Jika Kehadiran Cuma 80 Sekali Lagi Boikot Saja Sidang Parlimen 26 Julai Ini


 
Pada 16 Julai lalu, saya menulis satu artikel di blog ini menggesa agar blok pembangkang memboikot sepenuhnya sidang khas Parlimen selama lima hari bermula 26 Julai depan.
Ia berikutan sidang khas itu hanya dipenuhi dengan taklimat menteri semata-mata.
Tidak pernah di dunia ini sidang Parlimen hanya dipenuhi dengan taklimat menteri saja kerana sebagai tunjang semak dan imbang dalam sistem demokrasi, ruang berbahas, bertanya soalan dan mengundi adalah asas utamanya.
Jika hanya taklimat semata-semata, hanya membuang masa Ahli Parlimen menghadirinya dan ia tidak lebih seperti mendengar ceramah sehala saja.
Adakah itu peranan Ahli Parlimen dan adakah untuk itu juga mereka dibayar gaji lumayan?
Sebab itu, bagi saya lebih baik blok pembangkang memboikotnya saja bagi memperlihatkan kepada rakyat dan dunia betapa teruk dan tidak bergunanya kerajaan PN yang sedang memerintah negara melalui pintu belakang ini.
Meski kemudian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan mengatakan ruang berbahas akan tetap dibuka, tetapi kebanyakan Ahli Parlimen meragui kenyataan beliiau itu.
Melihat kepada tingkah laku Mahiaddin Md Yasin yang sejak tujuh bulan lalu sentiasa saja mencipta pelbagai helah untuk tidak membenarkan Parlimen bersidang, realitinya macam-macam boleh dilakukan oleh mereka melalui kerakusan kuasa yang sebenarnya telah tersimpul mati dalam jiwa bagi tujuan memastikan Parlimen tidak berperanan dengan sewajarnya.
Kemudian daripada itu, belum pun menjadi kepastian sama ada ruang perbahasan benar-benar dibuka atau sekadar auta, terpacul pula kenyataan Timbalan Speakar Parlimen yang menyebut kemungkinan kehadiran Ahli-Ahli Parlimen dalam sidang khas kali ini akan dihadkan.
Katanya, berikutan ancaman Covid19, sidang khas Parlimen itu nanti mungkin hanya dihadkan kepada kehadiran seramai 80 Ahli Parlimen saja.
Dalam 80 orang itu, sudah tentulah jumlah Ahli Parlimen kerajaan yang dibenarkan hadir melebihi wakil daripada blok pembangkang.
Ternampak di sini kerajaan tiada keabsahan dan tanpa majoriti ini sentiasa saja mencari helah dan akal jahat untuk kepentingan nafsu rakus mereka.
Di mana logiknya jika hanya 80 saja dibenarkan hadir, sedangkan semua Ahli Parlimen sudah pun menerima dua suntikan vaksin?
Apakah Ahli Parlimen hanya disuntik kosong atau air suam dan bukan vaksin ke dalam tubuh mereka?
Lebih daripada itu, kakitangan Parlimen juga telah diberi kemudahan oleh kerajaan untuk diberi suntikan vaksin awal sebelum bermulanya sidang Parlimen 26 Julai ini.
Jadi, kenapa masih takut untuk mengadakan sidang dengan kehadiran penuh?
Tambahan lagi, sepertimana yang diketahui umum, semalam juga Mahiaddin berpeluang menunaikan solat sunat Aidil Adha bersama 300 jemaah di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Kalau di masjid boleh berkumpul seramai 300 orang dan dalam keadaan bukan semuanya sudah menerima suntikan vaksin, tentulah tidak masuk akal 220 Ahli Parlimen yang sudah menerima vaksin tidak boleh bersidang semuanya.
Tetapi, jika kerajaan PN yang hijab perasaan malunya telah ditarik Tuhan ini masih juga berdegil dengan pelbagai alasan untuk memandulkan Parlimen, sama ada dengan mengekang perbahasan atau menghadkan kehadiran, pilihan bagi blok pembangkang dan kluster UMNO yang turut tidak setuju cuma tinggal satu – boikot sepenuhnya tanpa ragu-ragu.
Tidak perlu lagi kerajaan ini terus diberi muka, malah perlu ditunjukkan kepada dunia wajah kehodohan sebenar mereka.
Kiranya blok pembangkang pun tiada keberanian untuk bertindak demikian rupa, sebaliknya sekadar berani menceceh di media sosial, mereka juga sebenarnya bersekongkol dengan kedurjanaan yang rata-rata menyebabkan kemarahan dan kebencian rakyat ketika ini.
Titah Agong pun selamba saja mereka derhakai dan perkotak-katikkanya, mahu tunggu apa lagi?Ketidakberanian blok pembangkang dalam hal ini tidak mustahil akan turut menerima hukuman sewajarnya daripada rakyat di kotak undi nanti.
 (ShahbudinHusin 21/07/2021)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/jika-kehadiran-cuma-80-sekali-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Masukkan Usul Sidang Parlimen 26 Julai

Anwar Masukkan Usul Sidang Parlimen 26 Julai

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 297 hits
Sidang Parlimen 5 hari bermula 26 Julai ini perlukan perbahasan untuk rakyat mendapat jawapan mengenai isu isu semasa yang melanda negara Sehubungan itu Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan notis usul memb...
Titah Agong Diderhakai Lagi Sidang Khas Parlimen Berupa Taklimat Menteri 26 Julai Ini Wajar Diboikot

Titah Agong Diderhakai Lagi Sidang Khas Parlimen Berupa Taklimat Menteri 26 Julai Ini Wajar Diboikot

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 190 hits
Shahbudin HusinSidang Parlimen yang sebenar akhirnya ditetapkan selama 15 hari bermula 2 September 2021 Meskipun titah Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja Raja adalah sangat jelas tentang keperluan Sidang Parlimen diadakan dengan segera da...
Jangan Buat Sidang Parlimen Bazir Masa

Jangan Buat Sidang Parlimen Bazir Masa

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 256 hits
Sidang Parlimen 5 hari yang akan bermula pada 26 Julai ini dianggap menghabiskan masa dan bajet oleh Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul Bagi Ketua Whip KEADILAN itu sidang Parlimen mempunyai peraturan tersendiri yang perlu dilak...
Siri 116 Sidang Parlimen Hadir Atau Pulau

Siri 116 Sidang Parlimen Hadir Atau Pulau

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 414 hits
BICARA YB KHALID SAMAD TAJUK SIDANG PARLIMEN HADIR ATAU PULAU TARIKH 21 07 2021 MASA 5 00 PTG MODERATOR MOHD SHAIFUL ROSEMAN KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBERI SUMBANGAN ATAU TAJAAN ATAU INGIN ME
Ahli Parlimen Boleh Tukar Speaker Jika Sidang Tidak Berjalan Ikut Peraturan Dr Aziz Bari

Ahli Parlimen Boleh Tukar Speaker Jika Sidang Tidak Berjalan Ikut Peraturan Dr Aziz Bari

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 215 hits
Sidang Parlimen 26 Julai ini sewajarnya berjalan sebagaimana sidang biasa dengan membenarkan perbahasan serta sesi soal jawab Bagi pakar undang undang Perlembagaan Dr Aziz Bari seandainya Speaker Parlimen enggan melaksanakan hal tersebut at...
Sidang Khas Parlimen Melanggar Perlembagaan

Sidang Khas Parlimen Melanggar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 223 hits
Oleh Hassan Abdul KarimULASAN Proklamasi Darurat akan berakhir pada 1 Ogos 2021 Sidang Khas Parlimen dalam tempoh Darurat ini bermula dari 26 Julai hingga 2 Ogos 2021 Manakala Dewan Negara bersidang dari 3 Ogos hingga 5 Ogos Sepanjang tempo...
Semakin Dekat Sidang Parlimen Wakil Rakyat Pembangkang Dibuli

Semakin Dekat Sidang Parlimen Wakil Rakyat Pembangkang Dibuli

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 268 hits
ARIF ATANKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kerajaan Perikatan Nasional berhubung dua pertuduhan pecah amanah berjumlah lebih RM1 juta terhadap Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Presiden PKR yang juga Pengeru...
Sidang Parlimen Minggu Hadapan Penghinaan Pada Perlembagaan

Sidang Parlimen Minggu Hadapan Penghinaan Pada Perlembagaan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 266 hits
Sidang Parlimen minggu hadapan penghinaan pada perlembagaan Veteran DAP Lim Kit Siang berkata kertas aturan persidangan khas Parlimen pada Isnin ini adalah paling tidak wajar dan satu penghinaan perlembagaan Malaysia Beliau berkata ia tidak...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia