Jemaah Haji Terkandas Lesen Agensi Pelancongan Boleh Dibatalkan


Bernama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan memanggil pemilik syarikat pelancongan yang terbabit dalam kes jemaah haji terkandas di untuk mendapatkan penjelasan dalam masa terdekat dan membuat siasatan lanjut. - Gambar hiasan  

PUTRAJAYA: Lesen agensi pelancongan yang terlibat dalam kes 26 jemaah haji Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah boleh dibatalkan jika didapati melakukan kesalahan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Menurut beliau, kementerian akan memanggil pemilik syarikat terbabit untuk mendapatkan penjelasan dalam masa terdekat dan membuat siasatan lanjut.

"Kita akan lihat kalau syarikat ini berdaftar dengan kementerian dan lesen mereka dikeluarkan oleh kementerian.

"Kalau dia (syarikat) salah guna lesen dan menyebabkan jemaah ini terkandas dan dihantar balik, kemungkinan besar kita akan batalkan lesen," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

BACA: 26 rakyat Malaysia terkandas di Jeddah

Mohamaddin berkata, tindakan tegas itu bertujuan memberi pengajaran kepada agensi pelancongan lain supaya tidak sewenang-wenangnya menyusahkan jemaah yang ingin menunaikan haji atau umrah.

Ditanya mengenai tindakan syarikat terbabit menggunakan khidmat orang tengah untuk menguruskan visa jemaah, Mohamaddin berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"Apabila kita luluskan syarikat ini untuk mengendalikan (haji dan umrah) dia perlu kendalikan secara terus bukan pakai orang tengah.

"Ini pun adalah satu kegagalan syarikat kerana dia sendiri tidak urus, dia pakai orang tengah pula," katanya.

Semalam, seramai 26 jemaah rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah kerana memiliki visa haji Furada yang tidak sah, menyebabkan mereka terpaksa diterbangkan pulang ke Malaysia.

Visa haji Furada mereka, iaitu visa haji yang diperoleh dengan berurusan secara terus dengan Kedutaan Arab Saudi, tidak dapat disahkan oleh pihak Imigresen Arab Saudi.

Kumpulan yang terdiri daripada 12 lelaki dan 14 wanita itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi. - BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/jemaah-haji-terkandas-lesen-agensi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkandas Sebab Visa Jemaah Haji Pulang Ke Malaysia Dengan Air Mata

Terkandas Sebab Visa Jemaah Haji Pulang Ke Malaysia Dengan Air Mata

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 432 hits
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai isu jemaah haji yang menggunakan agensi untuk menunaikan ibadah tersebut terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah disebabkan masalah visa Jemaah yang dilaporkan seramai 26 orang itu tidak ...
Imbas Pasport Keluar Muka Lain 26 Jemaah Haji Malaysia Terkandas Di Jeddah

Imbas Pasport Keluar Muka Lain 26 Jemaah Haji Malaysia Terkandas Di Jeddah

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 374 hits
Asslamaualaikum dan selamat sejahtera 26 orang jemaah haji rakyat Malaysia yang menerima visa yang pastinya bukan melalui Tabung Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah selepas imigresen Arab Saudi mendapati n...
Para Jemaah Haji Mungkin Terdedah Suhu Sangat Panas Tahun Ini

Para Jemaah Haji Mungkin Terdedah Suhu Sangat Panas Tahun Ini

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 519 hits
Suhu semasa musim haji pada tahun ini dijangkakan mencapai 50 darjah Celsius pada beberapa hari yang tertentu Pihak Meteorologi Umum dan Perlindungan Alam Sekitar Arab Saudi juga menjangkakan kelembapan mencapai 85 peratus dan secara langsu...
Musim Haji Tiba Lagi Apa Yang Boleh Dilakukan Buat Ahli Keluarga Yang Akan Berangkat Pergi

Musim Haji Tiba Lagi Apa Yang Boleh Dilakukan Buat Ahli Keluarga Yang Akan Berangkat Pergi

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 1333 hits
Musim haji tiba lagi Dijadualkan bahawa penerbangan pertama jemaah Haji dari Malaysia akan berangkat pada 4 Julai ini Pasti sekarang mereka yang terlibat termasuklah petugas haji sedang melakukan persiapan terakhir bagi memastikan perjalana...
Menag Pastikan Tenda Yang Terbakar Di Mina Bukan Untuk Jemaah Haji Indonesia

Menag Pastikan Tenda Yang Terbakar Di Mina Bukan Untuk Jemaah Haji Indonesia

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 288 hits
Amirul Hajj Lukman Hakim Saifuddin menyebut kebakaran yang terjadi di Mina menimpa sejumlah tenda yang akan ditempati oleh jemaah dari Asia Tengah dan Asia Selatan
59 Calon Jemaah Haji Di Jatim Tertipu Setelah Dapat Seragam

59 Calon Jemaah Haji Di Jatim Tertipu Setelah Dapat Seragam

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 305 hits
Sebanyak 59 orang berseragam haji melapor ke Sentra Pelayanan Kepolisian Terpadu Polda Jatim Warga yang berasal dari beberapa daerah di Jatim ini merasa tertipu karena tak jadi berangkat haji Sebelumnya 59 orang tersebut sempat diajak berke...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya