Jho Low Hadir Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1mdb Mahkamah Diberitahu


freemalaysiatoday.com
Ho Kit Yen
-August 12, 2021 3:10 PM
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho menghadiri salah satu mesyuarat ahli lembaga syarikat 1MDB, 12 tahun lalu ‘atas jemputan’. (Gambar AP)
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan laporan audit Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho hadir dalam salah satu mesyuarat ahli lembaga pengarah syarikat, 12 tahun lalu.

Bekas pengarah pelaburan 1MDB, Kelvin Tan, berkata Low atau dikenali sebagai Jho Low menghadiri mesyuarat itu pada 26 September 2009.

Katanya, turut hadir ialah bekas pengerusi syarikat Mohd Bakke Salleh serta beberapa pengarah Ismee Ismail, Azlan Mohd Zainol dan Che Lodin Wok Kamaruddin, ketua eksekutif Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan eksekutif syarikat Tang Keng Chee.

“Saya mengambil minit mesyuarat pada hari itu bagi pihak setiausaha syarikat (Lim Poh Seng). Nama Jho Low direkodkan di bawah senarai ‘atas jemputan’,” katanya.

Bagaimanapun, Tan berkata dia tidak tahu mengenai kewujudan satu lagi salinan minit mesyuarat pada 26 September 2009 yang tidak memasukkan nama Low.

“Saya tidak tahu bagaimana minit dipinda yang tidak memasukkan nama Low Taek Jho.

“Hanya salinan ini ditunjukkan kepada saya oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Hafidz Othman ketika merakamkan kenyataan saya,” katanya.

Tan turut memberitahu mahkamah, Low tidak memegang sebarang jawatan dalam 1MDB untuk membolehkannya menghadiri mesyuarat ahli lembaga pengarah.

“Ketika mesyuarat itu, Tan Sri Lodin mempersoalkan peranan Low dan dia (Low) membalas bahawa dia mempunyai peranan dalam lembaga penasihat syarikat.

“Kami maklum dengan perkara ini dan tiada siapa bertanyakan mengenainya lagi,” katanya.

Najib dibicarkan kerana didakwa menyalahguna kuasa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan untuk memperoleh kekebalan undang0undang dan menyebabkan pindaan terhadap laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Bekas ketua eksekutif 1MDB Arul Kanda dituduh bersubahat dengannya.

Sebelum ini, mahkamah mendengar testimoni daripada bekas ketua audit negara Ambrin Buang, yang berkata dia diberitahu untuk mengeluarkan nama Low dalam laporan audit 1MDB Jabatan Audit Negara dengan alasan ia adalah “isu sensitif” dan untuk mengelakkan pembangkang memusing fakta.

Dia berkata beberapa perkara lain dikeluarkan daripada laporan audit adalah dua kenyataan kewangan yang bercanggah bagi 2014, bahagian mengenai terbitan nota jangka-sederhana Islam dan pelanggan sekunder bon Islam.

Ketika pemeriksaan soal balas oleh peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, mengenai sama ada pengarah dan kakitangan pengurusan terkejut dengan kehadiran Low, Tan menjawab dengan tegas.

“Saya tidak membaca air muka orang lain ketika mereka semua menunjukkan ‘muka selamba’. Ia adalah mesyuarat rasmi,” katanya.

Ditanya sama ada dia masih ingat sama ada Low berkata apa-apa, Tan berkata dia teringat Low menyerahkan telefon bimbitnya kepada Bakke sambil menambah individu dalam talian adalah Najib.

“Bakke terkejut PM berada dalam talian,” katanya.

“Saya tidak ingat apa sebenarnya yang menyebabkan Low menyerahkan telefon bimbitnya kepada Tan Sri (Bakke) untuk bercakap dengan PM.”

Tan turut berkata dia dinamakan sebagai salah seorang defendan dalam saman difailkan oleh 1MDB terhadap bekas kakitangan dan pengarahnya.

“Mereka (1MDB) mendakwa saya melakukan penipuan membabitkan kerugian syarikat berjumlah RM1 bilion. Saya rasa kemungkinan besar mereka melakukan kesilapan,” katanya sambil menambah saman itu tidak mempunyai merit.

Pendengaran di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan akan bersambung


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/jho-low-hadir-mesyuarat-ahli-lembaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Didedahkan Najib Hubungi Jho Low Ketika Mesyuarat Lembaga 1mdb

Mahkamah Didedahkan Najib Hubungi Jho Low Ketika Mesyuarat Lembaga 1mdb

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 187 hits
August 12 2021 Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur diberitahu bahawa ahli perniagaan Low Taek Jho menerima panggilan telefon dari Perdana Menteri Najib Razak semasa mesyuarat ahli lembaga pengarah 1MDB pada tahun 2009 Bekas pengarah strategi ko...
Jho Low Adalah Bos Sebenar Najib Berlakon Kata Bekas Ceo 1mdb

Jho Low Adalah Bos Sebenar Najib Berlakon Kata Bekas Ceo 1mdb

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 163 hits
Perbicaraan 1MDB melibatkan Najib Razak semalam diberitahu usahawan dalam buruan Low Taek Jho mengambil alih peranan ketua pegawai eksekutif dalam kawalan syarikat dana negara tersebut selain menambah bekas perdana menteri itu terpaksa berd...
Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Mesyuarat Bukan 40 Kata Orang Dalam Bn

Hanya 19 Ahli Parlimen Hadir Mesyuarat Bukan 40 Kata Orang Dalam Bn

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 270 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Spekulasi timbul bahawa hanya 19 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menghadiri satu mesyuarat dengan Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bukannya 40 Ahli Parlimen yang dikatakannya Orang dalam parti itu ...
Najib Harus Hadir Ke Mesyuarat Bn Perbicaraan 1mdb Ditangguh Ke Petang

Najib Harus Hadir Ke Mesyuarat Bn Perbicaraan 1mdb Ditangguh Ke Petang

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 241 hits
Najib Razak Penasihat Barisan Nasional perlu menghadiri mesyuarat pemimpim gabungan itu pada pukul 10 30 pagi ini berhubung isu pelantikan perdana menteri baharu Susulan itu perbicaraan kes rasuah 1MDB berjumlah RM2 28 bilion bekas perdana ...
1mdb Belum Dapat Serah Saman Kepada Jho Low 5 Individu

1mdb Belum Dapat Serah Saman Kepada Jho Low 5 Individu

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 144 hits
Kesemua defendan tak berada di alamat terakhir masing masing KUALA LUMPUR 1Malaysia Development Berhad masih belum dapat menyerahkan writ saman AS 3 7837 bilion kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low ahli keluarga dan...
Jho Low Serah Telefon Bimbit Ketika Najib Di Talian Saksi

Jho Low Serah Telefon Bimbit Ketika Najib Di Talian Saksi

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 175 hits
satuberita myBy August 13 2021 GAMBAR ARKIBMAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada bekas Pengerusi 1Malaysia Development Be...
Mahkamah Benar Najib Hadiri Mesyuarat Bn Tetapi Bicara Kes Tetap Diteruskan

Mahkamah Benar Najib Hadiri Mesyuarat Bn Tetapi Bicara Kes Tetap Diteruskan

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 162 hits
Najib Razak dibicarakan atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram yang didakwa dana 1MDB berjumlah RM2 28 bilion dan dimasukkan ke dalam akaun AmBank antara Februari 2011 dan Disember 2014 KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi mem...
Mkt Umno Ahli Parlimen Bn Mesyuarat Tentukan Calon Pm

Mkt Umno Ahli Parlimen Bn Mesyuarat Tentukan Calon Pm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 263 hits
MKT Umno Ahli Parlimen BN mesyuarat tentukan calon PM Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno mengadakan mesyuarat malam ini bagi menentukan calon Perdana Menteri untuk diserahkan kepada Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah Mesy...
Rahman Dahlan Letak Jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Ums

Rahman Dahlan Letak Jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Ums

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 250 hits
Rahman Dahlan dilantik pengerusi lembaga UMS pada 3 Februari yang lalu Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan meletak jawatan sebagai pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah Saya dengan ini meletak jawatan sebagai...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles