Jenis Carseat Mengikut Umur Anak
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Jenis Carseat Mengikut Umur Anak | Sejak seminggu yang lepas, kecoh pasal dasar kerajaan yang mewajibkan kanak-kanak bawah 12 tahun menggunakan carseat atau tempat duduk khas untuk kanak-kanak di dalam kereta.
Dasar ini mengundang perbalahana antara netizen... Tapi pendapat MF, pernah MF suarakan dalam entry ini.
Apa pun, dasar ini MF suka cuma perlu ditelitikan lagi lah... sebab kekangan ekonomi dan pelbagai faktor lain juga.
Bagi ibu bapa yang dah sedang merancang kelahiran anak, atau sedang usaha untuk adakan carseat untuk anak, pasti pening juga nak pilih jenis carseat yang ada dipasaran. Macam-macam jenama dan macam-macam patern dan jenis.
Jadi, sebelum membeli pastikan ianya berbaloi... Kalau tak membazir, sebab harga carseat bukan murah.
Jenis Carseat Mengikut Umur Anak
Ada beberapa jenis carseat di pasaran dan ianya diciptakan mengikut kegunaan dan usia. Antaranya:
1. Carseat untuk bayi baru lahir 0 hingga 2 tahun
Carseat untuk bayi baru lahir 0 hingga 2 tahun
Convertible safety seats : Safety seat ini boleh digunakan secara dua hala – menghadap ke belakang dan menghadap ke depan.
Tetapi safety seat ini perlu berada di dalam kedudukan menghadap ke belakang sehingga anak berusia lebih dari 2 tahun dan telah mencapai berat badan kira-kira 13kg.
Boleh digunakan dalam kedudukan menghadap ke depan sehingga kanak-kanak berumur 4 tahun atau had berat badan atau saiz badan.
MF ada satu jenis ni... Dari anak sulung sampai anak sulung pakai jenis ni... Tapi tahan sampai setahun je sebab memang jenis kecil. MF beli jenama MyDear.
2. Carseat untuk anak usia 2 tahun ke atas.
Carseat untuk anak usia 2 tahun ke atas.
Combination seats: Safety seat yang menghadap ke depan ini ialah kerusi yang boleh digunakan selepas anak telah mencapai had berat menghadap ke belakang dan berusia sekurang-kurangnya 2 tahun.
Anak perlu memakaikan 5-point harness sehingga dia telah mencapai had berat maksimum kerana ia masih lebih selamat dari memakai tali keledar pinggang.
Bila anak dah mencapai had berat 5-point harness itu, barulah tali pinggang boleh digunakan dengan carseat tersebut.
3. Carseat untuk anak usia 9 hingga 12 tahun.
Carseat untuk anak usia 9 hingga 12 tahun.
Booster seat: Safety seat yang menghadap ke depan ini adalah untuk kanak-kanak yang lebih dari 18kg.
Ia perlu digunakan sehingga kanak-kanak itu 142cm tinggi dan ketinggian ini biasanya dicapai antara 9 dan 12 tahun. Belikan jenis yang mempunyai sandaran kepala kerana jenis ini lebih selamat.
Tapi bagi yang anak besar, boleh cari jenis booster yang lebih ringkas. Atau cari seatbelt for children macam ni: 👇
Tapi untuk anak yang besar, dan tak muat nak letak carseat kan... Cuma kat tengkuk tu better pakai bantal untuk sokongan leher tu.
Bab carseat MF tak nak komen lebih la sebab ragam anak ni tak sama.
Apa pun, carseat hanya sebagai usaha kita. Tiada carseat yang paling bagus dan selamat. Semuanya dengan izin Allah. Bagi ibu bapa yang tak mampu atau ada alasan yang lebih kukuh tak guna carseat, mesti ada usaha lain juga diorang buat untuk pastikan anak-anak selamat semasa dalam perjalanan.
Yang penting, kita usaha dan doa.. Amalkan pemanduan selamat dan patuh undang-undang jalanraya serta jaga akhlak di jalan serta hak jalan juga usaha untuk pastikan kita selamat. Doa, zikir dan tawakal juga antara kita sebagai seorang Islam kan... Jadi, jangan pertikaikan hal orang lain.
Kita usaha cara kita cukuplah. Fikir yang baik-baik, doa yang baik-baik.. Insha Allah yang baik-baik sentiasa di keliling kita.
Sumber gambar: Google images
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2019/11/jenis-carseat-mengikut-umur-anak.html