Jiran Sibuk Cari Rupanya Dalang Kes Mayat Kanak Kanak Dalam Guni


Jiran ‘Sibuk’ Cari, Rupanya Dalang Kes Mayat Kanak-kanak Dalam Guni
Penduduk di Kampung Toluwonua, Indonesia dikejutkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dalam keadaan menyayat hati di kawasan kebun pada Sabtu lalu.
Mangsa yang merupakan anak tunggal pasangan  ditemukan tidak bernyawa di dalam karung guni yang ditinggalkan hanya beberapa ratus meter dari rumah keluarganya.
Menurut portal Tribun News, mangsa kali terakhir dilihat bermain bersama sepupunya di halaman surau berhampiran rumah pada Khamis petang lalu.
Menjelang waktu Maghrib, hanya sepupunya yang pulang ke rumah, manakala mangsa masih gagal dikesan. Ibu bapa mangsa kemudiannya mencari di sekitar kampung.
Dalam masa sama, penduduk setempat turut sama menelusuri jalan, kebun dan sungai dengan harapan kanak-kanak itu segera ditemui.
“Sejak dia hilang, tiada siapa di kampung tidur lena kerana semua keluar mencari,” kata bapa saudara mangsa.
Selepas itu, penduduk kampung melaporkan kehilangan mangsa kepada Pejabat Pencarian dan Pertolongan (KPP) Kendari.
Penduduk temui jasad mangsa di dalam kebun Selepas dua hari pencarian, seorang penduduk terhidu bau busuk di kawasan kebun sebelum menemui sebuah karung yang sangat mencurigakan.
Pemeriksaan mendapati jasad mangsa berada di dalamnya, sekaligus mencetuskan suasana pilu dan panik dalam kalangan penduduk.
Tribun News melaporkan pihak polis yang tiba di lokasi kemudian membawa mayat ke Hospital Bhayangkara Kendari untuk proses bedah siasat.
Difahamkan, kejadian itu turut menjadi tular dan mencetuskan kegusaran awam dalam kalangan penduduk setempat.
Suspek pura-pura membantu mencari Sementara itu, siasatan lanjut Polis Resor Konawe Selatan mendapati seorang jiran mangsa berusia 21 tahun menjadi suspek utama.
Lelaki itu pada awalnya dilihat aktif menyertai pencarian, namun tindak-tanduknya menimbulkan curiga kepada orang ramai apabila cuba mengarahkan penduduk ke lokasi berbeza daripada tempat mayat dibuang.
“Suspek berpura-pura membantu mencari, tetapi dia sebenarnya tahu lokasi mangsa dibuang,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polres Konsel, La Ode Jefri Hamzah.
Hasil soal siasat membawa kepada pengakuan suspek bahawa dia membunuh mangsa di rumahnya pada Khamis petang.
Menurut suspek, mayat kanak-kanak malang itu pada mulanya disumbat ke dalam beg merah dan disorok dalam almari sebelum dipindahkan ke karung guni pada awal pagi.
Lebih mengejutkan, suspek turut mengaku melakukan serangan seksual terhadap mangsa sebelum membunuhnya.
Menurut Tribun News, pihak polis turut merampas beberapa barang bukti termasuk beg, bantal, selimut serta sandal dan seluar mangsa di rumah suspek.
Jenazah mangsa selamat dikebumikan di tanah perkuburan kampung, namun tragedi itu meninggalkan luka mendalam buat keluarga serta penduduk setempat.
BACA: Kenapa Jalan Sesak Tanpa Sebab? Fahami Fenomena “Phantom Traffic Jam” Sumber: Tribun News
The post Jiran ‘Sibuk’ Cari, Rupanya Dalang Kes Mayat Kanak-kanak Dalam Guni appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/15/jiran-sibuk-cari-rupanya-dalang-kes-mayat-kanak-kanak-dalam-guni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wakil Rakyat Rupanya Penjenayah Dikehendaki Terlibat Kes Bunuh

Wakil Rakyat Rupanya Penjenayah Dikehendaki Terlibat Kes Bunuh

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1565 hits
Wakil Rakyat Rupanya Penjenayah Dikehendaki Terlibat Kes Bunuh Siapa sangka individu yang diangkat sebagai Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah La Lita atau wakil rakyat sebenarnya merupakan penjenayah yang diburu oleh polis berhubung kes pe...
Menteri Agama Indonesia Dikecam Suruh Guru Jadi Peniaga Jika Sibuk Cari Duit

Menteri Agama Indonesia Dikecam Suruh Guru Jadi Peniaga Jika Sibuk Cari Duit

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 4322 hits
JAKARTA Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia Nasaruddin Umar teruk dikecam selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila menyarankan guru yang sibuk mencari wang supaya menjadi peniaga Kenyataan Kontroversi Kenyataan itu dibuat ketika ber...
6 Ditahan Kes Mayat Wanita Dalam Mpv Penembak Anggota Polis Masih Bebas

6 Ditahan Kes Mayat Wanita Dalam Mpv Penembak Anggota Polis Masih Bebas

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 4018 hits
Kalbana Perimbanayagam dan Zahratulhayat Mat Arifam hmetro com myPolis menahan enam individu susulan penemuan mayat seorang wanita dalam kenderaan milik lelaki yang menikam dan menembak seorang anggota polis di Simpang Pulai awal pagi tadi ...
Air Paip Berbau Rupanya Mayat Dalam Tangki

Air Paip Berbau Rupanya Mayat Dalam Tangki

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1224 hits
AgensiPIHAK polis membuat siasatan di lokasi kejadin seorang lelaki lemas di dalam tangki air sebuah bangunan FOTO Agensi Taipei Penduduk di Daerah Wenshan Taipei dikejutkan dengan bau busuk dari air paip sebelum menemui mayat seorang lelak...
Kes Intai Pempengaruh Buruh Dipenjara 6 Bulan Hadapi Dua Lagi Pertuduhan

Kes Intai Pempengaruh Buruh Dipenjara 6 Bulan Hadapi Dua Lagi Pertuduhan

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2287 hits
KUALA TERENGGANU Seorang buruh lelaki yang sebelum ini tular kerana didakwa mengintai seorang usahawan wanita yang juga pempengaruh popular di sebuah inap desa dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini sel...
Membisu Bila Kes Arwah Wan Ah Ad Faris

Membisu Bila Kes Arwah Wan Ah Ad Faris

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 538 hits
Aiman AimanLebai2 dajjal dengan berjubah serban perot buncit banyak makan benda benda haram melalak justice for Zara atas pentas smbil edar tin milo bile kene tang adik arwah Wan Ahmad Faris pakat pakat bisu belaka bersembunyi dalam kain bi...
Hiburan Terima Ugutan Pakar Patologi Kes Zara Buat Laporan Polis

Hiburan Terima Ugutan Pakar Patologi Kes Zara Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 3685 hits
Polis menerima laporan daripada Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu selepas menerima ugutan kerana menjadi saksi dalam inkues kematian pelajar Zara Qairina Mahathir Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda mengesahk...
Kelantan 4 Pekebun Sawit Getah Direman Kes Bunuh Lelaki Di Sungai Kelantan

Kelantan 4 Pekebun Sawit Getah Direman Kes Bunuh Lelaki Di Sungai Kelantan

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2761 hits
MUHAMMAD AYMAN GHAFFAAnggota polis membawa keempat empat suspek untuk prosiding reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari iniKOTA BHARU Empat pekebun sawit dan getah direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat lelaki di S...
Kitingan Pandikar S Ma63 Remarks Show Grs Willing To Compromise

Speed Read Pre Eicma News From Ducati Honda Ktm Kawasaki And Stark

Ringkasan Jasa Empat Perdana Menteri Malaysia

Rahsia Kucing Yang Kita Tak Pernah Diberitahu

Resipi Viral Egg Tart Mixue Pencuci Mulut Premium Dengan 4 Bahan Mudah

Pengalaman Menggunakan Telefon Awam Pada Zaman Remaja

Brazil Sokong Hasrat Malaysia Jadi Anggota Penuh Brics Lula

Soboro Udon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Warung Wak Paad Rantau Panjang Klang

Riadah Pagi Di Jejak Sisiran 1

Pelajar Lihat Individu Berbaju Hanafi Dalam Tandas Sebelum Kematian Zara Inkues

Saifuddin Digugur Ketua Pn Pahang

5 Aksesori Wajib Ada Untuk Newbie Influencer Yang Terakhir Paling Penting Ramai Guna

Faith Filth And Fury Netizens React Towards The Viral Dung Flinging Festival In India