Jenama Kasut Sekolah Abaro Kekal Dedikasi Ringankan Beban Keluarga B40 Orang Asli
ABARO, sebuah jenama kasut Malaysia yang berdedikasi dan inovatif, baru-baru ini menamatkan kempen Kembali Ke Sekolah, yang berjaya menyatukan pelanggannya dalam menyediakan keperluan kasut sekolah untuk pelajar yang kurang bernasib baik.
Kuasa tindakan kolektif ini adalah sebahagian daripada inisiatif jangka panjang ABARO, ‘Shoes For You. Hopes For Them.’ ABARO komited untuk menyumbang RM1 bagi setiap pasang kasut sekolahnya yang dijual sepanjang kempen yang berlangsung selama tiga bulan ini.
1,000 Pelajar Dapat Kasut Sekolah ABARO!
Kevin Soh, Ketua Pegawai Operasi ABARO berkata, “Kami cukup gembira kerana inisiatif yang luar biasa ini akan memberikan impak positif kepada kehidupan 1,000 pelajar dari komuniti B40 dan Orang Asli. Pengagihan kasut sekolah kepada 1,000 pelajar ini akan dijalankan secara berperingkat. Oleh kerana ABARO terletak di Klang, bantuan akan disalurkan di kawasan berdekatan bermula dengan dua sekolah rendah di Klang dan satu sekolah di komuniti Orang Asli di Jenjarom.
Sebanyak 300 pelajar akan menerima bantuan kasut sekolah bagi fasa pertama pada bulan Julai nanti. Sumbangan seterusnya kami merancang untuk meluaskan bantuan ini ke sekolah-sekolah di kawasan Lembah Klang yang akan dilaksanakan dalam tahun ini juga.”
Menyatakan penghargaan atas sokongan yang diterima daripada pelanggan yang membolehkan ABARO menangani keperluan mendesak para pelajar yang kurang bernasib baik, serta memupuk rasa tanggungjawab sosial dan komuniti yang kuat, Soh menambah.
Kempen Ringankan Beban Keluarga B40 & Orang Asli
“Kami telah lama memikirkan cara terbaik untuk melaksanakan projek CSR bersama pelanggan demi membantu mereka yang memerlukan. Tahun ini, kami memperkenalkan Kempen Kembali Ke Sekolah ABARO yang mengintegrasikan elemen CSR buat pertama kalinya dan inisiatif ini adalah bukti bahawa banyak yang boleh dicapai apabila kita bekerjasama.
Kempen ini membolehkan kami meringankan beban keluarga B40 dan Orang Asli. Mewakili ABARO, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan setia kami atas penyertaan mereka dalam kempen ini, yang menjadikan sumbangan sederhana ini bermakna dan memberikan impak yang besar.”
Inisiatif ‘Shoes For You. Hopes For Them’ adalah teras kepada DNA ABARO, dan atas sebab itulah ABARO akan terus memperluaskan usaha tanggungjawab sosialnya menerusi kerjasama strategik bersama syarikat-syarikat bagi membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukan. “Kami di Senheng gembira dapat bekerjasama dengan ABARO untuk inisiatif CSR ‘Shoes For You, Hopes For Them’ pada tahun 2023.
ABARO Kekal Dedikasi Untuk Bantu Yang Memerlukan
Misi kami, “Together, towards better quality of living” adalah sejajar dengan usaha ABARO. Ia amat menggembirakan melihat senyuman di wajah pelajar-pelajar apabila menerima sumbangan, kerana sepasang kasut sekolah baharu bukan sahaja melindungi kaki mereka tetapi membuatkan mereka lebih yakin untuk terus meneroka dunia.
Dedikasi ABARO untuk menjalankan projek CSR ini benar-benar mengagumkan, daripada perancangan sampai proses pengagihan dilakukan dengan penuh sistematik dan teratur.
Usaha ini juga dapat memberi pelajar harapan dan keazaman baharu untuk menempuh kehidupan dengan masa depan yang lebih cerah,” kata Cik Tai Tze Yen, Naib Presiden Pemasaran Dan Komunikasi, Senheng Electric (KL) Sdn Bhd.
Kasut Sekolah Praktikal Dengan Ciri ABARO DryTechTM & ABARO NameTechTM
Usaha dan dedikasi ABARO ini juga dapat dilihat melalui pelbagai pengiktirafan dan anugerah yang diterima, antaranya ialah ‘Jenama Pilihan Pa&Ma 2023’, Nanyang Superb Brand 2023, dan Sin Chew Business Excellence Awards 2023.
“Di ABARO, kami percaya bahawa kasut sekolah adalah keperluan asas yang melindungi kaki pelajar daripada kecederaan dan basah, terutamanya di negara tropika seperti Malaysia dengan lebih daripada 200 hari berhujan setiap tahun.
Oleh itu, kami mengeluarkan kasut sekolah yang praktikal dengan ciri-ciri seperti ABARO DryTechTM dan ABARO NameTechTM untuk memberikan keselesaan dan perlindungan, supaya pelajar boleh bebas meneroka dunia mereka setiap hari.”
“Seperti kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat, kami percaya bahawa usaha kolektif kami boleh mencipta impak yang luar biasa untuk perubahan yang positif. Dalam semangat kami untuk menerajui inisiatif ini dan terlibat secara peribadi dalam menyediakan keperluan kasut sekolah kepada pelajar yang kurang bernasib baik, kami juga menyedari bahawa banyak lagi yang boleh dicapai dengan sumber-sumber tambahan.
Oleh itu, bagi pihak ABARO, saya ingin menjemput lebih banyak syarikat dan organisasi untuk menyertai kami menerusi inisiatif ini dengan harapan bersama-sama kita boleh memberikan impak yang lebih besar dan mampan,” kata Soh.
The post Jenama Kasut Sekolah ABARO Kekal Dedikasi Ringankan Beban Keluarga B40 & Orang Asli appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/jenama-kasut-sekolah-abaro-kekal-dedikasi-ringankan-beban-keluarga-b40-orang-asli/