Jbpm Bercadang Menamakan Dewan Muhammad Adib


JBPM cadang nama Dewan Muhammad Adib. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah bercadang menamakan dewan baharu di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Jalan Suka Menanti, di Kuala Nerang, dengan nama Dewan Muhammad Adib.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Nazri Zakaria berkata, perkara itu dicadangkan ketika dalam mesyuarat yang diadakan semalam.
Beliau berkata, pemilihan nama dewan itu adalah sebagai penghargaan dan menghargai jasa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang meninggal dunia, 17 Disember lalu.
“Selain itu, semua 19 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di negeri ini sedang membuat kutipan untuk Tabung Muhammad Adib yang turut dibuka kepada orang ramai.
Akan Serahkan Kutipan Ke Ibu Pejabat
“Kita akan serahkan semua kutipan dari tabung itu ke Ibu Pejabat JBPM Putrajaya selepas kutipan selesai untuk diserahkan kepada keluarga arwah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Tahlil di BBP Kuala Nerang, malam tadi.
Terdahulu, anggota dan pegawai kanan JBPM Kedah mengadakan majlis bacaan Yasin untuk Muhammad Adib dan anggota balai itu yang meninggal dunia baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nazri berkata, pihak JBPM Kedah bersedia untuk membantu keluarga Muhamad Adib pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.
Sementara itu, Pemangku Pengarah JBPM Kedah, Mohd Zahar Abdullah berkata, pihaknya sudah memaklumkan mengenai cadangan untuk menamakan Dewan Muhammad Adib kepada bapa arwah, Mohd Kassim Abdul Hamid.
“Bapa arwah bersetuju dengan cadangan itu dan pihak JBPM Kedah akan menghantar surat rasmi kepada keluarga mereka nanti,” katanya.
Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya parah selepas diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.
Artikel Berkaitan
Sultan Nazrin menangis kerana Adib
TIMBALAN Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, menitiskan air mata ketika bertitah mengenai kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia pada 17 Disember lalu.
Baginda bertitah, Muhammad Adib yang memenuhi tugas negara, menjadi korban dalam peristiwa hitam yang berlaku di tapak kuil Seafield di Subang Jaya.
“Seluruh negara, tanpa mengira kaum dan pegangan agama, daripada rakyat biasa, pemimpin, termasuk istana, sama-sama berduka dengan nasib yang menimpa keluarga Muhammad Adib.
“Atas nama negara, beta menzahirkan rasa dukacita serta ucapan takziah kepada Mohd Kassim Abdul Hamid, Puan Azma Aziz, dan Nurul Najihah, serta seluruh keluarga atas pemergian Muhammad Adib secara tragik,” titah baginda pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang di Georgetown, hari ini.
Hadir sama, Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, dan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.
Sultan Nazrin seterusnya bertegas supaya keadilan terhadap Muhammad Adib tidak tercicir, dan segala usaha hendaklah dilaksanakan untuk mencari tangan-tangan yang melakukan jenayah kejam berkenaan.
“Demi menegakkan kebenaran, mereka yang menyaksikan kejadian yang berlaku, ada tanggungjawab agama, tanggungjawab moral, dan tanggungjawab undang-undang untuk tampil membantu siasatan polis.
“Jenayah sekejam ini sama sekali tidak boleh dilindungi,” titah baginda.
Sultan Nazrin juga menyuarakan kebimbangan terhadap keamanan dan keharmonian rakyat pelbagai bangsa yang dinikmati negara sejak merdeka.
Menurut baginda, negara akan berada dalam keadaan aman, dan rakyat dapat hidup harmoni selagi undang-undang dipatuhi.
Sumber: Harian Metro
The post JBPM Bercadang Menamakan Dewan Muhammad Adib appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/jbpm-bercadang-menamakan-dewan-muhammad-adib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kronologi Kes Kematian Muhammad Adib Justice4adib

Kronologi Kes Kematian Muhammad Adib Justice4adib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 1120 hits
BERIKUT adalah kronologi kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim 26 November 2018 pergaduhan membabitkan dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Seafield Subang Jaya jam 3 pagi 18 kenderaan terbakar dan ...
Tukar Nama Jalan Depan Kuil Kepada Jalan Muhammad Adib

Tukar Nama Jalan Depan Kuil Kepada Jalan Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 396 hits
BANGI Bagi memperingati jasa dan pengorbanan Muhammad Adib Mohd Kassim yang nyawanya diragut selepas dipukul perusuh Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia mencadangkan supaya nama pegawai bomba berkenaan diabadikan di jalan tempat berlaku rusuhan...
Tengku Abdullah Zahir Simpati Kepada Keluarga Muhammad Adib

Tengku Abdullah Zahir Simpati Kepada Keluarga Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 318 hits
18 Disember 2018 5 39 PM PEKAN Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menzahirkan rasa sedih dan simpati dengan berita anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib
Tribute Untuk Muhammad Adib Justice4adib

Tribute Untuk Muhammad Adib Justice4adib

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 517 hits
sengaja aku letakkan di sini supaya kekal menjadi petanda betapa rasis itu hanya jika tidak melibatkan melayu beberapa hari je lagi sebelum hari bahagia beliau Aku harap selain pelaku dan pembunuh Adib Waythamoorthy Ganabatirau Gobind Singh...
Ini Janji Tpm Wan Azizah Dan Mb Selangor Kepada Muhammad Adib Dan Janji Mesti Dikotakan

Ini Janji Tpm Wan Azizah Dan Mb Selangor Kepada Muhammad Adib Dan Janji Mesti Dikotakan

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 440 hits
Ini Janji TPM Wan Azizah Dan MB Selangor Kepada Muhammad Adib Dan Janji Mesti DikotakanIni Janji TPM Wan Azizah Dan MB Selangor Kepada Muhammad Adib Dan Janji Mesti Dikotakan
4747 Ppim Minta Pemberi Maklumat Bantu Polis Berkas Pembunuh Muhammad Adib Sarawak Voice 18 12 18

4747 Ppim Minta Pemberi Maklumat Bantu Polis Berkas Pembunuh Muhammad Adib Sarawak Voice 18 12 18

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 395 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pihak berkuasa mengerahkan anggota keselamatan dan merayu agar rakyat bekerjasama memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Kami juga mahu si...
Khalid Akui Akta Zalim Boleh Elak Kematian Muhammad Adib

Khalid Akui Akta Zalim Boleh Elak Kematian Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 338 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad bercakap pada sidang media pada Majlis Penyerahan Operasi GoKL dan Pelancaran Penggunaan B10 BioDiesel di Menara DBKL Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara konsisten dengan p...
Skipping Pro Najib Rally Nothing To Do With Dap Say Umno Leaders

Kad Debit I Bank Islam Visa Tabung Haji Syarat Dan Cara Mohon

Telefilem Dosa Tak Terampun Lakonan Fauziah Ahmad Daud Nad Zainal

Psychology Of Liars Kebenaran Yang Ditakuti Antivaksin

Beli Durian 1o1 Dan Durian Kampung Pula

From Thrill Seeking Dinosaur To Crypto Icon The Story Of Pino

Cuti Umum Johor 2025 Hari Kelepasan Am Cuti Sekolah

Kru Cetak Sejarah Industri Hiburan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Fobia Takut Tak Bertempat Tapi Boleh Kacau Hidup

Tukang Masak Maut Bayi 7 Bulan Parah Lori Langgar Mpv

Bagaimana Berjimat Duit Untuk Pergi Melancong

Anak Terlantar Selepas Lemas Dalam Kolam Ibu Harap Ada Keajaiban Cepatlah Bangun Sayang

Tular Video Wanita Makan Nasi Lauk Bunga Raya Atas Kubur Netizen Persoal Ajaran Puak Mana Ni

Come Clean On Alleged Royal Addendum Hamzah Tell Government