Jelajah 13 Tempat Menarik Di Kelantan Dalam Masa Sehari


13 Tempat Menarik di Kelantan | Alhamdulillah, umur 32 tahun baru CN berkesempatan menjejakkan kaki ke bumi Che Siti Wan Kembang. Dengan ini lengkaplah jelajah 1 Malaysia CN gituw. Trip 1 hari dari pagi sampai ke malam memang agak penat, tapi seronok sangat ! Apa lagi bila dapat ber'me' time dengan kawan-kawan. Masing-masing travel solo dengan anak dibawah jagaan suami. Bayangkan perasan bujang masing-masing tanpa 'handbag'. Seronok sangat ! Hilang stress kerja semua. Dah namanya blogger pergi travel, mestilah excited untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca tersayang. Hokay, dalam entry ini CN akan ceritakan 13 tempat menarik di Kelantan yang sempat CN & kawan-kawan jejak dalam masa 1 hari.

Jelajah 13 Tempat Menarik di Kelantan dalam masa sehari!
Itinerary Kelantan
Tiket Murah Air Asia
Rezeki dapat tiket murah Air Asia 2 way RM158 sahaja. Masa perjalanan jadi singkat, so kita boleh buat macam-macam dalam 1 hari tau. CN beli tiket awal pagi 7.35 pagi & sampai di Kota Bharu 8.40 pagi. Just nice tiket 7.35 pagi tu, sempat solat subuh di KLIA 2 tau. Tiket balik pulak 10.10 malam. Memang plan tak ambil tiket last sebab takut delayed. Gatal mulut duk cakap takut delayed, hah, memang flight delayed tau. Pukul 11.10 malam baru boarding ! Bertabahlah...


Video jalan-jalan ke Kelantan

13 Tempat Menarik di Kelantan
Bayangkan, dalam masa sehari CN & kawan-kawan sempat ke 13 tempat menarik di Kelantan ni hokay. Macam padat tapi kami sangat enjoy. Terima kasih sangat kepada pemandu pelancong merangkap bff iaitu Cikgu Syuhada. Tuan rumah yang sangat mementingkan kepuasan tetamu gituw. ilternary Kelantan ini adalah hasil research Cikgu Syuhada tau.

1. Kopitiam Kita [Kota Bharu]Ramai yang cadangkan CN ke Kopitiam Kita. Kedai viral ni memang patut dikunjungi jika anda ke Kelantan. Sampai je kami ke KB, tempat pertama sudah tentu Kopitiam Kita. Memang penuh dengan orang. Alhamdulillah, tak lama menunggu kami dapat tempat duduk yang best di kawasan tepi kedai dekat dengan tempat bancuh air. Agak lapang disitu berbanding di tengah kedai tempat ramai orang lalu lalang. Menu pilihan kami sudah tentu Roti Titap special. Sementera menunggu roti titap, kami berkongsi nasi tumpang & nasi kak wok. Sebungkus nasi kongsi 2 orang. Memang kenyang! Sedap pulak tu ! Air pulak masing-masing memilih white kopi, nescafe panas, milo 0 & CN memilih nescafe shake. Semua airnya sedap dengan rasa yang kaw. Tak kedekut bahan dorang ni. Milo O tu macam milo sahaja tanpa gula tau. Pekat & sedap.

CN sudah ke Kopitiam Kita, anda bila lagi?
Nescafe shake & roti titap special

2. Bazar Tok Guru [Kota Bharu]Selepas selesai bersarapan di Kopitiam Kita, destinasi seterusnya adalah shopping di Bazar Tok Guru. Seronok sangat dapat shopping batik murah di sini. CN sempat grab kain ela batik, 2 kurung batik siap & kain batik pasang untuk ibu. Tips shopping di sini, pastikan bawa kawan orang tempatan, memang dapat harga murah tau. Lagi-lagi kawan CN tu kenal pula dengan si penjual. Lagi murah lah harga yang kami dapat.

Bergambar di tangga Bazar Tok Guru dengan hasil shopping
3. Bazar Buluh Kubu [Kota Bharu]Di sini kami shopping baju untuk anak dara pulak. Murah hokay baju siap kanak-kanak. I loike!

4. Dataran Rehal [Kota Bharu]Jalan kaki je dari Bazar Buluh Kubu ke sini, tempat menarik untuk bergambar sebagai kenangan anda ke Kelantan.
Welfie di Dataran RehalTangan tu mesti ada plastik barang! Hehe

5. Bazar Tengku Anis [Kota Bharu]Berhadapan dengan Kampung Kraftangan & Restoren Nasi Ulam Cikgu, ada pelbagai barangan yang dijual di Bazar Tengku Anis ini. Sempat lah kawan CN shopping seluar batik untuk anak bujangnya. Ramai yang suruh CN lunch di Restoren Nasi Ulam Cikgu yang viral ni, tapi mengenangkan perut yang masih kenyang, kami cuma bergambar sahaja di hadapan restoren tanda sudah sampai di sana! Hehe..

Cantik kan bangunan kayu belakang CN tu?
6. Serimas Murtabak Raja [Kota Bharu]Pernah cuba murtabak raja hidangan original dari istana? Anda boleh beli di Serimas Murtabak Raja. CN beli murtabak raja frozen untuk dibawa pulang. Sekotak RM16. Nak cuba katanya.

Shopping lagi
7. Warung Pak Mat Pulan Pisang [Kota Bharu]Warung yang terletak di tepi Sungai Kelantan ni memang viral dengan nasi sup serta tehbeng madu buih. Disebabkan masing-masing jenis tak berapa makan banyak, kami cuma mencuba tehbeng madu special dengan aiskrim tehbeng serta sate ikan. Secawan tehbeng madu special dengan aiskrim macam yang CN minum ni berharga RM10. Unexpected, tehbeng ni tak berapa manis. Memang sedap! Takde lah potong kaki sangat!

Tehbeng madu special 
Nyum nyum nyum sangat kan

8. Pak Weil Akok Salor [Pasir Mas]Seterusnya kami singgah ke Pak Weil Akok Salor. Ambil akok hasil tempahan awal & terus bayar. Kawan CN sudah membuat tempahan akok sehari awal. Almaklumlah, jika tidak buat tempahan, alamat putih mata lah sebab akok di sini sentiasa sold out! Original akok dengan dibakar secara tradisional. Bahagia je makan sambil pejam mata hokay.

9. Dodol & Serunding Hajah Wan Sabariah [Pasir Mas]Rumah viral warna hijau ni mesti singgah jika anda ingin membeli dodol & serunding. Ada pelbagai jenis serunding & confirm sedap serta tahan lama. CN habis RM50 je dengan pelbagai serunding & dodol. Puas hati.

Yeah, dah shopping dekat rumah viral hijau
10. Rumah Cikgu SyuhadaHah, jangan tak percaya, rumah Cikgu Syuhada termasuk dalam tempat menarik untuk dikunjungi hokay. Dikelilingi sawah padi yang menghijau, tenang je rasa. Sebenarnya niat utama adalah simpan akok & murtabak di dalam freezer rumah cikgu Syuhada serta pelbagai barangan shopping lain sebelum sambung shopping ke Pengkalan Kubor. Yela, kalau bawak barang banyak-banyak ke sana, confirm kena bayar cukai nanti.

11. Kawasan Bebas Cukai Pengkalan KuborShopping! Tapi sebab taknak bawak balik banyak barang, kami semua shopping coklat je disini. Bahagia je shopping coklat tau.

Posing ala-ala cover album pulak
Antara coklat yang dijual disini

12. Pantai Geting [Tumpat ]Kami ke Pantai Geting bukan untuk mandi manda, tapi untuk dinner di Kak Ton Pattani Cafe yang pernah viral dengan sotong sumbat bakarnya.

13. Kak Ton Pattani Cafe Pantai GetingDinner time! Pukul 6 kami sampai ke sini & terus order nasi sebab lunch tak makan nasik. Gedik lapar katanya. Sudah tentu hidangan wajib adalah sotong sumbat bakar, ikan talapia miangkam dan kerabu ayam. Serius sedap! Sotong sumbat bakar yang besar gedabak tu cuma RM18 je. Ikan talapia miangkam tu paling sedap sebab ada 3 jenis sos yang semuanya pedas-pedas. Sangat kena dengan tekak CN yang suka makanan pedas. Licin nasi tau. Kerabu ayam tiada dalam gambar sebab sampai lambat sangat. Nasi dah habis baru sampai, buat ratah jelah. Oh ya, ada bingsu juga di sini. Tapi semua sudah kalah dengan ais, next time lah try bingsu pulak. Overall memang puas hati lagi-lagi dengan harganya yang sangat berbaloi. Harap-harap jangan mahai sangat lepas dah glamer ye sebab confirm repeat lagi kalau ke Kelantan nanti
Sotong sumbat bakar yang mesti di cuba, RM18
Ikan talapia miangkam dengan 3 jenis sos

Ok, ini sahaja coretan tentang pengalaman CN ke 13 tempat menarik di Kelantan dalam masa sehari. Jika anda rasa bermanfaat, boleh lah kongsikan dengan rakan-rakan. 

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cekgunorazimah.com/2018/11/jelajah-13-tempat-menarik-di-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak Anak Cuti Sekolah

5 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak Anak Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 430 hits
Tak lama dah nak cuti sekolah lagi Masa ni berebut rebut lah mak ayah tengah cari pakej pakej ataupun tempat percutian menarik cuti sekolah untuk bawa ahli keluarga Family time la katakan Sama macam aku jugak cuti sekolah adalah waktu terba...
Ada Apa Yang Menarik Di Kundasang War Memorial Tempat Mesti Singgah Bila Ke Kundasang

Ada Apa Yang Menarik Di Kundasang War Memorial Tempat Mesti Singgah Bila Ke Kundasang

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 692 hits
Selesai jalan jalan di sekitar Pekan Tamparuli dan naik ke saya meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya pula iaitu ke Kundasang Ini merupakan kali kedua saya datang bercuti di Kundasang Waktu pertama kali saya datang ke sini saya tak ...
Jom Travel Tempat Menarik Di Terengganu

Jom Travel Tempat Menarik Di Terengganu

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 994 hits
Assalammualaikum dah lama akak tak updated untuk blog akak Memandangkan akak kali ni dah tak duduk ofis bekerja di luar sekarang kalau duduk ofis dahulu ada jugaklah menyempat update blog ni Kali ini akak nak berkongsi pengalaman travel ke ...
5 Tempat Menarik Di Negara Islam Yang Mungkin Tidak Pernah Anda Dengar

5 Tempat Menarik Di Negara Islam Yang Mungkin Tidak Pernah Anda Dengar

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 546 hits
1 Bandar Constantine Algeria Bandar Constantine atau dalam bahasa Arabnya Blad el Hawa merupakan bandar ketiga terbesar di Algeria Bandar ini dibina di sekitar bukit dan lembah dikelilingi Sungai Rhumel serta dihubungkan dengan jambatan yan...
Tempat Menarik Di Melbourne Rugi Tak Datang Sini

Tempat Menarik Di Melbourne Rugi Tak Datang Sini

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 491 hits
Melbourne Australia ialah salah satu destinasi popular dikalangan rakyat Malaysia Boleh dikatakan ia negara 4 musim yang paling dekat dan sangat berbaloi untuk dikunjungi Jom saya kongsikan tempat tempat best di Melbourne yang korang mesti ...
Tempat Makan Best Dan Menarik Di Labuan Pan Mee

Tempat Makan Best Dan Menarik Di Labuan Pan Mee

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 1104 hits
Hai semua Apa khabar Harap sihat disamping insan tersayang It s been almost 5 years I live in this tiny island called Labuan Pejam celik pejam celik lama sudah pula saya tinggal di sini Cari rezeki punya pasal terpaksalah tahankan hati berj...
Senarai Tempat Menarik Di Melaka 36 Tempat Yang Anda Perlu Pergi

Senarai Tempat Menarik Di Melaka 36 Tempat Yang Anda Perlu Pergi

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 1094 hits
Senarai Tempat Menarik di Melaka 36 Tempat Yang Anda Perlu Pergi Semasa Bercuti dengan keluarga dan kanak kanak anda samada waktu malam atau waktu siang Inilah hasil daripada penjajahan yang cukup lama dilakukan oleh kalangan penjajah Briti...
Kelantan Menarik Pelaburan Bernilai Rm2 4 Billion

Kelantan Menarik Pelaburan Bernilai Rm2 4 Billion

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 283 hits
Sehingga Oktober tahun ini Kelantan berjaya menarik pelaburan bernilai RM2 4 bilion kata anggota Exco kerajaan negeri Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Perdagangan Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri Dato Hanifa Ahmad berkata pelab...
Tak Usahlah Isteri Zahid Buang Masa Nak Jelajah Ke Seluruh Negara

Tak Usahlah Isteri Zahid Buang Masa Nak Jelajah Ke Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 349 hits
Berikut adalah senarai 45 pertuduhan pecah amanah menerima rasuah dan penggubahan wang haram yang dihadapi oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi Criminal breach of trust 1 Criminal breach of trust involving RM537 513 64 from welfare foundation Ya...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut