60 Tahun Solat Tetapi Tidak Diterima Allah
Rukun Qalbi, Qauli, dan Fi’li adalah WAJIBApakah itu Rukun Qalbi, Qauli, dan Fi’li
Rukun Qalbi, Qauli, dan Fi’li amat penting untuk difahami dalam solat
Pembahagian Rukun Solat Ibadah solat terdiri daripada 13 rukun
Dalam 13 rukun solat tersebut, rukun-rukun ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Rukun Qalbi, Qauli, dan Fi’li Maksud qalbi iaah hatiMaksud qauli pula ialah perkataan atau bacaan
Manakala rukun fi’li ialah pergerakan atau perbuatan
Rukun Qalbi (Hati) Rukun qalbi (hati) adalah melibatkan perkara yang perlu dilakukan dalam hati
Antara perkara yang terdapat dalam rukun qalbi ada dua, iaitu: NiatTertib Rukun Qauli (Bacaan) Rukun qauli (perkataan atau bacaan) ialah rukun yang wajib didengari oleh telinga sendiri setiap bacaan lafaznya
Jika tertinggal satu huruf, maka wajiblah diulangi bacaan itu
5 bacaan yang terlibat dengan rukun qauli ialah: Takbiratul Ihram (ucapan Allahu Akbar)Al FatihahTahiyat AkhirSelawat atas nabiSalam yang pertama Rukun Fi’li (Pergerakan) Rukun fi’li adalah rukun pergerakan atau perbuatan
Dalam rukun fi’li terdapat enam rukun
Rukun tersebut adalah: Berdiri (qiam)
Rukuk
Iktidal
Sujud
Duduk antara dua sujud
Duduk tahiyat akhir
Jika terlupa atau tertinggal diantara rukun ini, maka perlu berpatah balik kepada rukun tersebut
Namun, jika seseorang telah sampai pada rukun sama yang ditinggalkan itu pada rakaat seterusnya, contohnya dia terlupa rukuk di rakaat pertama, tetapi dia tersedar ketika telahpun melakukan rukuk di rakaat ke-2, maka rukuknya ketika itu menjadi rukuk rakaat pertama
Dan perbuatan sebelumnya itu tidak dikira (menjadi lagha) (Fathul Mu’in) Dalam solat berjemaah, jika seorang makmum tertinggal rukun fi’li, dia tidak boleh berpatah balik apabila imam sedang sama rukun dengannya
Ini kerana makmum telah terikat dengan pergerakan imamnya
Apa yang perlu adalah diteruskan sahaja ikutannya dengan imam
Kemudian tambah rakaat lepas salam bagi menggantikan rakaat yang ketinggalan rukun itu
Allahualam
Semoga bermanfaat
www.zukidin.com {Estd 2012}
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2024/09/60-tahun-solat-tetapi-tidak-diterima.html