Jika Anwar Cukup Majoriti Tiada Pilihan Selain Dilantik Pm9



Kemelut politik menjelang majlis mengadap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Yang di-Pertuan Agong (YDP) pada 13 Oktober ini bagi mempersembahkan majoriti Ahli-ahli Parlimen yang menyokongnya tidak perlu dikecamukkan oleh pandangan-pandangan yang tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
Pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari berpendapat penganalisis politik yang cuba membayangkan beberapa pilihan yang boleh diambil ketika mana Datuk Seri Anwar telah sahih mempunyai majoriti mencukupi adalah tidak relevan di sisi Perlembagaan.
Katanya, pilihan yang ada hanyalah Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan atau mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
“Perlembagaan mengatakan sekiranya PM hilang sokongan, (beliau) ada dua pilihan, pertama letak jawatan, kedua memohon Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong bubar dewan (Parlimen) tetapi kalau permintaan itu ditolak PM mesti letak jawatan.
“Saya hairan ada (penganalisis politik) yang mengatakan sekarang ini berbeza dengan situasi sebelum ini, apabila PM Dr Mahathir (Mohamad) meletak jawatan. Sekarang (masih) ada PM, iaitu Muhyiddin Yassin.
“Itu tidak relevan, sekiranya hari Selasa (13 Oktober) ini Datuk Seri Anwar dapat membuktikan beliau cukup sokongan, kerajaan Muhyiddin jatuh dengan sendirinya dan dia kena letak jawatan,” katanya dalam sesi siaran langsung Facebook malam tadi.
Mantan profesor kuliah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu juga berpendapat sekiranya raja-raja Melayu perlu dirujuk dalam proses melantik Perdana Menteri maka hal itu perlu dilakukan sebelum 13 Oktober bagi membuka jalan kepada beberapa penyelesaian.
Mengulas sama ada perlunya sidang khas Parlimen dipanggil bagi melaksanakan ‘Undi Percaya’ terhadap Datuk Seri Anwar, Dr Aziz berkata perkara tersebut tidak timbul dalam konteks kuasa melantik PM oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Kemudian disebut (dalam laporan media) pilihan memanggil (sidang khas) Parlimen dan meminta Parlimen menguji atau menentukan majoriti (yang dimiliki Anwar) itu betul atau tidak.
“Itu tidak perlu kerana peranan atau kuasa Yang di-Pertuan Agong habis apabila PM dilantik. Parlimen tiada kena mengena (dalam isu perlantikan)
“Ada beberapa perkara yang (penganalisis politik) lupa (bahawa) kerajaan dalam konteks wesminister tidak menjawab kepada Istana. Kerajaan menjawab kepada Parlimen.
“Mahu tidak mahu, selepas ini Datuk Seri Anwar akan diuji di Parlimen. Tak perlu panggil (sidang khas) Parlimen untuk menguji.
“Jika terbukti Akuan Berkanun (SD) tidak palsu dan Yang di-Pertuan Agong yakin dan tidak ragu maka tiada pilihan, (Datuk Seri Anwar) dilantik sebagai PM.
“Terpulang kepada Parlimen tentukan Anwar boleh menjalankan kerajaan atau tidak. Itu yang ditulis dalam buku-buku di seluruh dunia yang menghuraikan prinsip kerajaan dalam demokrasi berparlimen,” katanya lagi.
Dr Aziz juga menolak tanggapan Muhyidin mempunyai kuasa untuk melaksanakan MAGERAN (darurat) bagi mempertahankan kuasanya. Menurut Dr Aziz, Yang di-Pertuan Agong tidak perlu mengambil nasihat Muhyiddin seandainya Anwar telah memperolehi majoriti. Muhyiddin dari segi undang-undang tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa.
Dalam pada itu, Dr Aziz melahirkan kekesalan terhadap laporan sesetengah media massa yang seolah-olah cuba mengelirukan tafsiran Perlembagaan Persekutuan. Sedangkan katanya, Perlembagaan amat jelas dalam hal melantik kerajaan.
Beliau menasihatkan media agar mendidik rakyat supaya lebih memahami sistem berkerajaan bukan sebaliknya mengelirukan pendapat umum.
Perbincangan penuh di FB Aziz Bari: https://www.facebook.com/DrAzizBari/videos/355425429039850


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30082

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Anwar Cukup Sokongan Tidak Perlu Pilihan Raya Mengejut

Jika Anwar Cukup Sokongan Tidak Perlu Pilihan Raya Mengejut

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 413 hits
Timbalan Pengerusi DAP Pahang M Manogaran berpendapat tiada keperluan untuk negara mengadakan Pilihan Raya Umum secara mengejut sekiranya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai majoriti secukupnya pada pertemuan dengan Yang di Pert...
Hamzah Zainuddin Anwar Dapat Sokongan Majoriti Hanya Cerita Rekaan Semata Mata

Hamzah Zainuddin Anwar Dapat Sokongan Majoriti Hanya Cerita Rekaan Semata Mata

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengesahkan semua ahli Parlimen mereka kekal menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus menerajui negara Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata ahli Parli...
Jika Muhyiddih Hilang Majoriti Kerajaan Perlu Dilantik Segera Dr Aziz Bari

Jika Muhyiddih Hilang Majoriti Kerajaan Perlu Dilantik Segera Dr Aziz Bari

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 235 hits
Kemelut politik menjelang majlis mengadap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Yang di Pertuan Agong pada 13 Oktober ini bagi mempersembahkan majoriti Ahli ahli Parlimen yang menyokongnya tidak perlu dikecamukkan oleh pandanga...
Anwar Ada Sokongan Yang Cukup Kata Orang Kanan Najib

Anwar Ada Sokongan Yang Cukup Kata Orang Kanan Najib

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 285 hits
malaysiadateline com Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo mengakui menerima maklumat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya sudah mempunyai sokongan daripada majoriti ahli Parlimen Menerusi sedutan video berdurasi...
Jangan Biar Sifat Insaniah Hancur Lantik Anwar Pm9

Jangan Biar Sifat Insaniah Hancur Lantik Anwar Pm9

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 236 hits
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap calon Perdana Menteri terbaik di tengah tengah kegawatan pandemik Covid 19 kejatuhan ekonomi dan keruntuhan sifat manusiawi dalam kalangan rakyat Malaysia kebelakangan ini Mantan pensyarah...
Anwar Pm9 Gaya Mutu Dan Keunggulan

Anwar Pm9 Gaya Mutu Dan Keunggulan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 290 hits
Bakal PM rakyat berjalan dengan penuh gaya untuk bertemu dan menjawab semua soalan dari media Tidak seperti mereka yang syok sendiri menyiapkan drama media dan membaca jawapan yang disediakan Inilah KUALITI KEPIMPINAN MENTERI PERDANA Nah ja...
Pas Jangka Hasrat Anwar Dilantik Perdana Menteri Tidak Kesampaian

Pas Jangka Hasrat Anwar Dilantik Perdana Menteri Tidak Kesampaian

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 403 hits
SHAH ALAM Pas menjangkakan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berjaya membentuk kerajaan baharu dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan Timbalan Ketua Pemudanya Ahmad Fadhli Shaari berkata ia...
Anwar Mengadap Agong Selasa Depan Sedia Persembah Jumlah Majoriti Yang Kukuh Dan Meyakinkan

Anwar Mengadap Agong Selasa Depan Sedia Persembah Jumlah Majoriti Yang Kukuh Dan Meyakinkan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 336 hits
474 total views 474 views today Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa akan mengadap Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada 13 Oktober ini Dakwanya Seri Paduka Baginda sen...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation