Ayat Penggerak Ayat Pendinding 9451
Ayat penggerak/pendinding diri merupakan doa pendek yang besar manfaat jika ianya diamalkan sebagaimana Rasulullah S.A.W mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan di sepanjang hari tersebut.
'Insya Allah' kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan 'Qada Muaalaq' iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada - Nya. Bagaimanapun jika ianya 'Qada Mubram' iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah contohnya seperti mati jikalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Cara-cara mengamalkan ayat penggerak/pendinding diri seperti mana yang tertera di bawah:
1 - Bila hendak pergi ke sesuatu tempat yang berisiko , merbahaya , bermusafir atau ingin membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko maka dengan itu di anjurkan atau di galakkan membaca ayat ini sebanyak tujuh kali (7x).
2 - Seandainya ketika membaca ayat penggerak/pendinding diri tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini , maka dengan itu disyorkan berehat dulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali (7x), setelah bacaan lancar barulah diteruskan perjalanan atau sesuatu perkerjaan.
3 - Amalkan bacaan ayat penggerak/pendinding diri sebanyak tiga kali (3x)tiap - tiap selepas solat untuk sebatikan dalam tubuh badan, agar ALLAH S.W.T melindungi kita daripada segala bahaya atau sebarang mudarat mahupun musibah pada hari yang berkenaan.
4 - Jika hendak menjamu selera tidak kiralah makanan atau minuman di luar rumah seperti kedai makan atau hentian rehat , di anjurkan membaca ayat ini sebanyak tiga kali(3x) di dalam hati jikalau makan atau minuman itu mengandungi racun/santau dengan izin ALLAH S.W.T cawan atau pingan itu pecah.
5 - Jika hendak menaiki kenderaan, baca ayat ini sebanyak tiga kali(3x) supaya kita dielakkan dari sebarang malapetaka contohnya accident.
6 - Jika mejalankan sesuatu perniagaan, Insya Allah kita tidak akan menanggung sebarang kerugian jika kita mengamalkan ayat ini, baca tiap - tiap selepas solat sebanyak tiga kali (3x).
7 - Bagi mereka yang berkecimpung sebagai perawat Islam seperti ustaz atau pesakit gangguan jin dan orang biasa juga dianjurkan mengamalkan ayat ini, baca tiga kali(3x) ayat ini selepas tiap-tiap solat, Insya Allah ianya dapat mengunci tubuh badan dri dimasuki jin.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Demikianlah serba sedikit manfaat ayat penggerak/pendinding diri , yakin serta percayalah tiap-tiap apa yang berlaku baik di bumi mahu pun langit semuanya dengan izin-NYA.
Link:
https://mdruzaidaud.blogspot.com/2017/03/ayat-penggerakpendinding-diri.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://peceq.blogspot.com/2019/12/ayat-penggerakayat-pendinding-9451.html