Jenis Jenis Suplemen Kalsium Anda Wajib Tahu


Kalsium merupakan elemen penting yang diperlukan oleh tubuh manusia. Kalsium diperlukan untuk beberapa proses fisiologi tubuh dan penting untuk pembentukan tulang dan gigi terutama di kalangan kanak-kanak. Penyerapan kalsium dalam tubuh manusia dibantu oleh vitamin D3.


Pengambilan kalsium tanpa vitamin D3 akan menjejaskan proses penyerapan kalsium oleh itu, kebanyakan suplemen kalsium turut ditambah dengan vitamin D3 untuk membantu penyerapan kalsium dalam tubuh.

Keperluan kalsium adalah berbeza mengikut peringkat umur seseorang individu. Jumlah kalsium yang diperlukan mengikut peringkat umur diringkaskan seperti dalam jadual 1 di bawah.

KEPERLUAN KALSIUM

Bayi 0 – 6 bulan;
200 mg/hari7 – 12 bulan 260 mg/hari
Kanak-kanak & remaja;
1 – 3 year tahun 700 mg/hari4 – 8 tahun 1000 mg/hari9 – 18 tahun 1300 mg/hari
Dewasa 19-50 tahun 1000 mg/hari;
51-70 tahun 1000 mg/hari19-50 tahun 1000 mg/hari (lelaki)1200 mg/hari (perempuan)
Above 71 tahun;
1200 mg/hari
Masalah kekurangan kalsium

Kalsium juga boleh diperolehi secara semulajadi daripada diet seharian dan contoh-contoh makanan yang mengandungi kalsium ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Contoh-contoh makanan yang mengandungi sumber kalsium

Susu, keju dan beberapa jenis sayur-sayuran adalah contoh makanan yang kaya dengan kalsium.

Sekiranya kalsium yang diperolehi daripada diet tidak mencukupi, pengambilan suplemen kalsium boleh membantu mengatasi masalah kekurangan kalsium.

Mereka yang mengalami masalah kekurangan kalsium (hipokalsemia) akan menunjukkan simptom-simptom seperti rasa kebas dan berdenyut-denyut di bahagian jari, kejang otot, sawan, keletihan, kurang selera makan serta rentak jantung yang tidak normal.

Dalam jangka masa panjang, kekurangan pengambilan kalsium akan menyebabkan penurunan ketumpatan jisim tulang (osteopenia) dan akhirnya membawa kepada masalah tulang rapuh (osteoporosis).

Antara golongan yang berisiko mengalami masalah kekurangan kalsium ialah:

Wanita yang sudah putus haid

Wanita yang sudah putus haid mengalami risiko kekurangan kalsium kerana kekurangan hormon estrogen yang berperanan dalam penyerapan kalsium.

Wanita yang ketiadaan haid

Wanita yang ketiadaan haid pada usia muda (child bearing age) akan turut mengalami masalah kekurangan kalsium. Ini adalah kerana, hormon yang tidak stabil menyebabkan proses penyerapan kalsium turut terganggu.

Golongan yang alah kepada laktosa di dalam susu

Golongan yang tidak boleh minum susu kerana masalah tidak toleran kepada laktosa juga mengalami risiko kekurangan kalsium.

Ini adalah kerana, mereka tidak dapat memperolehi kalsium secara semulajadi daripada susu yang merupakan sumber kalsium.

JENIS SUPLEMEN KALSIUM

Terdapat beberapa jenis sebatian kalsium yang digunakan dalam suplemen kalsium. Setiap sebatian mengandungi kandungan mineral kalsium yang berlainan dan dirujuk sebagai elemen kalsium.

Terdapat beberapa suplemen kalsium iaitu:
Kalsium karbonat (40% elemen kalsium)Kalsium sitrat (21% elemen kalsium)Kalsium laktat (13% elemen kalsium)Kalsium glukonat (9% elemen kalsium)
Pengetahuan mengenai kandungan elemen kalsium adalah penting semasa memilih suplemen berasaskan kalsium. Ini adalah kerana jumlah kalsium yang sebenarnya terkandung dalam suplemen itu berbeza mengikut elemen yang terkandung dalam suplemen berkenaan.

Jumlah elemen inilah yang diserap oleh badan dan bukan jumlah seperti tertera atas label suplemen.

Sebagai contoh, label suplemen menyatakan satu biji tablet mengandungi 1,250mg kalsium karbonat. Oleh kerana kalsium karbonat hanya mengandungi 40% elemen kalsium, maka kalsium yang sebenarnya dapat diserap oleh badan hanyalah 500mg.

Oleh itu, adalah penting untuk merujuk kepada cadangan pengambilan tablet seharian yang dinyatakan di atas label bagi menentukan jumlah kalsium yang sebenarnya diambil.

Suplemen kalsium yang biasa diperolehi dalam formulasi ialah kalsium karbonat dan kalsium sitrat. Kalsium karbonat perlu diambil dengan makanan kerana penyerapan kalsium karbonat dibantu oleh asid dalam perut.

Suplemen kalsium juga boleh diperolehi dalam formulasi kalsium glukonat, kalsium laktat dan kalsium fosfat.

Kesan sampingan dan dos kalsium berlebihan

Kesan sampingan pengambilan suplemen kalsium termasuklah sembelit, perut kembung dan batu karang dalam buah pinggang. Pengambilan kalsium yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai kesan yang tidak diingini.

Kalsium yang berlebihan dalam darah boleh menyebabkan rasa muntah, mulut kering, sakit perut, denyutan jantung tidak sekata, kekeliruan dan kematian.

Hal ini lebih ketara dalam sesetengah golongan yang berisiko tinggi seperti mereka yang mempunyai masalah buah pinggang, jantung dan tumor tulang.

Jadi, berbincanglah dengan doktor/ahli farmasi anda sebelum anda mula mengambil sebarang suplemen termasuk kalsium terutamanya jika anda mempunyai masalah seperti dinyatakan di atas.

Pengambilan dan pemilihan suplemen kalsium

Terdapat pelbagai bentuk dosej suplemen kalsium, contohnya tablet, kapsul, tablet kunyah, cecair dan serbuk. Kalsium dalam bentuk dosej cecair, serbuk dan tablet kunyah lebih mudah untuk diserap oleh tubuh.

Tubuh badan kita juga dapat menyerap kalsium dengan lebih baik jika ia diambil dalam dos yang kecil seperti 500mg atau kurang untuk setiap pengambilan.

Pengambilan suplemen kalsium dalam dos yang kecil untuk setiap interval juga boleh mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit dan perut kembung.

Pilihlah suplemen kalsium yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Suplemen yang berdaftar adalah dijamin keselamatan dan kualitinya, manakala suplemen yang tidak berdaftar dikhuatiri dicemari dengan logam berat seperti plumbum dan merkuri.

Suplemen kalsium yang berdaftar haruslah mempunyai nombor pendaftaran yang bermula dengan “MAL” diikuti dengan 8 angka dan huruf “N” di belakang 8 angka itu.

Contohnya: MAL99999999N. Selain itu, ia juga harus dilekat dengan hologram yang tertera “PBKD” di atasnya.

Interaksi kalsium dan ubat-ubatan

Kalsium boleh berinteraksi apabila diambil bersama dengan ubat-ubatan lain. Penyerapan ubat seperti antibiotik (fluoroquinolone dan tetracyclines), hormone tiroid (levothyroxine) dan ubat sawan (phenytoin) boleh berkurangan apabila diambil bersama-sama dengan kalsium.

Penyerapan kalsium juga boleh terganggu apabila diambil bersama-sama dengan steroid (prednisone).

Hydrochlorothiazide, sejenis ubat darah tinggi pula boleh berinteraksi dengan kalsium dan menyebabkan peningkatan paras kalsium dalam badan dan air kencing (urine).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Pentingnya Kalsium dan Magnesium Pada Tubuh, Dua 'Kembar' Ajaib Yang Diabaikan!Badam Makanan Kesihatan Tinggi Antibodi Menyembuhkan Penyakit
sumber: myhealth



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/02/jenis-suplemen-kalsium.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah 20 Jenis Barangan Dapur Wajib Ada Kalau Anda Nak Kurus

Inilah 20 Jenis Barangan Dapur Wajib Ada Kalau Anda Nak Kurus

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 622 hits
Kenapalah diet aku tak pernah menjadi silap pilih barang makanan ke Sepanjang proses berdiet bukan sahaja kuantiti makanan yang perlu diambil berat namun jenis makanan yang anda makan pun sebenarnya amat penting Jenis makanan dan kuantiti g...
Demi Imej Negara Rakyat Wajib Bangkit Menentang Dan Menjatuhkan Pemimpin Yang Punyai Kelayakan Akademik Palsu

Demi Imej Negara Rakyat Wajib Bangkit Menentang Dan Menjatuhkan Pemimpin Yang Punyai Kelayakan Akademik Palsu

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 477 hits
Masyarakat Malaysia wajib bangkit menentang dan menjatuhkan pemimpin yang mempunyai kelayakan akademik palsu kerana dilihat mempimpin negara ini dalam kepalsuan Perkara itu ditegaskan oleh Profesor Penyelidikan Dasar dan Pengajian Antaraban...
Benda Yang Wajib Tak Boleh Bincang Ringkas Jer Komen Caprice Fasal Emma Maembong Buka Tudung

Benda Yang Wajib Tak Boleh Bincang Ringkas Jer Komen Caprice Fasal Emma Maembong Buka Tudung

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 421 hits
Sejak beberapa hari lalu tiada apa yang lebih hangat dibincangkan peminat seni tempatan selain keterbukaan pelakon kacukan Emma Maembong yang sudah pun membuka tudung sekitar seminggu lalu Malah reaksi dan penjelasannya di media turut mener...
Para Isteri Wajib Amalkan Inilah Petua Mudah Untuk Isteri Agar Sentiasa Cantik Rileks Media

Para Isteri Wajib Amalkan Inilah Petua Mudah Untuk Isteri Agar Sentiasa Cantik Rileks Media

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 558 hits
Selepas solat isyak ambil air segelas Baca Al Fatihah 1 kali Ayat Kursi 1 Kali Surah Al Waqiah ayat 35 38 sebanyak 7 kali Maksud surah Al Waqiah ayat 35 38 Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri isteri mereka dengan ciptaan istimewa Ser...
Benarkah Keputihan Punca Sukar Hamil Suami Isteri Wajib Tahu Tentang Masalah Ini

Benarkah Keputihan Punca Sukar Hamil Suami Isteri Wajib Tahu Tentang Masalah Ini

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 366 hits
Keputihan atau lelehan faraj ialah jangkitan kulat selalunya berlaku disebabkan oleh kulat jenis candida albicans Keputihan lazim dialami oleh wanita tetapi ia juga boleh berlaku kepada lelaki Walau bagaimanapun terdapat desas desus yang me...
Rahsia Amalan Suami Isteri Ini Kaya Raya Rezeki Datang Tak Putus Putus Wajib Amalkan Rileks Media

Rahsia Amalan Suami Isteri Ini Kaya Raya Rezeki Datang Tak Putus Putus Wajib Amalkan Rileks Media

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 405 hits
Jika sebelum ini kita rasa rezeki kita macam tak cukup ada saja yang tak kena Salahnya mungkin ada pada kita sendiri Memang betul kita kena bersyukur tapi kita juga wajib usaha untuk mendapat rezeki yang lebih dari Allah Namun usaha je tak ...
Tepian Kelana Web Series Yang Wajib Disaksikan Generasi Milenial

Tepian Kelana Web Series Yang Wajib Disaksikan Generasi Milenial

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 187 hits
Sejak 2017 Pertamina sudah mengeluarkan web series dengan berbagai tema yang berbeda bahkan sudah menjadi salah satu program tahunan
Wajib Jauhi Jantan Yang Buka Aibmu Ismail Embong

Wajib Jauhi Jantan Yang Buka Aibmu Ismail Embong

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 225 hits
Kecoh mengenai tindakan Emma Maembong mengesahkan buka tudung diperkatakan bapa Emma Ismail Embong pula memberikan kenyataan umum mengingatkan wanita menjauhi lelaki yang The post appeared first on
Demi Bersatu Dan Tun Mahathir Marzuki Wajar Undur Diri Atau Jika Enggan Beliau Wajib Diundurkan

Demi Bersatu Dan Tun Mahathir Marzuki Wajar Undur Diri Atau Jika Enggan Beliau Wajib Diundurkan

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 347 hits
Setiausaha Agung Bersatu merangkap Timbalan Menteri Luar Negeri Marzuki Yahya akhirnya mengakui beliau tidak memiliki ijazah atau merupakan graduan lepasan Universiti Cambridge London Sebaliknya Ahli Dewan Negara itu menjelaskan ijazah pent...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kenapa Media Takut Sebut Gomo Kini Rapat Dengan Mahathir

Di Mana Letaknya Negeri Syam Sekarang

Influencer Marketing For Businesses

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Buah Sukun 6 Khasiat Yang Tak Ramai Orang Tahu