Jenis Jenis Chef Dalam Bidang Kulinari


Adik lelaki aku dulu waktu dia kecil, dia suka ajak aku main masak-masak. Lepas adik aku habis SPM, dia betul-betul pergi culinary training belajar memasak untuk Western Food. Sungguhlah adik aku tu, ingatkan dulu dia just suka main masak-masak waktu kecil, rupa-rupanya itu memang passion dia.

So korang pun kalau ada adik atau anak yang dah dari kecil mula tunjukkan minat suka memasak, bukan sahaja korang boleh berikan latihan memasak seawalnya bermula di rumah, tetapi juga aku syorkan korang berikan mereka pendedahan awal secara percuma online di laman web https://www.culinaryschools.org/
Bidang kulinari (culinary) ni bukan setakat belajar nak jadi chef and cook sahaja tau, tapi banyak juga ilmu lain yang kena ambil tahu contohnya seperti belajar basic culinary and pastry arts, kitchen skills, station chef roles, inventory and cost management, menu creation, vendor relationship, dan banyak hal lain lagi.

Dan dulu aku ni ingat kalau chef tu memang dia lah yang akan memasak sepenuhnya A to Z, rupa-rupanya aku ni silap. Chef ni banyak bidang tau, bukan setakat chef yang masak sajian sahaja. Dan chef ni pula, dia ada team masak dia sendiri.





Jadi, kalau yang ada berhajat nak jadi chef tu, kenalah tahu nak jadi chef apa. Ni antara jenis-jenis chef yang bekerja di dalam dapur untuk info korang:-



Saucier atau Sauce chef - Ni antara chef yang penting di dalam dapur. Dia direct reporting kepada head chef atau Sous chef. Kerja dia untuk siapkan semua jenis sos dan gravy yang akan digunakan di dalam masakan.
So korang ingat buat sos tu mudah? Tak rasanya.


Poissonnier atau Fish chef - Ni pula chef yang bertanggungjawab untuk siapkan segala resipi yang berkaitan dengan ikan termasuk sup dan juga sos (sekiranya tiada Sauce chef).
Mungkin kita rasa , ala chef ikan jak pun. Tapi jangan meremehkan chef sebegini. Bayangkan restoran yang menyajikan masakan ikan paling sedap dalam dunia, ingat chef dia kaleng-kaleng ke?


Rotisseur atau Roast chef - Untuk segala masakan roasted and braised, maka chef inilah yang bertanggungjawab untuk sediakan sajian yang terbaik untuk pelanggan.
Kalau kau makan steak tak sedap, sila salahkan rotisseur di restoran tersebut.


Grillardin atau Grill chef - Dari nama pun dah tahu kan, chef ni bertanggungjawab untuk segala masakan atau sajian yang perlu di grill termasuk meat, poultry and vegetables.
Friturier atau Fry cook - Semua masakan yang perlu dimasak goreng menggunakan minyak dan lemak haiwan, tugas tersebut dibuat oleh friturier.
Ni kalau ayam goreng yang dimakan tak empuk dan juicy, boleh komplen friturier mereka tak buat kerja dengan baik.

Entremetier atau Vegetable chef dan terbahagi kepada dua jenis chef dikenali sebagai Potager chef dan Legumier chef - Kalau setakat stesen masakan tu tak besar mana, vegetable chef akan handle semua hal yang berkaitan dengan sayur-sayuran.
Tapi untuk cooking station yang luas, mereka akan dipecahkan kepada dua kumpulan dikenali sebagai potager dan legumier chef.

Potager chef bertanggungjawab untuk sediakan semua sup yang berkait rapat dengan sayur-sayuran, manakala legumier chef pula akan sediakan vegetable dishes.


Tournant atau All-Purpose chef dan dibantu oleh team commis - Ni pula seperti namanya All-purppose chef, dia akan bergerak dari satu station ke satu station untuk membantu chef-chef yang lain.
Dia mempunyai team yang dikenali sebagai commis. OK, adik aku kerja sebagai commis satu ketika dulu.

Team ni kena tahu semua basic work untuk setiap station untuk memudahkan mereka nak bantu setiap chef yang ada di dapur.

Potong ayam, perap daging, sediakan ikan, potong sayur, sediakan bawang - semua kena detailed seperti yang dikehendaki oleh chef.

Kau tak reti? Siap korang kena jerit oleh chef!


Garde Manger atau Pantry chef - ni pula chef yang bertanggungjawab dengan semua cold dishes termasuklah hiasan di meja buffet.
Perlukan food carving kepada bentuk yang spesifik, maka serahkan semua tugas kepada pantry chef.
Boucher atau butcher yang bertanggungjawab dengan semua hal yang berkaitan dengan butchering termasuklah daging, ikan dan makanan laut yang lain - seperti namanya, senang nak cakap dia ni tukang potong daging dan ikan sebelum diserahkan kepada chef yang perlukan bahan-bahan tersebut.
Patissier atau Pastry chef - Dalam semua chef, aku rasa aku nak berkawan baik dengan Pastry chef kerana dia yang sediakan segala roti, bun, jem, kek, biskut, pemanis mulut, pencuci mulut - dan seharusnya mestilah sedap.
Eh siapa jer yang tak suka kek dan biskut (cookies)?


Professional chef - Once a dah training jadi chef too, bolehlah fikir nak jadi professional chef dengan nama yang biasa kita dengar Executive chef (Chef de Cuisine), Sous chef (Assistant chef), Senior chef (Chef de Partie), Demi chef, dan juga Pastry chef.
Free Online Kids Cooking Game - Seronok Layan Permainan Makanan Permakanan , Bukan Anak Sahaja Yang Suka, Mak-Mak Pun Enjoy Main



Yang bagusnya tentang culinaryschools.org ni, pendedahan berkaitan bidang masakan boleh diberikan kepada kanak-kanak dan sesuai seawal usia 3 tahun. Games pun jenis fun, edutainment (educational and entertainment).


Ada 150 jenis permainan yang berkaitan dengan masakan dan makanan tersedia di sini, dan semua permainan ni korang boleh akses secara percuma.

Dan yang paling aku suka dengan ialah semua games yang disediakan ada TANPA IKLAN. Aku rasa ramai ibubapa mesti agak risau kan kalau laman web tu walaupun percuma, tapi ada iklan pasal iklan yang lalu lalang bukan sahaja mengganggu tapi kita tak tahu iklan apa yang keluar, risau tau kalau iklan yang keluar tak sesuai ditonton oleh anak-anak.

So, worry no. Di laman web culinary school ni, korang boleh main semua free online kids cooking game bukan sahaja secara percuma, malah tanpa iklan.

Boleh guna games ni untuk learning subject hal-hal yang berkaitan dengan kerja-kerja di dapur, resipi simple dan senang anak nak ikut, dan tak nak anak rasa bosan, kita pun kenalah juga kreatif bagi penerangan kepada anak-anak.

Selain tu boleh didik anak tentang pemakanan sihat. Nak pilih makan apa yang elok untuk kesihatan. So anak akan lebih mudah faham tentang makanan mana yang baik untuk diri mereka.

Memanglah kita tak boleh nak elak anak-anak makan junk food tetapi apa salahnya didik anak berkaitan makanan sihat seawal usia mereka jadi mereka boleh buat pilihan yang lebih bijak kelak.

Nak kenalkan anak-anak dengan gardening pun boleh di culinaryschool.org ni. Seronok juga ajar anak bercucuk tanam ni kan, manalah tahu ada di antara anak-anak yang minat dengan bidang pertanian pula kelak selain bidang masakan.


150 Culinary Free Online Games - Sakan Sangat Nak Main!

Macam-macam games ada, banyak sangat permainan korang boleh cuba tau. Ni antara list games yang aku dah main dan aku enjoy. Eh bukan aku saja tau, kitorang satu family pun enjoy main. Yeay.

1. The Boiled Eggs Cooking




Permainan the boiled eggs cooking ni mengajar untuk kita peka dengan penggunaan api di dapur. Api yang terlalu panas boleh merosakkan masakan. Selain tu, game ni juga berkait rapat dengan kepantasan kita menjaga semua telur dimasak dengan baik.
Fuh, banyak kali juga mencuba main game ni, tapi score 2000 tu antara yang tertinggi aku perolehi. Korang try la game ni. Simple jer tau, tapi fun sangat.

2. Sweety Cooking Chocolate Game





Permainan ni ajar anak kenali alatan di dapur yang digunakan untuk membuat kek. Ianya lebih kepada permainan arahan - kena ambil itu ini demi untuk menjayakan sebuah kek

Sesuai untuk usia kanak-kanak prasekolah. Sambil belajar buat kek coklat dan langkah demi langkah yang perlu dibuat, sambil-sambil belajar juga nama tools yang digunakan.

3. Fast Food Combat





Game ni siapa cepat dia menang. Tapi awas jangan touch rotten fruit. Kalau touch juga, kena potong markah gitu.

Nak menang better korang main guna touchscreen, kalau main guna desktop alamat memang susah nak menang. Asyik pihak lawan tu laju sangat touch fresh fruit tu. Aku main banyak kali tau guna desktop baru menang sekali! Ekeke.

4. Burger Maker





Game burger maker ni pun best. Banyak kali main, tetap enjoy. Ni game nak siapkan burger dan kena ikut lapisan topping seperti yang diberikan.
Best main dengan anak-anak. Boleh ajar mereka macam mana nak buat burger yang sedap dengan topping yang menyihatkan.

Dan juga ajar anak-anak nama topping seperti lettuce, bacon, mushroom, meat dan cucumber. Sambil main sambil bagitau anak-anak kebaikan makan makanan yang menyihatkan.

Siapa kata makan burger tak menyihatkan? Kalau overdose makan, memanglah tak elok, tapi kalau makan ala kadar dengan dilebihkan topping sayur-sayuran dan protein, kan healthy food namanya tu.
5. Waffles





Waffles ni permainan crosswords. Carilah perkataan tersembunyi. Yang ni memang menguji vocabulary korang. Aku suka yang ni. Bukan tentang makan makan saja yang ada dalam culinaryschools.org ni, tapi permainan silang kata sebegini pun seronok juga untuk dimainkan.

Korang cubalah main. Aku level-level biasa jer lah. Main banyak kali pun setakat tu juga markah aku dapat. Hiks, tak boleh jadi ni. Memang kena banyak belajar lagi lah ni kan.

Bagus Sangat Ada Free Online Kids Cooking Games Seperti CulinarySchool.OrgJadi mak-mak ni, memang kita suka explore benda-benda yang bermanfaat untuk digunakan oleh anak-anakkan.

Macam aku anak 3 ni, semua boys tau so memang dah start didik anak-anak aku tentang masak-masak. Perkara paling asas yang aku ajar anak aku ialah rebus telur dan bancuh teh/milo sendiri.

Dan aku juga kenalkan mereka dengan segala jenis sayur-sayuran setiap kali aku beli di pasar, dan nama ikan yang biasa kami makan.

Tapi biasalah nama pun budak, dorang kalau nampak leafy vege, semua nama sama dorang panggil ‘sayur daun’.

Dengan adanya game daripada culinaryschool.org ni, sekurang-kurangnya boleh tambah baik pengetahuan anak-anak tentang makanan, kitchen tools, basic recipe nak buat kek coklat dan homemade burger, dan banyak lagi.

Untuk semua, selamat mencuba main games culinary school tau, dan yang dah try main tu, jomlah share games mana yang korang paling suka



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrspip.com/2022/01/jenis-jenis-chef-dalam-bidang-kulinari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagus Juga Perangkap Tikus Jenis Melekat Glue Ni Beli Di Mr Diy Guna Untuk Cicak Pun Boleh

Bagus Juga Perangkap Tikus Jenis Melekat Glue Ni Beli Di Mr Diy Guna Untuk Cicak Pun Boleh

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 563 hits
hai assalammualaikumBagus Juga Perangkap Tikus Jenis Melekat Glue Ni Beli Di Mr DIY Guna Untuk Tangkap Cicak Pun Boleh Lepas kucing mr mafia hilang bertahun dulu memang kitaorang tak bela kucing dah Adalah sebabnya kenapa kitaorang tak bers...
Terlajak Mudah Resipi Agar Agar Buah Bermacam Jenis Paling Sedap

Terlajak Mudah Resipi Agar Agar Buah Bermacam Jenis Paling Sedap

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 275 hits
Makan sejuk sejuk memang nikmat Bagi penggemar manisan anda patut cuba resipi Agar Agar Buah Fruit Jelly perkongsian saudari Miz s Shaliza ni Mudah sedap dan pelbagai rasa Anda boleh menggunakan apa sahaja buah kegemaran Buat sendiri memang...
Orang Malaysia Ni Jenis Cepat Sentap

Orang Malaysia Ni Jenis Cepat Sentap

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 303 hits
Assalamualaikum Hi korang Korang setuju tak kalau SA cakap yang orang Malaysia ni cepat sentap Sebab apa SA cakap macam tu semalam SA ada komen kat post Dr Khairul Faizie one of kawan blogger yang aktif kat media sosial Memang lama dah kena...
Dapat Juga Sunlight Dishwasher Sakura Orange Ketahui Jenis Fungsi Sunlight

Dapat Juga Sunlight Dishwasher Sakura Orange Ketahui Jenis Fungsi Sunlight

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 264 hits
Sejak viral sabun pencuci pinggan sunlight yang berjenis jenis ni agak payah nak dapat sunlight sakura tu Merata carianya Family Store Zemart Giant Kuala Pilah sampailah ke Mirwarna Segamat dok membelek Baru haritu balik kampung dapat membe...
Musim Tengkujuh Sengat Obor Obor Jenis Man O War Beracun

Musim Tengkujuh Sengat Obor Obor Jenis Man O War Beracun

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 209 hits
Tampak comel namun sengatannya boleh membawa maut jika tidak dirawat segera SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK http
Luv Ing Wagyu Chef Nik S Way Tips Tricks Hacks

Luv Ing Wagyu Chef Nik S Way Tips Tricks Hacks

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 284 hits
is known for its tender juicy texture and beautiful marbling of fat and meat Steak connoisseurs look at it as a piece of art that should be prepared only with the best ingredients No wonder even the lowest grade of Wagyu beef can cost hundr...
Prospek Lulusan Jurusan Psikologi Bisa Kerja Di Bidang Apa Saja Ya

Prospek Lulusan Jurusan Psikologi Bisa Kerja Di Bidang Apa Saja Ya

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 179 hits
Ada beberapa bidang yang bisa kamu pilih sesuai passion bisa masuk formasi CPNS juga
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

Kkv Alamanda

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah

Maksud Karamah Insaniah

Sebelum Pukul8 Dah Sampai

Pekena Asam Pedas Ikan Merah Untuk Lunch

Drama Bru

Chombi Cintaku Sampai Ke Uganda Chord