Perkhidmatan Air Tanggungjawab Siapa











NIK HASYUDEEN


Adalah penting untuk kita memahami sejarah penstrukturan industri air di Malaysia supaya kita faham berbezaan tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri.

Sebelum tahun 2005, tanggungjawab ke atas perkhidmatan air adalah di bawah kerajaan negeri sepenuhnya kerana ianya termaktub di dalam jadual kuasa negeri di dalam perlembagaan persekutuan. Kerajaan persekutuan memberikan pinjaman kepada kerajaan negeri untuk menguruskan industri air masing-masing.

Walau bagaimana pun ini menjadi cabaran besar negeri-negeri kerana kos infrastruktur air yang tinggi. Paip-paip lama perlu diganti dan loji-loji rawatan air baharu kena dibina. Ada negeri yang mengswastakan perkhidmatan air dan ada yang mengurusnya sendiri:

Oleh kerana perkara ini sudah sampai satu tahap kritikal, kerajaan persekutuan telah masuk campur dan membawa formula baharu.

Di dalam tahun 2005, perlembagaan persekutuan dipinda menjadikan air dimasukkan ke dalam jadual kuasa bersama. Di dalam tahun 2006 Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Akta Perkhidmatan Industri Air (WASIA) diwujudkan.

Mengikut model baharu ini, kerajaan pusat melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan memiliki aset-aset air manakala negeri akan terus menguruskan sumber-sumber air. Negeri juga akan menjalankan perkhidmatan air kepada rakyat melalui pengkorporatan entiti-entiti air negeri. Syarikat-syarikat air ini akan memajak aset dari PAAB.

Ada beberapa negeri lagi yang belum menyelesaikan proses penstrukturan ini.

Berdasarkan kaedah ini, perbelanjaan modal yang sebelum ini ditanggung oleh negeri menjadi perbelanjaan mengurus dan dipadankan dengan kutipan bayaran air yang dipunggut. Walau bagaimana pun, pengurusan syarikat-syarikat air kena bijak dan cekap supaya mereka boleh membayar bayaran pajakan kepada PAAB. Pembayaran ini akan membolehkan PAAB membayar balik pinjaman yang dibuatnya untuk membiayai kos pembelian/pembangunan aset-aset air.

SPAN adalah agensi kawal selia yang mempastikan polisi dan pelaksanaan penstrukturan ini berjaya.

Oleh kerana kos penstrukturan ini memakan jumlah dana yang besar, secepat mana aset-aset air baharu boleh dibangunkan dipengaruhi juga oleh kedudukan kewangan kerajaan persekutuan. Walaupun PAAB menerbitkan bon/sukuk, ianya tetap berkait dengan sokongan kewangan kerajaan persekutuan (boleh rujuk laporan penarafan sukuk PAAB). Apabila hutang kerajaan persekutuan sudah mencecah RM 1.5 trilion, ianya akan memberi kesan ke atas penerbitan sukuk seterusnya.

Bagi menambah aset-aset air di negeri-negeri, cadangannya kepada kerajaan persekutuan bukan sahaja kena tepat dari segi teknikal tetapi kena mencadangkan model kewangan yang munasabah. Ianya bukan jalan mudah untuk melepaskan tanggungjwab menjalankan operasi syarikat air negeri dengan berdaya maju supaya kosnya ditanggung oleh kerajaan persekutuan.

Rajah yang dikongsikan hanyalah untuk memberikan gambaran kasar penstrukturan semula ini. Banyak perkara yang lebih terperinci tidak diambil kira. Jika terlalu terperinci, susah nak faham pula. Faham?

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/perkhidmatan-air-tanggungjawab-siapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ak 35 Perkhidmatan Bekalan Air Bersih Terburuk Di Kelantan

Ak 35 Perkhidmatan Bekalan Air Bersih Terburuk Di Kelantan

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 237 hits
Isu air kotor dan karat mewarnai kehidupan rakyat Kelantan Lebih parah apabila ada yang tidak menerima bekalan air sehingga berbulan bulan lamanya Disebabkan sering terputus bekalan air bersih banyak rakyat Kelantan kini terpaksa beralih me...
Aktiviti Program Lets Get Candid By Air Selangor Ppim 09 08 2023

Aktiviti Program Lets Get Candid By Air Selangor Ppim 09 08 2023

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 451 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke program Lets Get Candid anjuran Air Selangor di Bangsar Trade Centre Kuala Lumpur hari ini
Pakcik Ini Cipta Dapur Memasak Hanya Guna Air Tak Guna Gas Langsung Undang Perhatian Netizen

Pakcik Ini Cipta Dapur Memasak Hanya Guna Air Tak Guna Gas Langsung Undang Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 164 hits
Pakcik ini cipta dapur memasak hanya guna air tak guna gas langsung undang perhatian netizen Warga Emas Cipta Dapur Guna Air Tanpa Guna Gas amp Kerosene Warga emas bernama Hadi Usman 67 itu mencipta dapur yang tidak memerlukan gas atau miny...
Bukan Hanya 1 2 Sudu Air Setiap Kali Makan Doktor Sarankan Beri Banyak Air Pada Bayi Elak Sembelit

Bukan Hanya 1 2 Sudu Air Setiap Kali Makan Doktor Sarankan Beri Banyak Air Pada Bayi Elak Sembelit

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 251 hits
Memang teruja bila nak memberi si kecil makan Macam macam resipi mama buatkan untuk si kecil agar si kecil mendapat nutrisi yang sebenar Anak pun sangat teruja bila tibanya waktu makan Namun pasti ramai mama mama yang mempunyai masalah yang...
Youtuber Belanja Penapis Air Pimpinan Pas Terus Hubungi Mangsa Terputus Bekalan Air

Youtuber Belanja Penapis Air Pimpinan Pas Terus Hubungi Mangsa Terputus Bekalan Air

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 156 hits
Youtuber belanja penapis air pimpinan Pas terus hubungi mangsa terputus bekalan air SELEPAS Yotuber terkenal Syahmi Sazli dan isterinya Anissa Faizul bersuara mengenai isu air bersih di Kelantan akhirnya nasib sebuah keluarga di Pasir Mas t...
Betul Ke Penapis Air Cuckoo Boleh Guna Untuk Air Balang

Betul Ke Penapis Air Cuckoo Boleh Guna Untuk Air Balang

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 319 hits
Ya penapis air Cuckoo boleh menyediakan air yang mencukupi untuk balang udara Penapis air mempunyai kapasiti 4 5 liter yang cukup untuk membuat beberapa kelompok balang udara Penapis air juga menghilangkan kekotoran daripada air yang boleh ...
Hiburan Suara Syahmi Dan Isteri Didengari Exco Kelantan Terus Buat Kerja Siap Belanja Penapis Air

Hiburan Suara Syahmi Dan Isteri Didengari Exco Kelantan Terus Buat Kerja Siap Belanja Penapis Air

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 383 hits
Kemelut isu air di negeri pantai timur masih lagi tidak menemui jalan penyelesaiannya sehingga ke hari ini Baru baru ini pengarah terkenal Syahmi Sazli dan isteri Anissa ada bersuara mengenai masalah itu meskipun dikecam hebat oleh segelint...
Tiada Air Mata Selepas Bercer4i Diana Danielle Banyak Belajar Jadi Matang

Tiada Air Mata Selepas Bercer4i Diana Danielle Banyak Belajar Jadi Matang

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 302 hits
Hari ini media melaporkan aktor Farid Kamil sah melafazkan cer4i talak satu kepada Diana Danielle secara atas talian menerusi aplikasi Google Meet di hadapan Hakim Syarie Hakim Syarie Shukran Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh