Jika Tiada Laungan Azan Maknanya Bekalan Air Bermasalah


malaysiakini.com
NS Ramli
Diterbitkan: Aug 22, 2023 11:09 AM
Masalah bekalan air bersih bukan sahaja menghantui penduduk di Kelantan tetapi juga mendatangkan masalah kepada segelintir penduduk di Pahang.

Misalnya, penduduk di Felda Panching Utara, dekat Kuantan telah berdepan dengan masalah ini sejak kira-kira setahun lalu.

Malah, masalah gangguan bekalan air di kawasan itu belum menunjukkan bakal berakhir.

Penduduk mendakwa aduan juga sudah dibuat kepada pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).
Norazian Md Ali, bilal"Surau kami pun kadang kala terpaksa ditutup, kalau tak ada (bekalan) air, tak bolehlah nak buat solat berjemaah di sini," kata bilal surau As-Sajiddin, Felda Panching Utara, Norazian Md Ali, 52, ketika ditemui petang semalam.

Norazian berkata, sebelum ini surau berkenaan menerima ramai jemaah setiap kali masuk waktu solat fardu, namun sejak masalah gangguan air berlaku, surau itu tidak lagi boleh mengadakan solat berjemaah seperti sebelumnya.

"Macam sekarang, dah dua tiga hari kami tak boleh berjemaah di sini, jadi semua perlu ke Masjid Al Huda jika nak solat berjemaah.

"Jaraknya tidak jauh mana, kira-kira 900 meter dari surau ini.

"Cuma kalau bekalan air pulih, mudahlah kami nak berkumpul, lagipun kebanyakan peneroka di sini generasi pertama, yang muda semua dah keluar (kerja) di Kuantan atau luar Pahang," katanya lagi.

Dia turut memberitahu, penduduk sekitar surau itu juga sudah faham jika tidak ada laungan azan dari surau, maknanya bekalan air bermasalah.
Kamariah Mohamad, pendudukBagi Kamariah Mohamad, 67, pula dia berharap perkara itu boleh diatasi segera kerana ia sudah berlanjutan sejak sekian lama.

"Saya pun kurang sihat, ada masalah (sakit) saraf dan pergerakan terbatas.

"Sekarang ini harapkan suami (Ampandi Samsuddin, 71) dan anak-anak untuk sediakan bekalan air.

"Bekalan kadang-kadang terputus terus seharian , kadang-kadang ada sekejap sebelah petang atau tengah malam.

"Memang sukar nak buat urusan harian, nak membasuh baju kena tunggu jam 1-2 pagi," katanya.

Dia turut berkata, masalah itu juga mengakibatkan sukar untuk berkumpul dengan anak cucu terutamanya ketika musim cuti sekolah atau hari raya.

"Masa hari raya kami terpaksa tutup pintu (rumah), sebab tak ada air nak basuh pinggan gelas jika tetamu datang beraya," katanya lagi.
Hayati Baharum, pendudukSeorang penduduk Felda Panching Utara, Hayati Baharum, 52, mengakui masalah itu turut menjejaskan perniagaannya.

Dia yang sebelum ini mengusahakan nurseri mendakwa terpaksa menghentikan operasi perniagaan itu berikutan masalah gangguan bekalan air.

"Kita nak jual pokok bunga, anak pokok buah, kenalah pastikan semuanya segar baru ada orang nak beli.

"Kalau air pun tak ada, macam mana nak siram pokok itu semua, jadi saya fikir baik saya berhenti dulu (berniaga) dan harap pihak berwajib boleh selesaikan masalah ini," katanya.
Mohd Tarmizi Yahaya, Adun PanchingDalam pada itu, ahli dewan undangan negeri (Adun) Panching, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, permasalahan dihadapi kira-kira 300 penduduk Felda Panching Utara itu akan dibawa kepada pihak berkaitan.

"Saya dimaklumkan bahawa masalah ini membabitkan tekanan air rendah di sesetengah kawasan di sini.

"Ada kawasan tinggi mengalami masalah ini dan kawasan rendah pun ada juga gangguan sama.

"Mereka (penduduk) memaklumkan sudah membuat laporan kepada pihak PAIP, cuma setakat ini, belum ada tindakan susulan dilakukan pihak berkenaan," katanya.

Mohd Tarmizi berpendapat, isu itu tidak selesai jika PAIP hanya menghantar lori tangki bagi membekalkan air kepada penduduk.

Katanya, tindakan itu hanyalah untuk penyelesaian jangka pendek dan penduduk mengharapkan penyelesaian yang boleh menjamin bekalan air di situ tidak terganggu.

"Kalau kita tengok di sini pun, kebanyakan peneroka adalah warga emas, jadi penyelesaian seperti menghantar lori tangki tidak banyak membantu mereka.

"Kita cuma harap pihak PAIP boleh menjelaskan punca sebenar gangguan dan memberi maklumat mengenai usaha yang sudah atau sedang dilakukan mereka (PAIP) untuk menyelesaikan isu terbabit," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/jika-tiada-laungan-azan-maknanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Berkuasa Niger Potong Bekalan Elektrik Air Ke Kedutaan Perancis

Pihak Berkuasa Niger Potong Bekalan Elektrik Air Ke Kedutaan Perancis

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 201 hits
PENTADIBIRAN tentera Niger memotong bekalan air dan elektrik ke kedutaan Perancis di Niamey selain tidak membenarkan khidmat penghantaran makanan ke premis berkenaan lapor Agensi Anadolu memetik beberapa laporan di media sosial pada Ahad Se...
Mas Flight From Sydney Turned Back After Mid Air Incident

Mas Flight From Sydney Turned Back After Mid Air Incident

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 357 hits
Australian news portal 9news reported that a Malaysia Airlines flight from Sydney to KLIA has to turn around over New South Wales after a mid air emergency incident According to the report flight MH122 left Sydney Airport at 1 40pm local ti...
5 Tips Membeli Penapis Air

5 Tips Membeli Penapis Air

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 293 hits
Penapis air adalah perkakas penting untuk mana mana rumah kerana ia boleh membantu menghilangkan kekotoran dan bahan cemar daripada air minuman anda Walau bagaimanapun dengan begitu banyak penapis air yang berbeza di pasaran mungkin sukar u...
Dah Cuba Memang Sedap Resipi Ayam Kewpie Khairul Aming Bakar Guna Air Fryer

Dah Cuba Memang Sedap Resipi Ayam Kewpie Khairul Aming Bakar Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 345 hits
Resepi Ayam kewpie viral khairulamingTak pernah terbayang sos kewpie ni boleh dijadikan bahan perapan ayam Ramai rupanya yang sukakan resipi perapan Ayam Bakar Kewpie ini Boleh kita tengok cara Khairul Aming yang amat ringkas dan mudah ini ...
Cara Semak Bil Air Di Sarawak Secara Online Dengan Mudah

Cara Semak Bil Air Di Sarawak Secara Online Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 442 hits
Assalamualaikum Selamat Petang CARA SEMAK BIL AIR DI SARAWAK SECARA ONLINE DENGAN MUDAH Actually Tempat Fiza still ada pekerja Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak yang hantar bil air dari rumah ke rumah setiap penghujung bulan Walaubaga...
Rheka Restu Deraian Air Mata Chord

Rheka Restu Deraian Air Mata Chord

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 148 hits
Gm F Gm D F Gm D Gm ku renungi F Gm kesalahanku s lama ini D apa dosa yang t lah ku F perbuat Gm D padamu Gm pilunya hati F Gm ku takkan pernah terobati D kau tuduh diriku dengan F semua prasangka Gm D burukmu Gm andaikan diriku Cm bisa kem...
Isu Air Peluang Pekerjaan Tak Penting Bagi Rakyat Kelantan

Isu Air Peluang Pekerjaan Tak Penting Bagi Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 365 hits
Pemuda PH Kelantan saran aktifkan JPP rancakkan program agamaN Faizal GhazaliKerajaan persekutuan disarankan agar mengaktifkan semula peranan Jabatan Pembangunan Persekutuan negeri Kelantan Ketua Pemuda PH Kelantan Hazmi Hassan berkata ia s...
Tak Sangka Rupanya E Wallet Tng Boleh Beli Air Mesin Vending Di Jepun Ramai Tak Tahu Ini Caranya

Tak Sangka Rupanya E Wallet Tng Boleh Beli Air Mesin Vending Di Jepun Ramai Tak Tahu Ini Caranya

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 189 hits
Tak sangka Rupanya e wallet TnG boleh beli air mesin vending di Jepun ramai tak tahu ini caranya Salah satu kaedah beli air di mesin layan diri di Malaysia pada hari ini adalah dengan menggunakan aplikasi TNG eWallet Siapa sangka di negara ...
Perkhidmatan Air Tanggungjawab Siapa

Perkhidmatan Air Tanggungjawab Siapa

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 180 hits
NIK HASYUDEEN Adalah penting untuk kita memahami sejarah penstrukturan industri air di Malaysia supaya kita faham berbezaan tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri Sebelum tahun 2005 tanggungjawab ke atas perkhidmatan air adalah di ba...
Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Eco Friendly Housing How Wellcamp S Prefab Homes Reduce Environmental Impact

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten

Dewan Rakyat Kecoh Pembangkang Dakwa Kerajaan Derhaka Titah Agong

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

Biaya Pembangunan Masjid Raya Al Jabbar 207 M Dari Dana Pinjaman 3 4 T

A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Malaysiakini S Sabah Expos Ronald Asks If Govt Members Have Different Rules

Malaysia Rolls Out Generative Ai Tool To 445 000 Civil Servants

Mechanic Caught By Jpj For Not Renewing His Road Tax For 23 Years

Bufet Ramadan 2025 Merentasi Tradisi Pentas Citarasa Di Restoran Zest Lifestyle Hotel Marriott Putrajaya

Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Panduan Lengkap Solat Sunat Tahiyatul Masjid