Jjcm Utara


 Assalamualaikum WBT 


HABIS cuti tahun Sk digunakan sepanjang bulan ini. Tiga minggu berturut-turut ambil cuti setiap Ahad dan sempena Iman tamat peperiksaan semester minggu lepas dan bermula cuti semester tiga bulan.  Isnin, Sk ambil cuti lagi, tu yang habis terus cutinya, hehehe. 




Memang dah janji dengan Iman nak bawa dia makan Nasi Kandar Kampung Melayu pada bulan 8 tapi tercepat perginya bulan Julai pulak, terlanjur dapat jemputan Majlis Resepsi Hafiz dan Nadia. Mujur jugaklah Iman pun dah habis periksa masa ni. Kami mulakan perjalanan dari JB petang selepas balik kerja dan singgah bermalam di Garden Roof Hotel, Ipoh. Ini kali kedua kami bermalam di sini. Ambil bilik family (1 Queen Bed + 1 single bed), harganya RM147/malam







Esok pagi tu plan nak sarapan di Salmah Kopitiam tapi kecewa betul bila dah sampai kedainya tutup pulak sedangkan kalau ikutkan jadual sebenar tutup pada hari Isnin. Mujurlah Salmah Kopitiam ni dekat jer dengan hotel kami menginap. Malas nak fikir tempat lain, kami terus menuju ke Restoran New Hollywood di Taman Canning. Macam biasalah kalau ke sini PI akan pesan Mee Udang dan Iman makan Pan Mee. Sk pula makan Kuey Teow Goreng, dah RM7.50 ya sekarang, dulu zaman Iman belajar di Politeknik baru RM5 sepinggan





Dari Ipoh, kami menuju ke Kuala Kangsar, PI nak makan di Rumah Makan Yeop tapi bila Sk baca review, ramai yang bagi komen negatif. Sk mencadangkan kami singgah di Rumah Atap Kuning yang juga terletak di Kuala Kangsar dan jika ada rezeki nak makan berhidang. Dua kali kecewa apabila Rumah Atap Kuning juga tutup, rupa-rupanya tetamu perlu membuat tempahan awal dan terhad kepada 50 pengunjung sahaja pada satu masa. 









Sejukkan hati dengan Cendol di Stesen Keretapi Lama Taiping. Selain tu kami pesan juga sepinggan Pasembur dan semangkuk Mee Rebus, kedua-duanya sedap. Iman makan Waffle Coklat. Mula masa buat pesanan tu, dia kata, lambat, jadi Iman kata, tak apa kalau lambat. Sk cakap, tak apalah lambat pun, kesian anak kita nak makan, kita tunggu jer tapi tak lambat pun, siap sampai dulu dari Mee Rebus, hehehe





Hotel penginapan kami kali ini Mercure Penang Beach. Kali ke berapa tah menginap di sini sejak namanya Four Points by Sheraton lagi. Kali ini tak dapat bilik Seaview, tak kisahlah dapat hillview pun sebab kalau seaview malam-malam pun gelap juga, hihi. Alasan nak sedapkan hati tu. Walaupun namanya menginap di Penang Beach tapi kami tak cecah pun kaki ke air laut, malas, hehehehe. Cuma petang tu, balik dari makan nasi kandar adalah turun sekejap ke pantai tak sampai 5 minit pun agaknya terus naik bilik



Bilik-bilik di Mercure Beach Penang ni dilengkapi dengan seterika, memang jadi keperluan seterika kali ni sebab nak gosok baju pakai pergi Majlis Walimatulurus Hafiz dan Nadia. 



Jarang-jarang berlaku, Sk sarapan Nasi Lemak di hotel, hahaha. Selain nasi lemak, Sk makan juga kuey teow goreng. PI dan Iman tak makan banyak sebab nak simpan perut makan kenduri, katanya. Dah makan kenduri, lamalah pulak nak tunggu giliran bergambar dengan pengantin sampai jadi lapar balik, hahaha




Jalan kaki tengah panas dari Pasar Chowrasta ke Penang Road Famous Laksa ni. Restoran ni ada Sijil Pengesahan Halal Jakim ya. 





Bagus sistem kat sini, beratur dulu dan nanti ada staf yang ambil pesanan makanan dan minuman secara manual. Bila dah ada meja, barulah kita masuk dan tunggu pesanan sampai. Jika ada nak tambah pesanan pun boleh masa dah duduk tu



Semangkuk Laksa Penang. Memang lain rupa kuahnya dari Laksa yang biasa Sk makan, yang ni kuahnya lebih merah tapi Sk tak sempatlah nak rasa betul-betul kuah tu sebab PI dan letak otak udang banyak-banyak




Selain Laksa, ada Seafood Omelette untuk Iman dan Kueyteow Goreng untuk Tuan Tanah Kedaung! Dua kali Sk makan kueyteow goreng hari tu. Dahlah semalamnya pun makan kueyteow goreng jugak, hahaha




Sedaplah kueyteow goreng dia. Sk suka kueyteow wok hey macam ni. Tapi tak habis makan, bungkus bawa balik hotel. Imannya pun sama tak habis makan Omelette tu, nampak sikit tapi padat betul, lagipun panas sangat campur penat berjalan, nak makan pun tak selera sangat




Selain menu restoran ada juga menu sampingan pembuka selera yang kita boleh pesan dari penjaja berhampiran. Nanti mereka akan datang bawa menu untuk kita pilih, bayar selepas pesanan dihantar ke meja








Malam tu, kami ke Padang Brown, layankan PI ni la balik-balik sini jugak yang dituju walaupun Sk sebenarnya nak makan tempat lain, menyampahhhhsss tapi makanlah juga Mee Goreng Sotong dan Pasemburrrr. Mee Goreng tu kongsi dengan Iman. Kami kalau ke sini memang terus ambil set pasembur, malas nak pilih-pilih. Set ni RM15, berbaloi la dari pilih-pilih lepas tu kena 35 hinggit, hahaha




Esoknya tu, kami check out awal kira-kira jam 9 pagi, hahaha. Rasa rugi betul check out pukul 9 sebab biasanya kami lepak-lepak dulu tapi tak apalah, bukan selalu. Sarapan pun makan sikit aje. Puncanya kerana mantan bos PI ajak sarapan Nasi Kandar, hahaha. Beliau baru sahaja menamatkan perkhidmatannya dan berhajat nak belanja kami semua makan alang-alang dah ada kat Penang, kan. Ingatkan dia nak ajak lunch, rupanya brunch! Jadi, risau tak sempat nak balik hotel semata untuk check out lagipun jauh jugak dengan jammed lagi kan, tu yang kami buat keputusan check out pagi. Tu nanti Sk cerita entry lain la ya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/07/jjcm-utara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecewa Anak Dikeluarkan Puluhan Orang Tua Siswa Smkn 1 Tambun Utara Nekat Kunci Gerbang Sekolah

Kecewa Anak Dikeluarkan Puluhan Orang Tua Siswa Smkn 1 Tambun Utara Nekat Kunci Gerbang Sekolah

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 143 hits
Puluhan orang tua dan siswa baru SMKN 1 Tambun Utara Kabupaten Bekasi menggelar aksi dengan cara mengunci pintu gerbang sekolah Senin
Kpk Geledah Kantor Ditjen Minerba Kementerian Esdm Terkait Korupsi Izin Tambang Di Maluku Utara

Kpk Geledah Kantor Ditjen Minerba Kementerian Esdm Terkait Korupsi Izin Tambang Di Maluku Utara

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 125 hits
Penggeledahan ini terkait dugaan penerimaan suap gratifikasi serta pencucian uang dengan tersangka mantan Gubernur Maluku Abdul Gani Kasuba
Kisah Di Utara

Kisah Di Utara

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 66 hits
Desa HM Kisah di sebuah negeri di utara Nicaragua Kisah berlaku di negeri paling utara bernama Palisey Ketua negeri tsb telah terlibat dgn kes salahguna kuasa dan telah dinasihatkan oleh Maharaja negeri tsb utk letak jwtn Lalu Maharaja meni...
Jumpa Anda Di Utara

Jumpa Anda Di Utara

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 157 hits
KAMI AKAN BER DI UTARA 5 8 8 8 24pm untuk jumpa sembang santai Fast Start BonusMemberi peluang awal kepada peserta balik modal dan mendapat sedikit untung dengan cara mudah Missinya supaya dia dapat gunakan semula modal dan keuntungan terse...
Perdana Menteri Mengumumkan Peruntukan Rm100 Juta Untuk Keselamatan Sempadan Utara

Perdana Menteri Mengumumkan Peruntukan Rm100 Juta Untuk Keselamatan Sempadan Utara

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 136 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hari ini bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta untuk meningkatkan kemudahan keselamatan di sepanjang sempadan utara semenanjung Dalam ucapan beliau sema...
Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Malaysia Launches The Lancet Countdown 2024 Report A Call To Action On Climate Change Food Security And Health

Huawei Unfold The Classic With Mate X6 For The Malaysian Market

It Is The Government Not Capitalists That Should Be Allowed Near The Malaysian Healthcare System

Slot Betwayvietnam Com 23 Feb 25 Betway Casino Betway Top 50 By Kathlene


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam


Pelarasan Gaji Opsyen Sspa

Apa Sudah Jadi Madani

Huawei Freebuds Pro 4

Stara Mahu Lebih Ramai Pelajar Sekolah Rendah Fokus Akademik Dari Awal Usia

Rosmah Bebas 12 Kes Ubah Wang Haram Lebih Rm7 Juta Lima Kes Lhdn

Rahsia Mereka Yang Tak Pernah Lesu Apa Dia