya di Bukit Pasir Muar dan di situ beliau juga telah membuka penempatan Jawa dan mengusahakan ladang sagu rumbia.

Selain itu, keluarga Haji Md Noh juga disyaki penyokong kepada Tengku Alam, putera Sultan Ali yang terlibat dalam Perang Jementah dengan Maharaja Abu Bakar. Hj Md Noh juga disyaki membantu dan menyokong keluarga isterinya dalam perbalahan saudara diantara kerabat diraja Pahang. Pada ketika itu Sultan Abu Bakar sedang berbaik-baik semula dengan Sultan Ahmad Pahang yang sedang diancam oleh Engku Muda Tun Mansur dengan pemberontakan.

Ketika ketiadaan beliau kerana menjadi naib penghulu dan tinggal di Sungai Raya, nama Kampung Jawa telah ditukar kepada Bakri apabila Dato' Bentara Luar Johor, Mohd Salleh bin Perang meluruskan jalan dari Bandar Maharani ke kaki bukit di darat. Jalan Bakri adalah sempena nama Sultan Abu Bakar dan sebagai penghormatan kepada Sultan di hari keputeraan baginda pada tahun 1893. Apabila Sekolah Melayu dibuka pada tahun 1901 di Batu 2 dan dikenali sebagai Sekolah Melayu Jalan Bakri, nama Kampung Jawa pun terus bertukar kepada Kampung Bakri dan kekal hingga hari ini.

Oleh Tun Sheikh Engku BendaharaPosted by TunSheikh at 10:58 AM 

http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/04/sejarah-bakri-muar-asalnya-kampung-jawa.html

KETUA WARIS SULTAN ALI IBNI SULTAN HUSSEIN
By Kumpulan RajaMenangis1:33 AM
MENYUSUR LELUHUR WARIS KERABAT SULTAN ALI IBNI SULTAN HUSSEIN
Akhir-akhir ini banyak orang mendakwa sebagai ahli kerabat diraja Melaka dan menuntut supaya ditabalkan sebagai Sultan Melaka. Melaka dari segi sejarah adalah pusat berkembangnya tamadun dan kebudayaan Melayu Islam dan sangat terkenal di dunia sebagai pusat perniagaan di sebelah timur pada abad ke 14 dan 15. Malah Melaka menjadi rebutan kepada bangsa asing dari dunia Barat kerana kekayaan dan kemewahannya. Kedudukan Melaka di tengah-tengah laluan laut kepada kapal-kapal perdagangan Timur-Barat menjadikannya berkembang begitu pesat. Faktor pentadbiran yang baik iaitu sistem pemerintahan beraja oleh orang Melayu dan agama Islam juga menjadi penyebab kemakmuran Melaka.
Melaka telah jatuh ketangan Portugis pada tahun 1511 tetapi kerajaan dan kedaulatan kesultanan Melayu tidak luput. Sultan Melayu Melaka telah memindahkan pusat pentadbiran ke Johor dan terus menerus menyerang Melaka yang diduduki Portugis kemudian Belanda dan akhirnya Inggeris.
Di era Belanda dan Inggeris pada abad ke 19, empayar kesultanan Melayu dipecah-pecah dan terbahagi kepada dua kesultanan. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah mewujudkan sultan Melayu di bawah kawalan Belanda berpusat di Riau dan sultan Melayu di bawah pengaruh Inggeris berpusat di Singapura. Sultan Abdul Rahman di Riau dan Sultan Hussein di Singapura adalah putera Sultan Mahmud yang memerintah kesultanan Melayu Johor yang wujud dari kesinambungan daripada kerajaan Melayu Melaka. Kedua-dua kuasa dan keturunan dua sultan ini akhirnya dimatikan atau dibekukan oleh Belanda dan Inggeris dengan tipu helah.
Mengikut ahli waris sultan Hussein, baginda telah dinasihatkan oleh Inggeris supaya tinggal dan memerintah kawasan Kesang yang dikhaskan kepada baginda dan waris-waris baginda turun temurun. Inggeris juga membenarkan Melaka untuk dijadikan kota pusat pemerintahan baginda disamping terus bersahabat dengan Inggeris.
Sehubungan itu, Sultan Hussein telah berpindah ke Melaka dan tinggal di Tengkera, kawasan tradisional kaum kerabat sultan Melayu Melaka dan mangkat di situ. Baginda telah diganti oleh putera baginda Tengku Ali yang telah menjadi sultan bagi daerah Kesang-Muar. Baginda tinggal di Umbai kerana terdapat makam nenda baginda dan akhirnya baginda juga mangkat dan dikebumikan di Umbai Melaka.
Nasib Sultan Ali adalah serupa seperti ayahanda baginda yang menjadi malang dan terus dalam kedukaan kerana muslihat dan tipu helah Inggeris. Melaka terus menjadi tanah jajahan Inggeris, tidak sebagaimana disangka oleh Sultan Hussein dan Sultan Ali yang yakin dengan janji manis Inggeris untuk membenarkan baginda menjadikan Melaka sebagai kota pemerintahan kerajaan baginda. Pada kenyataannya, sultan hanya dibenarkan tinggal di Melaka dan dikawal terus oleh Inggeris sehinggalah baginda mangkat.
Di era abad ke duapuluh ini pula, orang-orang Melayu menyaksikan bagaimana kerajaan Singapura mematikan kedaulatan waris dan kerabat Sultan Hussein di Singapura dengan mengambilalih Istana dan kawasan Kampung Gelam menjadi pusat kebudayaan Melayu yang hanya bertaraf sebagai pusat pelancongan.
Di waktu yang sama tidak kurang juga nasib yang serupa terhadap keturunan waris sultan Ali di Semenanjung. Mereka hilang kuasa setelah Tengku Alam gagal menobatkan diri sebagai sultan penganti ayahanda baginda Sultan Ali. Inggeris telah menjalankan tipuhelahnya dan selepas Perang Jementah 1879, Tengku Alam telah ditangkap dan dikuarentin di Singapura hinggalah baginda mangkat.
Kerajaan baginda di kawasan Muar-Kesang diperintah oleh Sultan Abu Bakar dan sehingga pada hari ini telah menjadi sebahagian negeri Johor dengan Tanah Takluk Jajajahannya. Walaupun begitu tuntutan hak terus menerus berlaku tetapi menjadi begitu komplikasi dan terabai kerana perkembangan politik semasa yang melanda Johor dan Tanah Melayu sehingga akhirnya terbentuk sebuah negara, Malaysia.
Mimpi buruk kepada ahli keluarga dan waris sultan Ali berterusan dalam marga mereka sendiri. Walaupun tiada lagi berniat derhaka mahupun permusuhan kecuali taat dan setia kepada sultan Johor dan kerajaan Malaysia, mereka sebenarnya terus melestarikan kedaulatan yang telah tiada ini dalam marga mereka. Sehingga kini terdapat beberapa entiti yang bergerak bersendirian dalam lingkungan yang terbatas. Mereka telah bergaul, bernikah dan menjadi rakyat biasa. Hanya satu keluarga yang menonjol iaitu keluarga Engku Saidin bin Engku Mahmud yang masih kuat dan sampai ke kerabat di raja sultan Pahang. Manakala disebelah isterinya Tengku Raimie sampai kepada Sultan Ali. Hanya keluarga ini yang masih ada organisasi tidak rasmi yang ada Bendaharanya, Temenggong, Laksamana, Panglima yang dilantik mengikut keturunan.
Kini, struktur organisasi tradisional ini diwarisi dan diaktifkan oleh anakanda beliau Engku Khairul Azuan bin Engku Saidin. Keadaannya masih terbatas dalam marga mereka sendiri tetapi ada kemajuan kerana kesahihan mereka dimaklumi oleh kerabat di raja Pahang dan Kerabat diraja Johor walaupun tidak secara rasmi. Ini adalah disebabkan hubungan sirahturahim kebiasaan yang berterusan. Darah keturunan dan persaudaraan masih bertaut. Struktur Organisasi walau hanya seperti bayangan pada Engku Khairul Azuan bin Engku Saidin ini, juga dimaklumi dan ada kerjasama dengan Persatuan Waris dan Keturunan Temenggong Muar (PEWARIS), Persatuan Waris dan Kerabat Sultan Hussein Singapura, Persatuan Waris dan Kerabat Bendahara Johor, dan Waris dan Kerabat diraja Pahang.
Terdapat juga keunikan pemegang jawatan atau jabatan iaitu seperti Bendahara, Temenggong dan Laksamana kepada Engku Khairul kerana mereka juga adalah dari darah keturunan raja atau saudara mara kerabat. Seperti Tun Bendahara iaitu bendahara kepada Engku Khairul berstatus atau pangkat bapa saudara pupu beliau dan darah keturunannya sampai kepada kerabat di raja Negeri Sembilan dan juga kerabaat diraja Pahang di samping Melaka dan Kesultanan Cerebon. Mereka yang dilantik, meskipun tidak bergantung kepada kelulusan tinggi akademik tetapi mesti mempunyai tabal atau alat kebesaran warisan keluarga. Dan kesahihan sekuturunan diraja atau kerabat walaupun mereka telah didiskriminasi dan menjadi orang biasa adalah dimaklumi dan diketahui.
Di atas jasa dan sumbangan keluarga ini terhadap Yayasan Sulami yang aktif dengan program-program kebajikan dan amal bakti, keihsanan di Banda Hilir, Umbai, Serkam, Bukit Katil, Merlimau, Sungai Rambai dan Alai, maka Yayasan Sulami yang berpusat di Alai Melaka merakam jutaan terima kasih kepada keluarga Engku Khairul Azuan bin Engku Saedin. Yayasan ini mendokong penuh dan berharap dan berdoa semoga keluarga beliau terus berbakti kepada masyarakat yang tidak bernasib baik, beramal bakti samada secara rahsia atau sembunyi mahupun terang. Yayasan Sulami juga menyokong dan mendokong YM Engku Khairul Azuan menerajui Persatuan Waris Kerabat Sultan Ali Ibni Sultan Hussein di Melaka mahupun seluruh Malaysia.
Yayasan Sulami amat mengkagumi kerja-kerja amal, bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh ahli keluarga beliau walaupun mengetahui mereka tidak berkemampuan dari segi kewangan dan kuasa. Yayasan Sulami juga amat prihatin mengenai nasib kerabat dan waris Sultan Ali ibn Sultan Hussein yang tertindas oleh perlakuan penjajah Inggeris.
Akhir sekali Yayasan Sulami menyeru dan merayu kepada sesiapa yang perihatin agar sama-sama menyokong dan mendokong segala perkerjaan baik, beramal maaruf dan mencegah kemungkaran, membela kepada fakir dan insan yang tidak bernasib baik terutama anak-anak yatim dan mereka yang teraniaya.
Sumber (c) http://wariskesultananmelaka-yayasansulami.blogspot.comKETUA WARIS SULTAN ALI IBNI SULTAN HUSSEIN ~ Rajamenangis : Di Mana Alam Melayu Menghurai Misteri

Asal Usul Bulu PerinduAlkisah seekor induk burung Rajawali/Elang, membuat sarang diatas pohon yg sangat tinggi sekali di Gunung Bondang. Ianya sedang mau berana..

Makam Meledak di MaduraSebuah makam salah satu keturunan raja ke-13 dari Paku Nata Ningrat yang memerintah tahun 1879-1901 di Pendopo Asta Tinggi (Kuba sebelah b..

Kerabat Sunan KalijagaKLANG, 14 Mac 2005 -- Waris Kesultanan Raja Jawa atau Kerajaan Islam Demak yang melarikan diri ke Semenanjung Malaysia akibat ancaman penjaj..

SEJARAH RAJA SIAM-KEDAH PERLU DI BONGKARSebagai penyelidik dari universiti tempatan maklumat-maklumat yang saya selidiki menuju kearah apa yang diperkatakan oleh Tuan Nai 
DETIK PENTINGBritish Malaya (Abad 18 - 1948)Borneo Utara (1882 - 1946)Malayan Union (1946 - 1948)Persekutuan Tanah Melayu (1948 - 1963)Hari Kemerdekaan (1957)Pembentukan Malaysia (1963 - kini)KUASA RUMPUNGangga NegaraKedah TuaKesultanan MelakaLangkasukaMajapahitPan PanPrasejarah NegaraSrivijayaPEPERANGANKonfrontasiPerang Dunia IPerang Dunia IIPerang JementahPerang KelangPerang SingapuraPerang Tanah MelayuPertempuran P.PinangPERSINGGAHANDato' Panglima HarimauDunia MelayuHero MalayaKepustakaan MelayuMalaysian Historical SocietyMelakaMerah SiluPribumi PerkasaR.M. KhalidRoyal MalayaSabri ZainSejarah MelayuSilat (The Best Web)Tamingsari Warisan MelayuWaktu SolatWarisan BudayaYayasan SulamiAnonymousJuly 16, 2010 at 8:56 PMkisah sultan ali iskandar shah

Daerah Kesang (di sebelah kiri mudik Sungai Muar) hingga ke sempadan Negeri Sembilan dan juga sebahagian dari Negeri Melaka hingga ke Umbai pada waktu itu masih lagi didalam pemerintahan Sultan Ali setelah baginda menyerahkan Negeri Johor kepada Temenggong Daeng Ibrahim dalam tahin 1855 m. Baginda telah melantik seramai 22 orang penghulu untuk mentadbir setiap mukim.

Penghulu-penghulu ini diberi kuasa penuh untuk memunggut cukai dan hasil di kawasan masing-masing. Maka dari sinilah pula berlakunya berbagai penyelewengan dan kecurangan dan menjadikan pemerintahan Sultan Ali berada dalam keadaan lemah dan kucar-kacir. Ini amat menyedihkan

Walau bagaimanapun, Sultan Ali sebagai seorang Sultan yang memerintah maka segala adat istiadat Kerajaan dijalankan seperti biasa. Baginda mempunyai 2 buah Istana iaitu sebuah di Umbai dan sebuah lagi di Kuala Kesang. Pada setiap tahun waktu menyambut hari jadi baginda, diadakan keramaian dan adat bersiram dimana semua penghulu di undang khas. Biasanya diadakan adat istiadat bersiram di atas Panca-pesada 7 tingkat dimana penghulu-penghulu inilah yang menyiramkan air ke tubuh baginda.

Laji bagaimana yang telah sedia maklum memang mempunyai beberapa kelebihan yang istemewa. Dalam tahun yang pertama beliau dilantik menjadi Penghulu Kesang Tasik dalam istiadat bersiram ini beliau adalah orang yang ke-7 untuk menyiran tubuh Sultan Ali. Setiap penghulu dikehendaki menyiram 10 timba air ketubuh Sultan Ali. Tetapi bagi Penghulu Laji hanya 3 timba sahaja Sultan Ali sudah tidak tahan mengiggil kesejukan dan baginda meminta dihentikan siraman tersebut. Maka pada hari itu juga Laji dilantik menjadi Penghulu Besar, Pawang Di Raja dan Imam bagi kampung Kesang Tasik.

Lebih kurang 5 tahun sahaja Laji menjadi Penghulu di Kesang Tasik dan semua kawasan telah terbuka maka iapun membuka sebuah kampung lagi di sebelah ulu mudik Sungai Kesang iaitu kira-kira tiga batu jauhnya dari Kesang Tasik, yang sebelah kanannya dinamakan Gelugor dan disebelah kirinya dinamakan Teluk Gong (kini didalam jajahan Negeri Melaka). Di Teluk Gong ini khas hanya untuk penanaman padi hinggalah sekarang dan di Gelugur tempat bertanam kelapa, pisang, pinang dan lain-lain.

Setelah tiga tahun ia menetap di Gelugur beliau telah kembali rahmatullah menyahut panggilan Illahi. Pusaranya terletak di tepi sungai kampung Gelugur. Suatu pekara yang agak ganjil adalah kini pusara Allahyarham Laji telah membusut tinggi dan dinaungi oleh pokok-pokok besar di sekelilingnya

AnonymousJuly 16, 2010 at 9:02 PMhttp://mediumnetwork.tripod.com/perang.html.

Kisah berkaitan sultan ali iskandar shah

AnonymousJuly 18, 2010 at 11:43 PMSultan ali iskandar shah ibni sultan hussin shah, tidak pernah menyerahkan daerah muar-kesang kepada temenggong abu bakar.Dlm perjanjian tahun 1855 antara sultan ali, temenggong ibrahim, dan british, sultan ali hanya menyerahkan daerah johor yg meliputi kawasan tanjung puteri, kluang, mersing, kota tinggi, batu pahat, dan segamat.daerah muar-kesang satu2nya daerah yg tidak di serahkan kpd temenggong ibrahim.daerah muar kesang menjadi sebuah negeri yg diperintah oleh sultan ali selepas perjanjian tersebut.Sultan ali menjadi sultan bg negeri muar-kesang.hasil dari perjanjian itu juga sultan ali menerima elaun bulanan dari pihak british dan juga pihak temenggong ibrahim.oleh itu sepatutnya negeri kesang sebenarnya adalah negeri baru yg diperintah oleh sultan ali dan keturunanya.


panglima besar sencu,waris panglima tengku alam shah ibni sultan ali.

AnonymousJuly 18, 2010 at 11:46 PMPenyerahan Johor
Beberapa rundingan diantara Sultan Ali dan Temenggung Ibrahim berlangsung dimana British telah menjadi orang tengah, selepas Sultan Ali menimbulkan persoalan mengenai hak Temenggung Ibrahim untuk menerima kesemua hasil negeri.[13] Pada mulanya, the Temenggung Ibrahim bercadang untuk membahagi dua hasil negeri dengan syarat Sultan Ali menyerahkan hak untuk menuntut kedaulatannya ke atas Johor. Syarat tersebut tidak diterima Sultan Ali. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mendapatkan campur tangan British, diantaranya,Gabenor British untuk Negeri-negeri Selat, Colonel William Butterworth, dan penggantinya, Edmund Blundell telah dilantik sebagai orang tengah.[14]

Pihak British lebih menyenangi prospek Temenggung Ibrahim mengambilalih pentadbiran Johor daripada Sultan Ali. Tuntutan Sultan Ali berkenaan hak kedaulatannya ke atas Johor telah disangkal oleh British. Temenggung Ibrahim pula telah membangkitkan kenyataan bahawa ayahnda Sultan Ali, Sultan Hussain Shah tidak pernah membuat usaha untuk menuntut hak kedaulatannya ke atas Johor walaupun baginda telah diiktiraf oleh British di dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Pada masa itu, Johor berada dibawah tanggungjawab Temenggung Abdul Rahman seperti juga Pahang yang berada di bawah tanggungjawab Bendahara. Dokumen-dokumen lain pula menunjukkan sekiranya Johor berada dibawah kuasa Sultan, de jure kedaulatan tersebut sepatutnya berada di bawah Sultan Lingga, Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dan bukan Sultan Ali. [15]

Temenggung Ibrahim dan Sultan Ali menyerahkan cadangan mereka kepada Gabenor British pada bulan April 1854. Temenggong bersetuju keatas permintaan Sultan Ali untuk diiktiraf secara simbolik sebagai Sultan Johor, tetapi berkeras mahu mengekalkan kuasa penuh ke atas Johor. Sebaliknya Sultan Ali telah menyatakan hasratnya untuk memerintah wilayah Kesang yang terletak ditebing sebelah utara Sungai Muar sehingga ke sempadan Melaka dengan alasan sebahagian nenek moyangnya di makamkan di sana. British telah memujuk Temenggung Ibrahim untuk menerima permintaab Sultan Ali. Akhirnya, Temenggung Ibrahim telah bersetuju dengan permintaan tersebut.[16]

Satu perjanjian telah ditandatangani pada 10 Mac 1855, dimana Sultan Ali secara rasmi menyerahkan hak kedaulatannya ke atas Johor kepada Temenggung Ibrahim kecuali wilayah Kesang. Sebagai balasan, Sultan Ali telah diberi jaminan diiktiraf sebagai "Sultan" oleh Temenggung Ibrahim dan British. Baginda juga menerima pampasan berjumlah $5000 dan elaun bulanan sebanyak $500 sebulan daripada Temenggung
AnonymousJuly 18, 2010 at 11:47 PM
Sultan Muar(Kesang)
Sultan Ali mewakilkan pentadbiran Kesang kepada Temenggung Paduka Tuan Muar dan banyak menghabiskan banyak masa di Melaka. Kesang tidak banyak penduduk pada tahun 1855 dan hanya ada 800 penduduk tanpa sebarang struktur kerajaan. Pada tahun 1860, Sultan Ali dilaporkan meminjam $53,600 daripada seorang Ceti, Kavana Chana Shellapah. Sultan Ali menandatangani satu perjanjian dengan Shellapah untuk menggunakan sebahagian daripada elaun bulanan baginda untuk membayar pinjaman tersebut. Walaubagaimanapun, Sultan Ali tidak dapat membayar pinjaman tersebut mengikut jadual. Ini menyebabkan Shellapah marah dan menulis surat kepada kerajaan British pada tahun 1866. Setelah dipaksa membayar pinjamannya mengikut jadual, Sultan Ali telah menyerahkan hak untuk berdagang di Kesang kepada Temenggung Ibrahim sebagai cagaran sekiranya baginda tidak dapat menjelaskan pinjaman mengikut jadual.[18]

Hubungan Sultan dan Temenggung Ibrahim tetap tegang; pada tahun 1860, Sultan Ali membenarkan seorang Bugis, Suliwatang, ketua Rembau dan Sungei Ujong untuk menetap di Kesang dan bersiap untuk menyerang Johor.[19] Hubungan buruk diantara Sultan Ali and Temenggung Ibrahim berterusan sehingga anak Temenggung Ibrahim, Abu Bakar, yang menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1862. Tidak lama selepas Abu Bakar menjadi Temenggung Johor, baginda menghantar surat kepada Sultan Ali untuk menegaskan kedaulatan Johor ke atas Segamat. Pertikaian yang berterusan berkenaan kedaulatan Segamat membawa kepada perperangan diantara pengikut Temenggung Abu Bakar dan Sultan Ali. Sebelas tahun kemudian iaitu pada tahun 1873, usaha Suliwatang untuk memungat ukai daripada penduduk di muara Sungai Kesang menyebabkan lebih banyak konflik dengan pengikut Temenggung Abu Bakar yang mula menggunakan gelaran Maharaja pada tahun 1868.[20]

Semasa pemerintahan Sultan Ali, tidak banyak aktiviti ekonomi di Kesang. Walaubagaimanapun, baginda mewakilkan tugas memungut cukai kepada Suliwatang dan wakilnya. Pada tahun 1868, Sultan Ali melantik Babu Ramasamy, seorang guru berketurunan Tamil untuk memungut cukai di Kesang. Pada tahun 1872,seorang pelombong berbangsa Eropah telah diberikan hak melombong secara eksklusif di Kesang selama lima tahun oleh Sultan Ali. Tiga tahun kemudian, seorang rakyat Amerika telah diberikan konsesi untuk membeli tanah seluas 45 batu persegi di Kesang oleh Sultan Ali.[21]

[sunting] Mangkat
Sultan Ali menghabiskan masa tuanya di Umbai, Melaka, dan menyara hidupnya dengan elaun bulanan yang diberikan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris.[22] Baginda mendirikan sebuah istana dan tinggal bersama permaisuri ke-3 iaitu Cik' Sembuk sehingga beliau mangkat pada 20 Jun 1877 dan Makam Sultan Ali terletak di Masjid Umbai, Melaka di Laluan Persekutuan 5.[23][24]

Sebelum Baginda mangkat, Sultan Ali telah mewasiatkan wilayah Kesang kepada Tengku Mahmood yang berumur 11 tahun, putera Almarhum Sultan dan Cik Sembuk yang berasal dari orang kebanyakan. Keputusan baginda menerima tentangan daipada sebahagian orang Melayu di Singapura yang berpendapat Tengku Alam sepatutnya menjadi pewaris wilayah Kesang memandangkan beliau adalah putera sulong baginda dengan Daeng Siti, anak seorang pembesar Bugis.[25]

Apabila Sultan Ali mangkat, hak penjagaan wilayah Kesang telah diletakkan di bawah kuasa Ungku Jalil, abang kepada Sultan Ali. Ungku Jalil telah menyerahkan hak penjagaan wilayah Kesang kepada Maharaja Abu Bakar, selepas kerajaan British mengadakan pemilihan Temenggung Paduka Tuan Muar dan ketua-ketua masyarakat di Kesang telah memilih Maharaja Abu Bakar untuk memimpin mereka. Gebenor British telah menyerahkan pentadbiran wilayah Kesang kepada Maharaja Abu Bakar. Ini menyebabkan Tengku Alam dan pengikutnya tidak berpuas hati.[26] Tuntutan berterusan Tengku Alam ke atas wilayah Kesang telah menyebabkan Perang Jementah pada 25 Olktober 1879 Al MahadayaJuly 19, 2010 at 12:32 PMKejatuhan bangsa Melayu adalah di akibatkan oleh Islam. Bangsa Melayu mmg sejak dahulu mengikuti agama nabi ibrahim sebagaimana yg difirmankan tuhan di dlm al quran. Segala istiadat raja2 adalah berkaitan dgn kerajaan tuhan dan tuhan mengurniakan kesejahteraan kpd manusia. Agama ini dirosakkan apabila musuh2 tuhan merosakkan al quran dgn membaris dan meletakkan tanda pada al quran. Di zaman dahulu, raja2lah yg telah mengkhianati rakyat dgn mengikuti musuh2 tuhan serta meinggalkan agama tuhan. Sejak itu tiada lagi kehebatan raja2 melayu dan bangsa melayu kini di hina dan di jajah di tanah air sendiri.
Bacalah sejarah Melayu dan anda akan menemui Iskandar Zulkarnain itu yg melambangkan asal usul melayu menganut agama nabi ibrahim iaitu Asalama. Dari beliaulah bermula kerajaan2 Melayu yg hebat. Kini bangsa Melayu merupakan bangsa yg paling bangsat di muka bumi kerana paling byk melakukan dosa dan maksiat kpd tuhan sebagaimana firman tuhan, org2 yg syirik kpd tuhan adalah manusia2 yg paling keji di dunia

AnonymousJuly 25, 2010 at 11:43 AMSalam Mahadaya,

Apa yang saudara cerca bangsa saudara sendiri? Ataupun saudara sememangnya bukan orang melayu!

Takkan melayu hilang di dunia! Mengenai Iskandar Dzulqarnain, sememangnya baginda adalah dari keturunan Nabi Allah Ibrahim melalui Siti Hajar dan dari anaknya, Al-Aisyh iaitu saudara kembar kepada Nabi Yaacob. Akan tetapi, apabila Nabi Muhammad SAW dilahirkan, maka seluruh dunia menganut ugama islam yang dibawa baginda. Menagapa saudara mempertikaikan agama islam ini?

Sebenarnya saudara patut membuka mata, telinga dan minda saudara dan perhatikan dengan sejelas2nya sebelum mmeperkatakan sesuatu isu itu.

Sekian.

Raden Mas Ayu
dari susur galur Iskandar Dzulqarnain








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/03/jmf-9241.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip