Jiran Kes Tembak Isteri Tak Sanggup Subahat


Oleh MUHAMMAD AIMY AHMAD TONG air berwarna biru yang diangkat seorang lelaki ketika diminta membantu jirannya untuk dimuatkan ke dalam kereta di Taman Saujana, Kota Tinggi, Johor. -UTUSAN/ RAJA JAAFAR ALIJOHOR BAHRU: Pendedahan jiran kepada suspek yang menembak mati isterinya dengan senapang angin ketika sedang tidur dalam kejadian Isnin lalu membawa kepada pembongkaran kejadian sebenar.
Malah, lelaki berusia 32 tahun itu yang kini turut direman bagi membantu siasatan mendakwa dia tidak mengetahui isi kandungan dalam tong air yang digunakan suspek untuk menanam mayat isterinya di sebuah ladang kira-kira 30 kilometer dari kawasan perumahan mereka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad berkata, pada waktu kejadian, suspek meminta tolong jirannya yang tinggal berdekatan rumah untuk mengangkat tong air berwarna biru ke dalam kenderaan pacuan empat roda.
“Katanya dia bantu sebab tidak tahu apa yang ada dalam tong itu, jiran hanya minta tolong dan dia tolong sahajalah.
“Bagaimanapun, kita sedang melakukan siasatan terperinci berhubung pembabitan lelaki berkenaan dan kini dia ditahan bersama suspek untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Akhbar kelmarin melaporkan, seorang suami tekad menembak mati isterinya dari jarak dekat menggunakan senapang angin ketika mangsa sedang tidur di rumah mereka di Taman Saujana, Isnin lalu.
Setelah membunuh mangsa, suspek berusia 43 tahun itu menyumbat isterinya di dalam tong plastik sebelum menanam mayat wanita berkenaan di sebuah ladang di Bandar Penawar kira-kira pukul 4.30 pagi hari yang sama.
Suspek yang bekerja sebagai pemandu jengkaut itu kemudian membuat laporan polis kononnya wanita itu hilang sebelum mayat ibu dua anak yang berasal dari Terengganu itu ditemukan tertanam di ladang terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 serta Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/jiran-kes-tembak-isteri-tak-sanggup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Selit Kes Suami Tembak Isteri Netizen Selar Tajuk Video Masakan Kurang Sensitif Maria Tunku Sabri

Hiburan Selit Kes Suami Tembak Isteri Netizen Selar Tajuk Video Masakan Kurang Sensitif Maria Tunku Sabri

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 502 hits
Umum mengetahui bahawa Maria Tunku Sabri sangat sinonim dengan dunia masakan Menjadi sebutan ramai apabila menjadi pengacara rancangan Jalan Jalan Cari Makan suatu ketika dahulu namun selebriti itu kini terus rajin memuat naik pelbagai vide...
Suami Tembak Isteri Sedang Tidur Guna Senapang Angin Sumbat Dalam Tong

Suami Tembak Isteri Sedang Tidur Guna Senapang Angin Sumbat Dalam Tong

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 379 hits
Johor Bahru Misteri kehilangan seorang isteri yang didakwa melarikan diri dari rumah akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui secara tragis dalam sebuah tong air yang tertanam di sebuah ladang serai di Bandar Penawar pagi semalam Lebih me...
Cemburu Punya Pasal Suami Guna Senapang Angin Tembak Mati Isteri

Cemburu Punya Pasal Suami Guna Senapang Angin Tembak Mati Isteri

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 454 hits
460 total views 460 views today Gara gara perasaan cemburu seorang suami didakwa membunuh isterinya menggunakan senapang angin dengan jarak dekat dalam satu kejadian di Kota Tinggi Johor Bharu Isnin lalu Memetik laporan Kosmo suspek yang be...
Binik Pentingkan Diri Sendiri Suami Tembak Isteri Sampai Mati Sumbat Mayatnya Dalam Tong Air Tanam Di Ladang Serai

Binik Pentingkan Diri Sendiri Suami Tembak Isteri Sampai Mati Sumbat Mayatnya Dalam Tong Air Tanam Di Ladang Serai

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 1079 hits
Binik pentingkan diri sendiri Suami tembak isteri sampai mati sumbat mayatnya dalam tong air tanam di ladang seraiMayat seorang wanita ditemui dalam sebuah tong air yang ditanam di sebuah ladang serai di Bandar Penawar Johor sekali gus meru...
Malam Gali Kvbur Jiran Pagi Ziarah Adik Men1nggai Petang Dia Dan Isteri Pula Men1nggai Kemai4ngan

Malam Gali Kvbur Jiran Pagi Ziarah Adik Men1nggai Petang Dia Dan Isteri Pula Men1nggai Kemai4ngan

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 765 hits
Mersing Kepenatan dan mengantuk menjadi punca kereta Proton Waja yang dinaiki pasangan suami isteri hiIang kawalan lalu bertmbung treler petang semalam SH melaporkan seorang lelaki bersama sama isteri yang baru balik menz1arahi jn4zah adikn...
Gara Gara Cemburu Suami Tembak Mati Isteri Ketika Tidur

Gara Gara Cemburu Suami Tembak Mati Isteri Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 460 hits
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mangsa berumur 38 tahun manakala suaminya berusia 43 tahun Turut ditahan rakan suspek berusia 32 tahun JOHOR BAHRU Gara gara cemburu dan menghadapi tuntutan fasakh seorang suami didakwa mene...
Isteri Habiskan Rm34 Juta Dalam Masa 3 Bulan

Isteri Habiskan Rm34 Juta Dalam Masa 3 Bulan

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 335 hits
Tokyo Selepas menghabiskan 12 2 juta dolar Singapura wang suaminya seorang model Jepun akhirnya meminta cerai hanya selepas seminggu berkahwin Kato Sari 29 terkenal di negara matahari terbit sebagai seorang model yang memiliki kehidupan mew...
Pelakon Yang Membawa Watak Pian Dalam Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri

Pelakon Yang Membawa Watak Pian Dalam Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 633 hits
Siapakah pelakon yang membawa watak Pian dalam drama aku yang kau gelar isteri Mesti ada yang tertanya tanya kan apabila dia terpaksa berkahwin dengan Rai demi untuk menutup malu keluarganya pada episod 9 Betul tak Baca Juga Siapa Sebenarny...
Isteri Ibarat Mati Berkali Kali Saat Melahirkan Anak Tanpanya Tak Sempurna Hidup Suami

Isteri Ibarat Mati Berkali Kali Saat Melahirkan Anak Tanpanya Tak Sempurna Hidup Suami

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 380 hits
Sungguh terkesan sekali emosi rakyat Malaysia dengan pemergian seorang isteri yang meninggal dunia disebabkan perasaan cemburu hingga anak anak kecil yang masih hendak mengenal dunia menjadi yatim sekelip mata Seperti perkongsian saudara ta...
The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda

Tenangnya Pagi Muharam

Man City Bergaya Bedal Juventus

Momen Yang Tidak Akan Terhilang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teguran Membina

The Middle East Has Changed Permanently

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Saturday Jokes 270

Antara Jeans Dan Barang Kemas

Cara Kesan Phone Kena Hack Kod Rahsia Elak Kena Intip