Jika Benar Sumpah Mubahalah Mengatasi Bukti Kenapa Presiden Pas Tidak Bersumpah Sahaja Dalam Kes Saman Sarawak Report


 


1. Kenyataan AJK PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki bahawa beliau masih belum yakin Dato’ Sri Najib Razak bersalah kerana sumpah mubahalah yang dibuat Najib sehari sebelum Mahkamah Persekutuan memutuskan secara muktamad Najib bersalah atas 7 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram dana KWAP dalam SRC sebanyak RM 42 juta amat mengelirukan. 


2. Ini adalah kerana sumpah mubahalah ini tidak diitiraf dalam perundangan Islam. Adakah sumpah mengatasi bukti? Atas nas atau dalil apakah beliau beranggapan begitu? Sedangkan Allah menyebut secara jelas tentang pemakaian bukti dalam perundangan sepertimana dalam surah al-An’aam : 152 yang bermaksud “Dan apabila kamu memberikan apa-apa keterangan maka hendaklah kamu berlaku adil sekali pun orang itu mempunyai hubungan kerabat”. Malahan, tiada apa-apa nas atau dalil yang mengiktiraf sumpah mubahalah dalam kes jenayah. 


3. Di dalam kes Najib ini, bukti yang dikemukakan pihak Pendakwa Raya amat jelas melepasi keraguan munasabah sehinggakan Mahkamah Persekutuan membuat dapatan bahawa kes tersebut adalah ‘simple and straightforward’. 


Dalam penghakiman semalam, Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa wang sebanyak RM 42 juta tersebut tidak dinafikan masuk ke akaun peribadi Najib dan bukti dokumentar jelas menunjukkan wang tersebut habis dibelanjakan. Mahkamah Persekutuan juga mendapati dapatan Hakim Nazlan bahawa pembelaan derma putera Arab tidak dibuktikan. 


Maka, PAS dicabar untuk justifikasikan di mana silapnya keputusan mahkamah di dalam kes ini supaya sistem undang-undang dan kehakiman negara tidak tercemar dengan dakyah songsang PAS ini. 


4. Jika sumpah mubahalah boleh diterima dalam sistem perundangan, kenapa tidak Presiden PAS bersumpah mubahalah sahaja di dalam kes saman fitnah dana RM 90 juta terhadap Editor Sarawak Report Clare Brown. 


Untuk apa PAS perlu membayar RM 1.4 juta sebagai kos menarik balik kes, jika sumpah mubahalah sah bagi membebaskan PAS daripada tuduhan tersebut. Pendirian flip-flop PAS ini menunjukkan sikap hipokrasi PAS dalam menghalalkan perjuangan mereka atas sentimen agama. 


*Faiz Fadzil*
24 Ogos 2022




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/jika-benar-sumpah-mubahalah-mengatasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarik Balik Saman Sarawak Report Pemimpin Pas Didesak Dedah Perkara Sebenar

Tarik Balik Saman Sarawak Report Pemimpin Pas Didesak Dedah Perkara Sebenar

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 193 hits
https www astroawani com berita politik tarik balik saman sarawak report pemimpin pas didesak dedah perkara sebenar 198014 Tarik balik saman Sarawak Report pemimpin PAS didesak dedah perkara sebenar Irwan Muhammad ZainFebruari 8 2019 09 00 ...
Kes Src Najib Sumpah Mubahalah

Kes Src Najib Sumpah Mubahalah

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 270 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru malam tadi menjelang prosiding rayuan akhir kes dihadapinya di Mahkamah Rayuan Najib bersumpah dirinya tidak pernah mengetahui secara khusus atau...
Kes Saman Rm1 9 Juta Najib Bantah Dua Peguam Wakili Tommy Thomas

Kes Saman Rm1 9 Juta Najib Bantah Dua Peguam Wakili Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 324 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membantah pelantikan dua peguam untuk mewakili Tan Sri Tommy Thomas dalam kes saman RM1 9 juta yang difailkan beliau terhadap bekas Peguam Negara itu Gambar fail BERNAMAKUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun R...
Najib Sumpah Mubahalah Tak Tahu Rm42 Juta Dari Src

Najib Sumpah Mubahalah Tak Tahu Rm42 Juta Dari Src

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 253 hits
malaysiakini comBekas perdana menteri Najib Razak malam ini melafazkan sumpah mubahalah bagi menafikan pembabitannya dalam penyelewengan dana SRC International Najib berkata lafaz sumpah itu bertujuan untuk membersihkan nama keluarganya dan...
Lidah Pemimpin Pas Bukan Setakat Bercabang Tetapi Bercabang Cabang Dakwa Timb Presiden Umno

Lidah Pemimpin Pas Bukan Setakat Bercabang Tetapi Bercabang Cabang Dakwa Timb Presiden Umno

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 191 hits
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan mendakwa lidah pemimpin Pas bukan setakat bercabang tetapi bercabang cabang 8220 Bukan bercabang bercabang cabang 8221 kata Mohamad selepas peserta Umno ramai ramai kata Paslah lidah bercaban...
Keputusan Kes Najib Bukti Kuasa Rakyat Anwar

Keputusan Kes Najib Bukti Kuasa Rakyat Anwar

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 243 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 23 2022 8 51 PMKetua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes rasuah SRC International membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak membuktikan kuasa rakyat dan keberani...
Rakyat Sudah Tahu Siapa Umno Bn Kata Timbalan Presiden Pas

Rakyat Sudah Tahu Siapa Umno Bn Kata Timbalan Presiden Pas

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 436 hits
agendaily com31 08 2022Antara skandal terbesar pernah direkodkan ialah melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad yang disifatkan sebagai skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia membabitkan pemimpin tertinggi BN dan UMNO hingga mema...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean