Jerebu Semakin Pulih Orang Ramai Kembali Beriadah Di Luar


KUALA LUMPUR, 25 September (Bernama) – Orang ramai kembali menikmati aktiviti riadah di luar bangunan hari ini ekoran kualiti udara yang semakin pulih sejak semalam selepas lebih dua minggu negara dilanda jerebu.
Cuaca cerah sejak pagi tadi turut mendorong netizen memuat naik pelbagai ciapan mengenai perkembangan baik kualiti udara yang kini mencatatkan bacaan Indeks Penceraman Udara (IPU) sederhana di hampir semua kawasan di seluruh negara.
Ada antara mereka turut memuat naik gambar pemandangan langit yang cerah dengan jarak penglihatan yang semakin jelas dari pelbagai lokasi di seluruh negara, yang sebelum ini terjejas akibat jerebu.
Pengguna Twitter, @hadigonnaslim menerusi ciapnya berkata : “Alhamdulillah , jerebu dah balik (hilang) , awan yang cerah dah kembali,syukur Ya Allah #haze”.
Seorang lagi pengguna Twitter, @over_you_heart memuat naik gambar pemandangan langit cerah dengan kapsyen “Alhamdulillah jerebu dah hilang. Finally nampak awan.. i missed you awan..”.
Sementara itu, tinjauan permandangan dari Wisma Bernama mendapati dua struktur tertingggi negara, Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas yang masing-masing terletak kira-kira tiga kilometer (km) dan enam km dari sini, sudah jelas kelihatan berbanding beberapa hari lepas.
Sejak dua minggu lepas, negara dilanda jerebu hingga menyebabkan beberapa lokasi mencatat bacaan kualiti udara sangat tidak sihat, malah kawasan di Sri Aman, Sarawak yang pernah merekodkan bacaan IPU lebih 400 pada Jumaat lepas.
Berikutan bacaan IPU di kebanyakan kawasan pernah mencecah bacaan lebih 200 atau sangat tidak sihat sebelum ini, ribuan sekolah di negeri-negeri terjejas terpaksa ditutup manakala pelbagai program sukan dan rekreasi termasuk program FitMalaysia Edisi Melaka anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) terpaksa dibatalkan.
Kementerian Kesihatan turut menasihatkan orang ramai memakai penutup hidung dan mulut selain menyarankan semua aktiviti luar premis dikurangkan.
Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini, meramalkan keadaan jerebu yang melanda negara sejak dua minggu lepas akan beransur pulih susulan fasa Monsun Peralihan yang bermula pada 24 Sept.
Dalam tempoh monsun itu, kawasan serantau negara dijangka menerima tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan yang lemah dan berpotensi untuk pembentukan awan ribut petir yang membantu meredakan keadaan jerebu.
Perkembangan baik itu turut didorong dengan keberkesanan operasi pembenihan awan dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Sarawak, Selangor, Perak dan Pulau Pinang pada minggu lepas.
Dalam pada itu semakan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat pukul 6 petang ini, hanya Johan Setia Klang masih berada dalam kategori kualiti udara tidak sihat pada paras 140, manakala 66 kawasan dengan IPU sederhana.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/25/jerebu-semakin-pulih-orang-ramai-kembali-beriadah-di-luar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Dan Tips Menghadapi Jerebu Yang Semakin Teruk

Pengalaman Dan Tips Menghadapi Jerebu Yang Semakin Teruk

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 1399 hits
Hari ini bacaan Indeks Pencemaran Udara di seluruh kawasan Klang mencapai IPU yang sangat tidak sihat iaitu 201 setakat jam 5 00 pagi tadi Sebanyak 27 buah sekolah di PPD Klang di arahkan tutup oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sus...
Keadaan Jerebu Di Seluruh Negara Beransur Pulih

Keadaan Jerebu Di Seluruh Negara Beransur Pulih

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 256 hits
KUALA LUMPUR 20 Sept Keadaan jerebu bertambah baik hampir di kesemua kawasan pada tengah malam ini berbanding petang tadi dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara terus mencatatkan penurunan Bagaimanapun Sri Aman di Sarawak masih lagi mencatat...
Jerebu Jumlah Pesakit Luar Hospital Kerajaan Meningkat

Jerebu Jumlah Pesakit Luar Hospital Kerajaan Meningkat

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 376 hits
Kebanyakan pesakit alami mata kering konjungtivitis tak berjangkitPUTRAJAYA Terdapat peningkatan antara 20 peratus dan 30 peratus pesakit luar di hospital hospital kerajaan berikutan situasi jerebu yang melanda negara kata Menteri Kesihatan...
Indonesia Malaysia Kembali Berseteru Karena Jerebu

Indonesia Malaysia Kembali Berseteru Karena Jerebu

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 444 hits
Kabut asap datang lagi Pembakaran lahan di sejumlah wilayah di Sumatera dan Kalimantan kembali terjadi Negara tetangga Malaysia meradang lagi
Kondisi Asap Di Pontianak Semakin Pekat Sekolah Kembali Diliburkan

Kondisi Asap Di Pontianak Semakin Pekat Sekolah Kembali Diliburkan

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 255 hits
Setelah sebelumnya Pemerintah Kota Pontianak dan Bupati Kubu Raya mengeluarkan Surat Edaran untuk meliburkan sekolah siswa setingkat PAUD TK SD dan SMP dari hari Kamis sampai dengan Sabtu maka pada hari Minggu kembali Surat Edaran kedua dik...
Jerebu Di Sri Aman Semakin Baik Bacaan Ipu Turun Mendadak

Jerebu Di Sri Aman Semakin Baik Bacaan Ipu Turun Mendadak

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 359 hits
KUCHING 21 Sept Bacaan Indeks Pencemaran Udara di Sri Aman mencatatkan penurunan dengan drastik daripada kategori bahaya pada 8 malam semalam kepada tidak sihat setakat 2 petang ini Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berk...
Ww Jerebu Semakin Teruk

Ww Jerebu Semakin Teruk

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 395 hits
DIGALAKKAN GUNA TOPENG MUKA N95 SEMASA JEREBUHi korang Jerebu makin teruk banyak sekolah sekolah yang dah ditutup akibat bacaan index pencemaran melebihi 200 kan area Seremban anak anak masih bersekolah bacaan masih di bawah 200 Tapi hati s...
Panas Di Dalam Jerebu Di Luar Kenapa Hadi Awang Tak Jenguk

Panas Di Dalam Jerebu Di Luar Kenapa Hadi Awang Tak Jenguk

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 303 hits
dealings left to Casey Tang LIVE Malaysiakini brings you live reports from ex premier Najib Abdul Razak s 1MDB trial
Jerebu Makin Pulih Hanya Johan Setia Tidak Sihat Setakat 7 Pagi

Jerebu Makin Pulih Hanya Johan Setia Tidak Sihat Setakat 7 Pagi

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 303 hits
Pemandangan di kawasan Cheras berhampiran ibu negara menunjukkan keadaan berjerebu semakin berkurangan Seluruh negara menyaksikan keadaan lebih baik setakat 7 pagi ini PETALING JAYA Keadaan berjerebu teruk melanda negara sejak dua minggu la...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof