Jika Isteri Sedang Mengandung Maafkanlah Segala Salahnya Agar Dia Mudah Bersalin
Jangan pernah menyimpan dendam pada isteri anda tapi cubalah memaafkan setiap kesalahan yang pernah dia lakukan nescaya dapat mempermudahkan urusannya untuk bersalin
Ramai orang kata tips mudah bersalin itu perlu banyak berjalan, buat ketuk ketampi, minum air selasih, jaga pernafasan dan sebagainya
Tapi pernah tak terfikir tips mudah bersalin wajar dilakukan adalah daripada suami tercinta. Hmm..tapi bagaimana ya
Caranya adalah dengan memaafkan segala kesilapan isteri yang mungkin pernah melukakan hati suami
Semestinya setiap wanita mengimpikan untuk merasai nikmatya kehamilan selepas berkahwin. Malah, ia satu-satunya pengalaman hidup yang cukup indah dan membahagiakan bagi pasangan yang baru berkahwin atau sudah lama mengidam cahaya mata
Apatah lagi, rumah akan lebih ceria dan berseri dengan keletah si kecil yang kadang-kadang mencuit hati dengan aktifnya dia berlari, bermain, bernyanyi dan sebagainya
Selain itu, kebiasaannya kita sebagai orang Islam akan mengamalka doa mudah bersalin sebagai aspek spiritual yang boleh membantu wanita menjalani proses melahirkan dengan lancar dan selamat
Apatah lagi, doa adalah senjata penting untuk mengharungi apa jua cabaran, dugaan hatta musibah sekalipun dalam hidup
Malah kita biasanya akan mengamalkan doa-doa bersalin tertentu dan membaca ayat suci Al-quran supaya membantu mempermudahkan proses bersalin kelak
Tips mudah bersalin – doa yang dianjurkan alim ulama
Ada dua jenis doa yang dianjurkan ahli agama untuk memudahkan isteri bersalin, memperoleh zuriat yang baik dan memelihara keselamatan kandungan
Koleksi doa bersalin ini perlu dibaca oleh ibu yang menunggu saat untuk melahirkan anak
Selain itu, doa ini juga boleh diamalkan kepada mereka yang menunggu kelahiran zuriat seperti suami atau ibu bapa
Senarai doa ini diambil dari kitab suci Al-Quran.
#1. Doa mudah bersalin bagi orang yang menunggu ibu bersalin (suami sangat digalakkan untuk membaca doa ini)
“Allah menginginkan kemudahan bagimu, dan tidak menginginkan kesukaran bagimu” (Surah Al-Baqarah, ayat 185)
“Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dalam pengetahuan – Nya” (Surah Al-Fatir ayat 11)
Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya” (Surah Al-Zalzalah , ayat 1-2)
Dengan amalan doa ini diharap, urusan bersalin ibu dapat dipermudahkan sekaligus memberi kekuatan kepada anda sekeluarga
Apatah lagi doa bersalin ini dapat dijadikan sumber pahala dan taqwa kepada Allah SWT
Jika sedang menunggu hari untuk bersalin, cubalah untuk positifkan diri dan melalui pengalaman bersalin dengan sebaiknya
Bahkan, pengalaman bersalin yang harus diharungi itu tentunya sesuatu yang ditakuti para ibu jadi mohonlah keampunan dari suami sekiranya anda pernah menyakiti hatinya tanpa sedar atau sedar
Dengan keredhaan suami itu, nescaya ia dapat mempermudahkan urusan bersalin ibu jadi lebih mudah lantas melahirkan bayi comel dengan penuh sifat
Tips mudahkan ibu cepat bersalin
Sentiasa mengamalkan bacaan surah Maryam sepanjang anda hamil
Amalkan bacaan surah tiga Qul. Kemudian baca selawat dan sapu di atas perut hingga ke bawah
Selepas mandi, minum air titisan dari hujung rambut sambil berselawat dan berniat agar dipermudahkan bersalin sebagaimana mudahnya air tersebut menitis
Banyakkan mengiring ke sebelah kiri semasa tidur di waktu malam
Mengamalkan makan kacang sayur bendi kerana dipercayai bertindak sebagai pelincir dan mempermudahkan urusan bersalin kelak
Amalkan makan buah kurma dengan bilangan ganjil
Membaca doa Nabi Yunus semasa berada di dewan bersalin. Kalau boleh baca setiap hari dan amalkan selalu
Untuk proses pelincir, ibu digalakkan minum minyak kelapa dara sebagai memudahkan proses kelahiran
Makan dua biji telur setengah masak bermula dua minggu sebelum due date
Sebut zikir Ya Fattah supaya laluan bayi terbuka dengan cepat
Baca 21 kali zikir Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir dan hembus ke dalam gelas kemudiannya minum
Amalkan senaman kemutan otot lantai pelvik
Akhir sekali mohon maaf dengan orang sekeliling sama ada suami, ibu bapa, adik beradik, sahabat handai dan sebagainya. Kemudian berdoalah memohon segala urusan bersalin dipermudahkan Allah Yang Maha Esa
Sumber: The Asianparent
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sensasi247.blogspot.com/2020/01/jika-isteri-sedang-mengandung.html