Jika Berhimpun Anda Umpama Himpunan Tidak Bermoral Tidak Demokratik Umpama Anjing Menyalak Bukit
Himpunan Tidak Bermoral, Tidak Demokratik, Umpama Anjing Menyalak Bukit
DR SHAHNOR BASRIJuly 20, 2025Pada 26 Julai 2025, Perikatan Nasional (PN) akan mencetuskan ketidakselesaan dan kegemparan awam melalui penganjuran himpunan “Turun Anwar”, kononnya atas nama membela rakyat. Namun hakikatnya, himpunan ini tidak lebih daripada retorik murahan golongan yang kehabisan modal politik — himpunan paling bodoh, tidak bermoral dalam sejarah pasca-PRU15. Ia bukan sahaja tidak demokratik, malah menjadikan proses demokrasi sebagai alat peribadi untuk menggugat kestabilan negara yang sedang kembali pulih.
Parlimen Masih Wujud — Gunakanlah!
Apa yang lebih melucukan ialah kegagalan pimpinan PN, khususnya PAS dan Tan Sri Mahiaddin Yassin, untuk menggunakan saluran sah seperti Parlimen untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Bukankah mereka mempunyai Ahli Parlimen? Jika benar Anwar Ibrahim sudah hilang sokongan, kenapa tidak berani membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat?
Jawapannya mudah: mereka takut kalah. Mereka tahu sokongan terhadap Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kekal kukuh di Parlimen. Kerajaan Perpaduan mempunyai majoriti melebihi 2/3 — satu angka yang tidak mampu dicabar dengan mudah. Maka, apabila jalan demokrasi terbuka luas, namun mereka memilih jalan demonstrasi jalanan, itu menunjukkan mereka bukan pejuang demokrasi — tetapi penunggang demokrasi.
Yang Patut Turun: MB PAS yang Gagal Tadbir Negeri
Sebenarnya, jika benar-benar ikhlas mahu membawa suara rakyat dan menyelamatkan ekonomi, yang patut turun bukan Anwar Ibrahim, tetapi empat orang pemimpin negeri yang diterajui oleh PAS yang telah gagal mempamerkan prestasi baik sebagai pentadbir:
Perlis: Turun Shukri! – Negeri kecil ini terus terperosok tanpa hala tuju ekonomi jelas, pembangunan terbantut dan belia berhijrah ke negeri lain mencari peluang.Kelantan: Turun Nasaruddin! – Negeri paling miskin di Malaysia dengan krisis air yang tiada kesudahan, gagal menarik pelabur dan infrastruktur paling ketinggalan dalam negara.Kedah: Turun Sanusi! – Retorik politik melebihi kerja. Kedah kehilangan peluang pelaburan strategik, dasar negeri sering celaru, dan hubungan dengan kerajaan pusat renggang kerana sikap angkuh dan kasar.Terengganu: Turun Samsuri! – Terengganu tidak bergerak ke mana-mana, pelaburan lesu dan pelancongan gagal dimaksimumkan walaupun memiliki kelebihan geografi dan sumber asli.Jika mahu berhimpun, berhimpunlah di Alor Setar, Kota Bharu, Kangar dan Kuala Terengganu. Desak pemimpin negeri PAS yang nyata gagal memimpin dan membawa kemajuan kepada rakyat mereka sendiri.
Anwar dan Kerajaan Perpaduan Kukuh – Tiada Isyarat Kejatuhan.
Ekonomi Malaysia sedang berada di landasan pemulihan yang menjanjikan. Ringgit semakin kukuh berbanding dolar, kadar pelaburan asing meningkat, dan Malaysia sekali lagi muncul sebagai antara destinasi utama pelaburan di ASEAN. Baru-baru ini, Bank Dunia dan IMF menyatakan keyakinan terhadap dasar fiskal dan reformasi struktur yang dibawa Kerajaan Perpaduan. Maka dalam keadaan ini, apakah rasional untuk menukar kerajaan melalui tekanan jalanan?
Tindakan himpunan seperti ini adalah simbol kegelojohan, bukan kebijaksanaan.
Mereka tidak mampu bersabar menunggu PRU-16. Mereka tidak percaya kepada kuasa rakyat sebenar melalui pilihan raya. Mereka mahu rampas kuasa melalui cara paling populis dan paling primitif: menghasut emosi rakyat di jalanan. Ini adalah pengkhianatan terhadap sistem demokrasi berparlimen yang kita junjung sejak merdeka.
“Turun Anwar” = Politik Bodoh Lagi Membodohkan
Himpunan ini menyerlahkan tahap intelektual politik pembangkang, khasnya PAS dan Bersatu. Mereka berteriak soal harga barang, inflasi, dan kemiskinan — seolah-olah masalah itu wujud hanya selepas Anwar menjadi Perdana Menteri. Sedangkan merekalah yang menerajui negara sewaktu pandemik COVID-19 — dan ketika itulah ekonomi menguncup paling teruk dalam sejarah Malaysia (-5.6% pada 2020), pelabur lari, dan ratusan ribu kehilangan pekerjaan.
Siapa yang gagal sebenarnya?
Jangan lupa kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan Kerajaan PN di bawah Mahiaddin sebagai kerajaan gagal — satu tempoh yang sarat dengan kelemahan pengurusan dan kehilangan keyakinan rakyat. Maka apabila Mahiaddin dan pimpinan PAS hari ini cuba menjadi ‘wira rakyat’ melalui himpunan jalanan, ia tidak ubah seperti “anjing menyalak bukit” — menyalak kuat, tetapi bukit tetap berdiri teguh.
Himpunan Tanpa Hala Tuju, Tanpa Nilai Tambah
Apa hasil daripada himpunan ini? Tiada memorandum, tiada tuntutan konkrit, tiada dialog, tiada pelan alternatif — hanya laungan kosong dan seruan turunkan Perdana Menteri. Demokrasi bukan soal suka atau tidak suka kepada seseorang individu. Demokrasi ada proses, ada sistem, ada undang-undang. Menolak sistem ini adalah menolak demokrasi itu sendiri.
Adakah ini contoh politik Islam yang PAS banggakan?
Atau ini politik gopoh dan tamak kuasa yang bersembunyi di sebalik serban dan jubah?
Rumusan: PN Perlu Cermin Diri
Sudah tiba masanya PN berhenti memperbodohkan rakyat dengan mainan emosi dan sentimen palsu. Jika yakin dengan kekuatan sendiri, bawa undi tidak percaya di Parlimen. Jika mahu kuasa, tunggu PRU-16. Buktikan keupayaan melalui dasar dan khidmat, bukan dengan menghuru-harakan negara.
Kerajaan Perpaduan hari ini sedang memulihkan imej Malaysia di mata dunia. Kita sedang bangkit dari kelemahan yang ditinggalkan oleh PN. Maka, rakyat Malaysia yang waras harus menolak politik songsang yang ditaja oleh mereka yang gagal menerima hakikat bahawa era mereka telah tamat.
“Turun Anwar”? Rakyat hanya akan menurunkan golongan yang gagal berfikir — bukan pemimpin yang sedang berusaha membina semula negara.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/07/jika-berhimpun-anda-umpama-himpunan.html