Jelajah Pksk Terengganu Bersama Fly High Tingkat Keyakinan Anak


Minggu lepas, saya berpeluang menghantar Auni ke bengkel Jelajah PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus) di bawah anjuran Fly High Education Centre. Bengkel yang berlangsung selama dua hari di Dewan Kenanga TER, Terengganu ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 6.00 petang.




Ini merupakan bengkel PKSK pertama Auni secara bersemuka bersama Fly High. Kalau sebelum ini, Auni hanya sertai kelas secara atas talian tapi kali ini, ia merupakan pengalaman baru buat Auni. Berjumpa dan berkenalan dengan sahabat baru dan bertemu secara face-to-face dengan tenaga pengajar membuatkan Auni bagai burung murai tercabut ekor, asyik bercerita pengalaman mengujakan beliau menghadiri bengkel secara bersemuka ini kepada kami.


Pengalaman ini sangat bermakna bukan saja kepada Auni malah kepada saya juga kerana ia membuka mata saya tentang betapa pentingnya membuat persediaan awal sebelum menghadapi PKSK. Sesi bersama Cikgu Shahril dan Cikgu Koala merupakan waktu paling menyeronokkan bagi Auni namun, saat yang paling tak dapat dilupakan adalah sewaktu slot motivasi bersama angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar.




Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan pengalaman sepanjang dua hari Auni mengikuti jelajah ini dari segi suasana, subjek yang dipelajari, hingga ke kemuncak program. Moga perkongsian ini dapat membantu ibu bapa lain yang mungkin sedang mencari maklumat tentang jelajah PKSK atau sedang membuat pertimbangan untuk menghantar anak pada sesi akan datang.


Apa Itu Jelajah PKSK Fly High? PKSK atau Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus adalah ujian yang wajib diambil oleh pelajar Tahun 6 yang berhasrat untuk memohon masuk ke sekolah khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Bagi pelajar yang tidak berhasrat menyambung pelajaran ke sekolah khusus, mereka tidak perlu menduduki ujian PKSK.


Jelajah PKSK akan datang di Shah Alam

Jelajah PKSK di bawah anjuran Fly High Education Centre pula merupakan inisiatif para guru daripada Fly High Education Centre untuk membantu pelajar tahun enam membuat persediaan berfokus bagi ujian PKSK. Ia bukan sekadar kelas biasa tetapi lebih kepada simulasi, bimbingan, dan motivasi supaya pelajar lebih yakin dan faham tentang bentuk soalan serta strategi menjawab.


Suasana Hari Pertama (15 Ogos 2025) Seawal pagi lagi ibu bapa sudah memenuhi ruang Dewan Kenanga TER. Saya tiba mengikut masa, namun tak sangka pula dewan sudah pun dipenuhi pelajar dan ibu bapa. Terpaksa Auni duduk di tempat duduk belakang kerana kerusi di hadapan telah penuh. Ibu bapa yang menghantar anak juga turut dibenarkan berada di bahagian belakang dewan buat sementara waktu sebelum sesi pembelajaran dimulakan. Jadi sempatlah saya rakam beberapa keping gambar Auni ketika berada di dalam dewan untuk dijadikan kenangan.




Ibu bapa yang hadir bukan sahaja daripada sekitar bandar Kuala Terengganu sahaja malah ada yang turut datang daripada Dungun dan Setiu demi untuk memastikan kejayaan anak-anak dalam pelajaran mereka. Hari pertama dimulakan dengan subjek Matematik yang dikendalikan dalam suasana penuh gelak tawa anak-anak. Meskipun hanya untuk seketika, saya tinggalkan dewan dengan rasa gembira setelah melihat sesi pembelajaran yang dijalankan dalam suasana penuh santai dan ceria. Tentu Auni teruja dan tak mengantuk di dalam dewan.


Tiga sesi pembelajaran yang dijalankan pada hari tersebut adalah Matematik, English dan Pengetahuan Am. Manakala untuk slot khas, sesi bersama Ustazah Dr Widad pula membicarakan soal ulul albab. Saya tak perlu risau tentang soal makan Auni kerana makanan disediakan oleh pihak Fly High dan surau untuk solat juga turut tersedia. Kelas berakhir sekitar jam 5.30 petang.


Suasana Hari Kedua (16 Ogos 2025) Hari kedua lebih menarik kerana selain sambungan sesi akademik, Auni berpeluang untuk bertemu mata dengan angkasawan negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shah melalui slot motivasi. Kehadiran angkasawan negara memberi aura luar biasa di dewan apabila banyak cerita mengenai pengalaman sewaktu berada di angkasa lepas menjadi topik perkongsian Dr Sheikh Muszaphar. Beliau turut berkongsi pengalaman bagaimana disiplin, fokus, dan keberanian membawanya ke angkasa lepas.


Pening juga kepala saya sepulangnya Auni ke rumah kerana tiba-tiba sahaja soalan Auni banyak berkisarkan tentang angkasa lepas seperti kenapa planet Marikh berwarna merah, adakah bakteria hidup di angkasa lepas dan banyak lagi soalan berkenaan outer space. Semua gara-gara slot motivasi dengan angkasawan negara terus membuka minda Auni tentang kehidupan yang wujud di ruang angkasa lepas. 




Sesi akademik lainnya yang dijalankan pada hari kedua adalah Bahasa Melayu, Sains dan Kecerdasan Insaniah. Yang paling banyak Auni sebut tentulah kelas Cikgu Koala dan sesi slot motivasi! Sebagai ibu, hati saya memang gembira. Inilah yang saya harapkan, Auni bukan sekadar dapat ilmu, tetapi juga semangat dan inspirasi.

Apa Anak Saya Dapat Daripada Jelajah Ini Selepas dua hari penuh dengan pengisian, saya perasan beberapa perubahan pada Auni. Auni nampak lebih yakin dan bersemangat apabila berbicara tentang PKSK. Saya sendiri juga kini semakin jelas tentang PKSK setelah melihat cara Auni menjawab soalan daripada buku PKSK yang kami dapatkan daripada Fly High. Buku ini ada dijual di bahagian pendaftaran sewaktu jelajah ini berlangsung.




Auni juga semakin faham cara untuk membina strategi bagi menjawab soalan terutama bagi soalan Matematik yang melibatkan lebih banyak struktur pengiraan. Motivasi Auni untuk berjaya juga nampak lebih ketara setelah sesi bersama angkasawan negara berakhir, mungkin Auni terinspirasi daripada pengalaman sebenar yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar dalam slot motivasi. 

Kelebihan Sertai Jelajah PKSK Untuk ibu bapa yang mungkin masih berkira-kira samada nak hantar anak sertai jelajah ini atau tidak, saya sangat cadangkan untuk ibu bapa mendaftar tanpa fikir panjang! Saya senaraikan apa kebaikan yang anak saya perolehi hasil daripada sertai Jelajah PKSK ini untuk rujukan ibu bapa.


Sepulangnya Auni daripada bengkel, mulutnya umpama bertih digoreng kerana bercakap tanpa henti tentang sesi yang disertainya. Banyak cerita menyeronokkan Auni ceritakan termasuklah tentang dua sahabat baru yang dikenalinya sewaktu di bengkel. Daripada sini saya tahu bahawa bengkel ini berjaya menarik minat Auni untuk belajar dan mencuba sesuatu yang baru.




Auni kini sudah dapat pendedahan awal tentang ujian sebenar PKSK. Kalau sebelum ini, Auni agak ragu-ragu bagaimana ujian PKSK dijalankan, apa soalan yang bakal keluar dan banyak mana soalan perlu dijawab, kini Auni tak risau lagi kerana sudah diberi pendedahan awal. Bukan Auni sahaja, malah saya sebagai ibu yang mempunyai anak sulung bakal menduduki PKSK juga kini dapat gambaran lebih jelas tentang PKSK dan tahap persediaan anak.


Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan santai membolehkan Auni menerima ilmu tanpa rasa stress. Slot motivasi tambahan juga membuka mata Auni untuk berusaha gigih demi menggapai impian dan cita-citanya. Sesi pembelajaran luar kelas tanpa buku teks membolehkan Auni berfikir di luar kebiasaan dan tidak tertumpu kepada apa yang ada di depan mata sahaja.

Berbaloi & Patut Dicuba Secara keseluruhannya, pengalaman menghantar anak ke Jelajah PKSK bersama Fly High ini memang sangat berbaloi. Bukan sahaja anak saya dapat ilmu, malah saya sendiri belajar sesuatu iaitu betapa pentingnya kita menyokong anak dalam perjalanan akademik mereka, terutama bila melibatkan masa depan pendidikan.


Saya percaya ramai ibu bapa di luar sana yang sedang mencari cara untuk bantu anak hadapi PKSK. Kalau ada peluang, saya memang sangat cadangkan sertai jelajah seperti ini. Ia bukan sekadar kelas persediaan, tapi sebuah pengalaman yang boleh mengubah cara anak melihat pembelajaran dan masa depan mereka.




Disebabkan terdapat permintaan yang tinggi oleh ibu bapa untuk dapatkan satu sesi lagi Jelajah PKSK di Terengganu, jadi pihak Fly High berbesar hati untuk menjalankan sesi bengkel ini teristimewa untuk penduduk Terengganu. Jadi jika ibu bapa berminat nak daftarkan anak-anak, boleh hubungi nombor yang terdapat pada gambar di atas dan kelas akan dijalankan pada musim cuti sekolah nanti. Manakala untuk Jelajah PKSK pula, lokasi seterusnya adalah di Shah Alam. Jadi jangan tunggu lagi dan cepat daftar bagi ibu bapa yang berminat!


Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak gambaran kepada ibu bapa lain. Doakan anak-anak kita semua berjaya dalam PKSK dan seterusnya melangkah ke sekolah impian mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2025/08/jelajah-pksk-terengganu-fly-high-anak-lebih-yakin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bengkel Pksk Fly High Bersama Angkasawan Negara Di Shah Alam

Bengkel Pksk Fly High Bersama Angkasawan Negara Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 124 hits
Bengkel PKSK Bersama Angkasawan Negara Merdeka Special Edition Bengkel PKSK Bersama Angkasawan Negara Merdeka Special Edition Setiap kali tiba musim PKSK ibu bapa Tahun 6 mesti mula berdebar Anak dah cukup bersedia ke Macam mana nak latih d...
Kawan Panggil Dia Anak Yatim Bella Astillah Luluh Hati Bila Ayden Adrean Dibuli Di Sekolah Agama

Kawan Panggil Dia Anak Yatim Bella Astillah Luluh Hati Bila Ayden Adrean Dibuli Di Sekolah Agama

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 142 hits
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tampil meluahkan rasa sedih apabila anak sulungnya Ayden Adrean dibuli di sekolah Bella yang ditemui media berkata dia sudah menghantar anak lelakinya ke kelas takwondo bagi tujuan mempertahankan diri nam...
Netizen Pecah Dada Tengok Harga Bib Anak Datin Intan Najuwa Macam Bajet Makan Aku Sebulan

Netizen Pecah Dada Tengok Harga Bib Anak Datin Intan Najuwa Macam Bajet Makan Aku Sebulan

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 158 hits
Pelakon Datin Intan Najuwa sekali lagi mencuri perhatian apabila memakaikan anaknya Imane Lunara sehelai tuala bib yang mencecah harga ratusan ringgit Menerusi perkongsian di Threads seorang wanita dikenali sebagai Soya ysf memuat naik harg...
Skandal Cuci Duit London Anak Rafizi Jadi Umang Umang Politik Kotor Ismail Sabri Kroni

Skandal Cuci Duit London Anak Rafizi Jadi Umang Umang Politik Kotor Ismail Sabri Kroni

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 298 hits
Corporate Watch myRafizi Ramli bukan calang calang nama Dari NFC hingga 1MDB dia pernah menggegarkan negara dengan pendedahan skandal berbilion ringgit Kini bisik bisik panas dalam kalangan orang dalam mengatakan ada satu lagi bom di tangan...
Sorakan Kakak Nombor Satu Bongkar Anak Derma Wang Rm42 000

Sorakan Kakak Nombor Satu Bongkar Anak Derma Wang Rm42 000

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 104 hits
Sorakan Kakak nombor satu Bongkar Anak Derma Wang RM42 000 BEIJING Seorang kanak kanak perempuan berusia lapan tahun di Xinjiang China hampir mendermakan semua wang simpanan ibu bapanya selepas membelanjakan puluhan ribu yuan untuk hadiah s...
Serangan Terhadap Anak Rafizi Siasatan Polis Temui Petunjuk Positif

Serangan Terhadap Anak Rafizi Siasatan Polis Temui Petunjuk Positif

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 130 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata pihaknya menemukan beberapa petunjuk positif untuk mengesan suspek serangan terhadap anak lelaki Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di sebuah pusat beli belah di Putrajaya...
Anak Mua Bellaz Patah Jari Kaki Ditimpa Penutup Flush Tandas

Anak Mua Bellaz Patah Jari Kaki Ditimpa Penutup Flush Tandas

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 125 hits
Anak kepada jurusolek terkenal MUA Bellaz iaitu Iriz Alisya telah dibawa ke sebuah pusat rawatan selepas mengalami kecederaan ketika berada di dalam tandas Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Bellaz bersama suami serta anak sulung mer...
Bina Kehidupan Baru Eda Ezrin Kongsi Foto Bahagia Bersama Anak Amp Suami

Bina Kehidupan Baru Eda Ezrin Kongsi Foto Bahagia Bersama Anak Amp Suami

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 104 hits
Sejak pulang selepas menjalani tahanan selama lebih sembilan bulan di Penjara Wilayah Narathiwat Thailand penyanyi asal Kelantan Eda Ezrin mula melangkah membina kehidupannya semula Bahagia bersama suami dan anak anak Menerusi Instagram pel...
Kekasih Hati Baba Umi Hana Ismail Suami Raikan Ulang Tahun Pertama Anak Makin Comel

Kekasih Hati Baba Umi Hana Ismail Suami Raikan Ulang Tahun Pertama Anak Makin Comel

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 156 hits
Selepas setahun penuh momen indah membesarkan cahaya mata pertama pasangan romantis Syed Iqmal dan Hana Ismail kini meraikan ulang tahun pertama puteri kesayangan mereka Sharifah Fatma Nour yang genap berusia setahun Kehadiran Fatma Nour bu...
Tajuddin S Merdeka Reflection In A Sea Of Faces I Was Never Apart

Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Klia Airspace To Close August 26 31 For Merdeka Malaysia Airlines Retimes Flights Urges Passengers To Arrive Early

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Tvet Pilihan Kerjaya Masa Depan Di Promasterskill Academy

Pemilihan Pas Haim Mahu Bawa Naratif Nilai Islam Sejagat

Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Mulut Jendela Kesihatan Badan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redline Fitness Games By Nissan Telah Kembali Untuk Edisi Ketiga

Happy Birthday Moq Ke 16

Aneka Jenis Kuih Di Book Mark Cafe Keningau

Ultimate Healthy Summer Recipes With Ground Turkey

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025