Jenis Ereksi Durasi Yang Lelaki Boleh Dapat Dalam Satu Malam


Jenis Ereksi & Durasi Yang Lelaki Boleh Dapat Dalam Satu Malam Selalu kita jumpa iklan jualan produk yang dapat membantu menguatkan atau mengekalkan durasi ereksi sebelum hubungan seks. Persoalannya, perlu ke sesuatu ereksi itu bertahan lama bagi mencapai kepuasan hubungan seksual?


Masyarakat sering memegang pada tanggapan yang salah bahawa kelakian seseorang bergantung kepada kebolehannya untuk bertahan lebih lama di atas ranjang. Namun, durasi ereksi normal berbeza mengikut individu berdasarkan faktor-faktor tertentu.




Jenis Ereksi & Durasi Yang Lelaki Boleh Dapat Dalam Satu MalamArtikel ini akan membincangkan perihal masa ereksi normal untuk lelaki. Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.


Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.


Purata masa ereksi normal bagi lelaki

Pelbagai kajian pernah dilakukan bagi mengetahui durasi normal ereksi bagi seorang lelaki. Ini berikutan, kesihatan seksual bukan sahaja dapat mempengaruhi tahap keyakinan diri malah kesihatan mental.


Menurut kajian yang diterbitkan di laman Jurnal Perubatan Seksual pada tahun 2005, ereksi kebiasaannya berlaku selama 5.4 minit (purata) sewaktu hubungan seks sedang berlangsung. Namun, normal atau tidak durasi ereksi itu bergantung kepada beberapa faktor seperti:


Usia
Tahap kesihatan
Aktiviti seksual
Jenis ereksi
Secara amnya, individu yang tidak mempunyai masalah kesihatan boleh mengalami ereksi selama 1 jam atau lebih. Ya, 1 jam! Namun, jika ereksi yang dialami melebihi 4 jam, ini adalah keadaan yang tidak normal.


Sukar untuk kita tahu jika ereksi yang kita alami normal ataupun tidak namun jika anda berasa tertekan dengan prestasi seks anda, boleh rujuk kepada doktor pakar untuk rawatan lanjut.


Jenis-jenis ereksiPembaca wanita mesti keliru bila ada “jenis ereksi” pada faktor durasi ereksi, kan? Secara amnya, setiap ereksi yang dialami oleh lelaki tidak sama. Ini boleh menimbulkan sedikit kekeliruan memandangkan selama ini kebanyakan individu beranggapan bahawa ereksi hanya disebabkan oleh rangsangan seksual.


Malah, ketika lelaki sedang kencing juga mereka mengalami ereksi. Jika anda sedar, ketika bangun tidur, anda akan mengalami ereksi walaupun anda sendiri tidak ingat apa yang anda mimpikan sebelumnya. Tiada rangsangan seks namun anda tetap mengalaminya, kenapa, ya?


Lelaki luangkan 25% waktu tidur malam dengan ereksi


Tahukah anda bahawa lelaki kebiasaannya mengalami ereksi secara purata, 5 kali sewaktu tidur? Sebab itulah agaknya kita digalakkan untuk memakai pakaian yang longgar ketika tidur. Bagi memberi ruang kepada ‘adik’ untuk bernafas.


Ereksi tersebut berlaku ketika anda sedang berada di dalam fasa kitaran tidur REM (rapid eyes movement). Setakat ini, terdapat dua teori yang diusulkan bagi memahami mengapa perkara ini berlaku:


Penghasilan hormon norepinefrin (hormon yang mengawal atur paras testosteron) jatuh
Peningkatan pada paras nitrik oksida ketika fasa tidur REM. Kehadiran bahan kimia ini akan menyebabkan salur darah arteri pada zakar mengembang. Aliran darah akan meningkat dan menyebabkan ereksi
Apabila anda bangun tidur dan mengalami ereksi, itu merupakan aktiviti normal fisiologi badan anda. Ia masih berada pada kitaran terakhir fasa REM dan akan beransur-ansur turun. Jangan percaya pada mitos yang menyatakan bahawa ereksi pada waktu pagi menandakan anda perlu kencing.


Menurut kajian oleh Universiti California, ereksi ketika ini berlangsung di antara 30 hingga 60 minit.


Dapatan kajian tidak tepatMungkin ada yang berpendapat bahawa purata durasi 5.4 minit sewaktu melakukan hubungan seks itu dikira sebagai sangat pendek. Seperti yang penulis bicarakan sebelum ini, durasi normal bagi setiap individu berbeza mengikut faktor-faktor tertentu.


Namun, kajian yang dijalankan tidak mengambil kira durasi ereksi normal semasa pasangan melakukan foreplay. Jarang atau tiada hubungan seks yang dilakukan tanpa foreplay. Ia penting bukan sahaja bagi menghangatkan hubungan seksual malah memastikan lelaki mengalami ereksi supaya mudah untuk bersetubuh kemudiannya.


Adakah 5.4 minit terlalu pendek jika dibuang foreplay dalam waktu pengiraan durasi ereksi? Kajian yang dijalankan pada tahun 2008 terhadap pakar terapi seks di Amerika Syarikat dan Kanada, waktu seks ideal adalah di antara 3 hingga 13 minit.


Mungkin ramai yang berfantasi untuk melakukan hubungan seks sehingga 1 jam namun, kajian tersebut menunjukkan hubungan seks melebihi 13 minit adalah terlalu lama. Maka, jika dilihat pada data tersebut, 5.4 minit merupakan purata durasi ereksi yang relevan.


Jangan mudah terpedaya dengan ubat yang menjanjikan kesan ereksi lama


Apa yang penting dalam hubungan seks di antara pasangan adalah toleransi dan perbincangan. Setiap individu mempunyai idea dan keinginan mereka yang tersendiri apabila ia berkaitan dengan hubungan seks.


Bagi setiap individu lelaki, masa durasi ereksi paling lama yang boleh dialami oleh mereka adalah ketika tidur. Bergantung kepada kitaran REM seseorang, ia berbeza mengikut individu. Jika anda mengalami durasi ereksi yang cukup untuk memberikan kepuasan seksual, tidak kiralah anda mengalami ereksi selama mana sekalipun, ia masih dikira normal.


Walau bagaimanapun, masalah lain seperti stres, ejakulasi pramatang dan sebagainya boleh mempengaruhi durasi ereksi tersebut. Dalam situasi ini, cara yang paling munasabah, bukanlah untuk mencari agen yang menjual ubat untuk keras. Sebaliknya, anda perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan rawatan jika perlu.


Tiada jawapan mudah kepada persoalan durasi normal bagi ereksi. Selagi ia tidak memberikan tekanan emosi, fizikal dan mental kepada anda atau pasangan, tiada sebab untuk anda menganggap ia merupakan satu masalah.


Perkara yang paling penting adalah jangan bandingkan durasi ereksi anda dengan individu lain. Selain daripada pelik, ia menunjukkan bahawa anda tidak faham peraturan mudah biologi bahawa setiap lelaki mempunyai durasi ereksi yang berbeza.


Konklusi
Jika anda mempunyai masalah berkaitan dengan ereksi, pastikan anda mendapatkan pemeriksaan perubatan. Penjagaan kesihatan seksual penting bagi memastikan aspek fizikal, emosi dan mental terjaga.


Jangan mudah terpedaya dengan ubat tahan lama dan ubat kuat yang sering dijual di internet. Tanpa pengawasan doktor, pengambilan ubat tersebut boleh menyebabkan komplikasi. Jenis Ereksi & Durasi Yang Lelaki Boleh Dapat Dalam Satu Malam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaomg.blogspot.com/2022/04/jenis-ereksi-durasi-yang-lelaki-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Tak Boleh Ambil 16 Jenis Makanan Ini Bila Sakit Doktor Kongsi Sebabnya

Anak Tak Boleh Ambil 16 Jenis Makanan Ini Bila Sakit Doktor Kongsi Sebabnya

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 256 hits
Bila dah mula bersekolah mula pergi ke pusat asuhan anak anak akan cepat jatuh sakit Bila menjaga anak anak yang sakit bukan hanya luaran sahaja yang perlu di ambil berat Pemakanan anak anak juga perlu dijaga sebaik mungkin Faktor pemakanan...
Segala Jenis Daun Termasuk Bunga Kantan Halia Serai Semuanya Boleh Frozen Setahun Pun Elok Lagi

Segala Jenis Daun Termasuk Bunga Kantan Halia Serai Semuanya Boleh Frozen Setahun Pun Elok Lagi

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 150 hits
Menjelang hari raya ramai yang akan buat persediaan untuk memasak Waktu inilah semua jenis daun dan herba untuk buat rendang dan sebagainya sold out Kena cari merata kedai baru jumpa Supaya kejadian ini tak berlaku pada kita tahun ini bette...
Doktor Kongsi Jenis Jenis Makanan Yang Boleh Tambah Berat Anak

Doktor Kongsi Jenis Jenis Makanan Yang Boleh Tambah Berat Anak

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 215 hits
Hati mak mana yang tak risau bila tengok berat badan anak tak naik naik Dah makan tapi tetap tak naik naik juga sehingga menyebabkan berat badanya kurang normal Bila anak makin melidi tentu sekali ibu akan berasa bimbang Menurut perkongsian...
Jelang Libur Lebaran Satu Hari Bin Suntik 8 444 Dosis Vaksin Covid 19 Di Aceh

Jelang Libur Lebaran Satu Hari Bin Suntik 8 444 Dosis Vaksin Covid 19 Di Aceh

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 198 hits
Menurutnya vaksinasi bertujuan untuk menangkal penyebaran Covid 19 selama momen Ramadan dan Lebaran Hal ini mengingat aktivitas dan interaksi masyarakat di dua momen tersebut memang mengalami peningkatan signifikan
Song Jihyo Kim Jongkook Jawab Soalan Pernah Tak Hati Berbunga Dek Satu Sama Lain

Song Jihyo Kim Jongkook Jawab Soalan Pernah Tak Hati Berbunga Dek Satu Sama Lain

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 191 hits
Tak dinafikan ramai yang mahu melihat Kim Jong kook dan Song Ji hyo bersama sebagai pasangan kekasih ARTIKEL BERKAITAN Terbaru mereka berkongsi pelbagai cerita mengenai hubungan antara satu sama lain selain pelbagai episod mengenainya dalam...
Pelakon Mak Wan Latah Dicer4ikan Dengan Taiak Satu Perkahwinan Hanya Bertahan 3 Bulan

Pelakon Mak Wan Latah Dicer4ikan Dengan Taiak Satu Perkahwinan Hanya Bertahan 3 Bulan

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 312 hits
HARAPKAN panas sehingga ke petang namun hujan di tengah hari Begitulah perumpaan yang dapat disimpulkan terhadap nasib yang menimpa pelakon veteran Mak Wan Latah selepas suaminya Husain Dolah melafazkan talak satu selepas tiga bulan berkahw...
Gudang Ban Di Kaltim Terbakar Satu Orang Dievakuasi Ke Rumah Sakit

Gudang Ban Di Kaltim Terbakar Satu Orang Dievakuasi Ke Rumah Sakit

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 165 hits
Bengkel sekaligus gudang distributor ban di Rinding Teluk Bayur kabupaten Berau Kalimantan Timur terbakar Sabtu Satu orang dievakuasi ke rumah sakit diduga kelelahan dan mengalami sesak napas
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan