Himpunan Sejuta Penyokong Gaza Harian Metro 16 07 2025


 

Kuala Lumpur: Humanity for Gaza (H4G) yang menghimpunkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bakal menganjurkan Himpunan Perdana Negara: Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk Gaza, 9 Ogos ini.
Pengarah H4G Datuk Mohd Apandi Mohamad berkata, penganjuran yang akan diadakan di Dataran Merdeka dan ibu setiap negeri itu menyasarkan seramai satu juta orang untuk menyertainya.
"Jumlah kehadiran satu juta itu adalah secara fizikal dan menerusi dalam talian.
"Himpunan ini akan bermula pada jam 4 petang hingga 11 malam," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Apandi turut menyeru semua pihak agar mengenepikan perbezaan dan bersama dalam kebersamaan kemanusiaan melibatkan isu Palestin.
Menurutnya, isu Palestin bukan hanya melibatkan soal bangsa atau agama, tetapi satu ujian terhadap nilai keinsanan sejagat.
"Kami percaya penyatuan suara dan tindakan rakyat Malaysia akan menjadi satu isyarat jelas kepada dunia bahawa umat ini tidak akan diam terhadap kezaliman dan akan terus mendesak agar gencatan senjata dilaksanakan serta koridor kemanusiaan dibuka segera," katanya.
Beliau juga menzahirkan dukacita terhadap situasi kemanusiaan yang terus memburuk di Gaza.
"Serangan berterusan rejim Zionis dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah mengorbankan ratusan nyawa tidak berdosa, mencederakan ribuan lagi serta menghancurkan infrastruktur asas termasuk hospital, sekolah dan sistem bekalan air.
"Ratusan ribu kini hilang tempat tinggal menjadikan Gaza sebagai wilayah yang terus diratah kezaliman," katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan pula menyeru rakyat Malaysia untuk memboikot beberapa produk yang mempunyai kaitan dengan Israel.
Beliau berkata, memboikot beberapa produk itu pernah dilakukan sebelum ini dan mempunyai kesan yang sangat luar biasa.
"Kenal pasti beberapa barang yang ada di luar sana, tak payah kita berperang pun boleh membawa kesan.
"Buat secara bersama. Perkara ini boleh dilakukan dan ia telah dilaksanakan sebelum ini," katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
HIMPUNAN SEJUTA PENYOKONG GAZA

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1241428/himpunan-sejuta-penyokong-gaza


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2025/07/himpunan-sejuta-penyokong-gaza-harian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Taklimat Khas Himpunan Perdana Negara Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk Gaza Ppim 16 07 2025

Aktiviti Taklimat Khas Himpunan Perdana Negara Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk Gaza Ppim 16 07 2025

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 522 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Taklimat Khas Himpunan Perdana Negara Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk GAZA anjuran Yayasan Amal Malaysia di WP Hotel Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur
Sabah Teen Wins Top Prize At Young Creator Fellowship 2025

Sabah Teen Wins Top Prize At Young Creator Fellowship 2025

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 1674 hits
A hard hitting five minute short film that shows the Sabah state government under a critical lens won first place at the 2025 Young Creator Fellowship programme yesterday The film by 19 year old Duncan Cheng Kai Guan from Sabah clinched the...
Nahas Jet Bangladesh 3 Guru Wira Meninggal Dunia Selepas Selamatkan Murid Harian Metro

Nahas Jet Bangladesh 3 Guru Wira Meninggal Dunia Selepas Selamatkan Murid Harian Metro

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 558 hits
Harian Metro Jabatan Penyiaran Malaysia Astro Awani Sinar Harian Jabatan Penyiaran Malaysia
Pemuda Ph Anjur Himpunan Serah Memorandum Esok Bantah Penyokong Zionisme Jadi Duta As

Pemuda Ph Anjur Himpunan Serah Memorandum Esok Bantah Penyokong Zionisme Jadi Duta As

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 172 hits
HarapandailyJuly 17 2025Pemuda Pakatan Harapan akan mengadakan Himpunan Bantahan Nick Adams sebagai Duta Amerika Syarikat ke Malaysia pukul 2 petang esok Perhimpunan di hadapan Kedutaan AS di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur tersebut akan menya...
Kumpulan Exists Isu Viral Tarikh Konsert 2025

Kumpulan Exists Isu Viral Tarikh Konsert 2025

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 681 hits
Kumpulan Exists Perjalanan Karier Pencapaian dan Isu Viral Kumpulan Exists telah menempuh perjalanan panjang penuh warna warni dalam industri hiburan sejak era 90 an dan terus relevan sehingga kini Sejak kemunculannya pada awal 90 an nama E...
Tale Of Two Presidents Parallels From Lbj S Vietnam War Visit

Call To Boycott Sue Rhb Bank For Illegal Dismissal Of Siti Nurziswanis Erupts Among Opposition Faction

Panduan Lengkap Beli Rumah Pertama

Behind The Scenes Our Honda Cb550 Tracker Project From Start To Finish

Di Tembak Lapan Kali Oleh Individu Yang Di Kenali Rakyat Malaysia Yang Parah Di Golok Thailand Meninggal Dunia

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff

Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

Nga Kor Ming Minta Maaf Kepada Pengamal Media


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


T19f23 Balik Ke Kuala Lumpur Dari Kota Bharu Menaiki Bas Ekspres Musafir

Raikan Petang Panas Dengan Man Cendol

Sabah Fc Mahu Sambar Kim Pan Gon

Lirik Alpha Monalisa

Angkara Dendam Pekebun Cedera Di Perut Ditikam Kenalan

Johor Bahru Residents Bathe In Rain And Mosques As River Pollution Cuts Water To Nearly 2 Million