Jeruk Mangga Susu Asam Boi Colek
Terasa nak makan benda masam masam manis macam jeruk mangga asam boi atau dapat buah mangga lemak pun jadilah. Tapi semua seller yang pernah saya contact tak ada bekalan stok buah mangga lemak. Agaknya bukan musim mangga lemak kot sekarang ni. Mangga lemak buat kerabu mangga pun sodap sebab kerangupan dan lemak dia.
Sudahnya saya beli lah buah epal hijau buat lepas teringin. Semalam teringat nak contact sorang lagi seller yang pernah saya beli buah buahan segar masa PKP1.0 tahun lepas. Alhamdulillah ada stok jeruk mangga asam boi. Tapi bukan mangga lemak, mangga susu.
Mangga lemak manis vs mangga susuSama ke mangga lemak dengan mangga susu? saya tanya. Katanya tak sama. Dan rangup manggu susu sedang sedang saja. Tak serangup mangga lemak. Errmm...fikir pun fikir, order je lah. Janji mangga tu rangup dan sedap lebih kurang.
Saya order 3 bungkus terus, alang-alang kena bayar charge delivery. Simpan buat stok. Harap bertahanlah rangup dia
Saya beli 2 bekas mangga susu asam boi dan 1 bekas mangga susu colek.
Jeruk Mangga Susu Asam Boi RM10lebih kurang 1 biji setengah mangga susu3 biji limau kasturi yang dah dipotong1 tangkai cili api pedas1 bungkus serbuk masam manis2 biji asam boibaca juga : resipi jeruk mangga asam boi
Jeruk mangga susu colek, hanya potongan buah mangga susu dan colek sahaja. RM10.
Colek dia agak manis bagi saya, tak cukup pedas. Kena adjust letak cili potong baru menepati selera saya yang suka pedas. Nampak macam dicampurkan dengan udang kering. Lebih kurang macam pencicah rojak buah. Cuma colek ni versi cair sikit
Betullah apa yang dikata, buah mangga susu ni tak serangup buah mangga lemak. Yang saya beli ni agak masak sikit, kurang rangup. Mungkin kalau muda dan hijau sikit lagi rangup lah kot. Ada jugak rasa masam sikit.
Kot ada yang teringin, bolehlah membeli kat Berkat Istiqomah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/05/jeruk-mangga-susu-asam-boi-colek.html