Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs A
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A. Syukur alhamdulillah dikurniakan rezeki masa dapat memenuhi jemputan kahwin anak cousin Mrs. A. Cousin Mrs. A ini mesra di sapa Kaklang Nora. Kaklang Nora adalah cousin Mrs. A di sebelah arwah abah, arwah abah Mrs. A dan emak Nora adalah adik-beradik
Majlis diadakan di Astana Kayangan Zemi, Seremban 2. Beberapa hari sebelum itu Alang, Angah dan Mrs. A dah berpakat nak hadir dan janji masa sampai di dewan lebih kurang sama. Alang yang dari KL balik ke kampung sehari sebelum majlis. Lagipun memang dia dah plan nak bawa emak sekali. Sementara Angah dari Melaka terus ke dewan begitu juga dengan Mrs. A. Untuk majlis kali ini Mrs. A hadir bersama Along dan Adik sahaja Mr. A tidak dapat hadir kerana ada program lain
Pengantin perempuan adalah anak sulung Nora. Kiranya ini majlis kenduri kahwin sulung buat Nora. Risau betul dia, banyak kali beliau minta doakan majlis berjalan lancar ialah mesti berdebar-debarkan dahlah seorang diri menguruskan kerana suami beliau telah pergi dahulu menemui penciptaNYA
Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A.
Sedara-mara bergambar bersama pengantin
Sini ada cousin anak arwah Makngah Jelebu, arwah Paklong Paroi dan arwah abah Mrs. A depa panggil Pakcik Lubok China cuma yang sorang berdiri baju hijau cair tu mak busu
Emak dan sister-in-law nieces/ nephews Mrs. A
Mrs. A ajak emak selfie tapi tak tahu nak pandang mana hahahaa...
Baju purple kaklang Nora emak perantin sebelahnya Mrs.Shamsul
Syukur alhamdulillah majlis berjalan lancar. Paling happy dapat berjumpa dengan ramai cousin Mrs. A dan juga sedara-mara yang hadir. Semoga ukhwah yang terjalin akan sentiasa mekar hingga ke Jannah
Buat anakanda Nora, Syaza dan Azmi aunty ucapkan selamat pengantin baharu moga kekal berbahagia hingga ke Jannatul Firdausi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2024/02/Jemputan-kahwin-anak-cousin-Mrs.A.html