Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl


mediaprima.com.my
Muhaamad Hafis Nawawi
[email protected]
24.1.25
Jabatan Imigresen Malaysia (Jim) menyerbu 10 lokasi klinik doktor warga asing di sekitar Kuala Lumpur dan menahan 10 warga Bangladesh yang menawarkan perkhidmatan kepada rakyat warga Bangladesh. FOTO Ihsan JIM
Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (Jim) menyerbu 10 lokasi klinik doktor warga asing di sekitar Kuala Lumpur dan menahan 10 lelaki warga Bangladesh yang menyamar sebagai doktor palsu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban berkata, Jim bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan satu Operasi Khas di 10 lokasi sekitar Kuala Lumpur iaitu enam lokasi di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua lokasi Leboh Pudu dan satu lokasi di Jalan Silang semalam.

Menurutnya, operasi yang bermula pada jam 11.45 pagi oleh sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama pegawai dari Bahagian Penguatkuasa (Farmasi) Kementerian Kesihatan Malaysia Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Operasi turut dibantu oleh pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi Imigresen Jafri Embok Taha, Pengarah Bahagian Perisikan Dan Operasi Khas Mohamad Anas Mohamad Dzarib, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM Mohd ZawawiAbdullah dan Timbalan Pengarah, Cawangan Perisikan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM Mohd Azaruddin Jais.

"Berdasarkan aduan awam dan maklumat risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi diatur gerak ke lokasi premis perniagaan dan berjaya menahan 10 orang lelaki warganegara Bangladesh berusia antara 31 hingga 50 tahun.

"Hasil semakan awal mendapati seorang yang ditahan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) Sektor Perkhidmatan, enam orang memiliki PLKS Sektor Pembinaan, dua orangtinggal lebih masa manakala seorang lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini," katanya.

Katanya, pasukan operasi Jim merampas peralatan doktor palsu, ubat-ubatan dan wang tunai RM800 dipercayai adalah hasil rawatan dan jualan ubat.

"Pihak KKM juga merampas sebanyak 502 jenis ubat tidak berdaftar dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM265,192.00.

"Warganegara asing ini juga disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 13(a) Akta Racun 1952, Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Racun (Bahan bahan Psikotropik) 1989, dan Peraturam 7(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya.

Zakaria berkata, modus operandi yang digunakan adalah menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit melalui doktor warganegara Bangladesh yang tidak bertauliah dan mensasarkan warganegara Bangladesh sahaja.

"Ubat-ubatan yang dijual tidak berdaftar dan tanpa kelulusan KKM yang dibawa masuk oleh warganegara Bangladesh yang datang sebagai pelancong dengan bayaran sebanyak RM200 hingga RM500 setiap seorang.

"Kegiatan ini berselindung di sebalik kedai makan atau kedai runcit bagi mengaburi pihak berkuasa. Bayaran rawatan dan penjualan ubat-ubatan yang dikenakan adalah sebanyak RM50 hingga RM200 bagi setiap pelanggan warganegara Bangladesh dan dipercayai telah beroperasi selama satu tahun.

"Kesemua warganegara asing ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut," katanya.

Tambahnya, manakala dua lelaki warganegara Bangladesh dan enam wanita tempatan diberi notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.
Disiarkan pada: Januari 24, 2025 @ 11:59am

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/jim-serbu-10-lokasi-klinik-doktor-warga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjenayah Warga Asing Pelancong Melencong

Penjenayah Warga Asing Pelancong Melencong

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 102 hits
Muhaamad Hafis Nawawi dan Noor Hidayah Tanziziam hmetro com myGAMBAR JANAAN AIKuala Lumpur Sebahagian penjenayah warga asing didapati memasuki negara ini sebagai pelancong sebelum licik melakukan kegiatan samun dan pecah rumah Bagi melancar...
Samun Berkumpulan Tumpas 5 Termasuk 4 Warga Asing Ditahan

Samun Berkumpulan Tumpas 5 Termasuk 4 Warga Asing Ditahan

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 111 hits
Omar Ahmadbhnews bh com myPASIR GUDANG Polis menyelesaikan kes samun berkumpulan dengan tertangkapnya lima suspek termasuk empat warga asing semalam Ketua Polis Daerah Seri Alam Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata semua suspek ber...
Polis Buru Saki Baki Warga Asing Yang Serang Anggota Maritim Malaysia

Polis Buru Saki Baki Warga Asing Yang Serang Anggota Maritim Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 145 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis mediaprima com myPETALING JAYA Polis Diraja Malaysia sedang mengesan saki baki kumpulan warga asing yang menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan Tanjung Rhu Banting Selangor semalam K...
Warga Asing Hidup Mewah Miliki Maserati Granturismo Hasil Jual Dadah

Warga Asing Hidup Mewah Miliki Maserati Granturismo Hasil Jual Dadah

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 100 hits
MOHD SHARKAWI LONDING dan BAZLAN IBRAHIMRAUB menunjukkan Maserati Granturismo yang dirampas hasil tangkapan ke atas warga Singapura pada sidang akhbar di IPD Johor Bahru Selatan Johor Bahru hari ini Foto oleh BAZLAN IBRAHIMJOHOR BAHRU Kehid...
3 Warga Asing Parah Kilang Gas Terbakar Di Klang

3 Warga Asing Parah Kilang Gas Terbakar Di Klang

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 90 hits
Sebuah kilang penyimpanan gas di Taman Aman Perdana musnah dalam kebakaran menyebabkan tiga warga asing parah akibat melecur SHAH ALAM Sebuah kilang penyimpanan gas musnah dalam kebakaran yang turut merebak ke dua bangunan lain di Taman Ama...
10 Warga Bangladesh Menyamar Doktor Ditahan

10 Warga Bangladesh Menyamar Doktor Ditahan

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 91 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis mediaprima com myJabatan Imigresen Malaysia menyerbu 10 lokasi klinik doktor warga asing di sekitar Kuala Lumpur dan menahan 10 warga Bangladesh yang menawarkan perkhidmatan kepada rakyat warga Bangladesh FOTO ih...
Terengganu Warga Emas Maut Proton Iswara Tidak Lepas Memotong

Terengganu Warga Emas Maut Proton Iswara Tidak Lepas Memotong

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 112 hits
WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLIKeadaan Proton Iswara yang remuk teruk selepas terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 68 Jalan Kuala Terengganu Kampung Raja berhampiran Kampung Beris Tokku Setiu hari ini SETIU Seorang lelaki warga emas...
Warga Indonesia Bertindak Agresif Dalam Cubaan Bolos Ditahan Imigresen

Warga Indonesia Bertindak Agresif Dalam Cubaan Bolos Ditahan Imigresen

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 100 hits
BaharomLelaki warga Indonesia berjaya diberkas selepas bergelut dengan pegawai penguat kuasa JIM negeri Foto NSTP BAHAROM BAKAR KUALA TERENGGANU Cubaan seorang warga Indonesia meloloskan diri daripada ditahan Jabatan Imigresen gagal apabila...
Warga Indonesia Ditegur Buat Konten Didepan Rumah Mangsa Kebakaran La

Warga Indonesia Ditegur Buat Konten Didepan Rumah Mangsa Kebakaran La

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 232 hits
Artis Uya Kuya dan isterinya Astrid Kuya menjadi bualan netizen selepas didakwa membuat kandungan video di hadapan harta benda mangsa kebakaran di Los Angeles California Amerika Syarikat Pasangan itu dihujani pelbagai komen selepas tular vi...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti