Jemaah Umrah Malaysia Meninggal Di Raudhah Masjid Nabawi Madinah


Seorang jemaah Malaysia yang sedang menunaikan umrah dilaporkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Raudhah, Masjid Nabawi jam 9 malam waktu tempatan.
Siti Faridah Ahmad, 64, dari Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda yang bertolak pada 24 November lalu masih berbaki empat hari lagi untuk pulang ke tanah air dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 12 tengah hari, 5 Disember ini.
Namun, perjalanan umrahnya kali ini sangat istimewa kerana dijemput Ilahi untuk bersemadi di Kota Suci Madinah.
Mutawif Fadlim Travel, Nurulaswar Nasron berkata, allahyarhamah Siti Faridah dalam keadaan baik dan sihat sebelum kejadian selain sempat berkumpul dan merakamkan gambar kenangan bersama beliau dan jemaah lain 15 minit sebelum kejadian.
“Allahyarhamah terjatuh ketika dalam langkahnya menuju ke Raudhah iaitu Satu ruangan dalam Masjid Nabawi yang dijadikan pusat tumpuan jemaah untuk berdoa selain berdekatan dengan makam Rasulullah SAW,” katanya.
“Mangsa dibawa ke Hospital Al-Ansar di Madinah untuk dirawat namun disahkan meninggal dunia,” katanya.
Menurut Nurulaswar, maklumat kematian dimaklumkan kepada Kedutaan Malaysia bagi memperoleh surat kebenaran untuk urusan pengebumian selain memaklumkan ahli keluarga yang berada di Kota Kuala Muda, Kedah.
Menurutnya, beliau dan agensi bersyukur apabila urusan pengebumian berjalan lancar dan diuruskan pihak pengurusan Masjid Nabawi.
“Arwah disemadikan di Baqi yang terletak bersebelah Masjid Nabawi selepas solat Zohor ini,” katanya.
Raudhah adalah ruang dalam Masjid Nabawi yang menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia berdoa dan dikatakan antara tempat paling mustajab untuk berdoa.
Bersebelahan Raudhah terdapat makam Nabi Muhammad SAW dan dua sahabat nabi iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khatab.
Mak siap kelengkapan nak meninggal di tanah haram
“Kalau mak meninggal, mak dah siapkan semua kelengkapan mak, ambil ja dalam beg ni, telekung semua mak dah siap,”
Demikian pesanan Siti Faridah Ahmad, 64, jemaah umrah yang meninggal dunia di Madinah awal pagi tadi kepada anaknya, Noor Hashimah Sabdin, 33.
Menurut Noor Hashimah, arwah yang sudah 12 kali menunaikan umrah pernah memasang niat untuk meninggal dunia di Mekah atau Madinah, membolehkan dia berusaha berkunjung ke tanah suci saban tahun jika diberi kesempatan.
“Itu yang mak pesan kat anak-anak, dia siap dah kelengkapan semua.
“Mak juga pernah kata kat kawan dia, kalau boleh dia nak meninggal dunia di Mekah atau Madinah, bila dapat tau berita kematian ini, maka termakbullah hajat mak,” katanya.
Menurut Noor Hashimah, berita kematian disampaikan mutawif yang mengendalikan perjalanan umrah yang disertai Siti Faridah pada jam 3.35 pagi tadi waktu Malaysia, lima minit selepas arwah disahkan meninggal dunia.
“Seluruh ahli keluarga bersedih tapi jauh di sudut hati rasa amat bersyukur sebab mak dijemput Ilahi di tempat paling suci iaitu semasa dalam perjalanan menuju ke Raudhah, Masjid Nabawi.
“Mak pesan pada abang (anak sulung) sebelum bertolak supaya jaga adik-adik, kami semua lima beradik dan adik bongsu dah meninggal dunia pada 2014. Arwah ayah pun dah meninggal tiga tahun lepas, sejak itu, saya duduk dengan mak.
“Bila arwah mak tiada, rasa sangat kehilangan, kami tahu dia pergi umrah macam biasa, macam tahun-tahun lepas, tetapi tahun ini berbeza sekali, dia pergi buat selama-lamanya. Moga Allah terima mak, terima segala amalan mak, Insha-ALLAH,” katanya.
Menurut Noor Hashimah, antara kenangan paling manis, arwah ibunya sempat menghantar kiriman gambar dirinya buat kali terakhir pada pagi sebelum arwah meninggal dunia.
“Raudhah tu taman-taman syurga, depa kata mak jatuh masa melangkah ke Raudhah, anak-anak mak doakan, mak kini sedang melangkah ke syurga, Insha-ALLAh,” katanya.

Nurul Aswar (kanan) sempat merakamkan gambar kenangan bersama jemaah yang dikendalikannya termasuk arwah Siti Faridah (dua kiri) 15 minit sebelum kejadian.
Kematian Mak Lang dicemburui umat Islam seluruh dunia
Pemergiannya turut dirasai mutawif yang menguruskan jenazah arwah, Nurul Aswar Nasron [gambar atas], yang berkongsi pengalaman menakjubkan kerana berpeluang menguruskan jenazah wanita yang dikatakan suka bersedekah sepanjang hayatnya.
Menurut Nurul Aswar, Siti Faridah yang lebih mesra dipanggil Mak Lang dikenali sebagai seorang yang lembut tutur bicaranya.
“Tinggal lah Mak Lang di sini bersama lebih 100,000 para syuhada dan sahabat Nabi, berbahagialah Mak Lang. Esok, kami semua akan berangkat pulang ke Malaysia menyambung perjalanan hidup kami yang masih berbaki.
“Kisah Mak Lang pasti akan membuatkan air mata kami mengalir,” coretnya.
Menurutnya, biarpun perlu melalui pelbagai prosedur termasuk mendapatkan kebenaran rasmi dari waris, dokumen pengesahan pihak berkuasa, permit kubur dan pelbagai urusan lain, akhirnya proses pengebumian di Perkuburan Baki mendapat keizinan kerajaan Arab Saudi melalui pengurusan Masjid Nabawi.
“Alhamdulillah, proses pengurusan jenazah Allahyarhamah Mak Lang Hajah Faridah lancar, walaupun banyak prosedur yang perlu dilakukan, namun ianya memberi pengalaman yang sangat berharga.
“Bila dah dapat surat dari balai polis, terus ke Masjid Bir Ali (tempat miqat) untuk tujuan pengecaman jenazah, Alhamdulillah selepas itu ambulans membawa jenazah ke Masjid Nabawi untuk dimandi dan disolatkan,”katanya.
Menurut Nurul Aswar, perjalanan pulang ke Malaysia esok sudah pasti dirasakan amat berat serta suatu kehilangan besar bagi 46 jemaah kumpulan itu kerana terpaksa meninggalkan Mak Lang bersama ‘kekasih ALLAH’ yang lain di pusara indah yang sudah tertulis buatnya. – Sumber ihsan Sinar Harian
KLIK BACA: Rafizi: Terbukti, saya sanggup ke penjara kerana Tabung Haji
KLIK BACA: Tabung Haji palsukan akaun, dana kurang 4 bilion dari 64 bilion yang dideposit
KLIK BACA: Jho Low kaya raya kini hidup macam TIKUS – Dr Mahathir
KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu
KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah
KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah
The post Jemaah Umrah Malaysia meninggal di Raudhah, Masjid Nabawi, Madinah appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/190584/jemaah-umrah-malaysia-meninggal-di-raudhah-masjid-nabawi-madinah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ww Gelagat Qaid Dan Zayyan Di Masjid Nabawi Madinah

Ww Gelagat Qaid Dan Zayyan Di Masjid Nabawi Madinah

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 207 hits
Dua beradik ini sekarang berada di Madinah bersama kedua ibubapa mereka dalam perjalanan ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dan mengurniakan kesihatan yang baik buat mereka Aamiin
Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays

Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 485 hits
Jadilah Jemaah Bijak Memilih Pakej Umrah Eksklusif Raza Holidays Assalammualaikum semua Alhamdulillah hari ni bersempena Maulidur Rasul ruby siap juga artikel ni Walaupun ia adalah berkenaan pakej Umrah tetapi semasa sesi wawancara pada bul...
Usah Ragu Ragu Lagi Kata Malaysia Negara Islam

Usah Ragu Ragu Lagi Kata Malaysia Negara Islam

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 301 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Empat negeri belum gubal enakmen menghalang pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam tidak hormat undang undangKUALA LUMPUR Empat negeri tidak hormat undang undang Sudah 60 tahun merdeka tapi masih belum mel...
Piala Aff Suzuki 2018 Malaysia Tepati Ramalan Ke Separuh Akhir Tewaskan Myanmar 3 0

Piala Aff Suzuki 2018 Malaysia Tepati Ramalan Ke Separuh Akhir Tewaskan Myanmar 3 0

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 320 hits
24 November 2018 11 14 PM KUALA LUMPUR Skuad Harimau Malaya melangkah penuh bergaya ke separuh akhir Kejuaraan Piala AFF Suzuki 2018 selepas menewaskan Myanmar 3 0 pada perlawanan terak
Pakej Perkahwinan Lengkap Di Malaysia Wedding Festival Edisi Ke 21

Pakej Perkahwinan Lengkap Di Malaysia Wedding Festival Edisi Ke 21

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 303 hits
Nak cari pakej kahwin Korang merancang untuk melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan masih lagi belum buat persiapan majlis atau pun masih lagi tercari cari pakej perkahwinan yang sesuai untuk majlis nanti Kalau ini masalah yang sedan...
Malaysia Akan Punyai Universiti Wakaf Pertama Bawah Maiwp

Malaysia Akan Punyai Universiti Wakaf Pertama Bawah Maiwp

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR Malaysia bakal mempunyai universiti wakaf pertama di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata bagi merealisasikan hasrat itu dua kolej universi
Malaysia Negara Majoriti Muslim Tapi Suara Songsang Diraikan

Malaysia Negara Majoriti Muslim Tapi Suara Songsang Diraikan

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 256 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Ketuanan syarak tonggak negara Islam bukan ketuanan rakyatKUALA LUMPUR Ketuanan syarak adalah tonggak bagi sesebuah pemerintahan dan negara Islam tegas Ketua Penyelidik Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Um...
Let S Start Dialogue For A New Malaysia

Let S Start Dialogue For A New Malaysia

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 560 hits
ADUN SPEAKS It is indeed worrying that racial tensions have been rising after the controversial Icerd made headlines recently The question now before us is how to make this New Malaysia work for all Malaysians regardless of race and religio...
Tahniah Umat Islam Malaysia

Tahniah Umat Islam Malaysia

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 367 hits
Alhamdulilah Namun barang di ingat Musuh Islam tidak akan pernah berhenti dari berusaha untuk menghancurkan Agama Islam Hubaya hubaya Tapi paria hindraf tetap ada dalam kabinet tu Maknanya masih ada api dalam sekam masih ada musuh dalam sel...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti