Jika Umno Tewas Sekali Lagi Dalam Prn Kali Ini



UMNO mungkin berdepan kesulitan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti jika pucuk pimpinan gagal memanfaatkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 bagi memberikan penjelasan terperinci mengenai pelbagai isu panas termasuklah soal bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP yang pernah menjadi musuh parti itu.
Penganalisis politik daripada Universiti Malaysia (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, jika UMNO gagal memberikan penerangan terperinci kepada ahlinya mengenai perkara itu, maka mereka harus bersedia menghadapi tsunami penyokongnya sendiri dan orang Melayu pada PRN nanti.
“Saya berpandangan pemimpin UMNO perlu lebih berhati-hati semasa berucap di PAU kerana semua keputusan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan parti selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu belum lagi teruji susulan tiada lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) mahu pun PRU diadakan.
“Jika UMNO gagal menguruskan krisis keyakinan ahli parti dan pengundi Melayu, maka kemungkinan besar mereka bukan hanya akan tewas, malah mungkin kehilangan kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai sekarang pada PRN nanti,” katanya kepada Sinar Premium.
Mohammad Tawfik juga tidak menolak kemungkinan gerakan untuk menjatuhkan Ahmad Zahid dari kerusi Presiden UMNO mungkin dihidupkan semula jika BN gagal mempertahankan kerusi DUN disandang mereka sekarang.
Ini kerana PRN di enam negeri adalah petunjuk kedua kepada kegagalan atau kejayaan kepimpinan parti diketuai Ahmad Zahid selepas mereka hanya menang 26 daripada 178 kerusi Parlimen ditandingi Barisan Nasional (BN) pada PRU15.
“Jika UMNO tewas sekali lagi dalam PRN kali ini, Ahmad Zahid perlu mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan selaku Presiden UMNO secara terhormat.
“Ini kerana pemimpin boleh datang dan pergi, hanya parti akan kekal. Jika UMNO terus dipimpin oleh presiden sama maka saya khuatir parti akan berhadapan masa depan malap dan ditolak oleh penyokong dan orang Melayu pada masa depan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Mohammad Tawfik menegaskan adalah menjadi satu kesilapan besar jika sebahagian penyokong parti masih berfantasi bahawa UMNO masih kuat dan berlagak seperti ‘abang besar’ serta mendapat sokongan padu majoriti pengundi.
“Ini kerana hakikat sebenar UMNO sekarang hanya umpama ‘pepohon dedalu’ yang hanya menumpang di pokok lain atau PH untuk meneruskan survival mereka dalam arena politik tanah air,” ujarnya.
Penganalisis politik veteran, Profesor Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh pula menjelaskan, isu utama yang perlu dibangkitkan adalah usaha memperkukuhkan parti termasuk isu yang kritikal dan mendesak seperti untung rugi penyertaan BN dalam Kerajaan Perpaduan.
Wan Hashim berkata, perkara yang perlu diketengahkan juga adalah mengenai strategi bakal digunakan BN untuk menang lebih banyak kerusi DUN dalam PRN nanti.
“Pucuk pimpinan UMNO juga perlu memberikan penjelasan dan pendirian mereka kepada ahli parti dalam PAU mengenai keputusan kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.
“Kepimpinan tertinggi juga perlu memberikan penjelasan kepada ahli di peringkat akar umbi mengenai isu pemecatan besar-besaran pemimpin tertinggi UMNO dan adakah parti sedia menerima semula mereka jika ada yang mahu kembali bersama parti?” soal beliau.
Tambahnya, barisan kepimpinan parti juga perlu menjelaskan apakah usaha sedang dilaksanakan bagi menarik kembali sokongan golongan muda terutama pengundi berusia 18 hingga 25 tahun kepada UMNO menjelang PRN nanti.
“Pucuk pimpinan UMNO juga perlu menyatakan dengan jelas dalam PAU mengenai strategi atau usaha untuk menarik first time voters atau mereka berusia 18 tahun ke atas untuk menyokong BN kerana setakat ini tidak nampak usaha ke arah itu,” tambah Wan Hashim - SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/06/jika-umno-tewas-sekali-lagi-dalam-prn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Parti Utama Perlu Bantu Parti Lain Dalam Kerajaan Menang Prn Mat Maslan

Umno Parti Utama Perlu Bantu Parti Lain Dalam Kerajaan Menang Prn Mat Maslan

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 198 hits
agendaily com04 06 2023Datuk Seri Ahmad Maslan gesa perwakilan PAU menumpukan kepada persediaan menghadapi PRN enam negeri nanti Selaku parti utama dalam kerajaan campuran UMNO perlu membantu parti parti lain dalam gabungan itu bagi memenan...
Ahli Umno 10 Kali Lebih Baik Dari Walaun Yang Memfitnah Dan Memaki Hamun Orang

Ahli Umno 10 Kali Lebih Baik Dari Walaun Yang Memfitnah Dan Memaki Hamun Orang

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 150 hits
Ada la sorang walaun ni letak komen umdap dalam post aku Itu saja yang ditulisnya Aku faham maksudnya Konon nak mengejek sebab UMNO dan DAP kerjasama Ramai je walaun yang guna gelaran tu dengan niat nak menganjing Tapi bila kata kat aku tak...
Tolong Bossku Atau Kami Tak Bantu Kempen Prn Akar Umbi Umno Beri Amaran

Tolong Bossku Atau Kami Tak Bantu Kempen Prn Akar Umbi Umno Beri Amaran

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 203 hits
freemalaysiatoday com 09 Jun 2023Seorang pemimpin akar umbi berkata ramai ahli berharap bekas presiden Umno itu akan kembali dan menyelamatkan parti Najib Razak menandatangani sepanduk tertera Bossku dalam salah satu kemunculannya di khalay...
Prn Umno Bungkus Kata Kj

Prn Umno Bungkus Kata Kj

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 181 hits
freemalaysiatoday com05 Jun 2023Khairy Jamaluddin berkata demikian sebagai respons jemputan sinis presiden Umno terhadap ahli yang dipecat dan digantung hadir ke PAU 2023 Khairy Jamaluddin dan Hishammuddin Hussein tidak menyukai tindakan Za...
10 Warlord Umno Sertai Pn Diumum Sebelum Prn

10 Warlord Umno Sertai Pn Diumum Sebelum Prn

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 258 hits
NURHIDAYAH HAIROMKUALA LUMPUR Perikatan Nasional dijangka mengumumkan sekurang kurangnya 10 warlord daripada UMNO bakal menyertai gabungan itu sebelum Pilihan Raya Negeri Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Razali Idris be...
Umno Hilang 50 Undi Melayu Pada Prn Ramal Kj

Umno Hilang 50 Undi Melayu Pada Prn Ramal Kj

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 161 hits
Khairy Jamaluddin berkata PH dinilai sebagai lebih berguna kepada BN berbanding BN kepada PH PETALING JAYA Khairy Jamaluddin meramalkan Umno akan hilang separuh sokongan undi Melayu pada PRN akan datang jika tidak menghapuskan persepsi buru...
Takut Kalah Prn Zahid Kata Umno Sedia Pertimbang Rayuan Ahli Digantung

Takut Kalah Prn Zahid Kata Umno Sedia Pertimbang Rayuan Ahli Digantung

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 228 hits
agendaily com11 06 2023Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi Kebimbangan UMNO bakal kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sedia menimbang rayuan bekas ahlinya yang digantung sebelum ini Pengumuman Preside...
Umno Bn Guna Simbol Dacing Pada Prn Pulau Pinang Tak Guna Simbol Ph

Umno Bn Guna Simbol Dacing Pada Prn Pulau Pinang Tak Guna Simbol Ph

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 265 hits
agendaily com16 06 2023UMNO BN akan menggunakan simbol dacing pada PRN Pulau Pinang Simbol dacing kekal digunakan calon UMNO Barisan Nasional pada Pi lihan Raya Negeri Pulau Pinang nanti UMNO BN Pulau Pinang tidak akan menggunakan simbol Pa...
Ex Umno Warlord Noh Omar Says Malay Votes Will Let Perikatan Take Selangor Easily

Ex Umno Warlord Noh Omar Says Malay Votes Will Let Perikatan Take Selangor Easily

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 216 hits
Citing ummah unity the ex Tanjong Karang MP recounted his previous efforts to develop Muafakat Nasional into a platform for Malay votes and said PN could replicate this to win at least 33 seats from the 56 available and form the state gover...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi