Jjcm Dan Majlis Perkahwinan Di Sg Petani




Kami ke Sg Petani untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan anak Dato Hashim Hamzah dan Datin Fauziah Samsudin, sahabat baik kami. Mereka suami isteri adalah sahabat baik saya dan Hubby sejak di universiti lagi. 
Semua majlis perkahwinan anak kami, mereka akan hadir. Jadi semestinya kami juga akan menghadiri majlis perkahwinan anak mereka walaupun  baru sahaja balik dari menghadiri majlis perkahwinan anak Datuk Khairi di Johor Bahru.
Kami pergi sehari lebih awal dengan hajat nak jalan jalan cari makan. Jadi kami bertolak pagi hari Jumaat dan singgah makan durian di RnR Bukit Gantang. Hahaha sedap sangat. Makan 3 biji durian dengan harga RM80. Tapi berbaloi kerana semuanya sedap isinya dengan pelbagai rasanya.

Kami kemudian bertolak ke Sg Petani. Sebelum itu, singgah di Titi Semeling untuk mencari buah nipah. Tapi sayang kedai tutup. Dalam perjalanan keluar dari sana, ternampak Ladang Nipah Hanipah, seronok sangat sebab ada ladang nipah. Seumur hidup tak pernah tengok bunga pokok nipah. Dapat tengok dan siap pegang pegang lagi. 

Kami kemudian ke Tg Dawai untuk mencari gerai ikan bakar yang pernah kami singgah dulu. Boleh klik di SINI. Masih belum berniaga, lalu kami ke depan sedikit dan nampak gerai Rumpun Mambu yang ramai tulis makanannya sebagai sedap.
Saya mengajak Hubby singgah. Konon untuk makan ringan ringan sahaja. Kami order udang dan sotong celup tepung. Walaupun nampak seperti digoreng panas panas tapi bila dihantar ke meja dah sejuk dan ianya tidak sesedap sotong celup tepung yang biasa saya makan.


Hubby order sup tulang dan saya order sup gear box dengan mee kuning. Terkejut bila sampai ke meja. Besar sangat gear box nya. Langsung makan mee jer sebab memang masih kekenyangan. Udang minta dibungkuskan.


Harga tak lah mahal. Untuk kedua dua sup tu dan air minum hanya RM55. Bawa balik tulang dengan kuah untuk makan di hotel. Tapi sebenarnya langsung tak makan. Tak lalu nak makan bila perut masih penuh. Hubby jer makan meratah daging.
Kami kemudian singgah di kedai yang menjual produk makanan laut. Saya beli ikan bilis mata biru, isi ikan talang, isi ikan kurau, sotong kering dan asam jawa tanpa biji. Boleh dibayar dengan secara pindahan ke akaun.
Kami meneruskan perjalanan ke Sg Petani. Nampak sepanjang jalan orang menjual durian tapi perut masih kekenyangan. Memang tak termakan pun. 
Sampai di hotel, Dato Hashim menelefon mengajak kami turun minum petang. Kami hanya bersembang sembang di lobi hotel sahaja sebab masih kekenyangan.
Sebelah malam selepas maghrib, kami turun lagi selepas melihat persiapan dewan dan pelamin, kami turun minum di coffee house bersama Dato Hashim dan keluarga.

Hari kedua di Sg Petani, saya mengajak Hubby bersarapan nasi lemak. Kami ke restoran Nasi Lemak Cinta Sayang tapi tutup. Jadi kami ke Port Nasi Lemak di Taman Sejati Indah. 
Lauk nya adalah samada sotong goreng celup telung, sotong sambal atau ayam goreng. Restoran ala ala budak budak muda berniaga. Bukan gerai menjual nasi lemak yang pelbagai lauk pauk yang boleh dilihat dalam bekas hidangan sebelum dipilih.

Kami kemudian sekali lagi ke Titi Semeling untuk mencari buah nipah. Gerai masih ditutup. Saya ambil nombor tuan gerai. Kami kenudian mencari durian kampung di Kampung Singkiaq Darat. 
Sedap sedap duriannya. Hanya RM10 sekilo. Saya beli juga asam keping yang dijual di situ di samping buah rambutan anak sekolah dengan harga RM7 se kilo.

Dari situ kami terus balik ke hotel untuk bersiap menghadiri majlis perkahwinan di Dewan Perdana hotel yang kami menginap iaitu The Jerai Hotel. Kami turun awal ketika tetamu belum ramai, jadi bolehlah bergambar dengan tuan rumah yang belum lagi sibuk dengan kedatangan tetamu sementara kami menunggu kawan kawan dari KL tiba di hotel.


Selepas selesai majlis, kawan kawan dari KL terus balik. Kami naik ke bilik dan selepas solat terus check out. Kami kemudian ke Titi Semeling untuk mengambil buah nipah yang dipesan. Hampir 1 jam juga menunggu anak beliau sampai di gerai kerana jalan yang terlalu sesak dengan kereta.

Dari situ, kami bertolak dalam pukul 4.30 dengan kenderaan yang sangat banyak di highway. Kami berhenti di RnR Bukit Gantang dalam keadaan hujan untuk makan durian lagi. Pun sangat sedap duriannya. Kami hanya makan 2 biji yang bersaiz kecil sahaja.
Kami kemudian bertolak balik ke KL dengan lebuhraya yang sesak sepanjang jalan. Tempat rehat juga sesak. Kami tiba di rumah dalam pukul 10.45 malam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/06/jjcm-dan-majlis-perkahwinan-di-sg-petani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Titip Ucapan Jang Nara Kongsi Foto Rasmi Di Majlis Perkahwinan

Titip Ucapan Jang Nara Kongsi Foto Rasmi Di Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 300 hits
Rasanya semua turut bergembira apabila melihat Jang Nara selamat melangkah ke fasa kehidupan barunya sebagai seorang isteri kelmarin ARTIKEL BERKAITAN Hanya dapat melihat foto kabur dari tetamu sahaja pihak Jang Na ra sendiri telah berkongs...
Kesilapan Di Majlis Perkahwinan

Kesilapan Di Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 182 hits
NORMAN RADZUANAntara kesilapan majlis kahwin yg Tuan rumah terlepas pandang panggil DJ atau band yg mainkan lagu bukan main kuat Org dtg nak berborak dgn saudara mara dan rakan2 yg lama sudah tidak bertemu tapi muzik memekak sampai terpaksa...
Reaksi Kelakar Jung Yonghwa Lee Sangyoon Di Majlis Perkahwinan Jang Nara Jadi Perhatian

Reaksi Kelakar Jung Yonghwa Lee Sangyoon Di Majlis Perkahwinan Jang Nara Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 277 hits
Sekian lama menanti akhirnya pelakon Jang Na ra menamatkan zaman bujangnya kelmarin ARTIKEL BERKAITAN Berlangsung di Naegok dong Seoul pelakon wanita itu berkahwin dengan seorang pakar sinematografi yang 6 tahun lebih muda darinya Dihoskan ...
Sudah Bergelar Isteri Majlis Perkahwinan Jang Nara Berlangsung Meriah

Sudah Bergelar Isteri Majlis Perkahwinan Jang Nara Berlangsung Meriah

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 261 hits
Hari yang dinantikan telah tiba Jang Na ra sudah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki 6 tahun lebih muda pada petang tadi Selepas membuat pengumuman mengenai perkahwinan ini pada bulan lalu ramai yang menantikan hari bermakna berkenaan...
Jejak Kasih Di Majlis Perkahwinan

Jejak Kasih Di Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 347 hits
Assalamualaikum wbtLAMA sangat tak jumpa dengan kawan zaman muda mudi Asmidar Asiah yang Sk panggil As Seingat Sk kali terakhir jumpa masa tu anak kecik kecik lagi Kemudian lamalah terputus hubungan dengan As sehinggalah bertemu kembali di ...
Lelaki Nikahi Dua Wanita Serentak Selepas Bekas Kekasih Serang Majlis Perkahwinan

Lelaki Nikahi Dua Wanita Serentak Selepas Bekas Kekasih Serang Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 307 hits
Kebiasaannya pernikahan terjadi antara lelaki dan perempuan namun begitu istimewa buat seorang pemuda Korik Akbar apabila menikahi dua wanita pada majlis yang sama apabila bekas kekasih yang datang menyatakan kemahuan untuk berpoligami Kori...
Kahwin Tahun 1988 Dapat Tiga Anak Tahun 2022 Baru Tahu Perkahwinan Tak Sah Suami Isteri Insaf Mahu Nikah Semula

Kahwin Tahun 1988 Dapat Tiga Anak Tahun 2022 Baru Tahu Perkahwinan Tak Sah Suami Isteri Insaf Mahu Nikah Semula

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 276 hits
TOLONGLAH jangan main main bab wali Demikian pesan pendaftar nikah c3rai Mohd Hasril Saleh 35 menerusi satu bingkisan video yang dikongsi olehnya Dalam video itu dia berkongsi kisah pasangan suami isteri yang mahu bernikah semula selepas 34...
Video Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer The Invitation

Video Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer The Invitation

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 157 hits
Sony Pictures telah mengeluarkan treler rasmi untuk The Invitation filem seram supernatural akan datang yang dibintangi oleh alumni Game of Thrones Nathalie Emmanuel Filem terbaru ini dijadualkan tiba di pawagam pada 15 September 2022 Dalam...
Majlis Pimpinan Pusat Pkr Nama Besar Antara 70 Calon Bertanding

Majlis Pimpinan Pusat Pkr Nama Besar Antara 70 Calon Bertanding

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 161 hits
June 8 2022 Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah R Sivarasa dan Maszlee Malik antara calon yang bertanding PETALING JAYA Tujuh puluh ahli PKR akan bertanding untuk merebut 20 kerusi Majlis Pimpinan Pusat parti penggal 2022 2024 m...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut