Jika Pemimpin Beri Gambaran Bergolak Mana Mungkin Kestabilan Dikembalikan




 Pemimpin politik pembangkang diingatkan supaya jangan memberi gambaran politik Malaysia sedang bergolak ketika keyakinan pelabur antarabangasa sedang memulih.

Menurut Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi 6 negeri sepatutnya menutup gejolak politik di negara ini kerana telah lengkap pilihanraya membentuk kerajaan pusat serta negeri.

Maka kerajaan yang dilantik atas kehendak rakyat, katanya, perlu menjalankan tugas masing masing di peringkat Persekutuan atau negeri.

"PRN 2023 sewajarnya menjadi noktah kepada sebarang usaha mengganggu-gugat kestabilan politik negara. Rakyat sudah memilih, kini semua wakil rakyat tidak kira dalam Kerajaan mahupun di blok Pembangkang kena menerima keberadaan dan keabsahan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri yang sudah dan bakal dibentuk.
Syahredzan Johan
"Kestabilan politik adalah penting untuk negara kita yang masih melalui fasa pemulihan selepas bertahun dibelenggu ketidakstabilan politik dan impak pandemik Covid-19.

"Namun, sekiranya pemimpin-pemimpin politik sendiri memberi gambaran tentang pergolakan politik berterusan, mana mungkin keyakinan dapat dikembalikan kepada kestabilan politik negara?" tanyanya dalam satu kenyataan.

Tegas Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP itu, adalah sangat penting rakyat Malaysia mencontohi negara maju yang politiknya tidak terus bergolak sehingga bertahun tahun selepas pilihanraya.

Katanya, pergolakan seperti itu tidak produktif dan hanya akan mengganggu pertumbuhan ekonomi serta keselamatan sosial.

"Pemimpin dan penggerak parti politik seharusnya menghentikan segala bentuk provokasi dan fitnah bertujuan untuk memecahbelahkan masyarakat termasuk kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab mengenai penutupan sekolah agama di Selangor.

"Pihak berkuasa harus memainkan peranan dalam menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan sebarang percubaan untuk mengganggu-gugat ketenteraman awam dapat dibendung dan dihalang.

"Marilah sama-sama kita membina semula negara ini, sebagai Kerajaan yang berwawasan dan prihatin juga Pembangkang yang bertanggungjawab sebagai penyemak dan imbang.

"Dalam bulan kemerdekaan ini, marilah kita bersatu sebagai rakyat Malaysia, bukan berpecah sebagai penyokong parti.

"Rakyat sudah memilih, kini masa buat kerja, bukan masa buat onar," katanya sinis.

Terkini pembangkang cuba mencipta pergolakan politik baharu dengan menaja himpunan untuk menjatuhkan kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan.

Sekiranya hal itu berjaya maka mereka berharap kerajaan pusat akan bertukar dan Malaysia masuk semula ke dalam lingkaran kebinasaan seperti penggal lepas apabila dilantik 3 Perdana Menteri dalam satu penggal.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/jika-pemimpin-beri-gambaran-bergolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Derhaka Atau Lagu Mana

Nak Derhaka Atau Lagu Mana

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 231 hits
Mula2 Agong suruh buat Kerajaan Perpaduan demi Malaysia PAS tolak Negara perlu stabil untuk ekonomi dapat pulih Yang PAS pikir ni nak isi tembolok sendiri je Kalau betul PAS ni nak selamatkan Malaysia sahut seruan YDP Agong tubuh kerajaan P...
Hiburan Tok Kadi Mana Yang Boleh Nikahkan Aku Tu Enot

Hiburan Tok Kadi Mana Yang Boleh Nikahkan Aku Tu Enot

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 378 hits
Pelakon dan pelawak Enot tampil meluahkan rasa kesal dan berang mengenai dirinya yang dihentam oleh netizen gara gara pendedahan rakan seni Didie Alias mengenai kehidupannya kini yang mendakwa dia berkahwin dengan seorang pengkid Kata Enot ...
Din Menantu Hang Pi Mana

Din Menantu Hang Pi Mana

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 399 hits
MACC on the hunt for duo including Muhyiddin s son in law The MACC is on the hunt for two individuals to assist in investigations into a project regarding the registration and storage of biometric information for foreign workers One of them...
Umno Kafir Sampai Kiamat Dengar Apa Kata Mokcik Ni Kesian Dia Bila Minta Nak Lihat Kitab Mana Dia Ngaji

Umno Kafir Sampai Kiamat Dengar Apa Kata Mokcik Ni Kesian Dia Bila Minta Nak Lihat Kitab Mana Dia Ngaji

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 266 hits
Norman Radzuan Inilah yang saya bimbangkan bila ideologi PAS yg didoktrin sejak dahulu telah merosakkan pemikiran org Melayu Ia sgt bahaya utk perpaduan kaum di mana jika dibiarkan berkembang seperti wanita ini org Melayu percaya org Melayu...
Presiden Pks Soal Duet Ganjar Anies Masih Sangat Mungkin Terjadi Pergeseran

Presiden Pks Soal Duet Ganjar Anies Masih Sangat Mungkin Terjadi Pergeseran

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 204 hits
PKS tetap mengusung Anies Baswedan sesuai hasil dari amanat Majelis Musyawarah Syura PKS ke 8
Ringgit Slips Against Dollar As Us Rate Cut Hopes Fade

Fire Guts Tour Bus On Mex Highway

Navigating The Night How Moon Powered Navigation Is Revolutionizing Wilderness Survival

Nst Turns 180 The Tun Reaches A Century And Media Council 50 Years In The Making Names Founding Members

Digital Marketing For Business Success

Shila Amzah Diminta Berdamai Elak Aib Industri Terus Tular

Ceo Nvidia Puji Model Ai China Berkelas Dunia

Tng Ewallet Kini Boleh Digunakan Untuk Bayar Gaji Secara Sah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Chicken Pox Dan Cuti Kuarantin

Ming 37 02 Monolith Jam Tangan Dikenali Untuk Mereka Yang Mementingkan Gaya Dan Teknologi

Pertandingan Fotografi Wellcome 2025 Menggambarkan Persimpangan Antara Sains Kesihatan Dan Pengalaman Manusia

Demi Bekalan Akhirat Nabil Ahmad Penuhi Hasrat Ibu Bina Madrasah Bernilai Hampir Rm500 000

Pembuat Jam Mewah Lancar Motosikal Edisi Terhad Hanya 150 Unit Sahaja

Kursus Ahsas Madani Pada 14 07 2025 15 07 2025