Jika Parlimen Dibenar Bersidang Izinkan Juga Orang Biasa Bersidai Di Kedai Makan


Chamil Wariya
Seperti orang lain, Datuk Chamil Wariya (dua dari kiri) tertanya-tanya bila agaknya majlis makan tengah hari sambil bersosial bersama rakan-rakan seperti dalam foto ini boleh diadakan semula? - Gambar voamedia PARA sahabat sering bertanya apakah yang saya lakukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 penuh yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sejak awal bulan Jun 2021 dan disambung lagi dua minggu mulai 15 hingga 28 Jun
 Jawaban saya: Kita tidak boleh ke mana. Terkurung di rumah – kecuali keluar untuk beriadah di kawasan kejiranan di mana saya tinggal pada sebelah pagi atau petang atau keluar membeli makanan atau urusan-urusan kecemasan lain yang dibenarkan oleh PKP 3.0 Fasa Pertama dan Kedua
 Tempoh duduk di rumah selama sebulan itu kini dikenali sebagai Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Mohd Yassin pada petang 15 Jun
  Bersidai untuk ngobrol atau ngeteh dan ngopi di kedai makan masih dilarang sepanjang tempoh itu
 Moga pada Fasa Kedua PPN bermula Julai 2021, kerajaan lebih bersikap kemanusiaan dan bersedia menimbang untuk memberi kebenaran untuk makan dan minum di restoran kegemaran kita
 Hal ini kerana jika para wakil rakyat dibenarkan bersidang pada waktu yang dekat ini membahaskan isu-isu besar negara menurut perspektif dan kepentingan mereka, maka adalah juga logik untuk mengizinkan rakyat biasa berkumpul dan berbicara mengenai isu-isu yang dekat dengan diri mereka di restoran-restoran pilihan mereka
 Bagi kebanyakan orang biasa, restoran-restoran yang sering dikunjungi untuk bersama rakan dan kenalan dari masa ke masa mempunyai status yang sama dengan Dewan Rakyat atau Dewan Negara bagi kalangan yang bergelar Yang Berhormat (YB)
 Di sanalah mereka bertanya khabar secara bersemuka, berbahas dan berbincang, walaupun tiada agenda teratur dan khusus disediakan
 Justeru kerajaan atau lebih tepat lagi Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak perlu menunggu “titah pandangan” Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang lain untuk mengizinkan orang biasa bersidai di kedai makan kegemaran masing-masing – asalkan mereka mematuhi SOP ketat PKP 3.0
 Hal ini dikatakan demikian kerana mesej tersirat yang disampaikan oleh YDPA sewaktu menitahkan supaya Dewan Rakyat dibuka secepat mungkin, juga ditujukan kepada pembukaan untuk rakyat biasa bersidai di gerai-gerai, restoran dan kafe
 Tempat-tempat itu adalah “dewan rakyat” bagi golongan bawahan
 Keistimewaan boleh diberi kepada pengguna yang telah melengkapkan vaksinasi dua dos vaksin COVID-19. Kalangan yang telah disuntik dos pertama juga boleh dibenarkan
 Kalau yang sudah divaksinasi terus dikurung, tiada apa-apa makna terhadap suntikan yang telah diberi itu. Keadaannya sama seperti mereka tidak divaksinasi
 Sekurang-kurangnya jika dine in dibenarkan orang biasa yang tertekan kerana berkurung di rumah boleh singgah di mana-mana gerai atau restoran untuk pekena teh atau roti canai atau nasi lemak
 Dengan kata lain kita tidak perlu membungkus makanan atau minuman untuk dibawa pulang terutama bagi mereka yang berjalan santai sewaktu beriadah pada waktu pagi dan petang seperti yang kerap saya dan sahabat-sahabat lain lakukan, antaranya termasuklah Datuk Yusof Haslam, pengarah filem terkenal dan pemilik Skop Productions
 Terima kasih kepada MKN kerana membenarkan kegiatan riadah dilakukan dalam kawasan kejiranan di mana kita tinggal
 Selain membenarkan orang biasa bersidai di “dewan rakyat” pilihan mereka, pertimbangan serius hendaklah diberikan kepada pembukaan sektor ekonomi yang dikategorikan sebagai “bukan keperluan” menurut perspektif MKN, tetapi “perlu” bagi golongan pekerja yang dipotong gaji atau diberi cuti tanpa gaji semasa perintah berkurung PKP 3.0 dikuatkuasakan
 MKN kena ingat bukan semua jenis pekerjaan sesuai untuk BDR. Bidang latihan adalah salah satu daripadanya
 Keberkesanan latihan atau kursus tertentu yang memerlukan latihan praktikal di bilik latihan, tidak sama sekiranya dilakukan secara atas talian
 Keadaannya samalah seperti orang belajar menembak tanpa pistol atau senapang
 Apa lagi kalau latihan itu membabitkan penggunaan alat-alat khusus untuk menajamkan kemahiran peserta
 Pengalaman juga membuktikan bagi mereka yang bekerja dari rumah (BDR) pada waktu PKP 3.0 ini memang mencabar kerana ada gangguan-gangguan lain terutumanya bagi keluarga yang mempunyai anak-anak kecil
 Mereka, anak-anak kecil menganggap ibu bapa yang BDR sebenarnya bercuti dan perlu memberi perhatian terhadap keperluan dan kebajkan mereka di rumah
 Hasilnya, ada kalanya tiada kerja yang dilakukan secara BDR. Masa dihabiskan untuk melayan karenah anak-anak, atau suami atau isteri yang minta itu dan ini
 Kesannya, produktiviti BDR ini tidak sama dengan bekerja di pejabat. Banyak rujukan kerja sebenarnya ada dalam fail yang tersimpan rapi di pejabat
 Tetapi nak buat macam mana. Keadaan memaksa kita akur dengan arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan
 Moga dengan meningkatnya kedatangan pelbagai jenama bekalan dos vaksin COVID-19 yang bakal kita terima mulai bulan depan – khabarnya ada 16 juta dos akan sampai ke negara ini – lebih ramai rakyat yang telah mendaftar akan menerima vaksinasi masing-masing
 Dengan itu, matlamat untuk mewujudkan imuniti berkelompok (herd immunity) dalam mana 80 peratus penduduk Malaysia telah menerima suntikan vaksin tersebut akan segera menjadi kenyataan sebelum penghujung tahun ini. Atau malah lebih awal lagi
 Insya-Allah menjelang waktu itu, kehidupan kita akan kembali normal. Kita boleh beriadah di taman-taman awam yang masa PKP 3.0 ini ditutup oleh pihak berkuasa
 Dewan Rakyat boleh bersidang siang dan malam. Orang biasa pula boleh bersidai di gerai, kafe dan restoran tanpa mengira waktu, di samping mengumpul pahala dengan mengerjakan solat berjemaah, menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid-masjid dan surau
 Yang tidak kurang pentingnya kita boleh kembali bekerja di pejabat untuk meneruskan kelangsungan hidup
 Tidaklah kita terseksa jiwa raga akibat terperuk di rumah untuk tempoh yang terlalu lama
* Datuk Chamil Wariya merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/jika-parlimen-dibenar-bersidang-izinkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Titah Parlimen Bersidang Segera

Agong Titah Parlimen Bersidang Segera

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 285 hits
Oleh Mohd Nasaruddin ParziJun 16 2021 7 49pmIstana NegaraKUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin Datuk Pengelola...
Parlimen Wajar Bersidang Sebelum Tamat Darurat Kata Bekas Speaker

Parlimen Wajar Bersidang Sebelum Tamat Darurat Kata Bekas Speaker

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 165 hits
MalaysiakiniBekas speakar Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof parlimen bersidang dengan kadar segera tanpa perlu menunggu darurat tamat pada 1 Ogos Mohamad Ariff berkata demikian sebagai mengulas kenyataan rasmi Istana Negara dan kenyataan ...
Terkini Parlimen Perlu Bersidang Secepat Mungkin Agong

Terkini Parlimen Perlu Bersidang Secepat Mungkin Agong

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 154 hits
Parlimen perlu bersidang secepat mungkin AgongHasimi MuhamadJun 16 2021Perbincangan khas ini merupakan kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Al Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 pada 31 Jan ...
Parlimen Bersidang September Atau Oktober

Parlimen Bersidang September Atau Oktober

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 180 hits
Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF Gambar hiasanPETALING JAYA Sidang Parlimen boleh diadakan dalam fasa ketiga pemulihan iaitu sekitar September atau Oktober dengan mengikut prosedur operasi standard yang ketat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Ya...
Bmw Terbabas Terperosok Dalam Kedai Makan

Bmw Terbabas Terperosok Dalam Kedai Makan

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 233 hits
Keadaan kereta BMW dan kedai yang dirempuh dalam kemalangan di Bidor PETALING JAYA Seorang lelaki cedera ringan apabila kereta jenis BMW yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah kedai makan di KM68 Jalan Ipoh Kuala Lumpur di Bidor P...
Umno Tolak Darurat Parlimen Wajar Bersidang Zahid

Umno Tolak Darurat Parlimen Wajar Bersidang Zahid

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 164 hits
Firdaus AzilJun 10 2021 Ahmad Zahid berkata tanpa Proklamasi Darurat pun Kerajaan masih mempunyai kemampuan untuk menguruskan soal berkaitan COVID 19 serta isu isu lain yang berkaitan Astro AWANI Shahir OmarKUALA LUMPUR UMNO mengambil pendi...
Desak Parlimen Bersidang Politikus Kluster Ada Agenda

Desak Parlimen Bersidang Politikus Kluster Ada Agenda

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 209 hits
Tindakan kluster ahli politik menggesa agar Parlimen dapat bersidang dengan kadar segera menimbulkan kebimbangan sekiranya pihak berkenaan mempunyai agenda tersirat Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia Kelantan Ustaz Sharipudin Ab Kad...
Daging Masak Merah Pengubat Rindu Makan Kedai Tomyam

Daging Masak Merah Pengubat Rindu Makan Kedai Tomyam

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 564 hits
Assalamualaikum DIAM tak diam dah 11 hari kita berkurung dalam rumah Namun pada perkurungan kali ini beberapa kali jugaklah keluar ke pasaraya yang berada dalam taman perumahan ni dan sekali keluar dari taman kerana urusan rawatan gigi Iman...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi