Jika Masih Ingin Bersama Dr M Rakyat Akan Hukum Ph Kata Pemuda Pkr Sabah


 
FMT Reporters -March 25, 2021 Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, ketika menjadi perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad banyak menolak inisiatif dari beberapa kementerian termasuk untuk melaksanakan beberapa janji yang termaktub dalam manifesto PH. (Gambar Facebook)KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, Pakatan Harapan (PH) perlu menolak sebarang kerjasama dengan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya atau mereka akan dihukum rakyat pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.
Beliau berkata, kenyataan itu bukan serangan peribadi namun berpendapat PH sudah cukup memberi banyak peluang kepada Mahathir pada PRU lalu.
“PH bukan saja menerima PPBM malah menjadikan Mahathir sebagai pengerusi PH serta calon perdana menteri daripada gabungan itu.
“Seperti yang saya pernah kata, Mahathir hanya kebetulan berada di tempat dan masa yang tepat, gelombang kebangkitan rakyat pada PRU lalu sudah sampai ke puncak yang menyaksikan penolakan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa itu.
“Kita telah berikan kerusi terbanyak kepada parti beliau namun hanya berjaya memenangi 13 daripada 52 kerusi Parlimen yang ditandingi. Maka tidak timbul beliau sebagai faktor kemenangan PH,” katanya dalam kenyataan.
Razeef berkata, ketika menjadi perdana menteri, Mahathir banyak menolak inisiatif dari beberapa kementerian termasuk untuk melaksanakan beberapa janji yang termaktub dalam manifesto PH.
“Apa yang sangat terkesan hingga ke hari ini adalah apabila beliau menyatakan ‘manifesto bukan kitab suci’ dan tidak ada keperluan untuk menunaikannya.
“Perkara ini menimbulkan kemarahan kepada rakyat yang akhirnya diterjemah melalui pilihan raya kecil (PRK) yang mana keputusannya menyaksikan parti penyandang kekal menang di kerusi ditandingi tetapi parti beliau dahulu iaitu PPBM tewas dalam dua PRK selain kehilangan kerusi DUN Semenyih serta Parlimen Tanjung Piai,” katanya.
Beliau berkata, Mahathir juga sanggup menggadaikan prinsip beliau dengan menarik seramai 13 Ahli Parlimen Umno untuk menyertai PPBM yang akhirnya menjadi pengkhianat kepada PH.
Katanya, kemarahan rakyat juga semakin memuncak apabila beliau cuba menggagalkan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim seperti termaktub pada perjanjian muafakat PH yang ditandatangani semua pemimpin parti dalam PH.
“Langkah Sheraton juga tercetus dari idea beliau untuk membentuk kerajaan Melayu-Islam tanpa DAP, PKR dan Amanah sekaligus membatalkan janji dalam PH untuk beliau terus berkuasa.
“Gerakan ini bermula secara terbuka ketika kongres maruah Melayu diadakan setelah melihat beliau mendapat sokongan Umno dan PAS.
“Selain meletak jawatan sebagai perdana menteri secara gopoh tanpa berbincang dengan Majlis Presiden PH, beliau juga beberapa kali menggagalkan usaha untuk mendapatkan semula mandat rakyat kerana tidak bersetuju Anwar dicalonkan sebagai perdana menteri,” katanya.
Razeef berkata, Mahathir juga menggunakan taktik yang beliau mahir iaitu “pecah dan perintah” apabila mencadangkan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri dan cuba memerangkap Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak dalam permainan kotornya yang akhirnya menimbulkan pergeseran antara komponen PH.
Katanya, perpecahan itu bukan sahaja menggagalkan usaha mendapatkan kembali mandat rakyat malah menyebabkan kerajaan Warisan Plus tumbang di Sabah.
“Maka saya menasihatkan bukan sahaja PKR, malah rakan dari DAP dan Amanah agar menolak kerjasama dengan Mahathir yang jelas akan menyebabkan rakyat menolak PH pada PRU15.
“Masuk ke dalam lubang ular yang sama sebanyak dua kali hanya menunjukkan PH masih belum matang untuk memimpin negara ini dan saya percaya jika PH masih ingin bersama Mahathir, rakyat akan menghukum PH melalui peti undi,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/jika-masih-ingin-bersama-dr-m-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akui Kelemahan Pn Jangan Kelirukan Rakyat Ph Masih Memerintah

Akui Kelemahan Pn Jangan Kelirukan Rakyat Ph Masih Memerintah

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 287 hits
Propaganda peringkat akar umbi penyokong Umno yang masih menamakan kerajaan Perikatan Nasional sebagai Pakatan Harapan amat mengelirukan rakyat terutama di luar bandar Menggunakan sebahagian pimpinan PN dari Bersatu sebagai momokan kononnya...
Kerjasama Politik Ada Perbincangan Antara Pimpinan Pkr Umno Masih Terlalu Awal Anwar

Kerjasama Politik Ada Perbincangan Antara Pimpinan Pkr Umno Masih Terlalu Awal Anwar

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 316 hits
Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan kemungkinan kerjasama antara parti pimpinannya dengan UMNO namun setakat ini ia masih dalam peringkat perbincangan awal Agak terlalu awal un...
Video Umno Pkr Masih Terlalu Awal Video Lama Hantui Xavier Ini Kegil

Video Umno Pkr Masih Terlalu Awal Video Lama Hantui Xavier Ini Kegil

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 212 hits
Antara paparan Sekilas Fakta 16 Mac 2021 1 Terlalu awal Anwar tak nafi kemungkinan kerjasama Umno PKR 2 Tiada kerjasama Anwar nak canang terpulanglah Shahril 3 Tak mungkin berlaku Annuar tak yakin kerjasama Pas Umno kekal 4 Pengkhianat dan ...
Pas Perlu Buat Keputusan Jadi Kawan Atau Lawan Kata Pemuda Umno

Pas Perlu Buat Keputusan Jadi Kawan Atau Lawan Kata Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 421 hits
freemalaysiatoday com March 27 2021 8 02 PMKetua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata PAS perlu menyatakan sama ada akan terus bersama Umno atau sebaliknya KUALA LUMPUR PAS perlu menyatakan pendirian dengan jelas sama ada bersetuju dan a...
Pau Pentas Terbaik Zahid Perjelas Pada Ahli Isu Kerjasama Dengan Pkr Kata Annuar

Pau Pentas Terbaik Zahid Perjelas Pada Ahli Isu Kerjasama Dengan Pkr Kata Annuar

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 329 hits
March 26 2021 1 24 PMAnnuar Musa berkata kesamaran mengenai isu kerjasama Umno dengan PKR boleh diperjelaskan oleh Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan agung parti itu PETALING JAYA Perhimpunan Agung Umno kali ini adalah pentas terbaik buat ...
Risteena Kata Dia Suami Pegi Sabah Sbb Ada Keje Ini Knyataan Poiis Dan Mgkin Akn Buat Psngan Itu Trdiam

Risteena Kata Dia Suami Pegi Sabah Sbb Ada Keje Ini Knyataan Poiis Dan Mgkin Akn Buat Psngan Itu Trdiam

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 470 hits
PoIis mengesahkan akan memanggil pasangan suami isteri selebriti untuk diambil keterangan selepas dikatakan pergi berbulan madu di Semporna Sabah baru baru ini Menurut Ketua PoIis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah pada 20 Ma...
Umno Tetap Tak Mahu Anwar Kata Pemimpin Bahagian Menafikan Kenyataan Presiden Pkr

Umno Tetap Tak Mahu Anwar Kata Pemimpin Bahagian Menafikan Kenyataan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 216 hits
Pemimpin bahagian Umno tidak memiliki keinginan untuk berpakat dengan bekas timbalan presiden Umno tersebut Pemimpin bahagian Umno tidak berpuas dengan tindak tanduk Presiden PKR Anwar Ibrahim yang kebelakangan ini yang sering memberikan ko...
Kerjasama Umno Pkr Dap Adalah Propaganda Pn Kata Najib

Kerjasama Umno Pkr Dap Adalah Propaganda Pn Kata Najib

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 340 hits
March 16 2021 DESAS DESUS kerjasama Umno dengan PKR dan DAP adalah propaganda kerajaan Perikatan Nasional kata bekas presiden Umno Najib Razak Propaganda itu bagaimanapun katanya mengarut
Keputusan Shafie Km Sabah Yang Sah Kekal Kata Bekas Hakim

Keputusan Shafie Km Sabah Yang Sah Kekal Kata Bekas Hakim

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 213 hits
PETALING JAYA Tindakan Musa Aman menarik balik rayuannya dalam pertikaian dua ketua menteri Sabah di Mahkamah Persekutuan hanya mengukuhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2018 bahawa pelantikan Shafie Apdal adalah mengikut perlembagaan kata...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9