Jkmr Soal Jika Azam Ada Isytihar Sahamnya Mahu Jumpa Pm



JKMR soal jika Azam ada isytihar sahamnya, mahu jumpa PM
Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), satu daripada lima panel kawal selia SPRM, berkata persoalan asas berhubung kontroversi pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam firma senarai awam adalah sama ada dia mengisytiharkannya atau tidak.
Presiden Dewan Negara Rais Yatim, yang mempengerusikan JKMR berkata bahawa terdapat pekeliling tetap yang menyatakan bahawa penjawat awam tidak boleh memiliki lebih daripada RM100,000 saham.
Walaupun fokus ditumpukan sama ada jumlah saham itu sepadan dengan pendapatan Azam dan berlakunya konflik kepentingan, atau sebaliknya, Rais berkata pengisytiharan aset juga perlu menjadi aspek tumpuan.
“Dalam pekeliling JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam 1993 dan juga pekeliligan dibuat JPA dan kabinet pda tahun 2002 menyatakan bahawa perisytiharaan aset termasuk saham harus dibuat.
“Jadi, kes berkaitan dengan ketua pesuruhjaya SPRM (adakah perisytiharaan aset) sudah ke dibuat? Itu satu persoalan asas,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Turut hadir pada sidang media itu ialah anggot JKMR yang lain iaitu Senator Zaiedi Suhaili, Ahli Parlimen Pasir Gudang PKR Hassan Abdul Karim dan Ahli Parlimen Bukit Bendera DAP Wong Hon Wai.
Jawatankuasa itu, yang menyemak laporan SPRM, berkata berdasarkan maklumat yang diberikan kepada panel, tidak ada tanda-tanda pengisytiharan dibuat.
Oleh itu, Rais menambah siasatan diperlu dijalankan.
Ini adalah tambahan kepada fakta sama ada Azam adalah pemilik benefisial saham atau sama ada ia dibeli bagi pihak orang lain atau dirinya.
JKMR juga telah menyemak ulasan yang dibuat oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Abu Zahar Ujang yang mengisytiharkan bahawa Azam tidak melakukan sebarang kesalahan.
LPPR adalah salah satu daripada lima jawatankuasa kawal selia SPRM. Abu Zahar juga merupakan bekas presiden Dewan Negara.
Rais berkata kenyataan Abu Zahar mesti dilihat dalam “konteks yang betul”.
Kontroversi itu tercetus selepas profesor ekonomi politik Edmund Terence Gomez meletak jawatan sebagai anggota LPPR kerana membantah tindakan tidak diambil terhadap Azam.
Rais mengambil maklum kejadian itu dan berkata Gomez sepatutnya menggunakan saluran yang sepatutnya.
Bagaimanapun, katanya, intipati dalam aduan Gomez, sebagai pemberi maklumat, tidak perlu dicurigai.
Rais berkata JKMR akan mengesyorkan supaya siasatan dijalankan dan mengalu-alukan kenyataan Azam bahawa dirinya bersedia untuk disiasat.
“Semalam saya telah berhubung dengan perdana menteri sebab hal ini didapati amat penting dan rakan-rakan saya juga mempunyai pandangan yang sama,” katanya.
Rais berkata sebahagian daripada mandat jawatankuasa itu adalah untuk menasihati perdana menteri.
Mengenai sama ada Azam perlu bercuti, atau tidak, Rais berkata keputusan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Dia berkata pandangan adalah Azam harus bercuti tetapi terdapat hujah bertentangan bahawa kes yang lebih serius tidak dikenakan tindakan yang sama sementara menunggu siasatan.
“Terserah kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk putuskan untuk diberi cuti atau tidak,” katanya.
Azam menjadi tumpuan susulan pendedahan berhubung pemilikan 1,930,000 saham dalam Gets Global Berhad (sebelum ini KBES Berhad) pada 30 April 2015 bernilai sekitar RM772,000 ketika itu.
Pegangan sahamnya dalam Gets Global Berhad turun kepada 1,029,500 pada 31 Mac 2016, bernilai sekitar RM340,000 ketika itu.
Dia juga memiliki 2,156,000 waran dalam Excel Force MSC Berhad pada Mac 2016.
Pemilikan saham berkenaan pada 2015 dan 2016 telah menimbulkan persoalan jika ini setimpal dengan pendapatannya sebagai penjawat awam.
Pada sidang media khas pada 5 Januari lalu, Azam tidak menafikan mengenai pemilikan saham tersebut tetapi mendakwa ia dibeli atas namanya oleh adiknya. Mk
JKMR soal jika Azam ada isytihar sahamnya, mahu jumpa PM
Baca Artikel Menarik :
3 polis ‘kaki paw’ ditahan Keluarga Shebby ucap terima kasih atas penghormatan dan kasih sayang ASB Tidak Diwajibkan Zakat? Hakim berbogel: 5 saksi dipanggil bantu siasatan Duduk apartment tingkat 4, minta bantuan banjir Separuh penduduk Eropah akan dijangkiti Omicron Mac ini? Ismail Sabri mendapat sokongan penuh MKT UMNO sebagai PM Aksi ranjang Jasmine Suraya, sedia dikecam netizen Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn Fosil Naga Laut Terbesar Ditemui, Dipercayai Hidup Pada 250 Juta Tahun Dahulu “Unboxing Isteri: Satu trend pengikut setan Layari Laman Facebook MYKMU</a
Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

The post JKMR soal jika Azam ada isytihar sahamnya, mahu jumpa PM appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/01/14/jkmr-soal-jika-azam-ada-isytihar-sahamnya-mahu-jumpa-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Abu Zahar Puas Hati Mengapa Azam Tidak Bersedia Jumpa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Jika Abu Zahar Puas Hati Mengapa Azam Tidak Bersedia Jumpa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 307 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE January 6 2022Selepas Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki timbul persoalan mengapa Azam tidak bersedia untuk hadir memberi...
Police Send Azam Baki Case To Securities Commission

Police Send Azam Baki Case To Securities Commission

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 222 hits
Federal CID director Abdul Jalil Hassan said the report against MACC chief Azam Baki pertained to him allowing his brother to use his trading account to buy shares PETALING JAYA Police have confirmed that a report has been filed against Mal...
Azam S Shares Affordable At Rm330k Says Law Minister

Azam S Shares Affordable At Rm330k Says Law Minister

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 195 hits
Law minister Wan Junaidi Tuanku Jaafar said Azam Baki s one million shares were acquired at 30 to 33 sen apiece in 2016 PETALING JAYA Shares owned by Malaysian Anti Corruption Commission chief Azam Baki were not expensive when they were acq...
Nov 24 Meeting On Azam Do Tell Says Terence Gomez

Nov 24 Meeting On Azam Do Tell Says Terence Gomez

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 194 hits
Economist Edmund Terence Gomez resigned from a Malaysian Anti Corruption Commission panel on Dec 27 after it failed to discuss reports implicating chief commissioner Azam Baki PETALING JAYA Members of an MACC advisory board have been asked ...
Kenyataan Abu Zahar Berhubung Azam Baki Adalah Pandangan Peribadinya Enam Anggota Lppr

Kenyataan Abu Zahar Berhubung Azam Baki Adalah Pandangan Peribadinya Enam Anggota Lppr

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 194 hits
KUALA LUMPUR 8 Jan Enam anggota Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah hari ini berkata kenyataan media yang dikeluarkan oleh pengerusi LPPR Tan Sri Abu Zahar Ujang Rabu lepas berhubung kontroversi melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suru...
Police Hand Over Reports On Azam To Sc For Further Action

Police Hand Over Reports On Azam To Sc For Further Action

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 190 hits
Police reports against MACC chief Azam Baki over his shareholdings scandal have been sent to the Securities Commission for further action said Bukit Aman CID director Abd Jalil Hassan He said this in a brief statement confirming that police...
Defiant Azam Vows To Fight Accusations Keep Working

Defiant Azam Vows To Fight Accusations Keep Working

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 109 hits
Embattled MACC chief Azam Baki has vowed to fight allegations of misconduct This is amid a police probe against him after it emerged that he owned millions in shares and warrants in two publicly listed companies during his tenure as MACC in...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok