Jenis Jenis Solat Perbezaannya Mengikut Mazhab Mazhab


PERBEZAAN SOLAT MENGIKUT MAZHAB AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH

Jenis-Jenis Solat & Perbezaannya Mengikut Mazhab-Mazhab
Jenis-Jenis Solat
Solat, ada beberapa jenis, sebagai mana yang dijelaskan di dalam mazhab yang empat, sebagai tertera dibawah.
Hanafiyah
Mereka berkata, solat, ada empat jenis. Pertama: Solat yang difardhukan (dan yang bersifat) fardhu ‘ain, seperti solat lima waktu. Kedua: Solat yang difardhukan (dan yang bersifat) fardhu kifayah, seperti solat jenazah. Ketiga: Solat wajibah, iaitu solat witir, qadha’ solat-solat sunat dan solat dua hari raya. Keempat: Solat sunat, samada yang masnunah atau mandubah. Ada pun sujud tilawah, bukan solat di sisi mereka.
Ringkasan
Solat fardhu ‘ain, seperti: solat lima waktu.Solat fardhu kifayah, seperti solat jenazah.Solat wajib, iaitu solat witir, qadha’ solat-solat sunat dan solat dua hari raya.Solat sunat, samada yang masnunah atau mandubah.Nota: Ada pun sujud tilawah, bukan solat di sisi mereka.
 
Malikiyah
Mereka berkata, solat terbahagi kepada lima bahagian; samada ia terdiri dari pada ruku’, sujud, bacaan, ihram, salam atau tidak. Dan bahagian pertama, dibawahnya ada tiga bahagian. Solat lima waktu yang difardhukan, solat sunat dan solat raghibah, iaitu solat dua rakaat fajar. Dan bahagian ke dua, dibawahnya ada dua pecahan. Salah satu dari keduanya; adalah apa yang terdiri ke atasnya sujud sahaja, iaitu sujud tilawah. Dan yang ke dua darinya; apa yang terdiri ke atasnya takbir, salam dan tiada padanya ruku’ dan sujud, iaitu solat janazah.
Ringkasan
Terdiri dari ruku’, sujud, bacaan, ihram, salam.Solat Lima Waktu yang difardhukanSolat SunatSolat Raghibah, iaitu solat dua rakaat fajar.Tidak terdiri dari ruku’, sujud, bacaan, ihram dan salam.Terdiri dari sujud sahaja, iaitu Sujud Tilawah.Terdiri dari takbir dan salam sahaja, iaitu Solat Janazah. 
Syafi’iyah
Mereka membahagikan solat kepada dua jenis. Pertama, solat yang termasuk di dalamnya ruku’, sujud dan bacaan. Dan ini terbahagi pula kepada dua; solat lima waktu yang difardhukan dan solat sunat. Kedua; solat yang kosong dari ruku’ dan sujud, tetapi ia terdiri dari takbir, bacaan dan salam. Contohnya, solat janazah. Dan tiada di sisi Syafi’iyah Solat Wajibah sebagai yang pada Hanafiyah, dan tiada solat Raqibah sebagaimana terdapat pada Malikiyah, dan mereka tidak memanggil sujud tilawah sebagai solat, sebagaimana Hanabilah dan Malkiyah.
Ringkasan
Solat yang termasuk di dalamnya ruku’, sujud dan bacaan.Solat Lima Waktu yang difardhukanSolat sunat.Solat yang kosong dari ruku’ dan sujud, tetapi ia terdiri dari takbir, bacaan dan salam.Solat janazah. 
Hanabilah
Mereka membahagikan solat kepada empat bahagian. Di antaranya, solat yang terdiri keatasnya ruku’, sujud, ihram dan salam. Dan dibawah ini, ada dua bahagian. Pertama: solat lima waktu yang difardhukan dan ke dua; solat-solat yang disunatkan. Dan bahagian yang ketiga solat yang terdiri ke atasnya takbir, salam dan bacaan, tetapi tiada padanya ruku’ dan sujud, iaitu solat janazah. Bahagian yang ke empat; solat yang terdiri ke atasnya sujud sahaja iaitulah sujud tilawah.
Ringkasan
Solat yang terdiri keatasnya ruku’, sujud, ihram dan salam.Solat Lima Waktu yang difardhukanSolat-solat SunatSolat yang terdiri ke atasnya takbir, salam dan bacaan, tetapi tiada padanya ruku’ dan sujud.Solat JanazahSolat yang terdiri ke atasnya sujud sahaja.Sujud TilawahUstazSham
***
   RUKUN SOLAT MENGIKUT 4 MAZHAB
         1)  Rukun solat :13perkara2)      Niat
3)      Takbiratul ihram’
4)      Berdiri tegak
5)      Membaca al-fatihah
6)      Ruku’
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara 2 sujud
10)  Duduk tahiyyat akhir
11)  Baca tahiyyat akhir
12)  Selawat
13)  Salam
14)  Tertib 

1. NIAT
Syafieyah dan Malikiyah :  Niat adalah fardhu solat

Hanafiyah dan Hanabilah : Niat adalah syarat (jika solat fardhu Wajib niat )
2.TAKBIRATUL IHRAM
Fuqaha Malikiyah,Syafieyah,Hanabilah menyepakati lafaz Allahu Akhbar
Fuqaha Hanafiah: Lafaz Allahu Akhbar boleh diganti dengan lafaz lain yang semakna dengannya.


       3. BERDIRI TEGAK
Semua fuqaha bersepakat  bahawa ia termasuk dalam rukun solat.
Wajib hukumnya bagi orang yang mampu melakukan,jika tidak mampu boleh solat sambil duduk atau berbaring.

       4. MEMBACA AL-FATIHAH
Ø  Syafieyah, Malikiyah,Hanabilah:-
Al Fatihah adalah rukun solat
Ø  Hanafiah:-
Tidak termasuk rukun (yang menjadi rukun solat bagi mereka adalah bacaan dalam solat yang terdiri daripada al-Quran sama ada Al-Fatihah atau tidak)

Bacaan basmalah dalam Al Fatihah
Syafieyah: Basmalah adalah salah satu ayat dalam Al Fatihah, wajib dibaca.

Hanafiyah,Malikiyah,Hanabilah:Basmalah tidak termasuk dalam Al Fatihah tetapi

Hanafiyah dan Hanabilah:Hukum membacanya sunat
Malikiyah:Hukum membacanya adalah makruh



      5. RUKUK
  ü  Hanafiyah: Rukuk terlaksana dengan menundukkan kepala sehingga ia membongkok dan mendekati              keadaan rukuk.
  ü  Syafieyah,Hanabilah,Malikyah:Membongkokkan tubuh hingga kedua tapak tangan mencapai lutut, tanpa       mengendurkan tubuh.
     6. IKTIDAL 
  v  Rukun ini disepakati oleh Syafieyah,Malikiyah dan Hanabilah
  v  Rukun ini bukan rukun solat : Hanafiah
     7. SUJUD
    o   Hanafiah
-          Mensyaratkan penggabungan hidund dengan dahi.(menurut mazhab lain hukumnya sunat)
-          Ketinggina yang dapat membatalkan sujud apabila lebih daripada setengah hasta atau 22 ½ cm kecuali pada tempat yang sangat sempit sehingga terpaksa sujud di atas orang lain yang sedang solat di hadapannya.
    o   Hanabilah
-          Ketinggian yang membatalkan solat apabila ketinggian itu boleh mengeluarkan seseorang daripada solatnya.    o   Syafieyah
-          Ketinggian yang membatalkan solat apabila tempat sujud melebihi ketinggian lutut kecuali apabila orang itu boleh mengangkat pinggulnya dan anggota badan yang ada sekitarnya melebihi ketinggian kepala.
    o   Malikiyah
-          Apabila tempat itu sangat tinggi dan berhubungan dengan tanah, maka tidak sah sujud padanya. Tetapi apabila ia tidak terlalu tinggi,sah sujud padanya.
  Kadar Sujud              Malikiyah
Sujud di atas bahagian dahi yang paling mudah iaitu sebelah atas kening dan antara dua tepi dahi. Sunat meletakkan hidung di atas tempat sujud.

              Syafieyah, Hanabilah,Hanafiah
Jika tidak dapat sujud di atas bumi/seumpamanya bersama imam kerana kesesakan orang ramai maka boleh sujud di mana mana.

 Nota:Sujud dan kedua tangan, lutut, hujung jari kaki menyentuh bumi adalah sunat.

    8. DUDUK ANTARA DUA SUJUDRasulullah melakukan duduk ini dengan iftirasy (menghamparkan tapak kaki dan dijadikan tempat duduk, sementara tapak kaki kanan tegak lurus dan anak-anak jari menghadap kiblat.
·         Syafieyah, Malikiyah, Hanabilah: sepakat mengatakan bahawa ia adalah salah satu rukun solat.
·         Hanafiyah: Ia tidak termasuk rukun solat tetapi ia adalah sunat yang ringan namun ada ulamanya mengatakan wajib (sunat muakkad)
    9. DUDUK TASYAHHUD AKHIR
Rasulullah melakukannya secara tawarruk  (meletakkan punggung di lantai,manakala kaki kiri berada di bawah lengkungan kaki kanan
Kanan, tangan kiri atas peha kiri, tidal melebihi lutut sambil tangan kanan digenggam kecuali jari telunjuk.
Perbezaan Pendapat Dalam Hal Menggerakkan Telunjuk
·         Syafieyah- Berisyarat dengan telunjuk itu sekali sahaja ketika membaca kalimah “إلا الله” di hujung syahadat tauhid.  
·          Hanafiah-Mengangkat telunjuk sebanyak dua kali ketika membaca “ لا” kemudian diturunkan dan digerakkan kembali ketika membaca “ إلا الله”
·         Malikiyah-Menggerakkan telunjuk ke kiri dan ke kanan secara terus mulai  membaca tastahhud hingga selesai solat
·         Hanabilah-Menggerakkan telunjuk ketika menyebut nama Allah bagi mengisyaratkan keesaan Allah
   10. MEMBACA TASYAHHUD AKHIR
     o   Syafieyah: merupakn salah satu rukun
     o   Hanafiyah: ia sunat muakkad,bukan fardhu/rukun
     o   Malikiyah :Sunat,bukan rukun
     o   Hanabilah: Jika bacaan tasyahhud tertinggal solat adalah sah tetapu hukumnya makruh

Lafaz Tasyahhud

Syafieyah

التَّحياتُ المُبَارَكَاتُ الصَلَوَاتُ الطَّيّبَاتُ لله
السَّلاَمُ عَلَيكَ أَيٌّها النَّبيُّ وَرَحمَةُ الله وَبَرَكَاتُه
السَّلاَمُ عَلَينَا وَعَلَى عبَادكَ الصَّالحين
أّشهَدُ أَن لاَ إلَهَ إلاَّ اللَّه وَأَشهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّه
Fuqaha’ Syafie’yah mengatakan bahawa orang yg membaca tasyahhud itu hendaklah mendengar bacaannya sendiri dan bacaan itu tidak terputus-putus serta mesti menggunakan bahasa arab .

Hanafiyah dan Hanabilah

التَّحيَّاتُ للَّه والصَّلَوَاتُ الطَّيّبَاتُ للَّه
السَّلَامُ عَلَيكَ أيُّهَاالنَّبيُّ وَرَحمَةُ اللَّه وَبَرَكَاتٌه
السَّلَامُ عَلَينَا وَ عَلَى عبَاد اللَّه الصَّالحين
أَشهَدُ أَن لَا إلهَ إلَّا اللَّه
وَأَشهَدُ أنَّ مٌحَمَّدًا عَبدٌهٌ وَرَسُولُه

Malikiyah

 التَّحيَّاتُ للَّه والزَّاكيَاتُ للَّه والطَّيّبَاتُ للَّه والصَّلَوَاتُ للَّه
السَّلَامُ عَلَيكَ أيُّهَاالنَّبيُّ وَرَحمَةُ اللَّه وَبَرَكَاتُه
السًّلَامُ عَلَينَا وَعَلَى عبَاد اللَّه الصَّالحين
أَشهَدٌ أَن لَا إلَهَ إلَّا اللَّه وَأَشهَدُ أنَّ مٌحَمَّدًا عَبدٌهُ وَرَسٌولٌه
Lafaz tasyahhud bersumberkan ‘Umar ibn al-Khattab


   11. MEMBACA SELAWAT
™ Menurut riwayat Aisyah r.a :
اللَّهُمَّ صَلّ عَلَى محمَد وَعَلَى ءال محمد  كَمَا صليت على إبراهيم وءال
Malikiyah dan Hanabilah: tidak memasukkan rukun ini ke dalam rukun solat, hukum membacanya sunat
Syafie’yah dan hanafiah: membaca selawat wajib


   12. MENGUCAP SALAM             
Syafie’yah, Malikiyah dan Hanabilah:
Mengucapkan salam selepas solat adalah termasuk rukun solat
Riwayat dari Ali bin Abi Thalib bermaksud :
“Anak kunci (pembuka) solat itu adalah bersuci, yang mengharamkannya bertakbir dan yang menghalalkannya ialah salam
ž  Hadis riwayat Ahmad, Syafi’e, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tarmizi
ž  Salam yang menjadi RUKUN SOLAT hanyalah salam yang pertama
Hanafiyah : mengucapkan salam bukan fardhu / rukun, tetapi hanya wajib, sedangkan wajib menurut mereka bermakna sunat muakkad
Berdasarkan sabda  Rasulullah saw ketika baginda mengajarkan tasyahhud kepada ibnu Mas’ud  :
إذَا قُلتُ هَذَا فَقَد قَضَيتَ صَلَاتَكَ إن شأتَ أن
Menurut Hanafiyah, berdasarkan hadis, Rasulullah tidak menyuruh ibnu Mas’ud untuk mengakhiri solatnya dengan salam. Maka jika seseorang itu keluar dari solatnya tanpa salam ,sah solatnya


   13. TERTIB
Mendahulukan rukun yang dahulu dan mengemudiankan yang kemudian. Lakukan solat menurut susunan rukun solat.
Semua fuqaha’ sepakat mengatakan bahawa tertib adalah rukun solat,kecuali hanafiyah.
Hanafiyah : tertib bukan rukun, tetapi syarat sahnya solat 

https://imansolehahsu5.blogspot.com/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2024/09/jenis-jenis-solat-perbezaannya-mengikut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
60 Tahun Solat Tetapi Tidak Diterima Allah

60 Tahun Solat Tetapi Tidak Diterima Allah

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 181 hits
Rukun Qalbi Qauli dan Fi li adalah WAJIBApakah itu Rukun Qalbi Qauli dan Fi li Rukun Qalbi Qauli dan Fi li amat penting untuk difahami dalam solat Pembahagian Rukun Solat Ibadah solat terdiri daripada 13 rukun Dalam 13 rukun solat tersebut ...
Mufti Solat Jumaat Di Surau Al Muttaqin Tidak Sah Khatib Terlupa Duduk Antara Dua Khutbah

Mufti Solat Jumaat Di Surau Al Muttaqin Tidak Sah Khatib Terlupa Duduk Antara Dua Khutbah

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 120 hits
Zuhainy Zulkiffliam h metro com myGeorgetown Solat Jumaat di Surau al Muttaqin Sungai Ara Bayan Lepas di sini pada 13 September lalu tidak sah kerana tidak memenuhi syarat khutbah menurut Mufti Pulau Pinang Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Ot...
Lana Nodin Syukur Suami Mudah Terima Ajaran Islam Kejut Subuh Amp Tak Tinggal Solat Jumaat

Lana Nodin Syukur Suami Mudah Terima Ajaran Islam Kejut Subuh Amp Tak Tinggal Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 135 hits
Pelakon Lana Nodin syukur suami mudah terima ajaran Islam selain sangat berdisiplin dalam menunaikan ibadah solat selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga Kongsi Lana atau nama penuhnya Mazlina Hasan Norin dia kini berada di fasa pali...
Maut Dirempuh Mercedes Benz Selepas Solat Jemaah Di Masjid

Maut Dirempuh Mercedes Benz Selepas Solat Jemaah Di Masjid

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 98 hits
Oleh Syeikh Baran Seorang peniaga yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menunaikan solat subuh berjemaah di masjid maut setelah motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 37 Jalan Kuala Terengganu Bukit Besi berhampira...
Panduan Solat Sunat Tahajud

Panduan Solat Sunat Tahajud

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 126 hits
Panduan Solat Sunat TahajudQiamullail atau bangun malam untuk mengerjakan ibadah seperti solat sunat tahajud taubat tasbih hajat membaca al Quran beristighfar dan berzikir sememangnya amat dituntut dalam Islam sebagai salah satu terapi diri...
Hiburan Rajin Ke Surau Untuk Solat Berjemaah Mungkin Asbab Rangka Mayat Warga Emas Tiada Bau Busuk Jiran

Hiburan Rajin Ke Surau Untuk Solat Berjemaah Mungkin Asbab Rangka Mayat Warga Emas Tiada Bau Busuk Jiran

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 158 hits
Sebelum ini tular mengenai si anak yang pulang ke rumah orang tuanya namun hanya menemui si ayah yang tinggal rangka Difahamkan lelaki warga emas berusia 74 tahun itu hilang sebelum ditemui anaknya di kediaman arwah di Kepong Kuala Lumpur p...
Gambar Bunga Menarik Dan Maksud Bunga Mengikut Warna

Gambar Bunga Menarik Dan Maksud Bunga Mengikut Warna

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 118 hits
Tidak hanya sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan atau diolah menjadi jambangan malah kecantikan bunga juga sering dikongsikan dalam bentuk gambar Kecantikannya mampu menambat hati serta menjadi salah satu tanda kekuasaan Ilahi Sejak dahulu...
14 Penampakan Wajah Lelaki Melayu Janaan Ai Mengikut Negeri Di Malaysia Serupa Ke Tidak

14 Penampakan Wajah Lelaki Melayu Janaan Ai Mengikut Negeri Di Malaysia Serupa Ke Tidak

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 288 hits
Wajah lelaki Melayu janaan AI mengikut negeri di Malaysia Hanya prompt sahaja sekarang dapat menghasilkan imaginasi yang diluar kotak Hensem kacak itu semua berbeza mengikut penilaian peribadi setiap individu PerlisSarawakJangan Lupa Like S...
Hiburan Sama Sekali Tidak Benar Aliff Aziz Nafi Tarik Balik Kes Terhadap Sarah Yasmine Tapi Mengikut Perintah Mahkamah

Hiburan Sama Sekali Tidak Benar Aliff Aziz Nafi Tarik Balik Kes Terhadap Sarah Yasmine Tapi Mengikut Perintah Mahkamah

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 168 hits
Penyanyi dan pelakon sensasi tampil menafikan dakwaan bekas kekasihnya Sarah Yasmine yang mengatakan dia menarik balik kes mahkamah melibatkan mereka berdua Ujar Aliff kes mahkamah itu sebenarnya masih belum berakhir Advertisement View this...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya