Jika Anda Kerja Untuk Cari Duit Pastikan Anda Tahu Perkara Asas Tentang Duit Ini




Apa yang anda perlu tahu pasal duit?
Ada beberapa perkara asas yang anda perlu faham tentang duit, untuk memudahkan tindakan dan amalan agar hidup jadi lebih tenang dan senang.
Ada orang terperangkap dengan kerja. Terpaksa kerja kuat, teruk, sentiasa rasa tertekan dan hidup dalam keadaan kelam kabut. Harap anda yang membaca ini tidaklah seteruk itu. Minta dijauhkan dari berada dalam keadaan sedemikian. 
Untuk elakkan dari duduk dalam situasi di atas, elok berikan sedikit perhatian untuk fahami duit yang saya kongsikan kat sini.
Sebelum saya teruskan. Perlu diingatkan bahawa saya bukan pakar dalam bidang kewangan. Masih tak layak untuk beri jaminan, “tak hensem takpa, janji kaya!”. Tiada janji jadi kaya dalam artikel ini.
Apa yang saya tahu dan kongsikan hanyalah perkara asas sahaja. Semua maklumat ini berdasarkan pembacaan, pertanyaan kepada kawan-kawan yang lebih pandai, juga dari  pengalaman dan pengamatan serba sedikit selama hidup sebagai seorang pengusaha bisnes kecil di negara ini.
Harap anda faham ya!. Teruskan bacaan di bawah.
Kenapa perlu kerja?Ada dua sebab anda perlu kerja.
Sebab pertama.
Sebab anda sangat suka buat kerja yang sedang anda buat sekarang. Jatuh cinta dengan kerja tersebut sehingga, jika tak kerja boleh rasa murung dan naik biru muka tu. Dalam masa yang sama, anda dah punya segala keperluan yang mencukupi untuk hidup tanpa perlu memikirkan tentang bebanan cari duit lagi.
Kategori yang pertama di atas tu, amat jarang berlaku.
Jika anda salah seorang insan yang bernasib baik yang dapat macam itu, tahniah!.
Anda termasuk dalam kumpulan ‘rare’, mereka yang tidak perlu bekerja untuk hidup.
Sebab kedua, kenapa perlu kerja.
Untuk dapatkan duit.
Ini paling ramai ada di luar sana.
Duit diperlukan dalam kehidupan di zaman moden ini. Dengan duit, anda boleh tampung kesemua urusan kehidupan yang lain.
Saya pun sama saja. Masuk dalam kumpulan ni.
Memang ada kerja yang saya buat sebab suka buat kerja tu. Tapi, kebanyakan kerja saya, tujuan akhirnya sebab nak dapatkan duit juga.
Banyak kerja saya terpaksa buat walaupun tak suka sebab ia mampu berikan duit.
Tak faham pasal duitUntuk anda yang sama seperti saya, yang kerja sebab perlu dapatkan duit, cuba fikir sejenak, pelik atau tidak?
Seandainya selama ini, anda pulun kerja dapatkan duit, tetapi, tak berapa faham bagaimana duit yang anda cari itu berfungsi!.
Tanda seseorang itu tak faham pasal duit apabila berlaku macam di bawah ini.

‘Pulun buat kerja, kerja kuat. Lagi kuat kerja, dapat lagi banyak duit. Bila dapat banyak duit boleh banyak berbelanja. Bila habis, pergi cari lagi, dapat dan belanja lagi’.
Macam itulah yang berlaku. Terutamanya pada yang makan gaji. Memang tak boleh nak mengelak dari berulangnya semua itu.
Untuk elakkan perkara tersebut berterusan, mari cuba fahami sedikit perkara asas tentang duit. Supaya kenal benda yang dicari selama ini, yang anda dapat hasil dari buat kerja.
Jom kita tengok apa perkara asas tersebut kat bawah ..
Duit banyak bukan perkara utamaRamai orang yang berjaya cari duit dengan sangat banyak. Tapi bila dia tak faham macam mana duit bekerja, sekejap saja semua duit tu akan habis lesap.
Ada seorang kawan yang pernah ceritakan pada saya bagaimana dia boleh habiskan duit sebanyak 12 juta dalam tempoh setahun saja. Dia belanjakan RM1 juta sebulan!
Bayangkan! 12 juta tu !.
Bila dia cerita kat saya, masa tu saya terfikir panjang. Fikir untuk belajar macam mana nak buat, untuk jadi pandai habiskan RM1 juta sebulan tanpa teragak-agak. Itu satu ilmu yang sangat hebat.
Bukan senang nak cari 12 juta. Tapi dia boleh buat dengan kreatviti yang dia ada. Malangnya dia hanya pandai cari duit. Tapi tak berapa pandai nak buat apa dengan duit tu.
Tapi anda tak perlu pandai sampai mampu buat duit RM12 juta dengan pantas. Sebab yang pentingnya, anda hanya perlu ada sumber pendapatan.
Itu paling utama. Banyak atau sikit adalah tidak berapa penting sangat.
Jika anda fikirkan semula, dalam zaman sekarang ni, nak cari duit adalah satu urusan yang sangat mudah.
Buat bisnes secara online saja mampu membuatkan anda dapat duit dengan mudah. Cuba tengok orang buat kerja kat dunia cyber tu. Macam-macam mereka ketengahkan ..
Hanya kongsikan saja maklumat, anda boleh dapat duit.
Anda tentu perah tengok paparan kat skrin media sosial anda ayat macam ni kan ..
“Bukan MLM, bukan Skim Cepat Kaya, bukan bla-bla-bla, kata ‘nak’ saya akan kongsikan ..”
Jangan terkejut. Ada saja orang yang joint.
Ada saja yang akan dapat jana duit berbekalkan ayat-ayat macam tu saja.
Nak beritahu kat sini, nak buat duit sebenarnya memang agak mudah. Pegang maklumat itu dan tak perlu nak risau untuk ligan duit yang banyak.
Simpan banyak juga tak gunaCuba kaji berapa banyak nilai duit RM1 kita telah menyusut dari awal tahun 60-an dahulu sampai sekarang. RM1 zaman P Ramlee sudah tentu lansung tak sama nilai dengan RM1 yang ada dalam poket anda tu sekarang. Betul tak?
Jadi, kalau anda buat kerja, dapat RM100. Belanja RM50 dan baki lagi RM50 tu anda simpan masukkan ke dalam bank.
Biarkan pendam saja kat situ. Sebab anda amalkan apa yang orang pesan, bila dapat duit jangan lupa untuk menabung.
Tambah satu lagi.
Jika anda tak suka riba. Tak mau simpan dalam akaun yang janjikan bayaran interest.
Katakan anda simpan duit RM50, sejak zaman P Ramlee dulu lagi. Sampai sekarang masih ada dan kekal duit tu dalam simpanan sebanyak RM50.
Jika di zaman P Ramlee dulu, anda boleh senyum lebar, layak bangga.
Tapi sekarang, anda cepat-cepat akan koyak penyata baki akaun yang keluar dari mesin ATM tu. Sikitpun tak rasa bangga dengan jumlah sebanyak tu!
Buat supaya duit bekerja untuk andaJika anda dah baca buku Rich Dad Poor Dad tentu dah biasa sangat dengar ayat ni. “Buat supaya duit bekerja untuk anda dan bukannya anda yang kena bekerja untuk duit”.
Kita dah baca kat atas tadi 2 perkara penting tentang duit.
Banyak bukanlah perkara utama dalam mencari duitMenabung juga bukan perkara utama dalam mencari dan simpan duit.Yang penting adalah usahakan supaya duit tu mula buat kerja untuk anda. Dalam ertikata yang betul, anda perlu melabur. Mat Saleh kata Invest. Itulah maksudnya yang dikatakan, duit buat kerja untuk anda.
Dan dalam bab melabur pulak. Tak perlu nak pandai macam Warren Buffet baru nak mula melabur. Anda boleh mula melabur dalam beberapa pilihan yang asas seperti berikut.
EmasHartanahBondPasaran sahamMatawang DigitalDengan meletakkan duit anda dalam pilihan tersebut, nilai duit itu tak akan menyusut teruk apabila masa beredar.
Pelbagaikan pelaburan andaIni satu lagi panduan tambahan yang sangat penting. Perlu pelbagaikan sumber di mana duit yang anda dapat tu dilaburkan. Jangan labur hanya pada satu tempat sahaja.
Cuma masalahnya, berapa dan nak letak kat mana.
Dalam contoh yang saya berikan kat atas tadi. Ada 5 tempat yang anda boleh laburkan duit sekarang. Cuba perdalamkan lagi pengetahuan anda terhadap ke semua perkara itu sedikit demi sedikit supaya lebih faham.
Jumlah yang perlu ditetapkan ke setiap saluran pelaburan itu juga bergantung pada umur dan jumlah duit yang anda ada sekarang.
Jika ada RM100 ribu lain caranya. Jika ada RM5000 pula lain lagi caranya.
Juga bergantung pada umur anda. Kalau RM100k dan masih muda dalam 20-an, anda ada masa panjang untuk ambil risiko naik turun ekonomi dalam pasaran saham.
Tapi kalau umur dah 60 tahun, elok pertimbangkan betul-betul kalau nak main saham di bursa yang biasanya sangat ‘volatile’.
Apapun, perlu selidik dan ambillah kursus atau seminar supaya mula faham sedikit demi sedikit. Faham tentang mekanisma setiap pelaburan dan mula tentukan berapakan peratusan yang sesuai untuk anda buat pelaburan.
Mungkin begini,
Emas – 10%Hartanah – 40%Bond – 20%Pasaran saham – 25%Matawang digital – 5%Saya main letak saja peratusan tu secara spontan dengan sedikit pertimbangan berdasarkan umur saya dan jumlah duit yang ada. Mungkin untuk anda sendiri berbeza.
Bagi yang berniaga pula tentu bergantung pada kedudukan perniagaan sekarang. Ok ke tak ok. Stabil ke tidak. Anda perlu fikirkan kepantasan untuk cairkan pelaburan seandainya diperlukan untuk kegunaan perniagaan yang jauh lebih penting dari pelaburan kat atas tu.
Moga ada manfaat artikel ini. Saya ingatkan sekali lagi yang saya sekadar kongsikan maklumat asas. Bukan saya pandai dalam bab pelaburan ni. Sama macam anda juga. Silap hari bulan, anda lebih pandai dari saya.
Sama-sama lah kita cari maklumat dan mendalami urusan seterusnya bagaimana nak melabur. Yang pentingnya perlu melabur dan jangan simpan statik macam tu saja. Apatah lagi kalau simpan dalam tin milo!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/02/perkara-asas-yang-anda-perlu-tahu-pasal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Muda Yang Sedang Cari Kerja Mahu Bina Kerjaya Sebagai Juruteknik Pest Control Profesional

Anak Muda Yang Sedang Cari Kerja Mahu Bina Kerjaya Sebagai Juruteknik Pest Control Profesional

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 243 hits
Untuk anak muda Ini artikel untuk anda Anak muda di sini ertinya mereka yang bawah 30 tahun umurnya Saya tahu anda jenis tak suka baca artikel panjang panjang berjela Lemas semak dada Ya saya tahu Jadi saya tulis santai ringkas dan padat sa...
Bintang Hong Kong Aaron Kwok Pernah Hidup Susah Jadi Tukang Sapu Untuk Cari Duit Saku

Bintang Hong Kong Aaron Kwok Pernah Hidup Susah Jadi Tukang Sapu Untuk Cari Duit Saku

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 236 hits
Bintang Hong Kong Aaron Kwok Pernah Hidup Susah Jadi Tukang Sapu Untuk Cari Duit Saku PELAKON terkenal Hong Kong Aaron Kwok mendedahkan dia membesar dalam keluarga susah dan terpaksa bekerja ketika masih di zaman persekolahan Menurut lapora...
Pemerintah Pastikan Akan Dalami Temuan Komnas Ham Soal Insiden Desa Wadas

Pemerintah Pastikan Akan Dalami Temuan Komnas Ham Soal Insiden Desa Wadas

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 147 hits
Deputi V Kepala Staf Kepresidenan Jaleswari Pramowardhani memastikan pemerintah akan mendalami dan menindaklanjuti hasil temuan Komnas HAM terkait insiden di Desa Wadas Kabupaten Purworejo Jawa Tengah Saat ini pemerintah masih menunggu lapo...
Bpbd Pastikan Tidak Ada Kerusakan Akibat Gempa Pangandaran

Bpbd Pastikan Tidak Ada Kerusakan Akibat Gempa Pangandaran

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 118 hits
Badan Penanggulangan Bencana Daerah Kabupaten Pangandaran Jawa Barat mencatat tidak ada kerusakan akibat guncangan gempa bumi bermagnitudo 5 2 yang terjadi pada Selasa malam
Pertamina Pastikan Harga Gas Elpiji Subsidi Tak Naik

Pertamina Pastikan Harga Gas Elpiji Subsidi Tak Naik

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 158 hits
Pjs Corporate Secretary Pertamina Patra Niaga Irto Ginting mencatat pada Februari 2022 tren harga Contract Price Aramco yang terus meningkat mencapai USD775 per Metrik Ton Angka ini lebih tinggi 21 persen dari rata rata CPA sepanjang tahun ...
Jelang Puasa Kementan Pastikan Stok Pangan Aman

Jelang Puasa Kementan Pastikan Stok Pangan Aman

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 149 hits
Kunjungannya ini merupakan tindaklanjut dari instruksi Presiden Joko Widodo untuk memastikan stabilitas pangan di daerah penyangga Ibu Kota Jakarta terjaga
Gibran Positif Covid 19 Istana Pastikan Keadaan Presiden Jokowi Sehat

Gibran Positif Covid 19 Istana Pastikan Keadaan Presiden Jokowi Sehat

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 160 hits
Wali Kota Solo Gibran Rakabuming Raka kembali terpapar Covid 19 Dalam beberapa hari terakhir sebelum terpapar Gibran memang disibukkan dengan berbagai kegiatan
Prn Johor Mahasiswa Pulang Mengundi Pastikan Pilihan Tepat

Prn Johor Mahasiswa Pulang Mengundi Pastikan Pilihan Tepat

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 283 hits
Oleh Leftenan Adnan Seorang mahasiswa institut pengajian tinggi tempatan di Selangor sudah tiba pulang ke Johor Bahru untuk mengundi buat kali pertama Hafizuddin Faisal yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Negeri Johor ka...
Bertemu Pimpinan Serikat Pekerja Menaker Pastikan Aturan Soal Jht Bakal Direvisi

Bertemu Pimpinan Serikat Pekerja Menaker Pastikan Aturan Soal Jht Bakal Direvisi

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 126 hits
Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah menerima audiensi Pengurus Pusat Konfederasi Kongres Aliansi Serikat Buruh Indonesia di Gedung Kementerian Ketenagakerjaan Jakarta Rabu
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy