Jennifer Penyanyi As Baca Ayat Kursi
HALAMAN HIBURAN
KEBOLEHAN penyanyi AS baca ayat Kursi memukau dunia Arab Kebolehan penyanyi warga AS, Jennifer Grout mengalunkan bacaan ayat al-Kursi dengan lancar dalam sebuah rakaman klip video tular memukau dunia Arab dan warga alam maya.
Dalam rakaman tersebut, Jennifer menunjukkan kesungguhannya sewaktu membaca ayat ke-255 daripada surah al-Baqarah.
“Sewaktu pertama kali jatuh hati dengan muzik Arab, guru saya memberitahu agar mendengar bacaan al-Quran sebagai latihan untuk membiasakan diri dengan nuansa nyanyian dalam bahasa berkenaan. “Ini kerana, kedua-duanya iaitu bahasa Arab dan al-Quran mempunyai persamaan seperti kualiti melodi, teknik vokal, modulasi maqam dan sudah tentu bahasanya. Kebanyakan penyanyi hebat Taarab mempunyai kemahiran membaca al-Quran. “Saya membaca al-Kursi mengikut gaya pembaca al-Quran terkenal Mohammed Siddiq Al Menshawi. “Membaca al-Quran memiliki seni tersendiri, ia boleh dihargai oleh sesiapa saja tak kira Muslim atau bukan Muslim,” katanya di media sosial.
Namun, perkara itu bukan yang pertama seumpamanya apabila anak kelahiran Boston itu muncul dengan perkara menggemparkan. Terdahulu, dia sudah mengemparkan ramai peminat dan negara kelahirannya sendiri apabila mengumumkan secara rasmi sudah memeluk Islam. Dalam hantaran berbeza, Jennifer berkata:
“Bagi sesiapa yang tertanya-tanya selepas menonton saya membaca al-Kursi, ya, saya seorang Muslim; memeluk Islam di Morocco pada 2013.”
Bintang Arab Got Talent itu berkata demikian sebagai respons kepada netizen yang memberi saranan agar dia memakai hijab sewaktu memperdengarkan bacaannya. Pun begitu, secara jujur Jennifer, berkata, dia masih berusaha mendalami Islam sebaik mungkin dan tidak mahu umum memberikan tanggapan salah mengenai dirinya.
“Saya belum secara menyeluruh komited dan tidak mahu orang memandang serong kerana ingat sudah bertudung. “Al-Quran boleh diakses oleh sesiapa yang mendalami dan mahu mendengarnya,” katanya.
Jennifer berdarah Ireland-AS merupakan seorang peminat muzik Maghribi. Dia terkenal kerana menyanyikan banyak lagu-lagu dalam bahasa Andalusia, Amazigh dan Arab Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mungkin lebih ramai lagi artis-artis Malaysia yang pandai dan menghafal ayat Kursi. Al-hamdulillah!
Cuma bagi mereka yang kepala otaknya dijajah sahaja yang memandang rendah kepada penghafalan ayat tersebut, sehingga sanggup menjadi barua atau 'kacang merah' kepada puak-puak tertentu yang menghina Islam.
Jom Baca Ayat Kursi..
Ayat Kursi dalam bahasa Arab adalah ʾāyatul kursī (آية الكرسى) atau sering dikenal sebagai Ayat Singgasana. Ayat kursi adalah salah satu ayat di surah Al-baqarah ayat ke-255.
Terjemahan:
“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak atau boleh disembah), melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk dan tidak juga tertidur. Kepunyaan-Nya adalah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka. Dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha tinggi lagi maha besar.” (Surat Al-Baqarah ayat 255).
Keutamaan
1. Ayat kursi sebagai ayat yang paling agung di dalam Al Quran. Ayat ke 255 dari surah Al-baqarah ini adalah salah satu ayat yang paling mulia di dalam Al Quran. Bagi umat muslim yang membaca dan mengamalnya akan mendapatkan manfaat yang luar biasa.
Seperti dalam riwayat Rasulullah SAW yang bertanya kepada Ubiy bin Kai tentang ayat yang paling utama dalam Al Quran.Rasulullah bertanya kepada Ubay bin Kai, ”Ayat apa yang paling utama di dalam al Quran”?Ubay bin Kai menjawab, “Ayat paling utama dalam kitabullah adalah ayat kursi.”Dan Rasulullah SAW menepuk dada Ubay dengan pelan sambil berkata, “Wahai Abu Mundzir semoga engkau selalu bahagia dengan ilmu yang engkau miliki.” ( HR Muslim).Ayat kursi sebagai ayat yang paling agung di dalam al Quran karena di dalamnya terdapat nama Allah yang paling agung yaitu pada bait Al Hayyu dan Al Qayyum.
2. Ayat kursi memiliki keagungan yang melebihi langit dan bumi.Rasulullah SAW pernah bersabda:"Tidakkah Allah menciptakan langit dan bumi melebihi agungnya ayat kursi, (kerana di dalam ayat kursi tersebut telah mencakup Nama dan Sifat Allah).”
Sufyan Ats-Sauri berkata bahawa ayat kursi adalah salah satu kalamullah atau ucapan dari Allah. Dan kalamullah lebih agung dari ciptaan Allah lainnya.
3. Ayat kursi merupakan salah satu bacaan dzikir sebelum tidurRasulullah SAW pernah bersabda:“Jika engkau mendatangi tempat tidur (di malam hari), maka bacalah ayat kursi. Niscaya Allah akan selalu menjagamu dan setan pun tidak akan mengganggu tidurmu hingga pagi tiba.” (HR Al-Bukhari).Dari sabda Rasulullah SAW tersebut menerangkan bahwa dengan membaca ayat kursi sebelum tidur maka Anda akan dijaga dan dilindingi dari gangguan syaitan selama tidurnya. Untuk itu bacalah ayat kursi sebagai dzikir yang rutin ketika akan tidur.
4. Ayat kursi adalah perantara masuk surgaRasulullah SAW bersabda:مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلا الْمَوْتُErtinya :“Barangsiapa yang membaca ayat kursi setelah selesai shalat, maka tidak akan ada yang menghalanginya masuk ke surga kecuali kematian.” (HR An-Nasai dinilai shahih oleh Syaikh Al-Abani).Dari sabda Rasulullah tersebut menerangkan bahawa ayat kursi merupakan perantara yang dapat mengantar kita masuk ke syurga. Selama kita masih hidup dan membaca ayat kursi setelah shalat maka akan selalu mendapatkan kemualiaan untuk masuk syurga.
Manfaat Ayat Kursi.
1. Membuat Otak lebih mudah paham.Manfaat dari membaca dan mengamalkan ayat kursi yang pertama adalah membat anda lebih pintar. Dengan rutin membaca ayat kursi maka akal atau otak akan menjadi lebih mudah paham dan lebih mudah dalam memahami atau mencerna pengetahuan baru.
2. Dilindungi dari godaan syaitanDiriwayatkan kalau sedang diganggu syaitan maka bacalah ayat kursi, niscaya syaitan akan lari tunggang-langgang meninggalkan kita. Kerana kuatnya manfaat ayat kursi ini akan membuat kita terlindungi dari godaan syaitan yang terkutuk.
Selain itu dengan membaca ayat kursi setelah shalat fardu pagi dan petang, maka akan dilindungi dari serangan binatang buas, terhindar dari kejahatan yang dilakukan oleh orang lain yang boleh membawa musibah pada keluarganya.
3. Dilindungi oleh AllahJika seseorang membaca ayat kursi sebelum bepergian, maka dalam perjalanannya akan mendapat perlindungan oleh Allah. Dia akan terbebas dari musiah dan bencana selama perjalanannya hingga sampai tujuan dengan selamat.
4. Diperbanyak rezekinya oleh AllahBagi anda yang membaca dan mengamalkan Ayat Kursi maka akan dibukakan pintu rezekinya oleh Allah. Bahkan rezekinya akan diperbanyak dan terdapat hikmah didalamnya.
5. Dijauhkan dari segala kejahatanBarang siapa membaca ayat kursi sebanyak 12 kali pada waktu Jum’at maka dia akan terhindar dari kejahatan. Baik itu kejahatan dari manusia, hewan atau syeitan.
6. Mendapat kasih sayang dari AllahDiriwayatkan Allah akan mencintai hambanya yang selalu membaca ayat kursi di dalam kegiatan sehari-harinya. Seperti Allah mencintai dan menyayangi nabi Muhammad SAW.Sekian.
Lihat Sebelum ini..E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai/Islam (...E-Buku IH-118: Kisah-kisah Saya Pilih Damai.. Isla...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/12/jennifer-penyanyi-as-baca-ayat-kursi.html