Jihad Seorang Peniaga




Mohd Rizal Azman Rifin
Bermula dari awal penyebaran dakwah Islam oleh Rasulullah SAW, unsur kesepaduan sudah- pun diserlahkan oleh Baginda SAW.
Umat Islam dididik dengan jayanya oleh Rasulullah SAW ketika di Makkah lagi supaya hidup umpama satu keluarga.
Kesungguhan Rasulullah SAW merencanakan sebuah kehidupan bernegara dan bermasyarakat yang saling membantu terus dipanjangkan apabila Baginda SAW dan sahabatnya berhijrah ke Madinah.
Sebelum hadirnya Islam di bumi Madinah, kehidupan masyarakatnya sering dihantui perbalahan serta permusuhan antara kaum dan penganut agama.
Namun situasi itu berjaya dipadamkan Baginda SAW menerusi Piagam Madinah sebagai tatacara dan panduan setiap rakyat.
Demikian juga halnya dalam sektor ekonomi. Jika sebelum hijrah Baginda SAW, Islam belum mendominasi bumi Madinah.
Ia dikuasai dan dimonopoli kaum Yahudi. Gaya berniaga yang sentiasa memberikan keuntungan sebelah pihak berlandaskan amalan perniagaan dan persaingan yang jijik seperti riba menyebabkan masyarakat Madinah berada dalam keadaan menderita.
Segala-galanya berubah tatkala Islam menyinari Madinah kerana ia bukan sekadar menukar corak dan bentuk masyarakat, tetapi turut mengubah landskap ekonomi yang berteraskan keadilan dan patuh syariah.
Semangat keusahawanan tinggi pada diri sekelompok umat Islam yang berhijrah ke Madinah tidak terpadam begitu sahaja.
Mereka terus terjun dalam bidang kemahiran dengan menjadi usahawan di celah ‘keriuhan’ pasar yang dikuasai kaum Yahudi.
Uthman bin Affan misalnya, beliau tidak menunggu lama untuk bergiat secara langsung dalam perniagaan.
Kekuatan Yahudi dalam ekonomi Madinah cuba dipecahkan olehnya dengan pendekatan cukup bijaksana.
Menariknya, Uthman tidak keseorangan kerana beliau turut didukung kuat umat Islam yang memberikan sambutan baik terhadap perniagaan yang diusahakannya.
Kejayaan Uthman bin Affan dan tokoh usahawan Islam yang lain ketika itu pastinya tidak akan berhasil seandainya mereka tidak disokong oleh masyarakat Islam.
Ia sekali gus menghasilkan satu fenomena baharu dalam masyarakat Madinah yang sebelum itu sumber ekonomi lebih banyak diraih kaum Yahudi sudah mula beralih kepada penguasaan umat Islam.
Kejayaan Uthman bin Affan dan rakan-rakannya membuktikan bidang ekonomi adalah bidang yang mampu dikuasai umat Islam.
Itu juga bermakna Islam adalah agama yang mengajak umatnya merebut kejayaan dalam lapangan berkenaan asalkan ia dalam lingkungan yang dibenarkan syarak.
Kempen mengutamakan produk Muslim contohnya harus dilihat dengan persepsi positif.
Utamakan produk Muslim memberi makna kita sama-sama membantu umat Islam supaya mereka berjaya dalam perniagaan yang diusahakan.
Itu adalah semangat ukhuwah Islamiah yang jitu manakala masyarakat awam pula mahukan peniaga Muslim yang mampu mengendalikan perniagaan mereka setanding bangsa dan umat lain.
Itu sebenarnya bukan bentuk semangat rasis atau diskriminasi agama. Selama ini ramai masyarakat Islam lena dalam mimpi sehingga ‘kek ekonomi’ tidak mahu direbut untuk memperoleh keuntungan.
Kini ia bertukar kepada semangat baharu di mana sudah ramai umat Islam berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Soal takut kepada risiko kerugian semakin menipis. Mereka mahu membuktikan umat Islam juga mampu melakukannya.
Usaha mahu berjaya dalam bidang ekonomi juga adalah satu bentuk jihad dalam agama.
Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/05/jihad-seorang-peniaga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rela Dipoligami Seorang Guru Di Makassar Ikhlas Nikahkan Suaminya Dengan Wanita Lain

Rela Dipoligami Seorang Guru Di Makassar Ikhlas Nikahkan Suaminya Dengan Wanita Lain

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 445 hits
Rela bermadu dan berbagi cinta tapi Kasmiati punya alasan tersendiri Ceritanya viral melalui WhatsApp Kasmiati guru sekolah di Makassar yang nikahkan suaminya berprofesi PNS Apa alasan bu guru nikahkan suaminya atau rela dimadus Beredar mel...
Pasang Baliho Di Depok Seorang Pekerja Tersengat Listrik

Pasang Baliho Di Depok Seorang Pekerja Tersengat Listrik

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 263 hits
Warga memang sempat ketakutan menolong korban Karena warga khawatir tubuh korban masih dialiri listrik Kemudian listrik dipadamkan dan korban dievakuasi
Mayat Seorang Ibu Di Surabaya Ditemukan Saat Menggenggam Tangan Bayinya

Mayat Seorang Ibu Di Surabaya Ditemukan Saat Menggenggam Tangan Bayinya

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 280 hits
Karena masih penasaran dan untuk memastikan kembali Nunuk berupaya mencari tetangga kos Selanjutnya mereka langsung melaporkan ke petugas keamanan kampung dan pengurus RT setempat
Pengorbanan Seorang Guru Demi Pendidikan Ditunjukkan Di Dalam Filem Super 30

Pengorbanan Seorang Guru Demi Pendidikan Ditunjukkan Di Dalam Filem Super 30

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 668 hits
Di inspirasikan daripada kisah benar ditunjukkan di dalam sebuah filem Hindustan iaitu Super 30 Jika anda ingin menonton sebuah karya perjuangan seorang guru demi mendidikan anak bangsa Filem Super 30Negara India Pengarah Vikas BahlGenre Dr...
Gimana Cara Sederhana Menjadi Reseller Seorang Ahli Jualan

Gimana Cara Sederhana Menjadi Reseller Seorang Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 388 hits
Kali ini kami akan bahas terkait dengan Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau memiliki pendapatan ...
Seorang Lagi Pemimpin Amanah Perak Kecundang Dalam Pemilihan

Seorang Lagi Pemimpin Amanah Perak Kecundang Dalam Pemilihan

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 337 hits
Adun Behrang Aminuddin Zulkipli gagal mempertahankan jawatannya sebagai ketua Amanah Tanjung Malim apabila tewas dalam pemilihan semula yang diadakan semalam Beliau juga tewas dalam persaingan bagi jawatan anggota jawatankuasa kawasan itu a...
Tak Tahan Nak Berasap Seorang Lelaki Seludup Barang Terlarang Kedalam Pesawat

Tak Tahan Nak Berasap Seorang Lelaki Seludup Barang Terlarang Kedalam Pesawat

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 427 hits
Sumber gambar dari LadBibleApalah nasib penumpang seorang ni apabila dia tahan oleh pihak berkuasa lapangan terbang kerana membawa barang terlarang Kejadian dilaporkan berlaku di China barang berkenaan adalah pemetik api yang diletakkan did...
Seorang Menteri Di Jepang Mundur Karena Langgar Uu Pemilu Dengan Memberi Sumbangan Untuk Pemilih

Seorang Menteri Di Jepang Mundur Karena Langgar Uu Pemilu Dengan Memberi Sumbangan Untuk Pemilih

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 307 hits
Menteri perdagangan Jepang Isshu Sugawara mundur dari jabatannya karena dituduh telah melanggar undang undang pemilihan umum di negara itu Media melaporkan Isshu Sugawara memberi kepada konstituennya di Tokyo hadiah berupa melon yang mahal ...
Edar Dadah Menerusi Khidmat Kurier Polis Labuan Tahan Seorang Suspek

Edar Dadah Menerusi Khidmat Kurier Polis Labuan Tahan Seorang Suspek

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 389 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Rain Lily Scarlet O Hara

Maszlee Malik Dan Noor Amin Ahmad Dakwa Rafizi Menipu

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them

Msn Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Element Hentikan Aku Untuk Mencintaimu Chord

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Sambutan Hari Lahir Angah Di The Soru Station Wangsa Maju

Malaysia Airlines A330neo Pesawat Baharu Lebih Canggih Selesa Jimat Bahan Api

Ucapan Istemewa Kepada Babab Net

Mendaki Bukit Panorama Di Sungai Lembing