Jejak Jakarta Untuk Saksi Kehebatan Anwar


CATATAN PERJALANAN

Anwar dan Jokowi dua pemimpin
serumpun seNusantara.SEBAIK dimkalumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Indonesia sebagai memenuhi jemputan presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi), terbuka di hati saya untuk berada sama di sana sewaktu beliau di negara itu. 
Mahu saya melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana Anwar akan diberi sambutan dan penghormatan setelah beliau cukup mewah dengan sambutan dan penghormatan daripada rakyat di negara sendiri setelah beliau bergelar perdana menteri ke-10. 



Anwar meraikan sahabatnya
yang menanti untuk bersalam dengannya.Ternyata panggangan kepada cita-citanya untuk jadi PM selama 24 tahun terbalas baik dengan sambutan dan penghormatan rakyat kepadanya. Berbaloi biarpun terpaksa menunggu dua dasawarsa. 
Rakyat semacam "gila" dengannya. Ke mana sahaja beliau turun, di lapangan, beliau akan disambut dan dikerumuni semacam semut mengurungi gula bersalut madu. 
Di masjid sewaktu ingin solat Jumaat, ke warung sewaktu singgah untuk menghilang haus ditekak, di persimpangan sewaktu kenderaan rasmi berhenti menanti lampu hijau, beliau dikerumuni dan dilambai orang ramai yang ingin bersalaman bagi mengucap tahniah atas perlantikannya. 
Rimas dan risau pula melihat keadaan yang "semarut" itu. Seri Perdana yang dibukakan sebagai medan ilmuan juga didatangi rakyat berbondong-bodong pada setiap kali acara diadakan. Kediaman perdana menteri itu bertukar daripada premis eksklusif menjadi tempat "persinggahsanaan" rakyat. 

Sanjungan dan penghormatan kepadannya itu persis melepaskan rindu lama yang terdendam dihati setelah beliau dipanggang selama 24 tahun daripada menjadi perdana menteri. Kerumuni kepadanya itu sebagai melepas hajat sekaligus geram. Hajat diri sendiri dan geram kepada mereka yang mempersenda-sendakannya sebagai perdana menteri tepi dan insan yang berilusi dengan mimpi. 
Apakah sambutan hebat dan meriah seperti di tanah airnya itu juga akan berlaku di Indonesia? Kita tahu warga Indonesia juga sama dengan warga Malaysia yang telah lama menunggu beliau menjad PM. Hubungan Anwar dengan Indonesia juga sangat intim. Citarasa rakyat Indonesia tidak jauh bedanya dengan citarasa rakyat Malaysia terhadap kepimpinan dan idealismenya bernuansa Melayu dan Islami.  
Saya hanya membuntuti
PM.Sebenrnya itulah tujuan saya ke Jakarta sempena dengan lawatan beliau ke negara berkenaan. Indonesia menjadi pilihannya sebagai negeri pertama dilawati selepas bergelar Perdana Menteri. Itu satu penghormatan buat Indonesia dan seluruh rakyat yang merinduinya serta percaya kepada wibawa dan karasmatiknya sebagai pemimpin nasional seNusantara. 
Seperti mana dinyatakan Anwar sewaktu sidang press, beliau sengaja memilih Indonesia sebagai negeri pertama kerana mengenangkan budi baik rakyat negara itu terhadapnya. Katanya beliau sesekali tidak akan melupakan budibaik dan penerimaan negara ini terhadapnya semasa beliau disisih dan dibuang dari jawatan. Rakyat Indonesia tidak membezakan penerimaan terhadapnya baik semasa berjawatan (TPM dan Menteri Kewangan) atau sewaktu terbuang.

Rakyat negara ini terutamanya mereka yang dekat dengannya, kawan-kawan seperjuangan dan sealiran pemikiran dan naluri kemanusiaan sama, menerima beliau dengan baik akan kehadirannya. Sesungguhnya budi rakyat Indoneisa kepada perjuangan reformasi yang diungguli Anwar sangat besar sekali. 
Mengapa tidak? Para sahabat dan kenalannya di sana turut bersimpati dengan nasib dialaminya selama ini. Apa dirasai Anwar sewaktu dalam penjara lebih sembilan tahun, dan dipermainkan Dr Mahathir Mohamad turut ikut pedih di sukma mereka. Semasa para aktivis reformasi dikejar aparat Dr Mahathir diugut akan dipenjarakan, mereka berceludar melarikan diri dan berlindung di Jakarta. Rakan dan sahabat Anwarlah memberi perlindungan makan minum.  

Bukan sekadar itu, mereka yang dekat dengannya tidak sahaja ikut sedih dan menangis, tetapi memberi ruang untuk Anwar bercerita mengenai nasib menimpa dirinya serta perilaku kejam regim Mahathir Mohamad terhadapnya. Pada saat pintu media dalam negara ditutup kepadanya, rakanya di Indonesia memberi pentas buat Anwar terus menghemburkan angin dan api perjuangan.
Demokrasi Indonesia terus membuka pintu dan ruang buatnya. Secara tidak sedar perjuangan refromasi yang dibendung di Kuala Lumpur dihangatkan Anwar dan rakan-rakannya dari Jakarta yang kemudian menyebabkan Mahathir akhir terpaksa mundur secara helah demokrasi menyerahkan Putrajaya kepada Abdullah Ahmad Badawi. 
Lantaran itu tentu rakyat Indonesia khususnya para rakan dan sahabatnya terdiri dari berbagai golongan dan status; politik, teknokrat, budayawan, agamawan, sejarahwan, aktivis dan refromis serta sebagainya bergembira dan syukur di atas pelantikanya sebagai PM10. Apabila Anwar memutuskan untuk mengadakan lawatan ke Indonesia, mereka tentu menanti dengan penuh kebanggaan menyambut Anwar sebagai wira "mengepong" piala kemenangan. Kerana itu, saya mengira Anwar akan disambut meriah oleh rakannya apabila beliau ke negara itu atas status sebagai perdana menteri.
Itulah antara tujuan saya ke sana mahu melihat dengan mata kepala sendiri. Lagipun berkebetulan selepas berakhinrya Covid, saya belum ke negeri serumpun sebangsa senusantara itu yang kaya dengan pelbagai budaya, warisan, sajian dan aksesori (permainan) kehidupan yang lain. Kali terakhir saya ke Jakarta ialah pada Disember tahun 2019 bersama Husam Musa.  
Selebihnya pemergian saya adalah untuk mengikuti apakah hasil dan manfaatnya kepada kedua-dua buah negera setelah Malaysia dibawah pimpinan Anwar yang prihatin kepada kepentingan rayat, mengutamakan kemanusiaan bersendikan prinsip keadilan, bersama Jokowi presiden Indonesia yang dikenali berjiwa rakyat dan berjaya membawa perubahan sosial serta mengisi agenda reform di negeri itu sehingga berjaya merubah persepsi Indonesia dari negara rasuah kepada negara murni dari rasuah.
Pertemuan mereka berdua boleh sifatkan sebagai pertemuan dua aliran sungai yang bercantum di suatu kuala yang kemudian membentuk gelombang lautan. 
Alhamdulilah dalam lawatan selama dua hari itu, saya dapat saksi sendiri apa yang berlaku di sana dari dekat dan dengan hati nurani. Saya juga bertuah kerana ikut berada sama dalam beberapa majlis diaturkan dalam lawatan itu ini memberikan peluang saya mentafsirkan setiap gerak dan suara terbetik. Betapa di semua majlis beliau mendapat sambutan hangat dan kelihatan para hadirin sangat teruja dengan penampilan PM ke-10 itu. 
Paling dirasai dan majlis terhebat, ialah forum Leadership anjuran CT Corp yang berlangsung di Auditorium Menara Bank Mega Jakarta Selatan. Forum ini dihadiri para cendekiawan dari berbagai-bagai jalur.

Setiap majlis orang ramai hadir awal-awal lagi, sanggup menanti untuk menemui Anwar bimbang tidak berkesempatan. Sejam sebelum ketibaan Anwar mereka sudah berdiri penuh sabar mahu melihat wajah Anwar dari dekat dan mendengar tutur bicaranya mengenai perjuangan dan harpaannya. Memang Anwar mereka sudah lama kenal, tetapi baru mengenalinya sebagai perdana menteri. 
Mereka tidak kisah kepada keadaan yang tidak selesa, asalkan mereka dapat menatap wajah tokoh kesayangan mereka. Ketibaan di lapangan terbang Bung Hatta Anwar disambut oleh Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Basuki Hedimoeljono dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono. Seluruh saluran televisyen baik kepunyaan pemerintah dan swasta membuat liputan langsung pada setiap dihadiri Anwar. 
Semasa beliau dan isteri tiba di hotel penginapan, puluhan orang kenamaan terdiri daripada rakannya dan pegawai Kedutaan Malaysia menunggu sejak awal. Keadaan menjadi penuh sesak, setiap wajah yang disaksi tergambar kebahagiaan dan ceria seakan sedang menikmati suatu kemenangan. 
Puluhan wartawan juga awal-awal sudah bersiap sedia. Satu barisan panjang bermula di pintu masuk hingga ke tangga menunju ke tingkat atas dewan majlis pertama berlangsung petang itu, yakni penanda tangan MoU di antara beberapa buah syarikat atau GLC negara Malaysia - Indonesia. Tetamu berbaris panjang ingin bersalaman dengannya. Yang datang bukan sahaja sekitar Jakarta, tetapi nun jauh dari Bandung, bahkan ada dari Kalimantan dan juga Aceh. 
Pemandangan itu bukan sahaja disitu tetapi saat beliau hadir ke majlis diaspora di kedutaan juga. Rakyat Malaysia mengambil kesempatan berjumpa dan berselfie dengan beliau. Bagi mereka yang sudah lama menunggu untuk melihat beliau menjadi pemimpin nombor satu negara itu tidak melepas peluang untuk hadir. Sayangnya ruang dan jemputan di kedutaan itu tidak begitu luas dan ramai dapat hadir bagi. Jika ia dibuka lebih luas tentu bilangan tetamu lebih ramai.

Lawatan dua hari Anwar ke Indonesia itu disertai sama isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dua
menteri ikut jadi delegasi, menteri luar Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari dan Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mokhtar turut kelihatan sama.  
Sebagai menyimpul catatan ini sesuatu hal jelas dan berbeza dengan lawatan perdana menteri Malaysia sebelum ini ke Indonesia. Walaupun jaraknya antara Kuala Lumpur dengan Jakarta dekat dan tidak memakan belanja besar, namun delegasi khususnya para pegawai Anwar tidak ramai mengikutinya. Hanya Setiausaha Sulitnya Shukri Saad yang ternampak.
Mengutip sepatah ulasan seorang penganalis politik dari Koalisi Aksi Menyelamatkan Indonesia (Kami) Dr Syahganda Nainggolan, beliau berharap dengan kehadiran Anwar itu memberi suntikan kepada rakyat Indoenesia yang akan berhadapan dengan proses pemilihan presiden negara itu tahun hadapan. Beliau berharap rakyat Indonesia akan dapat mempelajari dan menjadikan prinsip dan asas kebertanggungjawab demokrasi seperti mana dipancarkan oleh Anwar dalam pemilihan presiden nanti. 
Harapan itu menjelaskan betapa Dr Syahganda yang boleh disifatkan mewakili rakyat Indonesia teruja dengan pemikiran dan buat fikiran pemimpin utama kita, Anwar Ibrahim. [wm.kl. 1:33 pm 10/01/2023]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2023/01/jejak-jakarta-untuk-saksi-kehebatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
High Profile Figures Show Up For Anwar S Last Jakarta Appearance

High Profile Figures Show Up For Anwar S Last Jakarta Appearance

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 172 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim ended his first official visit to Indonesia on a high note surrounded by friends and contacts across generations while in and out of office Following an official meeting with Indonesia s President Joko Widodo at...
Tokoh Berprofil Tinggi Hadir Di Malam Terakhir Anwar Di Jakarta

Tokoh Berprofil Tinggi Hadir Di Malam Terakhir Anwar Di Jakarta

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 113 hits
Alyaa AlhadjriPerdana Menteri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan rasmi pertamanya ke Indonesia dikelilingi rakan dan kenalan merentas generasi Selepas pertemuan rasmi dengan Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Bogor pagi ini Anwar mengha...
Prof Survival Of Anwar S Unity Govt Hinges On Upcoming Six State Elections

Prof Survival Of Anwar S Unity Govt Hinges On Upcoming Six State Elections

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 124 hits
The outcome of the upcoming six state elections in the states of Selangor Penang Negeri Sembilan Kedah Kelantan and Terengganu will determine the survival of newly elected Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim s unity government Dr James ...
Anwar S Ex Aide At 7 Eleven Helm Contrary To Good Governance Says Mp

Anwar S Ex Aide At 7 Eleven Helm Contrary To Good Governance Says Mp

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 204 hits
Ketereh MP Khlir Mohd Nor said the appointment of Prime Minister Anwar Ibrahim s former political secretary Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak as 7 Eleven Malaysia Holdings Bhd chairperson is contrary to good governance He said that this w...
Aktivis Persoal Kenyataan U Turn Anwar Berkait Projek Lcs

Aktivis Persoal Kenyataan U Turn Anwar Berkait Projek Lcs

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 124 hits
freemalaysiatoday com January 6 2023 12 30 PMSemalam Menteri Pertahanan Mohamad Hasan berkata kerajaan akan meneruskan projek LCS bernilai RM9 bilion PETALING JAYA Seorang aktivis Kua Kia Soong berkata Perdana Menteri Anwar Ibrhaim perlu me...
No Anwar No Dap Hantui Ph Umno Hadapi Prn Enam Negeri

No Anwar No Dap Hantui Ph Umno Hadapi Prn Enam Negeri

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 224 hits
agendaily com06 01 2023PH dan BN wajar berasa bimbang melihat kepada gelombang hijau pada PRU 15 lalu kata Ketua Program Komunikasi Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung Perkahwinan antara P...
Siapa Pencabar Zahid Mampukah Merobohkan Rumah Ciptaan Anwar Zahid

Siapa Pencabar Zahid Mampukah Merobohkan Rumah Ciptaan Anwar Zahid

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 169 hits
Bawahan umno ada yang setuju dengan kerajaan perpaduan dan ada yang masih tidak bersetuju dek kerana retorik DAP yang dimainkan sejak sekian lama oleh pemimpin umno sendiri Namun hari ini individu yang dibuang dipecat umno kini kembali mene...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco