Jawi Terbalik Garit Jati Diri Melayu


SKRIP Jawi pada papan tanda di sebuah kawasan perumahan yang didapati ditulis terbalik, iaitu kiri ke kanan dan bukannya kanan ke kiri sebagai kelazimannya bukan sahaja sekadar persoalan kesalahan bahasa. Sesungguhnya ia lebih daripada itu kerana dilakukan sendiri oleh penutur jati bahasa Melayu.
Walaupun pihak bertanggungjawab yang bukan sahaja diterajui etnik Melayu sendiri tetapi sebahagian besar keahliannya terdiri daripadanya mengakui kesalahan itu dengan hati terbuka, ia sebenarnya menyangkut persoalan yang lebih serius termasuklah jati diri etnik Melayu

Ini kerana tulisan Jawi bukan sahaja ciri unik lagi istimewa kepada etnik Melayu, lebih penting daripada itu ia ikut merujuk kepada keteguhan hati dan kekentalan jiwa mereka

Meskipun kesalahan itu dilakukan oleh hanya sebilangan kecil etnik Melayu, ia sudah cukup untuk menafikan seluruh sejarah peradaban Melayu yang gemilang khususnya yang berlaku menerusi tulisan Jawi. Oleh itu, kejadian ini harus diinsafi etnik Melayu agar tidak sesekali berulang lagi dalam sejarah perkembangan etnik mereka

Ini kerana ia bukan setakat memalukan, ia menyedihkan sekali kerana tulisan Jawi sebagai antara teras dan lambang keperibadian etnik Melayu yang penting telah tergarit

Bukan itu sahaja, kesalahan ini ikut mencalarkan citra negara. Ini kerana lambang dan proses sosiobudaya Melayu merupakan identiti nasional untuk negara dan identiti budaya bagi rakyat

Tidak dapat dinafikan kini ramai etnik Melayu sendiri tidak mahir dalam tullisan Jawi. Dengan ini, kecekapan untuk menulis dan membacanya adalah terhad sekali. Namun, ia tidak boleh sesekali diambil begitu enteng sehingga berlaku kesalahan yang tidak boleh dimaafkan itu. Ini kerana kesalahan itu berbentuk ungkapan bertulis

Dengan ini, ia seharusnya lebih sempurna kerana boleh dibuat pertimbangan, pembetulan dan penyemakan. Dalam hal ini, ia tidak sama dengan ungkapan lisan yang spontan sifatnya selain serentak pula untuk menyampaikan sesuatu gagasan. Justeru, ia lebih mudah untuk kesilapan berlaku

Terdapat perbezaan ketara antara kesilapan dan kesalahan dalam konteks berbahasa. Kesilapan merujuk kepada kekhilafan semasa berbahasa, antaranya tersasul semasa bercakap dan ralat mengeja ketika menulis. Kesalahan pula ialah pelanggaran peraturan sedia ada sehingga tidak dapat diterima sebagai betul

Bahasa tulisan dikaitkan dengan pendidikan dan penggunaan oleh mereka yang berpendidikan. Sehubungan ini, ia harus bersifat bukan sahaja baik dan betul, ia juga hendaklah berperaturan yakni tidak melanggar apatah lagi mencabul nahu dan kod bahasa berkenaan.

BESTARI
Dalam konteks Jawi yang ditulis terbalik itu, sudah tentu pihak terlibat itu langsung tidak ada pengetahuan, apatah lagi pemahaman bestari tentang sistem tulisan Jawi

Namun begitu, ia tidak boleh sesekali bersifat hentam kromo, iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir, tidak diteliti dan tidak bersungguh-sungguh pula. Sepatutnya dalam keadaan tidak mengetahui dan memahami ini, ia hendaklah dirujuk kepada pihak yang lebih arif

Persoalannya di sini, pihak yang terbabit itu langsung tidak berfikir untuk bertanya kepada pihak yang arif untuk memperoleh kepastian. Sehubungan ini, tidak keterlaluan untuk dikatakan pihak terbabit itu amat jahil tentang tulisan Jawi yang mesti ditulis dari kanan ke kiri sahaja sebagai satu-satu peraturannya

Seperkara penting lagi serius tentang kesalahan yang berlaku itu, yakni Jawi ditulis dari kiri ke kanan ialah tidakkah kebiasaan etnik Melayu sebagai umat Islam dengan al-Quran, dengan cepat menyedarkan mereka bahawa itu satu kesalahan kerana kodnya tidak begitu sifatnya? Oleh itu, ia sama sekali tidak boleh ditulis dari kiri ke kanan. Peraturan ini sepatutnya cepat mengingatkan mereka bahawa ia kesalahan, malah yang besar pula

Sehubungan ini, kesalahan pada papan tanda itu sebenarnya bukan semata-mata hal bahasa Melayu yang hanya menyangkut skrip Jawi. Sebenarnya ia berkaitan dengan banyak ehwal lain. Antara yang terpenting ialah jati diri etnik Melayu

Dalam hal ini, bahasa Melayu dalam bentuk skrip Jawi yang sepatutnya ikut menjadi keperibadian etnik Melayu bukan sahaja tidak lagi dapat mencerminkan unsur kehidupan lahiriahnya yang utuh. Lebih teruk lagi, tulisan Jawi sebagai penampilan etnik Melayu terluluh dengan kesalahan itu

Jati diri, khususnya dari sisi perwatakan sejati etnik Melayu kini didapati banyak bergantung kepada budaya lain. Penulisan skrip Jawi dari kiri ke kanan adalah antaranya, iaitu mahu menjadi seperti budaya Barat khususnya sistem tulisan Rumi. Kebergantungan budaya ini jika tidak dibendung dengan baik akan mencairkan, malah menghilangkan jati diri etnik Melayu dalam waktu yang singkat sahaja

Oleh itu, etnik Melayu bukan sahaja hendaklah sedar tetapi insaf bahawa segala apa yang asal pada budaya mereka tidak boleh sesekali secara sewenang-wenangnya digantikan dengan unsur budaya lain. Sehubungan ini, etnik Melayu hendaklah selalu berasa bangga, sayang dan setia kepada warisan budaya mereka sendiri. Lebih penting lagi ia hendaklah dizahirkan dengan penuh kecekalan selain kehormatan pada setiap masa dan di mana-mana jua

Oleh : PROFESOR Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong
Felow Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Majlis Profesor Negara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/02/jawi-terbalik-garit-jati-diri-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mentan Sebut Irigasi Pertanian Kembalikan Jati Diri Petani Di Kabupaten Sigi

Mentan Sebut Irigasi Pertanian Kembalikan Jati Diri Petani Di Kabupaten Sigi

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 123 hits
Petani di Kabupaten Sigi Sulawesi Tengah begitu bergantung pada irigasi pertanian Sebab dengan irigasi mereka kembali bisa mengolah pertanian meteka Tanpa irigasi yang mengaliri areal persawahan mereka petani di Sigi beralih profesi menjadi...
Hidoooop Melayu

Hidoooop Melayu

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 183 hits
Macai2 dan penyokong bossku dapat ayam dan teloq dengan harga kayangan Court order for Najib to disclose US 681m assets to 1MDB Najib Abdul Razak has 14 days from the date of service of a Mareva injunction to make written disclosure to 1MDB...
Najib Sebenarnya Khianati Umno Orang Melayu Muhyiddin

Najib Sebenarnya Khianati Umno Orang Melayu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 181 hits
satuberita myBy February 11 2022 MUHYIDDIN YASSINSeret parti ke dalam skandal 1MDB memalukan Malaysia di seluruh duniaTAN Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan orang Melayu khasnya segelintir pemimpin UMNO supaya sedar siapa sebenarnya...
Tanah Rezab Melayu Siapa Yang Habiskan

Tanah Rezab Melayu Siapa Yang Habiskan

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 213 hits
08022022 TANAH REZAB MELAYU Siapa habiskan 08022022 TANAH REZAB MELAYU Siapa habiskan Semasa di Tahun 4 Kursus Sarjana Muda Perancangan Bandar Wilayah UTM tahun 1976 dulu pernah buat kajian rancangan pelan struktur Bandar Kluang Ketika itu ...
The Colours Of Life Projek Penambahbaikan Longkang Kampung Melayu Baru

The Colours Of Life Projek Penambahbaikan Longkang Kampung Melayu Baru

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 238 hits
The Colours of Life Projek Penambahbaikan Longkang Kampung Melayu Baru Akhirnya dah sampai ke kawasan sebelah rumah aku dah Alhamdulillah Masa aku balik dah setel bab longkang Tinggal nak letak batu untuk jadi pelapik penghubung jalan Layan...
Koleksi Cerita Pendek Bahasa Melayu

Koleksi Cerita Pendek Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 762 hits
Himpunan cerita pendek atau cerpen bahasa melayu yang sangat menarik dan sesuai untuk dijadikan bahan pembelajaran atau rujukan untuk buku nilam Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa koleksi cerita pendek yang mungkin a...
Guna Nama Wanita Melayu Pikat Peminjam Skin Kwsp Harian Metro 06 02 2022

Guna Nama Wanita Melayu Pikat Peminjam Skin Kwsp Harian Metro 06 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 238 hits
Putrajaya Sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau Along kini semakin licik apabila menggunakan nama wanita Melayu bagi memerangkap peminjam terdesak melalui skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Menerusi kenyataan media hari ini Persatuan ...
Kenapa Melayu Berpecah

Kenapa Melayu Berpecah

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 168 hits
RAMAI rakan Melayu merasa gelisah hampa marah malah ada yang putus asa melihat parti dan elit Melayu menuduh sesama lain sebagai pengkhianat demi merebut kuasa dalam PRN Johor dan PRU15 Mengapa Melayu berpecah dan tidak boleh bersatu Jawapa...
Kj Dedah Peratus Masyarakat Melayu Yg Ambil Dos Penggalak Memang Ramai Dah Jangka

Kj Dedah Peratus Masyarakat Melayu Yg Ambil Dos Penggalak Memang Ramai Dah Jangka

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 297 hits
KURANG daripada separuh populasi masyarakat Melayu yang mengambil suntikan dos penggalak Covid 19 kata Khairy Jamaluddin
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025