Jenis Roti Wholemeal


Jenis Roti Wholemeal (Tips Pilih Roti Yang Betul Untuk Diet) | Sebagai rakyat Malaysia, nasi adalah makanan ruji yang akan di makan tiap hari. Dan jika kebetulan pada waktu itu rasa ingin turunkan berat, maka roti akan di pilih untuk menjadi penganti nasi. Roti seringkali menjadi menu utama untuk menggantikan nasi kerana ia tetap memberi rasa kenyang tetapi dalam masa yang sama turut dapat bantu menurunkan berat badan.  

Sebab itu, tak hairanlah mengapa ramai yang nak diet ni memilih roti sebagai pilihan. Tapi, tahukah kalian yang sebenarnya roti di pasaran itu adalah tidak sama? Dan kalau nak tahu juga, sebenarnya tidak semua roti itu sesuai untuk dijadikan pilihan untuk berdiet. Nak kurus dengan makan roti boleh, tapi perlu tengok dulu label kat bahagian belakang bungkusan roti. Awas, Jangan tersalah beli!




Antara Jenis-Jenis Roti Yang Ada Di Malaysia

Untuk lebih mudah faham, di sini daku akan kongsikan antara jenis roti yang ada di pasaran Malaysia dan daku juga akan turut share roti yang mana satukah paling sesuai untuk di makan terutama untuk mereka yang ingin berdiet. 

1. White Loaf / Sandwich Loaf
Roti whiteloaf atau sandwich loaf ni sebenarnya adalah roti bantal putih yang di jual dalam bentuk buku. Roti ini seringkali digunakan sebagai roti sandwich. Bahan utama untuk membuat white loaf ini adalah tepung gandum berprotein tinggi dan roti dari jenis ini sering menjadi pilihan utama ramai orang disebabkan oleh harganya yang murah dan teksturnya yang lembut serta senang di kunyah.




2. Wholegrain, Wholewheat dan Wholemeal
Nama nampak saja nampak berlainan tetapi sebenarnya ketiga-tiga istilah yang digunakan ini adalah merujuk kepada roti yang sama. Wholegrain, Wholewheat dan Wholemeal ini adalah roti gandum penuh yang tinggi serat makanan. Roti dari jenis ini juga dapat membuatkan seseorang itu berasa kenyang selepas memakannya. 

Apa yang membezakan penggunaan 3 istilah ini adalah :

Wholegrain bread dan wholewheat bread – istilah yang digunakan di US Wholemeal bread – istilah yang digunakan di UK



Roti wholemeal juga ada pelbagai jenis iaitu Bran & WheatGerm (Light Fiber), Finegrain Wholemeal ( High Fiber), 100% Wholegrain (with sunflower Seeds) dan juga 100% WholeGrain (with Canadian Purple Wheat). Ia dihasilkan dari gandum yang tak diproses sepenuhnya. Warnanya gelap sebab bran yang menyelaputi gandum tu tak dibuang. 

Bagi yang ingin turunkan berat badan, kalian disarankan makan roti dari jenis ini disebabkan oleh kandungan seratnya tinggi dan nilai G.I nya lebih rendah. Apakah yang dimaksudkan dengan 'nilai G.I' ini? Teruskan membaca artikel ini hingga habis. 



3. Multigrain

Roti dari kategori 'multigrain' ini terdiri dari beberapa jenis bijirin yang dicampur sebagai ramuan utama. Ia juga ada dalam bentuk biskut. Kiranya multigrain ini adalah roti atau biskut yang dihasilkan dengan menggunakan banyak jenis bijirin dalam satu masa. 

Roti dari jenis multigrain ini perlu diperhatikan betul-betul sebelum di beli kerana tak semua roti Multigrain ni bersifat 'healthy'. Nak tahu mana satu yang bagus, mula-mula baca pada ramuan dan pastikan ada istilah ‘whole‘ atau ‘penuh’ dalam klasifikasi bijirin yang digunakan. Selepas itu baca pula pada label maklumat pemakanan dan pastikan pada kolum per 100g, nilai serat/fiber nya tinggi, sekurang-kurangnya 8g serat per 100g.





Apa Itu G.I ?

G.I adalah nama singkatan untuk Glycemic Index atau Indeks Glisemik dan G.I ini merupakan ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat itu memberi kesan kepada tahap gula dalam darah.

Glycemic Indeks ni diberi dari skala 1 hingga 100 dan di kategorikan kepada 3 kumpulan:
GI Tinggi : 70-100GI Sederhana : 56 – 69GI Rendah : 0 - 55

Nak lebih faham tentang G.I ini mudah saja. Lebih tinggi nilai GI bermakna lebih lebih pantas makanan tersebut diproses dalam badan dan tahap gula akan mencanak naik dengan cepat. Ini bermakna roti yang paling sesuai untuk diet berkualiti adalah dari jenis yang rendah G.I nya. Kehebatan roti dengan nilai G.I yang rendah ini, ia dapat membekalkan kedua-dua komponen serat larut dan tak larut. 
Serat larut (contoh oat etc) pula boleh pegang air dan membentuk 'gel' dan sifat ini secara tidak langsung dapat memperlahankan pergerakan makanan dalam usus. Sekaligus boleh buat kalian rasa kenyang lebih lama. Serat tak larut pula boleh bantu kawal paras glukosa dalam darah. Lebih gelap warna roti tu, lebih bagus untuk dimakan.
Bolehkah Kurus Jika Gantikan Nasi Dengan  Roti?

Jawapannya adalah ya cuma sebelum di makan mana-mana roti, sila pastikan dulu detail yang ada pada label. Ada pelbagai jenis roti dan jangan pula tersalah beli. Nantikan dari nak jadi kurus dah jadi makin gemuk pula.

Ada banyak jenis roti wholemeal ni, ada roti wholemeal Gardenia dan ada roti roti wholemeal massimo untuk diet juga. Yang penting, jika betul-betul nak mulakan diet dan nak mencari roti yang lebih sesuai, pilihlah roti berdasarkan G.I (Glycemic Index).

INGAT!! Sebelum beli jangan lupa baca label tau.... Selamat berdiet!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/08/jenis-roti-wholemeal-dan-cara-pilih-roti-untuk-diet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Puding Roti Dengan Sos Kastard

Resepi Puding Roti Dengan Sos Kastard

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 766 hits
Puding roti tak lengkap tanpa sos kastard Tapi ada je yang suka makan puding roti kosong tanpa sos kastard Ikut selera masing masing lah kan Fiza kalau menu ada sos kastard memang suka dan husband pun memang suka puding roti sos kastard ni ...
Fluffy Buttery Roti Canai A La Zah

Fluffy Buttery Roti Canai A La Zah

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 347 hits
There are a few food items that Malaysians strongly identify with and take pride in showcasing as truly Malaysian Nasi Lemak Teh Tarik and Laksa are some that come to mind instantly Right there at the top of this list is also Roti Canai Rot...
Roti Paung Murah Dan Sedap Di Kuala Lumpur

Roti Paung Murah Dan Sedap Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 1016 hits
ROTI PAUNG MURAH DAN SEDAP DI KUALA LUMPUR Assalamualaikum dan selamat sejahtera Fuh lama juga tak tepek entri makanan atau food hunting Oleh kerana lama mummy tak ke Terengganu so craving makanan Terengganu la pulak Naaib baik ada ROTI PAU...
Bosan Nasi Roti Cuba Steam Egg Pasta Cara Buatnya Sempoi Guna 6 Bahan

Bosan Nasi Roti Cuba Steam Egg Pasta Cara Buatnya Sempoi Guna 6 Bahan

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 414 hits
Selalu terbiasa dengan hidangan nasi mi dan roti anak pun boleh jemu Bila anak kurang selera ibu pasti akan risau Tak salah sekali sekala bolehlah tukarkan menu pasta pula Perkongsian resipi pasta daripada nampak enak Sesuai bagi anak anak ...
Jenis Sakit Kepala Dan Cara Merawatnya

Jenis Sakit Kepala Dan Cara Merawatnya

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 2194 hits
Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala Iklan Panadol yang popular kat TV Hehe Sakit kepala boleh menyerang sesiapa sahaja Siapa ada kepala pasti pernah rasa sakit kepala Tapi kadang kita ni confius la Ni sakit kepala sebab apa OK Ini na...
7 Jenis Pelaburan Yang Kurang Risiko Dan Berpotensi Tinggi Jana Banyak Untung

7 Jenis Pelaburan Yang Kurang Risiko Dan Berpotensi Tinggi Jana Banyak Untung

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 294 hits
Tahniah Korang dah mula selangkah maju ke arah bebas masalah kewangan Korang dah tahu yang korang kena mula bertindak daripada sekarang Kalau korang sendiri tak jaga ekonomi diri siapa lagi Untuk tujuan ini ramai yang masih mencari cari kat...
Jenis Jenis Haji Dan Umrah

Jenis Jenis Haji Dan Umrah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 385 hits
Haji dan Umrah itu ada 5 jenis iaitu Haji jenis Ifrad Haji jenis Tamattu Haji jenis Qiran Haji sahaja dan Umrah sahaja HAJI JENIS IFRAD Ifrad maknanya berasingan jadi haji ifrad itu ialah mengerjakan haji dan umrah secara berasingan iaitu d...
Banyak Jenis Pokok Cactus Ada Di Cactus Point Cameron Highlands

Banyak Jenis Pokok Cactus Ada Di Cactus Point Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 791 hits
hai assalammualaikumBanyak Jenis Pokok Cactus Ada Di Cactus Point Cameron Highlands Datang Cameron Highlands salah satu tempat yang wajib pergi mestila Cactus Point Bagi penggemar pokok kaktus mestilah akan datang ke sini untuk mencari kakt...
Resepi Roti Bakar Telur Leleh

Resepi Roti Bakar Telur Leleh

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 1476 hits
Dengar tajuk pun macam sedap ja kan Bila dah rasa apatah lagi la Menu simple sesuai untuk sarapan pagi Bahan bahanRoti putihPlantaTelur gred CCara caraDidihkan air dalam periuk Lepas tu tutup api Masukkan telur Tutup guna tudung periuk Biar...
Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Cara Matikan Ai Microsoft Word Yang Mengintip Apa Yang Anda Tulis

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

The Oven Of Elfarion A Spanish Folk Tale That Will Warm Your Heart And Fill Your Stomach

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Pengalaman Seram Siapa Bagi Salam Dalam Surau R R

Pengiring Vip Semakin Menggila Terbaru Langgar Kereta Orang Awam

Vicente Stays Calm Despite Key Player Absences For India Friendly

Siti Muncul Juara Siri Antarabangsa Malaysia

5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata Ibu Bapa Dilanggar Pemandu Mabuk

Uec Recognition Won T Stand In Way Of National Unity Lau Tells Razman