Jika Terus Kerjasama Dengan Mahathir Ph Akan Dijahanamkan Kali Kedua



PETALING JAYA:Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim menyokong penuh pendirian terbaharu ketua pembangkang itu untuk memfokus kepada pilihan raya umum akan datang berbanding rancangan mengambil alih pentadbiran negara dengan sokongan Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang.
Bendahari Otai Reformis, Ronnie Liu berkata, langkah itu sewajarnya menjadi tumpuan ketua pembangkang bagi memperkuat Pakatan Harapan (PH) memandangkan pilihan raya umum ke-15 boleh diadakan pada bila-bila masa.
“Adalah wajar PH memberi fokus kepada kerja persiapan PRU-15 yang mungkin berlaku pada bila bila masa,” katanya kepada FMT.
Beliau juga memberi “peringatan” kepada PH supaya tidak bekerjasama dengan kumpulan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bagi mengelak gabungan pembangkang itu “jahanam” kali kedua setelah hilang kuasa selepas 22 bulan memerintah.
Ronnie Liu “PH tidak boleh bergabung sekali lagi dengan Dr Mahathir yang telah kehilangan kredibiliti sebagai seorang pemimpin politik. Jika tidak, PH akan dijahanamkan sekali lagi,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek di Selangor mewakili DAP.
Seorang lagi penyokong tegar Anwar, Abdul Razak Ismail senada dengan Ronnie dengan berkata, sebarang bentuk kerjasama dengan Mahathir perlu dielak, selain menambah bahawa PH melakukan kesilapan besar dengan memberi kepercayaan kepada Ahli Parlimen Langkawi itu sebagai perdana menteri ke-7 kerana banyak janji yang tidak dapat ditunaikan.
“Sebenarnya bagi saya, PKR-PH melakukan ‘kesalahan besar’ apabila bersetuju Dr Mahathir menyertai PH dan seterusnya mengangkat beliau sebagai perdana menteri ke-7 tempoh hari.
“Bukan saja PH gagal menunaikan janji manifestonya seperti menghapuskan PTPTN, kamera kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan menutup kilang Lynas.
“Malah pendedahan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini menyebut bahawa Mahathir sebenarnya tidak mahu tol dihapuskan,” katanya.
Ahli perlu tahu kerjasama gelap yang dijalin bersama ‘Anwar’ akan menenggelamkan bahtera UMNO

Beliau berkata, tidak boleh “diterima akal” sekiranya PH masih mahu mengekalkan kerjasama dengan kumpulan Mahathir.
Abdul Razak Ismail Razak yang juga setiausaha Otai Reformis turut mengingatkan PH supaya tidak bekerjasama dengan pemimpin Umno yang disifatkan cuba “bermain dua kolam” dengan menyokong Anwar dan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
“Sikap ‘talam dua muka’ Umno terserlah apabila tiada seorang pun Ahli Parlimennya menolak Belanjawan 2021 pada persidangan Parlimen tahun lepas sedangkan kita diberitahu tidak kurang 10 orang Ahli Parlimen parti itu menyokong Anwar.
“Ucapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam perhimpinam agung parti itu minggu lalu juga dengan lantang menyebut .No Anwar, No DAP dan No PPBM’.
“Ini sewajarnya menjadi isyarat jelas supaya PKR-PH segera menamatkan sebarang rundingan ‘di sebalik tabir’ beberapa orang pimpinan PKR dengan pemimpin Umno untuk bekerjasama dalam menghadapi PRU15 akan datang,” katanya.
Katanya, kenyataan terbaharu Anwar bahawa PH akan memfokus kepada persiapan PRU berbanding mengumpul Ahli Parlimen membentuk kerajaan baharu juga memberi kelegaan kepada penyokong dan akar umbi.
Beliau menggesa pucuk pimpinan PH, khususnya PKR supaya membersihkan parti daripada pemimpin yang mesra dan masih menyokong bekas timbalan presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.
“Ramai penyokong setia Anwar berpandangan pemimpin ‘proksi Azmin’ yang kekal dalam parti akan memporakperandakan PKR sekiranya mereka terpilih sebagai calon dalam PRU15 akan datang.
“Ramai menjangka akan berlakunya agenda ‘lompat parti’ seperti yang berlaku sekarang,” katanya.
Muafakat Nasional Retak Disebabkan Kelemahan Zahid, Berdolak-dalik Terhadap Segala Ketetapan Parti – Nazri Aziz

The post Jika terus kerjasama dengan Mahathir, PH akan dijahanamkan kali kedua appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/04/jika-terus-kerjasama-dengan-mahathir-ph-akan-dijahanamkan-kali-kedua/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Jahanam Kali Kedua Jika Terus Kerjasama Dengan Dr M

Ph Jahanam Kali Kedua Jika Terus Kerjasama Dengan Dr M

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 194 hits
Faiz ZainudinKumpulan penyokong Anwar Ibrahim Otai Reformis berkata PH melakukan kesilapan besar dengan memberi kepercayaan kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ke 7 kerana banyak janji yang tidak ditunaikan PETALING JAYA Kump...
Mungkin Umno Perlu Kalah Kali Kedua Baru Hilang Ego

Mungkin Umno Perlu Kalah Kali Kedua Baru Hilang Ego

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 373 hits
ismaweb netMN hanya retorik ibarat hancur kerana kepentingan individuOleh Siti Hafidah Abd GhaffarBANGI 23 Syaaban 1442H Isnin Pengundi akan menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke 15 sekiranya parti itu mendahulukan kepentingan peribadi tan...
Dua Cabang Dari Pahang Luluskan Usul Menolak Kerjasama Dengan Tun Dr Mahathir Di Dalam Matc Hari Ini

Dua Cabang Dari Pahang Luluskan Usul Menolak Kerjasama Dengan Tun Dr Mahathir Di Dalam Matc Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 247 hits
Hari ini dua Cabang Keadilan dari Pahang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang masing2 Cabang Kuantan telah mengadakan MATC di sebelah petang begitu juga dengan Cabang Temerloh Di dalam mesyuarat tersebut satu usul telah dibawa ol...
Syukur Dapat Restu Chef Wan Serina Redzuawan Selamat Bernikah Kali Kedua

Syukur Dapat Restu Chef Wan Serina Redzuawan Selamat Bernikah Kali Kedua

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 202 hits
Selepas empat tahun bergelar ibu tunggal pelakon Serina Redzuawan akhirnya menamatkan zaman solonya apabila sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Aidid Menerusi laman Instagram anak kepada cef selebriti terkenal Dat...
Kandungan Pertama Tiga Minggu Disahkan Hamil Lagi Untuk Kali Kedua

Kandungan Pertama Tiga Minggu Disahkan Hamil Lagi Untuk Kali Kedua

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 193 hits
London Keajaiban apabila seorang wanita di Wiltshire United Kingdom disahkan hamil kali kedua ketika kandungan pertamanya baru berusia tiga minggu ABC News melaporkan Rebecca Roberts kemudian melahirkan kembarnya itu pada hari yang sama Dif...
Anwar Pm9 Mampu Kah Mahathir Halang Anwar

Anwar Pm9 Mampu Kah Mahathir Halang Anwar

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 226 hits
Sudah dua kali Mahathir gagalkan Anwar Ibrahim Mampukah lagi Mahathir menghalang untuk kali ke 3 Masih ada harapankah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan keadaan politik semasa yang caca marbaa
Ada Cubaan Membunuh Mahathir

Ada Cubaan Membunuh Mahathir

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 259 hits
Unit Cawangan Khas Bahagian Counter Terrorism menahan seorang lelaki yang mengaku mahu membunuh beberapa pemimpin sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di seluruh negara tahun lalu kata Azman Omar Ada Cubaan Membunuh Mahathir P...
Punca Muhyiddin Tidak Maklum Cubaan Bunuh Mahathir Tersebar

Punca Muhyiddin Tidak Maklum Cubaan Bunuh Mahathir Tersebar

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 504 hits
Punca Muhyiddin Tidak Maklum Cubaan Bunuh Mahathir Tersebar Majlis Presiden Pakatan Harapan malam ini membangkitkan persoalan mengapa Muhyiddin Yassin tidak memaklumkan mengenai wujudnya rancangan Dalam kenyataan bersama dikeluarkan lewat m...
Suspek Pengganas Ditahan Cubaan Membunuh Tun Mahathir Guan Eng Mujahid Tommy Thomas

Suspek Pengganas Ditahan Cubaan Membunuh Tun Mahathir Guan Eng Mujahid Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 251 hits
Suspek pengganas ditahan cubaan membunuh Tun Mahathir Guan Eng Mujahid Tommy ThomasHilmi MalikMac 26 2021Azman berkata suspek dikatakan bergerak sacara solo dan dipercayai terlibat bersama kumpulan militan Daish Gambar failKUALA LUMPUR Poli...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults